ALAHAI ..MOKHTAR...TAK DICALONKAN KAH ?

 Panas! Mursyidul Am Pas akhirnya jawab pendedahan Mokhtar Senik


Mursyidul Am Pas akhirnya jawab pendedahan Mokhtar Senik

Di sebalik perjalanan muktamar tahunan sayap yang kelihatan tidak menonjol seperti selalu, tiada pemilihan berlangsung untuk Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pada Sabtu lalu.

Untuk rekod pada tahun ini parti berkenaan dijadual mengadakan pemilihan di semua peringkat dan sayap parti.

Pemilihan bagi jawatankuasa pusat dijadual berlangsung di Terengganu pada hujung minggu ini.

Penangguhan pemilihan DUPP itu didedahkan salah seorang anggota badan berkenaan, Mokhtar Senik di media sosialnya hari ini.

Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata dia ditanya mengenai perkembangan berkenaan oleh beberapa orang dan terpaksa menjelaskannya serba sedikit selepas berasa “mual” dengan tuduhan yang dilemparkan.

Kata ulama PAS itu sesetengah pihak mendakwa pemilihan tersebut ditangguhkan apabila ada nama pemimpin tertentu tidak dicalonkan dan ia hanya akan diteruskan selepas muncul pencalonan dari peringkat negeri.

“Maaf saya nak sebut, tuduhan itu adalah tuduhan jahat kepada DUPP,” katanya.

Cuma 5 negeri selesai

Menjelaskan hal itu Mokhtar berkata tiada sesiapa pun dalam DUPP tahu sama ada mereka dicalonkan semula untuk penggal yang baru atau sebaliknya kerana seranai tersebut hanya ada dalam simpanan jawatankuasa pemilihan.

Andai ada senarai atau nama yang tersebar, katanya, itu menunjukkan ada pihak yang membocorkannya.

Tambah bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu lagi penangguhan tersebut merupakan arahan daripada setiausaha agung dan Majlis Syura Ulama PAS.

“DUPP hanya mematuhi arahan itu agar selari dengan perlembagaan dan peraturan pemilihan,” katanya.

Tambah Mokhtar walaupun pemilihan ditangguhkan nama-nama calon yang dihantar sebelum ini kekal sehinggalah pemilihan diadakan selepas ini.

“Penangguhan cuma memberi ruang kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat meneliti peraturan pemilihan dan memberi ruang kepada negeri yang belum mengadakan mesyuarat agung dan menghantar calon mereka.

“Ianya dilihat oleh Majlis Syura dan PAS Pusat sebagai prosedur teknikal berkaitan undang-undang,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan penangguhan tersebut dibuat kerana hanya ada lima negeri yang membuat muktamar peringkat dewan ulama.

Negeri lain, katanya, belum selesai mengadakan muktamar masing-masing, justeru mereka tidak dapat menghantar calon untuk DUPP seperti sepatutnya.

“Ini isu undang-undang, yang berkait dengan ROS (Jabatan Perdaftaran Pertubuhan). Kita tak nak langgar, jadi tangguhlah,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Hashim pemilihan jawatan DUPP itu dijangka diadakan pada Dis ini.

No comments: