MGID

Masih on lagi. Itu kenyataan Ketua Parti SD individu masih on.

 


KENYATAAN MEDIA


21 Oktober 2020


HORMATI KENYATAAN, KEKALKAN USAHA


KEADILAN mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini.


Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat



GENCATAN POLITIK INI HANYA SEMENTARA. MUHYIDDIN BELUM BOLEH TIDUR LENA

 

Genjatan politik UMNO sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi, walaupun dilihat telah menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, tetapi ia bukanlah untuk selama-lamanya.

Namanya pun genjatan politik – macam genjatan perang – maka tentulah ia hanya sementara dan bila-bila masa senjata boleh diangkat semula.

Apatah lagi, di sebalik mampu menulis sebuah kenyataan media mengumumkan genjatan politik, Presiden UMNO itu masih tidak mampu untuk menulis walau sepatah perkataan untuk menafikan surat yang viral sebelum ini yang didakwa ditulisnya kepada Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru menjatuhkan Muhyiddin.

Penafian mengenai surat itu yang turut disokong oleh Najib Razak hanyalah melalui jurucakap UMNO yang tidak dinamakan siapa orangnya.

Selain Zahid Hamidi membisu, Najib juga masih berdiam diri berhubung surat tersebut.

Semua ini memberi gambaran, bukan saja surat itu adalah asli, malah sokongan Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Parlimen UMNO kepada Anwar juga asli.

Jika tidak, apa perlunya diumumkan genjatan politik?

Cuma, oleh kerana persekitaran yang tidak begitu mengizinkan buat ketika ini, khususnya kerana kenaikan semula angka kes Covid19, pusingan U Zahid Hamidi ini masih boleh difahami.

Ia hanya memberi maksud bahawa pertukaran kerajaan tidak begiti sesuai dilakukan ketika Covid19 sedang melanda.

Yang penting, Zahid Hamidi dan Najib tidak menarik balik sokongannya kepada Anwar untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Boleh jadi juga, dengan genjatan politik yang diumumkan Zahid Hamidi ini, tidak ada keperluan lagi untuk Agong meneruskan majlis mengadap ketua-ketua parti yang tertangguh pada minggu lalu.

Tetapi, semua itu tidak menghalang usaha menjatuhkan Muhyiddin diteruskan melalui penolakan terhadap usul Belanjawan 2021 pada Sidang Parlimen yang bermula 2 November depan.

Inilah cara yang terbaik yang tidak mampu dielakkan lagi oleh Muhyiddin, selain perlu menghadapinya dengan hati yang terbuka.

Seperti usul undi tidak percaya, walaupun beberapa Ahli Parlimen telah menulis surat mengenainya, namun ia masih boleh dihalang daripada dikemukakan melalui kuasa yang ada pada Speaker, tetapi tidak demikian keadaannya dengan usul Belanjawan.

Selepas dibentang dan dibahas, ia perlu diundi untuk kelulusan dan jika gagal, sama seperti penolakan terhadap kerajaan.

Melalui undian Belanjawan 2021, selain blok pembangkang akan bersatu hati menolaknya yang bererti menolak Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, ia tidak mustahil akan turut disokong oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO.

Kalau pun mereka tidak mahu menunjukkan sokongan secara terbuka melalui undi, penolakan boleh juga dibuat dengan cara tidak berada di Dewan Parlimen ketika pengundian dijalankan.

Terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menulis surat kepada Speaker berkaitan usul tidak percaya baru-baru ini, beliau adalah antara yang disebut ramai sebagai antara Ahli Parlimen UMNO yang tidak akan menyokong undian belanjawan nanti.

Begitu juga dengan Zahid Hamidi, Najib, Tengku Adnan, Ahmad Maslan, Azeez Rahim dan Bung Mokhtar, kecuali jika ada jaminan selesa daripada Perdana Menteri berkaitan kes mahkamah mereka atau ia dapat dilakukan dalam tempoh terdekat ini, tidak mustahil mereka juga menolak pengundian tersebut.

Sepatah kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, apa salahnya jika Zahid Hamidi berbuat sesuatu untuk menyelamatkan dirinya dan semua orang pun akan berbuat begitu?

Pokoknya, walaupun ada genjatan politik oleh Zahid Hamidi ketika ini, Muhyiddin masih belum boleh memeluk bantal untuk tidur dengan lena lagi.

(Shahbudindotcom 21/10/2020)


Macau scam di tahap krisis?

 

Sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian merupakan sindiket jenayah terancang yang mengaut keuntungan atas angin dengan meninggalkan ribuan mangsa sehelai sepinggang dan porak-poranda untuk menghadapi masa depan.

Mengikut statistik polis, terdapat 28,508 kes “scam” dan 18,130 akaun dibuka membabitkan RM2.5 bilion pada 2019 saja.

Lebih 80,000 akaun keldai milik individu yang membenarkan sindiket menggunakannya bagi aktiviti penipuan dalam talian dikesan dari 2019 hingga bulan ini.

Ekoran kekerapan rakyat yang terlalu mudah terpedaya dengan modus operandi mereka, Macau scam saban hari menjadi tajuk berita.

Terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpas satu cabang sindiket, termasuk penangkapan beberapa pegawai polis yang disyaki menjadi dalang operasi haram ini. Pembongkaran sindiket mutakhir ini dipercayai hanyalah sebahagian kecil.

SPRM turut membekukan 730 akaun bank berjumlah RM80 juta. SPRM merampas wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah dalam siasatan pengubahan wang serta sindiket Macau scam sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, SPRM menahan 20 suspek berhubung siasatan kes itu, membabitkan 11 orang awam, 8 penguat kuasa dan seorang warga China. Aktiviti itu dikendalikan sindiket besar dan terancang.

Semakin kerap kita membaca dan melihat di media cetak mahupun elektronik, pelbagai pendedahan dibuat berkaitan jenayah siber, khususnya penipuan atau “scam”.

Pelbagai cara dilakukan untuk mengutip wang perlindungan daripada penjenayah Macau scam dan perjudian dalam talian yang dijalankan beberapa sindiket dipercayai dianggotai warga China.

Kuala Lumpur dijadikan pusat atau markas Macau scam dan perjudian dalam talian dikendalikan sindiket antarabangsa yang menyasarkan rakyat pelbagai negara, khususnya China, Hong Kong dan rakyat Malaysia sendiri.

Dipercayai, sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian ini melindungi tidak kurang 10 sindiket besar di Malaysia. Rata-rata pekerjanya terdiri daripada rakyat Malaysia dan China, bergantung kepada kumpulan sasaran sindiket ini. Upahnya lumayan dan risiko ditangkap agensi penguatkuasaan dikatakan rendah.

Berikut antara modus operandi sindiket:

1. Agensi penguatkuasaan mengesan dan membocorkan maklumat kepada ketua kumpulan terbabit berhubung operasi yang akan dijalankan ke atas sindiket.

2. Berpakat dengan pihak berkuasa untuk membuat serbuan dan tangkapan ke atas sindiket terbabit. Dalang akan mengatur pertemuan dengan sindiket yang diserbu pihak berkuasa dan meminta wang untuk melepaskan pekerja ditahan.

3. Menetapkan bayaran bulanan daripada sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian sebagai wang perlindungan dan jaminan bebas daripada tindakan undang-undang.

4. Bertindak sebagai penyedia logistik, termasuk menyediakan pusat operasi sindiket yang kebiasaannya terletak di banglo dan kondominium eksklusif. Dalang akan mencari dan menyewa rumah/kondo/pejabat untuk dijadikan pusat operasi. Ini bermakna sindiket di bawah perlindungan kumpulan itu terpaksa menyewa daripada dalang terbabit.

Keuntungan berlipat ganda dikutip dalang apabila menyewakan semula rumah/kondo/pejabat dengan kadar sewa berlipat ganda.

5. Dalang akan menentukan tempoh sesebuah tempat itu dijadikan pusat operasi. Ia bergantung kepada tahap “panas” kawasan kejiranan terbabit. Pusat operasi akan berpindah-randah dari rumah/kondo/pejabat bagi mengelakkan dihidu masyarakat setempat kerana jumlah pekerja warga China atau tempatan adalah ramai.

Sebagai contoh, dalam serbuan di pejabat di Cyberjaya beberapa tahun lalu, dianggarkan 500 warga China ditahan pihak berkuasa. Adakah proses tapisan ditetapkan kerajaan berjalan lancar? Jumlah yang ramai ini mudah menimbulkan syak wasangka masyarakat setempat. Oleh itu, mereka sering berpindah-randah dan beroperasi di kawasan kejiranan eksklusif serta tersorok.

6. Salah satu dalang itu ialah pemilik pusat jualan komputer dan ICT terkemuka di Kuala Lumpur. Dia akan menyediakan semua bentuk logistik dari segi perkakasan dan perisian komputer untuk kegunaan sindiket. Oleh itu, cukup mudah sindiket mendapatkan perkakasan dan perisian ICT bagi menjalankan aktiviti mereka.

7. Membeli pusat hiburan (karaoke). Semua sindiket di bawah naungan kumpulan dalang ini dikehendaki membayar RM1 juta untuk membeli pusat karaoke. Tiap-tiap malam, sindiket naungan perlu membuka 2 bilik karaoke. Difahamkan, sindiket perlu membayar puluhan ribu ringgit untuk bilik karaoke dan hiburan ini.

Oleh itu, pusat hiburan ini tidak pernah kosong. Dalang juga menjadikan karaoke sebagai pusat menghiburkan penguat kuasa.

8. Melaburkan wang haram hasil kutipan wang perlindungan bulanan, sewa rumah/pusat operasi, peralatan logistik dan aktiviti peras ugut dalam syarikat yang ditubuhkan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Ini termasuk melaburkan wang haram dalam syarikat milik orang ternama.

Difahamkan, lebih 700 syarikat digunakan dalang untuk “mencuci duit” atau pengubahan wang, termasuk restoran, syarikat pembinaan, ICT, karaoke, kelab malam, syarikat pinjaman wang sah dan tidak sah (along), syarikat penjualan kenderaan import dan sebagainya.

Sudah sampai masanya agensi penguatkuasaan mengatasi masalah Macau scam ini secara menyeluruh. Ketua sindiket perlu ditangkap dan ditumpaskan.

Jika masih ada penguat kuasa, termasuk pegawai kanan yang bersekongkol, melindungi dan mengambil rasuah dari sindiket Macau scam serta perjudian dalam talian, mereka hendaklah disiasat dan dikenakan tindakan tanpa memilih bulu.

Kajian Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah, sindiket penipuan termasuk Macau scam muncul kerana faktor pakatan sulit, iaitu kerjasama antara sindiket dan orang dalam.

Isu integriti orang dalam, sama ada agensi penguatkuasaan atau swasta membantu sindiket Macau scam menyebabkan kerugian berjuta ringgit kerana ramai yang ditipu.

Apapun, kita masih ada pegawai kerajaan berintegriti tinggi dan tegas dalam menangani isu rasuah. Kadangkala, dengan pengalaman berpuluh tahun dalam pekerjaan tidak bermakna, jika mereka tidak mempunyai integriti.

Sebagai ketua, mereka perlu bersifat telus dan memenuhi 3 kriteria ini.

Kriteria pertama berdasarkan merit seseorang yang boleh dinilai menerusi pengalaman dan profesionalisme dalam melakukan tugas.

Kedua ialah intergriti, iaitu pemimpin yang dilantik tahu dan tidak melakukan kesalahan demi kepentingan individu.

Ketiga ialah memilih pemimpin berani kerana benar. Ini bermaksud, apa juga tindakan, mereka perlu berani meskipun diarah atau menerima wahyu bertindak melanggar undang-undang.

Pihak berkuasa hendaklah menyiasat mereka yang terlibat dan mendalangi sindiket Macau scam serta perjudian dalam talian sehingga ke lubang cacing.

Tanggungjawab memerangi sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian bukan terletak di bahu agensi penguatkuasaan semata-mata.

Kerjasama orang ramai diperlukan untuk mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak terjebak dalam aktiviti haram ini. Mereka juga perlu membuat laporan polis jika berdepan sindiket Macau scam.

Hakim pula bertanggungjawab menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas anggota dan dalang sindiket Macau scam serta perjudian dalam talian untuk dijadikan pengajaran. M

Masalah Macau scam bukan saja boleh meruntuhkan masyarakat, tetapi turut merosakkan imej negara.

 

Akhbar Satar ialah presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia.



[🔥SIRI 79🔥] "UMNO DARI KECUNDANG KE KING MAKER?" LIVE

SETUJU DENGAN KADIR JASIN, MENTERI DAN PEGAWAI PERLU MASUK SEKOLAH

 


BOB KELANANG

 

Cadangan A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.

Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.

Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.

Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.

Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.

Pandangan dan kritikan Kadir itu harus diterima semua pihak kalau mahu melihat kerajaan hari ini bertahan lama. Daya tahan kerajaan dan usianya bergandung kepada rakyat. Bila rakyat terutamanya penyokong cemuh, marah, kerajaan boleh jatuh dalam sekelip mata sahaja. Rakyat bagaikan api yang

menyala akan membakar hangus apa yang ada.

Banyak aspek yang menteri baharu perlu disekolahkan. Dari sikap dan cara berfikir. Seperti kata Kadir untuk mengharap Dr Mahathir mendidik, bukan masanya lagi. Masa untuk mendidik sudah berlalu, sebab Dr M sudah pun “bersara” dari alam persekolahan, mengajar.

Makanya menteri kena belajar sendiri, ada inisitif untuk mempelajari sendiri seluk beluk pentadbiran, belajar berfikir untuk mencungkil idea-idea yang baik demi rakyat. Juga belajar untuk membuang gaya dan sifat yang memuakkan rakyat besar diri dan mula egois bila ada jawatan.

Untuk mengenal diri dan stail Dr Mahathir, sebelum ini saya pernah cadangkan agar menteri membaca buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari buku itu banyak dapat dipelajari apa dilakukan Dr Mahathir dan juga mengenal dirinya sebagai seorang pemimpin yang sukses. Dari buku dapat mengenali beliau sebagai seorang Doktor, sebagai seorang PM, seorang rakyat biasa, seorang pemikiran dan segala-galanya.

Banyak ilmu-ilmu untuk muncul menjadi seorang menteri yang baik dan kredibale. Jalan dan ilmu pengetahuan dibentangkan dalam memoir itu sangat berguna.

Iya untuk mendapat dan mendampingi Dr Mahathir bagi mencungkil segala rahsianya, sudah tidak mungkin kerana batasan waktu dan keadaan. Tetapi bukulah menjadi penggantinya dan makenisme terbaik untuk mempelajari dan memikirkan tentang kesuksessannya menjadi PM 22 tahun. Nah baca. Saya tidak dapat pasti berapa ramai menteri yang sudah menghadam buku berkenaan. Atau masih ada tidak pernah dengar dan pegang buku berkenaan. Agak malang kalau ada sebagai seorang politik tidak mengambil peduli buku itu.

Dr Mahathir mungkin terfikir hal ini, — kelemahan dan kegagalan beberapa orang menterinya, tetapi masakan beliau perlu menyuruh dan memaksa orang membaca bukunya. Sepatutnya semua mengambil inisitif sendiri.

Saya percaya sudah ada sikap baharu dikalangan menteri kini selepas mereka menajdi menteri. Mereka belajar berdisiplin dan bekerja segigih Dr Mahathir Mohamad. Ini sudah bagus. Apa yang dirasai oleh seorang rakan saya yang jadi menteri, jelasnya bahawa beliau sedang diajar cara memimpin seperti Dr Mahathir.

Saya tidak perlu menuturkan apa-apa kelemahan yang ada kepada menteri, kerana sudah kerap kita menegurnya. Apa yang diluahkan dalam media sosial bukan semuanya bersifat dengki dan benci, tetapi ada kebenarannya. Malanglah kalau anda berasa lontaran dalam media massa mengenai anda sebagai benda remeh dan tidak level anda.

Dalam pada itu yang perlu belajar bukan sahajha menteri tetapi orang di sekeliling menteri juga — para pegawainya. Dari setiausaha sulit kepada setiausha politik, setisusaha akhbar dan pegawai khas, harus, juga mereka semua kena belajar. Cukuplah belajar cara pakai tie atau cara berjalan, tetapi apa harus difikir dan dilakukan melengkapkan anda sebagai seorang pegawai membantu jaya menteri bukan menambah kelemahan dan keburukan menteri.

Jika anda juga macam menteri anda, kurang pengalaman, cari dan temuilah bekas-bekas pegawai atau setiausaha menteri untuk menimba ilmu daripada mereka. Jaya dan gagal menteri terletak kepada sejauh mana peranan dfan fungsi anda.

 

SEMALAM LAIN HARI NI LAIN ...

 

KEADILAN Sembrong nafi anggota parti keluar beramai-ramai

 


KEADILAN Sembrong menafikan berita kononnya anggota Cabang tersebut keluar secara beramai-ramai sebagaimana dilaporkan akhbar Chinese Press baru-baru ini.

 Menurut Ketua Cabang, Mohd Shahrun Radzi Salehudin, laporan yang menyatakan 87 anggota Cabang dan 45 anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) meninggalkan parti hanya rekaan semata-mata.

 Katanya, anggota yang keluar terhad kepada 9 orang yang disiarkan media. Sementara, 45 anggota AMK Ranting Kampung Sri Lukut, Kahang didakwa meninggalkan parti tidak berlaku sama sekali kerana keseluruhan anggota di Ranting itu hanya 48 orang.

 "Ketua AMK, Mohd Nasir Salleh mengesahkan dakwaan 45 anggota AMK Ranting berkenaan meninggalkan parti tidak benar.

 "Saya sebagai Ketua Cabang Sembrong juga tidak menerima apa-apa permakluman daripada 87 senarai anggota yang meninggalkan parti itu.

 "Untuk makluman, hanya 9 individu yang tular itu sahaja mengisytihar keluar KEADILAN, selebihnya hanyalah propaganda ke arah mengaibkan KEADILAN Cabang dan AMK," katanya dalam satu kenyataan.

 Sehubungan itu, Mohd Shahrun mengingatkan agar anggota parti tidak melayan sebarang tohmahan yang mahu memburuk-burukkan parti.

 Sebaliknya, kata beliau, usaha mesti difokuskan ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin akan berlaku dalam waktu terdekat.

 "Oleh yang demikian, saya selaku Ketua Cabang Sembrong memohon agar semua pimpinan di semua peringkat sama ada AMK, Wanita dan anggota-anggota KEAIDILAN seramai 1,371 orang, fokus ke arah memperkuatkan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan (PRU) dan memastikan kerja-kerja di lapangan berjalan lancar, sekaligus berusaha untuk menawan P153 (Sembrong) dalam PRU15 nanti.

 "Kepada pihak yang cuba mengaibkan KEADILAN Cabang Sembrong, saya doakan saudara-saudara sekalian mendapat petunjuk dan hidayah supaya menjadi masyarakat yang berguna untuk generasi akan datang," katanya lagi.

 Shahrun juga menyarankan anggota KEADILAN kekal berpegang kepada 17 prinsip perjuangan, selain mengenepikan soal remeh-temeh dan fokus kepada naratif perjuangan membawa perubahan serta politik nilai yang sering ditekankan oleh presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Kerajaan Selangor tingkatkan pemantauan, elak gangguan bekalan air berulang kali

 


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan beberapa langkah yang diambil kerajaan negeri bagi memperkemaskan usaha menangani pencemaran negeri sekaligus mengelakkan daripada gangguan bekalan air berlaku berulang kali.

 Beliau berkata, langkah tersebut perlu diambil setelah berlaku kekerapan gangguan bekalan air di negeri itu.

 "Sebanyak 8 kes berlaku sepanjang tahun ini dan ada antaranya adalah kejadian berulang. Tempoh antara April hingga Sept tidak ada kes, mungkin disebabkan PKP.

 "Namun Sept dan Okt ada sehingga 3 kes menyebabkan beberapa loji rawatan terhenti dan bekalan air terganggu

 "Setakat ini, lebih 90 peratus bekalan air telah pulih sepenuhnya dan dijangka esok semua orang dapat air sepenuhnya.

 "Pengurusan Air Selangor memastikan penghantaran bekalan air dapat dilakukan agar sampai ke rumah masing-masing," katanya.

 Amirudin berkata, langkah pertama yang diambil kerajaan negeri adalah mempercepatkan proses menyalurkan bekalan air ke rumah.

 "Ini menerusi enerusi Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Air Selangor iaitu meningkatkan faktor pencairan dengan mengaktifkan (dilution factor) dengan mengaktifkan Operasi Pengepaman Air Kolam (Opak).

 "Pihak pengurusan juga mempercepatkan laluan air iaitu menjalankan flushing dengan melepaskan air empangan Sg Tinggi dan Sg Selangor serta menaikkan 1 River Gate di Baraj Bestari Jaya.

 "Proses nyahbau juga dipercepatkan di kolam tebatan banjir JPS Sg Gong dengan penggunaan aktif karbon untuk menghilangkan bau," katanya.

 Langkah kedua pula kata Amirudin, melibatkan proses pemantauan dengan pertambahan pegawai.

 "Pemantauan Ops Statik di Sg Gong diteruskan, malah kerajaan buat keputusan untuk tingkatkan proses pemantauan terhadap dua lembangan sungai yang sangat kritikal iaitu Sg Langat dan Sg Selangor dengan penggunaan dron yang berteknologi tinggi.

 "Sejak bulan Feb lalu, proses kawalan 24 jam dibuat namun begitu kawalan memerlukan pertambahan anggota dan pegawai, justeru kerajaan negeri mengarahkan air selangor dan pasukan Pantas Luas untuk menambah pegawai dan pegawai kontrak untuk penguatkuasaan dan pemantauan sungai terbabit.

 "Dengan kekerapan terhadap lawatan bagi satu-satu kawasan bertambah lebih baik dan kita dapat mengesan lebih awal. Kita juga akan mendirikan pos-pos tertentu untuk mengesan mengkaji status air di setiap lokaliti dan hotspot bagi memastikan pencemaran dapat dikesan lebih awal.

 "Saya berharap pemantauan berterusan ini dapat mengurangkan risiko pencemaran disamping mengenal pasti lebih awal," katanya.

 Dari segi penggunaan dron, Amirudin berkata ia akan membantu kerajaan negeri untuk memantau pencemaran air secara keseluruhan.

 "Kerajaan akan menggunakan dron bagi memantau secara keseluruhan dan pengendalinya akan memberikan dua kajian awal berkenaan unsur premis atau bangunan atau apa-apa perkara berhampiran sungai yang boleh mencemarkan.

 "Selepas itu kita akan membuat proses penguatkuasaan dengan secepat mungkin untuk memastikan punca-punca potensi pencemaran boleh dikurangkan.

 "Kajian itu dilakukan oleh syarikat dron dan akan disampaikan kepada kerajaan, ia akan mampu mencerap kualiti dan kuantiti air yang mengalir di sungai.

 "Dron ini jangan dilihat kepada mesin sahaja, tetapi terhadap aplikasi analisa yang mampu dibuat, ia adalah syarikat nombor 6 terbaik di dunia dan juga beroperasi untuk anak syarikat negeri dan kerajaan persekutuan.

 "Jadi dron itu akan memantau sehari dua kali dan boleh bergerak sejauh lebih 1,000 km untuk mengesan penilaian analisis terhadap kandungan air, kita akan adakan demo dalam masa terdekat mungkin dalam tempoh PKPB untuk lihat keberkesanannya," katanya.

 Amirudin turut menyebut mengenai pelan jangka panjang yang akan dilakukan dalam tempoh satu tahun dari sekarang iaitu meningkatkan kualiti pengurusan dan rawatan air di loji rawatan di Selangor.

 "Kita akan kenal pasti dengan teknologi tertentu untuk membuang dan menyahbau di loji rawatan, dan usaha untuk menyalurkan terus air yang tidak tercemar disamping menyekat air yang tercemar.

 "Sebab apabila air terus mengalir ke loji rawatan akhirnya tidak ada pilihan selain menutup loji rawatan tersebut, sudah pasti kos agak tinggi sehingga menelan puluhan juta. Jadi di peringkat awal insya-Allah, saya akan bentangkan dalam belanjawan negeri nanti," katanya.

 Secara tidak langsung, kata Amirudin, ia adalah satu pelan pendekatan menyeluruh yang bermula dengan masyarakat, kawalan pemantauan, sehinggalah kesediaan loji rawatan menerima air yang tercemar secara bau.

 "Sebenarnya kita mempunyai off river storage yang mencukupi sekurang-kurangnya tiga hingga lima hari namun ia masih memerlukan pengepaman dan paip-paip untuk disalurkan terus ke loji rawatan.

 "Pencemaran air melibatkan perubahan warna, struktur air itu biasanya dapat ditangani di peringkat awal, aduan sebelum ini lima enam kali berjaya halang dari berlaku.

 "Tetapi pencemaran bau biasanya tidak mempunyai warna, ia berpunca secara organik, mungkin najis, mungkin kadang-kadang sisa dalam bentuk pelarut, malah dalam kes terbaru ini dijangkakan bahan pelarut kerana ia tidak berwarna dan baunya sangat tipis.

 "Jadi pelan kita adalah menyediakan kemudahan dan meningkatkan kemampuan loji kita untuk memulihkan merawat pencemaran bau dalam aspek pengendalian loji rawatan," katanya.

 


UMUM GENCATAN POLITIK , MERUDUM SAHAM JATUH...PELABUR TAK SOKONG MUHYIDDIN?


MAN TOBA





UMNO umum gencatan senjata dan sokong PN, teruih merosot KLSE (-18.57 mata) ke bawah 1500 di pasaran Malaysia hari ini. Nampak tak pelabur-pelabor  sokong #muhyiddinout ? https://t.co/vICreJweZb






SIKIT SIKIT EBIT LIEW..MENTERI MANA?


AHMAD SHAHRIL SHAHRIL


EBIT LIEW

Syukur sangat petang ni dah sampai penjara penjara Seberang Perai. Kami hantar 1000 mask, face shield, PPE, tilam, cadar, dan makanan. Saya dapat surat permohonan sumbangan peralatan dari Penjara Pulau Pinang. Sebenarnya nak hantar semalam.

80 kes covid disini. Beberapa orang warden. Bagi saya setiap anggota petugas penjara adalah pejuang negara yang berkorban berjuang disebalik tembok. Saat masuk dalam sana tidak boleh onn hp. Keadaan pun panas jika bertugas. Udara tak macam dekat luar.
Ya Allah sembuhkanlah semua yang sakit angkatlah covid 19 dari negara kami dan seluruh dunia.

33 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 



TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN SEMUA. KITA TERUS LAWAN COVID 19 DAN KERAJAAN TEBUK ATAP. KECUAIAN KERAJAAN MENYEBABKAN MEREBAKNYA KES COVID 19.

TEKAN  >   UNTUK MEMBACA DAN MENONTON VIDEO TERKINI AWAL PAGI TADI.

BEBASKAN MEDIA

Uploading: 1361401 of 1361401 bytes uploaded.



TINDAKAN DUA DARJAT TERHADAP MENTERI CEMAR PENGORBANAN RAKYAT LAWAN COVID 19

 


MUKA TAK RASA MALU DAN BERSALAH PUN.

Keputusan kerajaan hari ini untuk tidak mengambil tindakan lanjut (No Further Action) terhadap YB Datuk Khairuddin Aman Razali, Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi yang telah melanggar kuarantin wajib Covid-19 adalah amat dikesali.

Peluang untuk membuktikan bahawa Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan prihatin kepada rakyat hancur sama sekali, sebaliknya mengesahkan lagi pandangan yang semakin popular iaitu PN adalah kerajaan dua darjat.

Beberapa kes yang melibatkan rakyat biasa yang terkhilaf melanggar arahan kuarantin telah dijatuhkan hukuman denda dan penjara manakala Menteri PAS dibebaskan begitu sahaja.

Sebagai contoh, baru 2 hari lepas seorang juruteknik swasta telah dipenjara 14 hari dan didenda sebanyak RM1,000 selepas gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin.

Tindakan yang tidak adil ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN dan malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan yang akan berlaku selepas ini.

Bukan sekadar itu, Kerajaan PN hari ini telahpun mensia-siakan pengorbanan dan usaha frontliners serta rakyat biasa melawan Covid-19.

Rakyat terpaksa akur dengan arahan yang sering bertukar hampir sepanjang masa kerana adanya ugutan dan hukuman terpilih, namun hormat mereka kepada pemerintah semakin menghilang.

Ketika seluruh negara berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi, ramai yang hilang pekerjaan, ada yang hilang tempat tinggal, PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa untuk kepentingan peribadi.

Ini amat merisaukan jika cengkaman ini dibiarkan, maka akan terbentuklah pemerintah yang zalim dek kerana amalan hukum bukan berdasarkan undang-undang saksama (rule of law) tetapi mengikut selera kedudukan dan pangkat, layanan media terpilih dan pelbagai lagi, sedangkan nasib rakyat kebanyakkan tidak dihiraukan.

21.10.2020

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia.



Panggil sidang khas Parlimen atau dahulukan usul undi tak percaya dalam Dewan, saran Adun PH

 

Panggil sidang khas Parlimen atau dahulukan usul undi tak percaya dalam Dewan, saran Adun PH

SOAL-JAWAB ANWAR ANGKAT SUMPAH DAN BILA?


OWH TERRER TERRER


 AHMAD SHAHRIL SHAHRIL

Image may contain: 1 person, sitting

Kehebatan Peguam Negara pilihan Aboh

, Iaitu abang kandung Speaker Art Harun.

1. Riza aziz - Di lepaskan

2. Musa aman - Di bebaskan

3. Khairudin takiri - Tiada tindakan

4. Rakyat - Penjara, denda dan rotan.

Tempoh khidmat belum sampai setahun.

 

INILAH..KEERAJAAN MALAYSIA


Akhirnya inilah sebuah keadilan untuk mereka yang berada di beranda kuasa dalam kerajaan Melayu/Islam kononnya....

 Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini BERITA UTAMA UstDr t-Takiri Focebook Langgar kuarantin: AGC putuskan tiada tindakan lanjut kes Khairuddin Atas alasan menteri itu tak diserahkan dengan borang 14 B di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin."

GENCATAN POLITIK LAMA MANA

 Image may contain: text

LAIN KALI CEPAT SIKIT KAU PINDAH JADI RAKYAT MALAYSIA


 NOR JAMILAH

Salah kau angkol. Kenapa tinggal di Amerika kan dah kena. Cuba awal-awal kau migrate ke Malaysia, pasti kau sudah dibebaskan....



Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini BERITA ByBornghUPPA|2UMAW Bekas pengumpul dana Trump mengaku bersalah obi gugurkan siasatan 1MDB"

#ReformasiInstitusi

#MuhyiddinOut

#LameDuckPM

#AnwarIn



(function() { var d = document, w = window; w

SAYA SENGAJA MENUNGGU PENGESAHAN PENGKHIANATAN INI SEBELUM MENULIS... DAN MAAF, KALI INI SAYA AKAN MENGKRITIK PARTI SENDIRI (TENTUNYA SEBUAH LETERAN PANJANG)

Dalam Program Himpunan Muafakat Pemuda Keadilan Malaysia pada 31 Oktober 1999, saya yang entah siapa-siapa ketika itu, tidak dikenali orang ...