HUD HUD PUN GELAK


MSO

Pandangan Menteri Agama (Mentega) Idris Ahmad mengenai larangan penjualan arak selepas beliau menjadi menteri berbeza dengan janji dan bualnya sebelum ini yang bermadah beliau memerlukan masa lima hari sahaja untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang tidak dapat diatasi oleh kerajaan BN dahulu.
Mengenai larangan arak katanya, kuasa larangan itu ada kepada PBT, PBT boleh melaksanakan dengan kuasa yang ada kepada mereka. Kenapa selaku Mentega, Idris tidak cuba membawa perkara itu ke parlimen atas statusnya sebagai Mentega? Sebaiknya bawah ke parlimen minta gubalkan undang-undang larang terus penjualan arak dan kilangnya sekali. Baru Islami.
Apakah edah hanya lima hari diminta untuk dia (Pam) menyelesaikan apa-apa problem dan masalah negara yang tidak dapat diatasi kerajaan BN dahulu sudah lupus dan hilang? Atau pun Mentega itu baru tahu tinggi rendahnya langit setelah menjawat jawatan menteri?
Itulah orang tua-tua berpesan hendak cakap perhati kiri kanan dahulu, kalau nak berbual jangan sampai air liur bersembuk buitr kata entah ke mana. Nanti digelak oleh Hud-Hud. Trims.


PAM TIDAK BOLEH DISALAHKAN
Orang yang membaca politik secara leteral tidak akan faham, mudah marah dan geram dengan sikap parti gemula Chek dalam permainan politiknya. Mulanya parti itu membentuk Muafakat Nasional dengan Umno. Apabila Bersatu ajak untuk tubuh kerajaan PN mereka bersama Bersatu.
Sebenarnya kalau orang memahami kelicitan Pam berpolitik tidak pelik, apa lagi yang dilakukan itu perkara biasa dalam politik. Politik adalah untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan idealisme perjuangan. Tanpa ada kuasa idealisme dan cita cita perjuangan tidak ke mana. Hakikat ini tidak boleh dinafikan.
Kenapa Pam bersama Bersatu ialah kerana Bersatu boleh membentuk kerajaan. Sebab itulah Pam bersama Bersatu menerusi MN. Ketika itu Umno juga menumpang Bersatu. Walaupun kini Umno membentuk kerajaan, bagi Pam ia masih lagi kerajaan yang bersemangatkan Bersatu. Kerajaan yang diwarisi dari Bersatu. Mahiaddin masih lagi mempunyai pengaruh terhadap kerajaan itu. Kerajaan Ismail Sabri bukan mutlak kerajaan Umno. Situasi ini menyebabkan Pam tidak perlu menghormati Umno.
Pam juga lebih mempercayai pemimpin Bersatu berbanding dengan Umno. Sejarah lama kejahatan dan penganiayaan Umno kepada Pam bersarang dalam kepala mereka. Sejarah itulah menjadikan Pam seperti mempermainkan Umno dengan perjanjian taawun kerana ingin membakas dendam. Bagi Pam, Bersatu belum ada dosa buat mereka. Dalam mata Pam pemimpin Bersatu lebih bersih daripada pemimpin Umno.
Jadi jangan pelik dan hinakan Pam kalau parti itu tidak menghormati perjanjian dengan Umno atau dengan sesiapa sebab perjanjian dalam politik tidak terpakai. Apabila Pam memilih untuk bersama Bersatu dalam Pirane Melaka ia pilihan tepat. Trims.

PAS PERLUKAN PERUBAHAN PARADIGMA

 

Prof Mohammad Agus Yusoff

1. Dua hari lepas, kerajaan Kelantan PAS menguatkuasakan 24 peruntukan baharu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang antaranya melibatkan persetubuhan dengan mayat, sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, dan persetubuhan dengan bukan manusia.
2. Reaksi pertama saya ialah apakah negeri ini pelik, rakyatnya pelik, atau pemimpinnya pelik? Apakah PAS memikirkan inilah caranya untuk menyelamatkan negeri yang ramai rakyatnya susah sekarang?
3. Jika PAS mengutamakan pelaksanaan jenayah Islam, kenapa tidak diperjuangkan RUU 355 sementara berkuasa di peringat pusat? RUU 355 ini tentunya lebih meluas lagi pengunaannya di seluruh persekutuan dan melibatkan jenayah yang lebih kerap dilakukan berbanding dengan kesalahan bersetubuh dengan mayat atau bersetubuh dengan bukan manusia.
4. Sudah ditelitikah kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu sama ada bertentangan atau tidak dengan perlembagaan persekutuan, khususnya perbuatan unnatural sex itu?
5. Tahukah pemimpin PAS, dalam kes Iki Putra, mahkamah persekutuan telah memutuskan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang telahpun berada di bawah undang-undang persekutuan, termasuklah jenayah unnatural sex?
6. Jika unnatural sex ini teruk di Kelantan, kenapakah setelah memerintah 31 tahun baharu tahun ini kesalahan jenayah ini diperkenalkan?
7. Dalam memerintah Kelantan, PAS perlu tahu memilih prioriti. Rakyat hendakkan air paip bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemudahan infrastruktur yang baik.
8. Ini tidak, lain yang rakyat hendak, lain pula yang diberikan. Misalnya, rakyat dikenakan hukuman 6 bulan penjara atau denda RM1000 jika tidak menutup aurat. Bagaimana jika pakai seluar pendek, bagaimana jika pakai kain nampak lutut? Apakah itu dikenakan denda juga?
9. Enakmen Kanun Jenayah Syariah juga menyatakan menjadi satu kesalahan bagi mereka yang memutarbelitkan ajaran Islam. Apakah maksud memutar belitkan ajaran Islam itu? Apakah ia merujuk kepada ajaran sesat atau termasuk juga mereka yang selalu memberikan fatwa agama yang berbelit-belit?
10. Sementara kerajaan Kelantan boleh teruskan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen yang telah diluluskan, baik juga kiranya pemimpin PAS menggunakan masa dan tenaga untuk mengatasi masalah air, kebersihan, masalah dadah dan pil kuda, mengatasi masalah ekonomi rakyat, membangunkan pelancongan, dan menggiatkan projek kraftangan tempatan.
11. Kerajaan Kelantan juga perlu perjuangkan banyak lagi isu besar lain seperti isu rasuah, literasi rakyat, alam sekitar, dan kewangan negeri yang selalu defisit. Jika ini tidak kerajaan PAS perjuangkan, negeri akan terus mundur dan merosot. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi sekarang, bayangkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?
12. Mengulas tindakan kerajaan PAS Kelantan ini, kawan saya berkata “PAS laksanakan enakmen ini kerana ia tidak memerlukan modal. Modalnya air liur sahaja, mudah jual sebab melibatkan dosa pahala.”
13. Kata seorang lagi kawan saya: Luckily, I notice that "stupidity" is not on the list.
Sesungguhnya PAS ini pelik dan memerlukan perubahan paradigma. Begitulah!




PRN Melaka : Anwar bakal umum calon PH esok

 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan calon gabungan parti berkenaan esok bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Bagaimanapun, lokasi dan waktu pengumuman masih dibincangkan antara PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Gue Teck berkata, Anwar dijangka mengumumkan 28 calon yang bakal membawa cabaran PH untuk mengekalkan kerusi sedia ada, selain merampas kerusi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

PRN Melaka : Anwar bakal umum calon PH esok

Anwar Ibrahim

“Tempat dan waktu masih dibincangkan tetapi yang pasti ialah di Melaka, bukannya di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber Amanah berkata, parti berkenaan memberi mandat kepada Anwar untuk mengumumkan calon sejajar tanggungjawab diberikan kepada beliau untuk memimpin PH.

“Lebih mudah untuk mengumumkan semua calon berbanding jika diadakan mengikut parti masing-masing,” katanya.

Pembahagian kerusi antara parti komponen PH bagi menghadapi PRN Melaka ialah PKR 11 kerusi dan diikuti Amanah (sembilan) dan DAP (lapan).

Kerusi ditandingi PKR kali ini adalah tujuh yang ditandingi pada PRU-14 iaitu Ayer Molek, Klebang, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Rembia, Machap Jaya dan Rim, selain empat kerusi baharu iaitu Lendu, Paya Rumput, Asahan dan Sungai Rambai.

Kerusi ditandingi Amanah pada PRN ialah enam yang ditandingi pada PRU-14 iaitu Bukit Katil, Durian Tunggal, Taboh Naning, Serkam, Pantai Kundur dan Merlimau selain tiga kerusi baharu iaitu Ayer Limau, Telok Mas dan Kuala Linggi.

DAP pula mempertahankan kerusi Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban.

Bagaimanapun, DAP memperoleh semula kerusi Parlimen Alor Gajah untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas menyerahkannya kepada Bersatu untuk ditandingi pada PRU-14.

Pada PRU-14 DAP bertanding lapan kerusi dan menang semua.

PKR bertanding lapan kerusi tetapi hanya menang tiga, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Klebang.

Amanah bertanding di enam kerusi tetapi hanya menang dua iaitu Bukit Katil dan Durian Tunggal.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Sekarang PH mempunyai 11 kerusi, iaitu DAP (tujuh), AMANAH (dua) dan PKR (dua) manakala BN ada 12 kerusi dan Perikatan Nasional (satu).

Selain itu ada empat bekas Adun yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan menyatakan sokongan kepada PH.

Najib geram kena kutuk dengan Mahathir

 Panas! Najib geram kena kutuk dengan Mahathir


Laaaaa…. Orang suruh bahas bajet negara dalam parlimen, kamu pula Najib, Najib dan Najib.

Kenapa ya?

Itu bukan sistem perundangan Malaysia.

M for Malaysia. Bukan Mahathir, tahu?

Tak tahan dengan jawapan-jawapan dan pendedahan saya ke?

PRN Melaka : BN tanding semua 28 Dun, tampil muka baru

 

UMNO menampilkan hampir 90 peratus muka baharu untuk mewakili Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua calon terpilih telah menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Senarai tersebut akan diumumkan oleh Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN di Dewan Tun Hussein Onn, WTC pukul 10.00 pagi Sabtu ini.

Kesemua calon juga dijangka menerima watikah pencalonan dan aku janji selepas selesai majlis pengumuman berkenaan.


Difahamkan juga, hanya tiga penyandang yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikekalkan iaitu Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu; ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dan ADUN Serkam, Datuk Zaidi Atan.

Dua Ketua UMNO Bahagian yang diketepikan pula ialah Datuk Hasan Rahman (Jasin) dan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan (Alor Gajah).

Antara muka baharu akan bertanding ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di kerusi DUN Tanjung Bidara.

Timbalannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pula berdepan tugas getir, diletakkan di DUN Pantai Kundor berdepan penyandang kerusi, Datuk Nor Azman Hassan yang sudah digugurkan keahlian daripada parti.

Selain itu, turut dicalonkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira di DUN Rim menggantikan penyandang, Datuk Ghazale Muhamad.

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Akmal Saleh pula dicalonkan di DUN Merlimau menggantikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Roslan Ahmad.

Seorang lagi Ahli MT UMNO, Datuk Rais Yasin dipilih bertanding di DUN Paya Rumput manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa pula di DUN Sungai Udang.

Turut tersenarai ialah Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Ridhwan Tun Ali seperti dijangkakan berentap di DUN Pengkalan Batu, manakala Timbalannya, Datuk Hasnoor Sidang Husin bersaing di DUN Bukit Katil.

Turut dicalonkan semula ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di DUN Telok Mas.

ATAS PAGAR


*Posting panjang di hadapan*
1. Sejak kecil kita diajar, dalam politik kena pilih side. Kalau dulu, sebab partinya tak banyak, orang akan tanya, kamu ni orang UMNO ke orang PAS? Takpun MCA ke DAP? Dulu hanya ada BN vs DAP & PAS. Sekarang dah macam-macam. Tambah pula politik Melayu.
2. Sekarang kita ada dinamik: UMNO vs PPBM vs PKR, lepas tu ada pulak PAS vs AMANAH. Belum lagi cerita parti-parti lain yang tumbuh macam cendawan. Yang pastinya, sistem politik kita dah berpola.
3. Ada orang kata apa lah nak jadi, banyak sangat parti. Pada saya, itu tunjukkan matangnya demokrasi. Selalu orang yang kata kenapa Melayu nak pecah belah, sokong jelah UMNO atau PAS, itu maknanya mereka ini HYPER-PARTISAN, dengan kata lain totok parti. Jangan lah tuan puan ambil peduli.
4. Tidak mengapa banyak parti, ia memberi pilihan kepada pengundi. Kalau relevan di mata pengundi, parti tu akan survive , kalau tak dia mati. Dalam sistem demokrasi, semua ada ruang dan peluang nak ambil hati Rakyat, agar pangkah mereka ketika pilihanraya. Nothing wrong with that. Yang penting kita mengundi.
5. Kalau diikutkan, di kalangan pengundi ni ada banyak golongan:
(i) Hyper-Partisan
- Ini geng totok dan melampau setia pada parti. Pada mereka, apa saja amanat pemimpin atau pegangan parti mereka akan sokong tanpa belah bahagi.
- Apa pun jadi, parti tunggang terbalik ke, dah lari dari perjuangan ke, dia akan tetap sokong.
- Mereka ini akan ada BIAS terlampau tinggi.
- Kalau dah BIAS tu, apa pun tak boleh diterima. Fakta dan data macam takde makna pada mereka.
- Yang lagi satu bahaya, bila dah totok ni, mereka akan jadi ganas dan akan keluar elemen bigotori.
- Maksudnya, mereka cepat panas kalau ada hujah yang bertentangan dengan parti. Takpun kalau yang ada mengusik dan membantai pemimpin yang mereka segani.
- Hujah balas selalunya kurang daya mantik, banyaknya retorik.
- Contoh golongan ini, ialah apa yang netizen gelar sebagai walaun, macai dan cytro politik.
(ii) Partisan
- Ini geng cerdik sikit. Dia condong kepada parti tertentu tapi taklah terlampau taksub. Dia akan sokong pegangan parti kalau pada dia betul.
- Namun kalau ada yang tak berapa berkenan, dia akan ambil sikap berkecuali. Atau ada yang lebih berani akan tegur parti openly.
- Mereka ini lebih sensible. Fakta, maklumat dan data mereka akan pick and choose yang mana baik untuk parti.
- Walaupun mereka ini setia pada parti, tapi kalau ada yang menganjing, takde lah mereka cepat panas. Sebab mereka jenis berfikir. Kalau pihak lawan betul mereka rela senyap dan biarkan.
- Berhujah balas pun ada value dan merit.
- Kebanyakan golongan ini ialah penyokong parti politik (minus yang terlampau totok parti).
(iii) Bi-partisan
- Ni selalunya geng yang educated dan celik politik. Dia takde kecendorongan pada mana-mana parti
- Namun dia memilih berdasarkan isu dan polisi.
- Mana baik untuk kepentingan dia itu yang dia akan pilih.
- Mereka juga terdedah kepada fakta dan data dan maklumat terkini.
- Selalunya, mereka tahu peranan pengundi bukan saja untuk memilih Kerajaan tetapi untuk lantik juga pembangkang yang kuat.
- Makanya, mereka ini dilihat macam lalang. Kejap sokong parti ni, kejap sokong parti lain. Tapi biarkan orang tak paham. Loyalty mereka bukan untuk parti.
- Golongan macam ni banyak yang terlibat dalam dunia perniagaan dan korporat.
(iv) Non-partisan
- Yang ni selalunya geng yang tak ambil port langsung mengenai politik.
- Mereka apa yang kita gelar sebagai pengundi ATAS PAGAR.
- Ini yang parti politik dok kejar, kerana merekalah “silent majority”.
- Mereka ini paling ramai dalam negara, makanya propaganda politik banyak yang menjurus kepada mereka ini.
- Di Malaysia, mereka punya kuasa paling kuat masa mengundi.
- Mereka tak totok parti, mahupun totok pemimpin. Tetapi with the right propaganda, they can swing. Tu yang susah nak predict.
- Jangan dianggap pula mereka tak cerdik. Golongan NGO (yang takde kepentingan politik) dan civil society juga dalam geng Non-Partisan. Ini lebih baik kerana mereka ini sangat kurang BIAS atau pilih kasih politik. Mereka mengundi atas dasar merit yang sesuai dengan perjuangan yang mereka bawa.
6. Kalau ditanya, pada saya, sekiranya anda Rakyat biasa dan tiada cita-cita politik, the best jadilah dalam golongan non-partisan/ atas pagar. Itu yang terbaik. Kenapa? Kerana kita tahu politik ni bukan macam game bola. Dalam perlawanan bola sepak, peraturan sukannya jelas. Kita tahu bila boleh jadi penalti, bila boleh keluar kad merah dan kuning. Ada juga pengadil yang boleh bimbing.
7. Namun dalam politik, kita tengokkan lah kebelakangan ini. Sembang mereka kencang, tapi apakah yang diucap itu dikotai? Umno misalnya kata no Anwar dan DAP. Padahal di Perak, mereka geng sekali. UMNO masa susah di Melaka, DAP yang pertama sekali mereka cari.
8. PH pun misalnya, kita tertanya2, MOU Bipartisan betul2 ke untuk Rakyat? Ataupun hanya nak balas dendam pada Azmin Ali, nak sekat dia jadi Timb Perdana Menteri? And please, don’t let me start on PAS…
9. Kita pun tak tahu bukan? Sebab peraturannya tak jelas. Benda dulu lain, sekarang lain pulak. Orang buat tak boleh, dia buat boleh pulak. Berdolak dalik, itu lah politik. Saya selalu cakap politik ini serupa perang. Perang mendapatkan majoriti undi. Ada pepatah omputih cakap, “All is fair in war”. Maknanya apa pun boleh dalam perang, asalkan menang.
10. Makanya sekali lagi saya katakan, kalau kita Rakyat biasa dan bukan ahli parti politik, jadilah non-partisan. Bestnya non-partisan ni, kita jadi sikit atas dari mereka2 ini. Kita bukan level penyokong taksub, tapi kita level pengadil atau hakim. Kita boleh bagi kemenangan pada yang layak dan hukum mereka kalau penyangak.
11. Sudah-sudah kita ikut acuan mereka ini. Kita boleh berfikir sendiri. Kalau mereka perlukan undi, bekerja keraslah untuk dapatkan. Kepada yang atas pagar, ini pandangan saya sekiranya ingin memilih pemimpin:
(i) Paling penting, kena yang bijak pandai, lebih pandai dari kita. Jangan senang2 saja pangkah ikut parti. Tengok latar belakangnya dulu. Kalau jenis tipu sijil dan takde kredibiliti, tolaklah cepat. Kalau level tu, apa yang boleh dibuat?
(ii) Tak semestinya yang bijak pandai tu semuanya layak. Kalau dari Havard, Oxbridge atau King’s College (tyring to be neutral here), tapi hidungnya mendongak ke langit, langsung tak berpijak ke bumi, pun tolak juga. Itu nescaya susah nak jaga kita.
(iii) Masa dengar ucapan dia, dengarkan lah. Adakah dia party man atau jenis boleh jadi negarawan. Kalau dia dok sembang pasal parti dengan bangkitkan isu perkauman, laga2kan kita sambil buat politik kebencian, tu lagi elok disailang cepat2. Percayalah, tu hanya jenis pandai cakap, buat kerja nanti ntah apa yang kita dapat.
(iv) Wakil rakyat yang baik hanya perlu bercakap pasal rakyat. Apa yang dia akan bantu untuk dapat hidup kita penuh nikmat. Nikmat ni bukannya hanya semata-mata cash is king. Yang paling penting macam mana dia nak urus isu setempat. Jenayah, infrastruktur, polisi dan isu negara pun dia contribute. His heart must be at the right places, bukan nya untuk dia dan parti. Tapi untuk kita dan negara.
12. I can’t strees this enough, undi kita undi keramat. Tidak harus hanya diberi kepada mereka atas landasan parti, tapi mesti tekankan calon yang berkualiti. Harganya bukan BRIM RM2000 atau beras seguni. Kalau mereka memberi ambil lah, tapi beringatlah mungkin hanya gula2. Kalau jenis memberi hanya masa plihanraya, nak mengundi baru tunjuk muka, makanya tuan puan tahu lah nak buat apa. Tolaklah mereka. Tak kira la parti mana.
13. Ingat, mereka bagi kita berapalah sangat, setakat BRIM sekali setahun dan dapat beras? Tanyakan, jadi Wakil Rakyat dan Pak Menteri berapa yang mereka dapat? Kalau 5 tahun dapat mandat, berjuta-juta lemon juga duitnya. Belum kira lagi benda-benda lain termasuk Vellfire.
14. Itu semua guna duit Rakyat, tuan puan. Bukan hanya duit kita, itu termasuk duit anak cucu cicit. Makanya pastikan mereka bekerja untuk kita. Bangunkan negara sama-sama. Bukannya hanya lip service masa pilihanraya.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki



PAS HANYA INGAT DUIT!!PAS BERSAMA BERSATU[BERSATU MENANG ATAS LOGO PKR-D...

Pengkhianat Besar Ada Dalam PN Bersama PAS

PRN Melaka - Apa isunya? Pengundi pilih dengan bijak


PH hadir tawarkan diri sekali lagi untuk tadbir Melaka setelah dua kali kerajaan Bn gagal di Melaka.

PRN MELAKA - 'KHEMAH BESAR' BUKAN BERMAKSUD BERI RUANG KEPADA 'KATAK'


Semua tahu, PH adalah parti yang paling tegas menentang amalan lompat parti. Dalilnya, PH telah berusaha untuk membawa usul bagi mewujudkan Akta Lompat Parti.
Lompat parti atau "katak politik' ini bukan hanya terpakai kepada wakil-wakil rakyat yang melompat dari PH sahaja, tetapi turut melibatkan wakil-wakil rakyat yang melompat dari mana-mana parti selain dari PH.
Mengapa PH tentang 'katak-katak" ini? Jawapannya adalah kerana perbuatan itu merupakan satu pengkhianatan kepada amanah, kepercayaan dan mandat rakyat yang memilih seseorang wakil rakyat. Wakil rakyat tidak boleh menipu rakyat.
Atas prinsip itu lah, saya menjangkakan PH tidak mungkin melanggar prinsip ini di dalam memilih calon di PRN Melaka. Empat Adun yang menjadi katak itu sewajibnya ditolak mentah-mentah sebagai calon bagi mewakili PH. Dua Adun bekas Dap dan Bersatu, mereka bukan sahaja melompat parti bahkan mengkhianati PH sehingga menjatuhkan kerajaan PH. Satu pengkhianatan terbesar dan tidak boleh dimaafkan samasekali.
Dua lagi Adun dari Umno, mereka juga telah mengkhianati Umno dan berpakat dengan dua pengkhianat bekas PH tadi untuk menjatuhkan kerajaan mereka sendiri. Tidakkah itu satu perbuatan yang tidak sihat dalam politik?
Matlamat tidak menghalalkan cara. Apa pun matlamat mereka, samada ikhlas untuk memberi peluang kepada PH kembali berkuasa atau nawaitu mereka untuk kepentingan diri masing-masing atau ada muslihat tertentu, kita tidak boleh menghalalkan cara mereka. Sudah tentu mereka telah mengecewakan pengundi-pengundi yang telah memilih mereka. Apakah ada jaminan kedua-dua mereka tidak boleh jadi katak semula apabila berada dalam PH nanti?
PH tidak perlu ambil masa yang panjang untuk berpegang dengan prinsip. Jangan ambil risiko hanya kerana mahu menang. Jangan lupa, di antara mereka ada kes SPRM yang telah dilaporkan. Bila-bila masa kes ini boleh dijadikan senjata untuk ugut dan sebagainya. Sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka nanti, apakah kita yakin mereka mampu bertahan jika ada ugutan ataupun tawaran lumayan oleh Umno untuk menjatuhkan kerajaan PH sekali lagi?
Jangan ambil risiko. PH harus konsisten berpegang dengan prinsip. Khemah besar itu bukan khusus untuk individu-individu seperti ini. Buat apa sediakan khemah untuk 'katak'?
WFAUZDIN NS

PRN Melaka: Pemimpin Umno yakin tetap boleh menang walaupun Pas lari dari perjuangan

 PRN Melaka: Pemimpin Umno yakin tetap boleh menang walaupun Pas lari dari perjuangan


Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti, UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri.

Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad yang menyifatkan UMNO mempunyai kekuatan di negeri tersebut.

Mohammad Ali juga berkata, rakyat Melaka tidak mahu lagi terperangkap dengan janji-janji manis dari Pakatan Harapan (PH).

Selain itu beliau mendakwa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai kekuatan untuk menarik sokongan.

“Daripada pengamatan saya, kita UMNO tidak ada masalah kalau kita bertanding solo menggunakan logo Barisan Nasional, kita yakin boleh menang.

“Cuma mungkin untuk tarik sokongan bangsa lain mungkin kurang tetapi kita yakin dengan kekuatan UMNO kita mampu tawan Melaka untuk kita memerintah semula,” katanya.

Mohamad yang juga dikenali dengan panggilan Cikgu Ali menjelaskan UMNO sukar untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana imej pengkhianat yang ada pada pemimpin parti serpihan itu sukar diterima akar umbi UMNO.

Beliau mendakwa akar umbi UMNO amat kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Bersatu ketika bersama membentuk kerajaan sebelum ini.

“Bila kita lihat Bersatu kita tahu mereka ini pengkhianat, mereka ini pengkhianat kepada UMNO kerana banyak ahli-ahli Parlimen yang keluar dari UMNO untuk bersama Bersatu, mereka mengkhianti UMNO.

“Mana mungkin mereka yang telah mengkhinati UMNO akhirnya kita dukung dan dakap mereka ini dan beri kejayaan kepada mereka.

“Kalau ini berlaku, kita tidak dapat jaga hati ahli-ahli UMNO yang telah terguris di atas perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu,” katanya lagi.

Mohamad juga yakin sekiranya Bersatu bertanding secara sendirian dalam PRN Melaka kali ini, parti itu akan kehilangan deposit.

“Saya yakin kalau Bersatu ini bertanding sendirian di Melaka banyak kawasan yang mereka tandingi akan hilang wang pertaruhan atau wang deposit,” katanya, menurut laporan Astro Awani.

Malah beliau juga yakin akhirnya Bersatu akan menjadi seperti Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, yang terkubur namun UMNO terus kekal hingga sekarang.

Mohammad Ali berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Agenda AWANI yang membincangkan tentang persiapan berdepan PRN Melaka.


KERJASAMA BN/PN - MUNGKIN, MUSTAHIL ATAU PERANGKAP BUAT ISMAIL SABRI?


Di sebalik Pas telah membuat ketetapan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka yang sekaligus bermaksud parti itu tidak akan menggunakan logonya sendiri dan secara tidak langsung menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, namun masih ada pihak yang mengharapkan akan wujud kerjasama antara BN dengan PN.
UMNO sebelum ini berhasrat ingin meneruskan kerjasama dengan Pas serta berharap parti itu akan menggunakan logonya sendiri dalam PRN Melaka.
Tetapi, dengan Pas akan menggunakan lambang PN, sudah tentulah ia bermaksud parti itu hanya akan bekerjasama dengan Bersatu.
Dalam hal ini, sementara UMNO kekal menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu, Pas pula makin merapatkan keintimannya dengan Bersatu.
Soalnya, dalam kemelut ini, khususnya setelah Pas muktamad akan menggunakan lambang PN, bolehkah BN bekerjasama dengan PN?
Yang pertama, harus difahami bahawa BN ialah gabungan yang dianggotai parti-parti politik yang diterajui oleh UMNO.
Pengerusi BN ialah juga Presiden UMNO iaitu Ahmad Zahid Hamidi.
Sama seperti BN, PN juga adalah gabungan parti-parti politik yang diterajui oleh Bersatu.
Pengerusi PN ialah Presiden Bersatu iaitu Mahiaddin Md Yasin.
Bermakna, untuk memastikan kerjasama terbentuk antara BN dan PN, pertama sekali, kedua-dua peneraju gabungan itu mestilah ada keinginan untuk bersama dan sedia untuk bertolak ansur.
Adakah Zahid Hamidi dan Mahiaddin masing-masing mempunyai keinginan untuk bekerjasama?
Kalau Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Mahiaddin Presiden Bersatu setiap masa lebih cenderung untuk membawa kedua-dua parti itu berbalah dan berpisah, bolehkah mereka sebagai Pengerusi BN dan Pengerusi PN untuk saling berdamai dan bekerjasama?
Tidakkah hasrat menginginkan kerjasama antara BN dan PN itu bermakna seperti mengharapkan permusuhan antara UMNO dengan Bersatu boleh didamaikan?
Memang betul ada yang ingin melihat BN dan PN saling bekerjasama, tetapi mereka itu antaranya hanyalah daripada Pas dan kelompok kluster kabinet dalam UMNO seperti Shahidan Kasim misalnya.
Sebaliknya, pemimpin utama dan tegar UMNO kekal dengan hasrat menolak dan mahu melihat Bersatu “mati” begitu saja.
Bolehkah suara mereka yang mahu melihat BN dan PN bekerjasama itu mempengaruhi Presiden UMNO dan Presiden Bersatu?
Lebih daripada itu, di ketika kedudukan Pengerusi BN dan Pengerusi PN amat penting dan diperlukan untuk membuat keputusan berhubung kemungkinan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu, Pengerusi PN yang juga Presiden UMNO kini sedang berada di Jerman kerana menjalani pembedahan tulang belakangnya.
Jadi, bagaimana rundingan hendak dijalankan?
Meskipun dalam kes ini ada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang diberi mandat oleh MT untuk mengetuai rundingan dengan parti-parti dalam kerajaan bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Melaka, hakikatnya kedudukan beliau dalam parti amat terhad.
Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan Pengerusi BN dan bukan juga Presiden UMNO.
Dengan itu, walau sebagai Perdana Menteri, kuasa beliau dalam BN dan UMNO tidak dapat mengatasi kedudukan serta kuasa Zahid Hamidi.
Bolehkah Ismail Sabri berjaya dalam misi rundingannya atau beliau sebenarnya sedang “diperangkap” oleh Zahid Hamidi dengan diberikan tugas yang tidak mungkin berjaya dilakukannya dengan sempurna?
Seterusnya, adakah dengan kegagalan misi rundingan itu, lebih-lebih lagi jika BN kecundang dalam PRN Melaka nanti, semuanya akan memungkinkan Ismail Sabri bukan lagi calon Perdana Menteri pilihan UMNO dan BN dalam PRU15 akan datang? – ShahbudinHusin 04/11/2021.

Mereka berdua ni ada jawatan apa dalam MT UMNO?

 

HAI ...NAK MEMBANTU PULAK YA

 

ALKISAHNYA


PM kan ada mandat MT berunding dgn Berstu dan Pas utk elak pertandingan tiga penjuru tapi UMNO Melaka dah siang2 tolak rundingan. Tu yg  nak Tok Mat sbb Zahid ada di Jerman

Kluster kabinet sedang menggigil ketakutan hilang jawatan, tiba-tiba nak tawar diri membantu walau tiada sesiapa meminta pertolongan mereka….

😆😆😜




May be an image of text that says "Shahidan Kassim 27m m. Saya dapat maklumat dari ketua pemuda negara dan pemimpin2 Melaka bahawa rundingan gagal.Ketua perunding ialah PM.enh pilihanraya ialah Tok Mat. Belum kata apa2 lagi,jangan mendahului mereka.Kami menteri2 dan tim.menteri akan bantu.Pendekatan bantu. Yab PM 'TIDAK BERTEMBUNG' terbaik.Kami sedang cari Tok Mat.. 98 44 comments 4 shares"

ALAHAI ..MOKHTAR...TAK DICALONKAN KAH ?

 Panas! Mursyidul Am Pas akhirnya jawab pendedahan Mokhtar Senik


Mursyidul Am Pas akhirnya jawab pendedahan Mokhtar Senik

Di sebalik perjalanan muktamar tahunan sayap yang kelihatan tidak menonjol seperti selalu, tiada pemilihan berlangsung untuk Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pada Sabtu lalu.

Untuk rekod pada tahun ini parti berkenaan dijadual mengadakan pemilihan di semua peringkat dan sayap parti.

Pemilihan bagi jawatankuasa pusat dijadual berlangsung di Terengganu pada hujung minggu ini.

Penangguhan pemilihan DUPP itu didedahkan salah seorang anggota badan berkenaan, Mokhtar Senik di media sosialnya hari ini.

Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata dia ditanya mengenai perkembangan berkenaan oleh beberapa orang dan terpaksa menjelaskannya serba sedikit selepas berasa “mual” dengan tuduhan yang dilemparkan.

Kata ulama PAS itu sesetengah pihak mendakwa pemilihan tersebut ditangguhkan apabila ada nama pemimpin tertentu tidak dicalonkan dan ia hanya akan diteruskan selepas muncul pencalonan dari peringkat negeri.

“Maaf saya nak sebut, tuduhan itu adalah tuduhan jahat kepada DUPP,” katanya.

Cuma 5 negeri selesai

Menjelaskan hal itu Mokhtar berkata tiada sesiapa pun dalam DUPP tahu sama ada mereka dicalonkan semula untuk penggal yang baru atau sebaliknya kerana seranai tersebut hanya ada dalam simpanan jawatankuasa pemilihan.

Andai ada senarai atau nama yang tersebar, katanya, itu menunjukkan ada pihak yang membocorkannya.

Tambah bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu lagi penangguhan tersebut merupakan arahan daripada setiausaha agung dan Majlis Syura Ulama PAS.

“DUPP hanya mematuhi arahan itu agar selari dengan perlembagaan dan peraturan pemilihan,” katanya.

Tambah Mokhtar walaupun pemilihan ditangguhkan nama-nama calon yang dihantar sebelum ini kekal sehinggalah pemilihan diadakan selepas ini.

“Penangguhan cuma memberi ruang kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat meneliti peraturan pemilihan dan memberi ruang kepada negeri yang belum mengadakan mesyuarat agung dan menghantar calon mereka.

“Ianya dilihat oleh Majlis Syura dan PAS Pusat sebagai prosedur teknikal berkaitan undang-undang,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan penangguhan tersebut dibuat kerana hanya ada lima negeri yang membuat muktamar peringkat dewan ulama.

Negeri lain, katanya, belum selesai mengadakan muktamar masing-masing, justeru mereka tidak dapat menghantar calon untuk DUPP seperti sepatutnya.

“Ini isu undang-undang, yang berkait dengan ROS (Jabatan Perdaftaran Pertubuhan). Kita tak nak langgar, jadi tangguhlah,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Hashim pemilihan jawatan DUPP itu dijangka diadakan pada Dis ini.