FITNAH DAN DOSA YG BERTERUSAN...: ' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat I DS...


FITNAH DAN DOSA YG BERTERUSAN...

Pada tahun 2013 Dato Omar Abu Bakar bekas Pegawai Khas PT95 pernah mengaku bertanggajwab dan terlibat dalam Konspirasi Fitnah Liwat I terhadap DSAI.

Ia tidak terhenti di situ, apabila DSAI difitnah lagi dalam Liwat II dibuat begitu "REAL" sehingga didapati bersalah dan terpenjara. Begitu dahsyat fitnah itu. Bagaimana pula dengan mereka yang percaya angkara fitnah terancang ini?

No. 1 Bayangkan dosa berterusan ditanggung para konspirator yang kebanyakkannya telah mati yang kita tak tahu samada mereka sempat bertaubat atau tidak? Nauzubillahimindzalik.

No. 2. Bayangkan dosa berterusan bagi mereka yang percaya dan menyebarkan fitnah ini sehingga sekarang? Di depan Allah Azza Wa Jalla nanti apa mereka nak jawap setelah tersedar itu adalah Fitnah yang berat? Nak kembali ke dunia dah tak bleh.

Semasa di dunia sanggup mereka perjudikan nasib semata-mata kerana hukuman mahkamah yang dilihat ramai pihak sebagai "Gross Miscarriage of Justice"? Bahasa mudahnya pincang dan tidak adil.

Kita berlindung dengan Allah SWT dan semoga Allah menjauhkan kita dari fitnah dunia.

Wallahualam.

- Zus Din

21 Oktober 2020