PRN ni tiada kena mengena dengan Kerajaan Pusat. Atas MB/KM bila
nak bubarkan DUN dan dengan perkenan Sultan, maka SPR akan tentukan tempoh
berkempen dan tarikh PRN.
Buktinya, ketika PRU15 yang lalu, walau parlimen dibubarkan,
cuma berapa negeri sahaja yang ikut bubarkan DUN. Negeri yang enggan ikut
bubarkan DUN, tiada siapa dapat paksa.
Kalau ikut sentimen yang disebutkan di sini, tak ganggu pun
kempen PN. Sebab di Kedah, Kelantan dan Terengganu, bilangan pengundi bukan
Melayu amat sedikit. Tak terjejas pun.
Bahkan yang boleh terjejas adalah PH di Selangor. Sebab kalau
buat serentak, walaun akan balik ke negeri masing-masing. Tapi kalau buat
asing, ramai walaun akan ada di Selangor ketika PRN di negeri itu.
Walaun ini boleh berkempen dan tolong lebai untuk sebarkan
fitnah. Jadi sebenarnya PH lebih rugi jika PRN tak dibuat serentak. Jadi aku
tak faham mana datang sentimen kaum yang mamat ni bangkitkan.
Sekarang ni mereka cuba tanamkan doktrin yang parti mereka
ditekan oleh pemerintah. Ianya demi menguit semangat melawan di kalangan ahli
yang dah semakin luntur dan pudar.
Sebab itu timbul bermacam hasutan kaum dan agama sampaikan
fitnah pun jadi rutin harian. Sebab mereka ni kalau tak main sentimen kaum dan
agama, parti mereka dah lama mati. Guane boh?