ISTANA NEGARA ULANGI PERLUNYA SIDANG PARLIMEN SECEPAT MUNGKIN, MAHIADDIN JANGAN DEGIL LAGI

 

Setelah kenyataan media berkaitan hasil Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun lalu yang antara lain mahukan Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin seperti telah diderhakai oleh seorang menteri kabinet, Takiyuddin Hassan dan sekadar diambil maklum saja oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, Istana Negara hari ini mengeluarkan poster berkaitan hal itu melalui media sosialnya.

Di laman sosial Istana Negara telah dipaparkan poster dengan gambar Agong berpakaian rasmi selaku Ketua Negara dengan tulisan – “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dan agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen Perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat”.


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Istana Negara ini adalah sesuatu yang bukan biasa-biasa kerana kenyataan media berkaitan hal yang sama telah pun dikeluarkan sebelum ini.

Biasanya tiada ulangan dilakukan berkaitan hal yang pernah dinyatakan dalam kenyataan media.

Dari sudut pemahaman biasa, memuat naik poster beserta petikan kenyataan media yang intipatinya menekankan perlunya Parlimen dibuka dengan secepat mungkin, ia adalah mesej bahawa itulah sebenarnya kehendak serta keinginan Agong serta Raja-Raja.

Dalam erti kata lain, Agong dan Raja-Raja memang mahu kerajaan menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan secepat mungkin, bukan bulan depan, bukan September, bukan Oktober atau tarikh-tarikh sebagaimana yang dicuba diputar-belit oleh Takiyuddin.

Lagi pun, dengan Istana Negara menyebut bahawa Sidang Parlimen perlu diadakan untuk membahaskan, antaranya berkaitan Ordinan Darurat, tentulah juga difahami bahawa Sidang Parlimen mesti diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Kalau setelah tempoh darurat sudah berakhir atau selepas 1 Ogos, untuk apa lagi Ordinan Darurat perlu dibahaskan?

Maka, selain Takiyuddin dan lain-lain pengampu kuasa jangan berterusan cuba memutar-belit makna secepat mungkin yang sebenarnya sangat mudah untuk difahami, Mahiaddin juga kini tidak harus terus berdegil dengan tidak berbuat apa-apa bagi memastikan Sidang Parlimen dapat diadakan secepat mungkin.

Poster ini adalah mesej yang sangat jelas agar Mahiaddin segera bertindak menetapkan tarikh Sidang Parlimen bagi memenuhi titah Agong itu.

Ingat Mahiaddin, jangan bertangguh lagi kerana kami rakyat jelata amat sayang kepada Raja dan sama sekali tidak mahu adanya seorang Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri seorang penderhaka. 


(ShahbudinHusin 18/06/2021)


JANGAN TERLALU MUDAH PERCAYA PADA SESEORANG..SELAMAT BERKONGRES PADA 20HB.

Sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020, saya mengucapkan selamat berkongres kepada Perwakilan KEADILAN di seluruh pelusuk tanahair.

KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang ditangguh sebelum ini pada tarikh baharu 20 Jun 2021, mulai dari jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Pelaksanaan Kongres ini adalah secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.

Selain itu juga, saya turut memanjangkan jemputan daripada Sekretariat Kongres Parti Keadilan Rakyat kepada segenap lapisan rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook Parti yang mana pentasnya akan disempurnakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongres KEADILAN kali ini akan memfokuskan bicara yang meliputi isu utama tanahair termasuk ekonomi, kesihatan awam dan pemulihan demokrasi di negara kita.

#KongresKEADILAN #KEADILAN #PartiKeADILanRakyat #Malaysia




 


Kelulusan balak, pembangkang Kedah akan bangkitkan pada Sidang DUN




Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata proses pembalakan mengambil masa yang panjang selepas mendapat kelulusan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang DUN Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata beliau akan mengemukakan soalan mengenai kelulusan pembalakan di negeri itu pada sidang DUN akan datang.

Pengerusi Amanah Kedah itu berkata sebelum ini pihaknya belum sempat menanyakan isu kelulusan pembalakan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru mengambil alih.

“Belum sempat lagi kita nak tanya soalan. Tak ada soalan lagi kita sempat tanya mengenai balak ini.

“Kita tak ada maklumat macam mana balak itu lulus,” katanya kepada FMT.

Sebelum itu, memetik Harakah Daily, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim berkata aktiviti pembalakan yang berlaku di negeri Kedah sekarang adalah daripada kelulusan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, sejak mengambil alih pentadbiran bermula 17 Mei tahun lalu, tidak ada satu pun kelulusan kawasan membalak yang baharu dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan oleh pengguna media sosial mengenai kesahihan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan Sanusi belum pernah memberikan kelulusan pembalakan di mana-mana kawasan di negeri ini.

Ini berikutan tularnya foto papan tanda operasi balak memaparkan tarikh lesen 1 Jun 2020 di suatu kawasan di Sik, baru-baru ini

Dalam pada itu, Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata kelulusan pembalakan masa ini boleh jadi sebelum PN, semasa Pakatan Harapan (PH) malah juga sebelum PH.

Katanya, proses pembalakan sebenarnya mengambil masa yang panjang selepas mendapat kelulusan.

“Memang proses balak di Kedah ini ada kuota, berapa ribu hektar yang boleh ditebang, setiap tahun ikut kuota yang ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara di peringkat nasional.

“Dibenarkan ada kuota. Kerajaan negeri boleh bagi konsesi balak tidak melebihi kuota yang dibenarkan.

“Sesuatu lesen balak (diperoleh) akan melalui satu proses yang panjang mungkin lebih setahun sebelum boleh tebang,” katanya.

TERKINI!!! TINDAKAN AZMIN INI AMAT BERBAHAYA ?

TERKINI!!! JUMLAH SOKONGAN SD TERDEDAH?

Hantaran media sosial Istana Negara cetus perdebatan



Istana Negara hari ini mengeluarkan petikan pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa parlimen perlu bersidang secepat mungkin. Hantaran Istana Negara itu dimuat naik di media sosial beberapa jam selepas memadam poster yang hampir sama pagi ini.

RAJA-RAJA BERTITAH, PARLIMEN SEGERA BERSIDANG



“Tidak mungkin Yang di-Pertuan Agong secara tidak sengaja tercicir penghargaan kepada kerajaan melainkan ianya adalah sengaja tidak disebut,” kata Zulqarnain. Menurut beliau titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu masih menghormati kedudukan dan kedaulatan takhta sebagai Raja Berperlembagaan dan sebagai institusi dalam Perlembagaan tanpa mencampuri bidang kuasa eksekutif dan legislatif.



Mengapa perlu takut buka Parlimen?

 

May be an image of 1 person and text that says "'Pelan pemulihan hanya lengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus' Dr Musa Nordin berkata pelan tersebut "bersifat rambang" dan tidak berasaskan "sains yang baik". 16 JUNE 2021 AT 14:15"



Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah

MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH

Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh diri, ada yg mengalami gangguan mental, ada yg bercerai berai, ada hilang pekerjaan dan ada yg hancur perniagaan tetapi Mahiaddin masih terus berdegil utk berkuasa dgn menutup ruang demokrasi. Najib jauh lebih bermaruah dari Mahiaddin apabila menerima kekalahan walapun tahu akn menghadapi risiko yg sgt besar demi kepentingan rakyat.

Mengapa takut buka Parlimen sdgkan bukan kita mahu menukar kerajaan? Buka Parlimen tidak bermaksud terus berganti Perdana Menteri. Kita mahu bicara soal rakyat. Rakyat skg sangat2 menderita.

Raja2 telah memberitahu bahawa perlu kerajaan yg lebih stabil. Maksudnya Raja2 Melayu tahu kerajaan ini bukan sahaja gagal tetapi tidak stabil kerana tiada majoriti. Jika titah Raja2 tidak mahu dipatuhi apa lagi nak dikata.

PANDEMIK AKN TERUS GAGAL DIATASI

Pandemik Covid19 akan terus gagal diatasi kerana dua faktor. Pertama ia perlu kerjasama kerajaan dan rakyat. Jika rakyat menolak kerjasama apatah dgn kerajaan yg dianggap gagal menguruskan pandemik ini bagaimana ia boleh berlaku.

Kedua kerajaan ini seolah olah bergantung kpd Pandemik. Apabila tidak mahu membuka Parlimen sedangkan jutaan pekerja kilang dibenarkan bekerja.. seolah olah tiada ketelusan kerajaan utk segera mengatasi Pandemik kerana bergantung kpd situasi ini utk terus kekal berkuasa. Apatah lagi kelembapan vaksinasi yg membuat jutaan rakyat masih menunggu.

Ia perkuatkan lagi hujah dari Dr Pakar Dr Musa Nordin bahawa pelan pemulihan hanya utk melengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus. Ini mengesahkan tanggapan ramai bahawa kerajaan ini seolah olah sengaja membuatkan angka kes terus tinggi utk terus berkuasa.

Menyokong fakta2 tersebut yg paling jelas apabila kerajaan membenarkan kilang2 beroperasi sdgkan 70% punca kluster adalah dari sektor tersebut. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan nasib rakyat yg sudah kelemasan.

Mereka menutup ekonomi yg terkesan 80% peniaga2 kecil Melayu. Mereka arah peniaga2 kecil ini diam di rumah tanpa memikirkan apakah bantuan sewajarnya utk mereka berikan anak isteri makan. Sdgkan lembu dikandang perlu diberikan makanan inikan manusia. Mahiaddin PM paling gagal dan tidak bermaruah.

Parlimen laksana bekerja dari rumah hingga 28 Jun

 

Fareez Azman
Parlimen laksana bekerja dari rumah hingga 28 Jun
Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Parlimen akan melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat.
BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 - penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial - yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi talian hotline Bilik Operasi Parlimen Malaysia di talian 03-26036106 / 03- 26017222 / 03- 20721955.
Kenyataan itu dikeluarkan sehubungan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Baginda dalam satu kenyataan Istana Negara baru-baru ini, bertitah demikian bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah menyedari peranan utama Parlimen sebagai platform wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

MEMALUKAN SUNGGUH MENTERI UNDANG UNDANG NIH...

 

NORMAN RADZUAN


aaa sudahhh !! Takiyuddin rupanya Loyar butakayu....kena sekolah dgn Noh Udang dan Kuli

Tafsiran Taki, Pas 40(1) dan Pasal 55 - Mengenai YDPA kena mendengar nasihat Kerajaan....Taki mentafsir = YDPA " HAMBA ABDI PM !! YDPA WAJIB IKUT semua KEHENDAK AGENDA POLITIK "JAHAT" PM YG BERTENTANGAN DGN PERLEMBAGAAN, KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA YG TERMAKTUB DI DLM PERLEMBAGAAN....DEMI MENGEKAL KUASA PM DAN PARTINYA YG DAH HILANG...

PARAH DAN JAHATNYA TAKI MENTAFSIR PASAL 40(1) DAN PASAL 55 PERLEMBAGAAN

 

May be an image of text that says "KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH AHLI PARLIMEN GUA MUSANG "As soon as possible" Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means "it is like yesterday" atau 'semalam" Tengku Razaleigh menambah: di bawah Perkara Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana melanggar Perlembagaan dan 55 itu, 6 Menteri telah jawatan. sumpah 17 June 2021 6 Zulqaedah 1442"


NOH OMAR

Saya setuju dengan pandangan Ku Li. Kalau Perlembagaan masih kuat kuasa, artikel 55 mesti terpakai tetapi bila ada Ordinan Darurat maka Ordinan Darurat mengatasi Perlembagaan maka Yang DiPertuan Agong boleh mengarahkan Parlimen bersidang tanpa nasihat PM. Kalau artikel 55 tidak terpakai maka artikel 40 juga tidak terpakai.
Ringkasnya Ordinan Darurat yang dibuat menurut Artikel 150(2C) Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu Undang-Undang Persekutuan. Pada menjalankan fungsi YDPA di bawah Ordinan Darurat, YDPA tidak tertakluk di bawah Artikel 40 untuk bertindak menurut nasihat Kabinet.
Tambahan pula Seksyen 14 Ordinan Darurat secara spesifik menggantung operasi Perlembagaan dalam hal memanggil atau memprorog atau menangguh sidang Parlimen. Kuasa itu diletakkan kepada YDPA.

Maka, YDPA di dalam menjalankan fungsi di bawah Seksyen 14 Ordinan Darurat, boleh bertindak menurut budi bicaranya, tanpa tertakluk kepada nasihat Kabinet


Kenapa Parlimen Perlu Bersidang Sekarang Bukan Lagi 3 Bulan

 



MOHD MUKHLIS


Dalam siri kali ini saya hendak sentuh tentang peningkatan pesakit mental yang berkadaran terus dengan keadaan buruk ekonomi. Lepas 17 hari kita lockdown semula, kes tak pernah kurang dari 5000 dan hari ini tiba-tiba naik semula jadi 6.4K. Yang peliknya majoriti dari kluster tersebut adalah kluster kilang, kluster industri bukanya peniaga kecil. Dengan kes postif dalam lingkungan 6-7%, saya rasa hujung bulan ini pun takkan dapat 3 angka lagi.

Saya duk tengok kedai baju kena tutup, kedai kasut kena tutup, kedai perabut, kedai alat tulis kena tutup sebab bukan essential padahal kalau hendak di lihat berapa peratus jangkitan berasal dari kedai-kedai dan peniaga yang kecil? Lepas itu kena tutup sebulan sudah pasti, kalau extend lagi, tak ramai yang mampu bertahan tanpa bantuan kewangan dari Kerajaan. Nak harap menteri Kewangan, nanti dia sibuk jaga kebajikan bank, padahal dia lantik untuk menjaga kepentingan rakyat bukan bank. Ini masalah bila yang dilantik tak ada political wills.

Lepas itu bila SME yang merupakan bread and butter ekonomi negara akan lingkup, akan bertambahlah lagi senarai pengangguran, lagi ramai yang elok dari M40 terus turun taraf jadi B40. Ini semua akan ada reaksi berantai, bila ramai orang susah dalam satu masyarakat, ekonomi tak berkembang, kes jenayah naik, ramai orang susah dan ramai tak mampu bayar zakat. Nak bina balik ekonomi bukan mudah.

Paling teruk bila ramai yang tertekan depress bila dah kena buang kerja, kerja masih ada tapi gaji kena potong, elaun tak ada, stress dengan anak-anak belajar dari rumah dan macam-macam lagi. Paling teruk sampai cuba hendak membunuh diri.

Tapi tahukah anda, jika seseorang itu di dapati cuba membunuh diri regardless sengaja atau sebab sakit mental, mereka boleh di dakwa di bawah Seksyen 309 kanun kesiksaan yang peruntukkan denda dan penjara sehingga setahun? Ini yang Parlimen perlu bersidang segera, untuk mansuhkan Seksyen 309, kalau nak tunggu sampai September, berapa ramai yang akan bunuh diri atau cuba bunuh diri? Nak harap menteri wanita, sibuk dengan potong ususnya, yang ada wanita kena belasah dengan suami sampai koma ada dia komen?

Itu belum masuk bab yang mati akibat kekurangan katil ICU akibat Covid-19. Tidakkan rasa bersalah ke menteri-menteri kabinet yang kematian sekarang ini paling kurang 60 orang sehari, kalau tunggu 3 bulan lagi 5,400 orang akan kehilangan nyawa! Mana hilang sifat insan dan ihsan sesama manusia?! Bila menteri-menteri semua nanti di hitung di hadapan Allah S.W.T memohon belas ehsan, berdoalah semoga ruh yang mati akibat dari kecurangan kamu dahulu di dunia tidak mendakwa kalian.

Yang paling peliknya, dalam ordinan darurat mereka boleh sahaja pinda undang-undang macam ini, tapi biasalah, tak ada kepentingan untuk mereka. Kalau bab pinda akta KWAN yang boleh benar mereka guna wang rakyat tanpa lalui parlimen, itu tak apa nak guna ordinan darurat.

Saya sendiri sedih dan empati tengok orang susah sekeliling, tapi apakan daya, saya hanya seorang. Sedangkan orang yang Allah uji dengan kuasa, yang Allah pinjamkan amanah buat-buat tak kisah dengan nasib orang bawah dan rakyat jelata. Dia tahu dia lemah, tak berkemampuan tapi dia masih bergayut pada jawatan. Benar hadis Nabi yang gila kuasa ini akan menyebabkan penyesalan di hari akhirat.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat).

(Sahih al-Bukhari, no: 7148

PS: Kerajaan PH dahulu sudah rancang untuk pinda Seksyen 309 pada pertengahan tahun 2020; tapi kita semua tahu ia telah di hijack oleh pengkhianat dan juga tukang sertu mereka. Moga mereka ini berbangga dengan hasil dari apa yang telah mereka kerjakan di dunia.

 

AZMIN MENIRU STAIL ATOK 96-JANGAN PERCAYA AZMIN

 

May be an image of 1 person and text that says "SAYA TELAHMENGHUBUNGI BEBERAPA ORANG ΟΤΑΙ REFORMASISEMASAKAMI BERSAMA-SA BERJUANG UNTUK KREFORMASIDAHULU. ANTARANYA ANTARANYAEZAMDANRAFIZI. EZAM RIAN PERTANIA AS T MAL SAYA KATAKANKEPADAM MEREKA BAHAWA, PERSETERUAN SAYA DAN ANWAR ADALAHDI SEBABKAN OLEHHASUTANOLEH SEORANG 'LELAKITUA YANG MASIHTERGILA-GILAKAN TERGILA KUASA"



SALAM.

Azmin mahu berdamai? Atau, dia mahu kekal berlakon sebagai pemain Politik Malaysia?.

Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen di buka dengan segera, Azmin menjelaskan "saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami bersama-sama berjuang untuk reformasi dahulu. Antaranya Ezam dan Rafizi. Saya jelaskan tentang kemelut hubungan saya dan Anwar. Saya katakan kepada mereka bahawa, perseteruan saya dan Anwar adalah di sebabkan oleh HASUTAN oleh seorang 'lelaki Tua' yang masih tergila-gilakan kuasa yang telah mengapi-apikan hubungan di antara kami. Saya memang terpengaruh dengan pandangannya ketika itu kerana percaya bahawa negara kita akan kembali menjadi harimau di Asia jika Malaysia di pimpin oleh TS Muhyiddin".

Jelas Azmin lagi "ini semua hanyalah berkaitan dengan Politik sahaja dan bukannya melibatkan perkara personal. Namun, saya mulai sedar bahawa saya hanya menjadi batu loncatan atau kambing hitam kepada 'orang tua' itu untuk menyokong kumpulannya untuk terus mengekalkan kuasa. Saya juga tahu bahawa 'orang tua' hanya menjadikan TS sebagai puppet peliharaannya dan semua arahan sebenarnya datang dari 'orang tua' itu sendiri. Pelan untuk menubuhkan Kerajaan baharu pula..hanya bermula, apabila saya telah di arahkan 'membayar' sejumlah wang iaitu sebanyak RM400 juta kepada sebuah parti yang menguasai negeri di Pantai Timur dengan tajuk pembayaran di atas nama 'ROYALTI MINYAK'. Tujuannya hanyalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan 'golongan-golongan Lebai' supaya menyokong kumpulan 'orang Tua' itu demi menghancurkan Kerajaan PH dan menggagalkan usaha DS Anwar menjadi PM".

"Kini barulah saya sedar, bahawa saya telah melakukan satu DOSA yang besar terhadap Anwar, ahli-ahli parti, kawan-kawan dan semua pengundi-pengundi saya di Gombak. Selepas mendengar audio rakaman ucapan dari 'orang tua' itu seperti yang sedang tular di media sosial...saya mula yakin bahawa 'orang Tua' itu tidak pernah ikhlas dalam memberikan nasihat dan pandangan samada kepada saya atau Kerajaan. Saya katakan kepada Ezam bahawa saya ingin kembali ke pangkuan Parti lama, walaupun saya tiada apa-apa jawatan sekalipun. Saya ikhlas dan bersedia menjadi pemain di belakang tabir untuk parti. Saya jelaskan juga kepada Rafizi betapa pentingnya permuafakatan dan persaudaraan sebagaimana kami pernah bersama-sama di dalam perjuangan REFORMASI sedikit masa dahulu. Akhirnya, saya juga katakan bahawa, kita semua ini bekas Pejuang utama reformasi...perlu MEMBUANG SEGALA YANG KERUH dan MENGAMBIL APA JUA YANG JERNIH" ujar Azmin lagi.

*(Kenyataan ini boleh di dapati di dalam mana-mana portal milik penyokong-penyokong beliau)*

 

BERTELAGAH BUKA PARLIMEN MEMALUKAN NEGARA

 

HAMDAN TAHA

Bertelagah pasal pembukaan parlimen memalukan malaysia di pandangan dunia

Menteri dan speker membuat adaian kerajaan akan buka sidang parlimen pada bulan okt berdasarkan kenyataan PM dua nama

Tetapi Takiyuddin dan speker sedar atau tidak kenyataan PM dua nama itu ada perkataan JIKA atau Bersyarat seandainya kes telah menurun ke angka 4 k sehari baru bole di buka

Macam mana jika kes kekal 5 ke 10 ribu maknanya parlimen tak boleh di buka

Sedangkan RRM minta di buka dengan cepat supaya kedudukan sebenar apa yang sedang di lakukan kerajaan dapat di ketahui rakyat

Apabila pertanyaan boleh di lakukan maka banyak perkara dapat di selesaikan itu lah RRM minta di buka tampa terikat dengan sebarang syarat termasuk darurat

 

SEBELUM INI

 May be an image of 2 people, people standing and text

SAMPAI DI BOLD KAN SECEPAT MUNGKIN

 HAMZAH RIE NA


May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎"Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen Perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat" KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH استان ISTANA NEGARA wwW. .istananegara.gov.my বকাকাজR മനതതനക്ദ istana_ne negara IstanaNegaraOfficial‎"‎‎






TERKINI: Posting dari YDP Agong sendiri 25 minit yg lalu..

AmpunTuanku..

Sampai perlu BOLD kan "secepat mungkin" tu utk kasi menteri faham. Sampai dah 3 kali istana sebut.. Malangnya, #KerajaanGagal sebut lagi 3 bulan.

AmpunTuanku..

Ada sejenis manusia nama dia Takiyuddin dari Parti PAS Tuanku.. Beliau merupakan Menteri Undang² & Parlimen skrg... Tapi dia sangat bodoh Tuanku... Tuanku titah secepat mungkin pun dia tak faham... Malaysia tak perlukan Menteri² bodoh mcm tu Tuanku..

PN Derhaka!

#KerajaanDerhaka

#DaulatTuanku

#AmpunTuanku

SR

LIM KIT SIANG-INI ADALAH KENYATAAN PERIBADI SAYA-ANWAR LAYAK SEBAGAI PM

 #kerajaangagal117 – Seruan untuk melaksanakan moratorium politik selama satu atau hingga dua tahun bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 dan memastikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tidak melebihi paras 5,000 kes

Ini adalah pandangan peribadi saya.

Saya sebelum ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia akhirnya mula nampak cahaya di hujung terowong untuk keluar dari kemelut pandemik Covid-19 yang berpanjangan selama 18 bulan selepas Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas semalam.

Ini memberikan Malaysia — yang secara tiba-tiba menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam mengawal penularan wabak Covid-19 sementara negara-negara yang menunjukkan prestasi terburuk dalam tempoh 12 bulan pertama wabak itu mengganas, kini telah berubah dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam mengendalikan perang menentang pandemik Covid-19, terutamanya dalam program pemberian vaksin yang dijalankan mereka — sebuah peluang untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Izinkan saya menyatakan pendirian peribadi saya. Saya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana saya fikir beliau merupakan pemimpin yang paling berpengalaman, cekap dan berkelayakan untuk menjadi memimpin Malaysia yang merupakan sebuah negara yang majmuk.

Pun begitu, kita terjerat dalam kebuntuan perlembagaan selama lebih satu tahun, di mana tiada individu yang mempunyai majoriti yang mencukupi di Parlimen di tengah-tengah situasi negara ketika ini berdepan dengan ancaman eksistensial ekoran penularan pandemik Covid-19 yang berpanjangan.

Saya percaya yang Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana menukar namanya pada dokumen rasmi menjadi Mahiaddin Md Yasin, juga tidak mempunyai majoriti yang jelas di Parlimen.

Tetapi saya fikir ini adalah masalah yang tidak begitu penting dan melainkan ada individu yang dapat membuktikan bahawa dia mempunyai majoriti yang jelas dan menyakinkan untuk menjadi Perdana Menteri, isu ini mesti diketepikan bagi memberi tumpuan kepada usaha untuk menguruskan ancaman eksistensial yang terpaksa dihadapi negara ekoran penularan wabak Covid-19.

Permulaan baharu bagi negara ini telah dibuka seluas-luasnya susulan keputusan daripada perbincangan khas yang dijalankan Majlis Raja-Raja Melayu semalam dan tiada mana-mana entiti politik yang boleh menggunakan keputusan itu untuk menjustifikasikan kedudukannya dalam situasi politik dalam negara ketika ini.

Jadikan kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan hasil Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu semalam iaitu Parlimen serta Dewan Undangan Negeri harus bersidang secepat mungkin dan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos, menjadi asas kepada “mentaliti perang” untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Marilah kita mengetepikan sebarang perbezaan yang timbul di antara kita, sama ada dari segi pegangan politik atau sebagainya, untuk sepenuh hati memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

Saja justeru mencadangkan supaya moratorium politik dilaksanakan selama satu tahun — yang boleh dilanjutkan kepada dua tahun — bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 dan memastikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tidak melebihi paras 5,000 kes

Saya mengulangi gesaan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap keras kepala atau menjadi batu penghalang dengan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mengadakan sidang Parlimen dan DUN sebelum 1 Ogos 2021 kerana ini adalah hasrat jelas yang datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sendiri.

Pendirian Speaker, Azhar Azizan Harun yang mempertahankan garis masa yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen adalah satu perkara yang amat malang dan mengecewakan.

Saya menggesa supaya diadakan mesyuarat Kabinet tergempar bagi membincangkan mengenai keputusan yang dibuat hasil daripada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu semalam supaya Parlimen dapat mematuhi Perintah Tetap Dewan Rakyat dan bersidang pada hari Isnin, 19 Julai 2021.

Sementara itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu dibenarkan berfungsi dengan berkesan.

Malah, perlu wujud pembaharuan dan visi baharu berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

Rakyat Malaysia tidak ingin melihat krisis perlembagaan berlaku dalam apa jua bentuk, tetapi mahu setiap rakyat Malaysia, termasuk yang berjawatan dalam Eksekutif dan Badan Perundangan untuk tetap fokus dalam mencapai matlamat untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 – dan ini harus menjadi fokus utama negara, tidak kira dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Benarkan semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 dan kita mempunyai mentaliti seolah-olah negara sedang beperang serta bersatu menentang musuh bersama yang membunuh rakyat Malaysia setiap hari dan mengancam untuk memusnahkan fabrik sosial masyarakat Malaysia.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 17 Jun 2021)

Sidang DUN segera: Kerajaan negeri PH mengorak langkah


Oleh Roketkini 

Selaras titah Raja-Raja Melayu, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) terus mengorak langkah dalam usaha mengadakan segera sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri masing-masing. 

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi ini. 

Menurutnya, Penasihat Undang-Undang Negeri telah membentangkan kedudukan kerajaan negeri menurut Ordinan Darurat. 

“Tun telah bersetuju mengemukakan permintaan untuk mengadakan DUN Pulau Pinang kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya di laman Facebook hari ini. 

Di Negeri Sembilan, kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan sidang DUN dengan seberapa segera, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar bagi merancang pelaksanaan sidang DUN.

“Seterusnya saya akan mempersembahkan hasil perbincangan tersebut kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk mendapatkan perkenan baginda supaya sidang DUN dapat diadakan seberapa segera,” katanya. 

Selain Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Selangor turut komited ke arah pembukaan DUN Selangor.  

Media sebelum ini melaporkan, Raja-Raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang dalam kerajaan perlu dan menyokong Parlimen segera bersidang.

Ia selaras dengan apa yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pada peringkat negeri, raja-raja pemerintah juga berpendirian agar sidang DUN turut bersidang.

CERING BULU ROMA KU...

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Selama 21 tahun, matlamat saya HANYA satu sahaja. Saya tidak perlu wang, kerana 7 keturunan pun tak habis makan. Tak perlu nama atau kedudukan. Tapi saya MEŠTI SEKAT walau apa cara sekalipun, ۔war Ibrahim TIDAK BOLEH JADI PM selama-lamanya Dia lebih baik dari saya. Malaysia akan baik, bersih, adil dan ini bagus untuk rakyat. LEGASI HEBAT SAYA AKAN TERKUBUR JIKA ANWAR IBRAHIM PM MALAYSIA.‎"‎‎N

KAK IDA ABDULLAH

Apabila terlintas diminda saya Mahiaddin anak murid Atok Mahathir akan menggunakan formula Mahagurunya dalam mengekalkan kedudukannya dengan penuh sedar YDPA tidak mempunyai kuasa memecatnya.

Mahathir walau dimaki, diseranah bertahun-tahun oleh rakyat, khususnya geng reformasi tetap menebal kulit mukanya dan tahan 6 tahun sebelum dia memberi kerusi PM kepada Pak Lah. Lucky for him Pak Lah had a clean slate.

Mungkinkah Yiddin akan buat begitu? Undur diri tapi menamakan pewaris kerana dia sudah belajar dari Mahagurunya bagaimana menjatuhkan PH dengan meletak jawatan tanpa menamakan pewaris?

Dulu zaman Mahathir walau dimaki hamun setakat kartun Zunar yang disiar di Harakah, tiada Fb, Insta, Whatsapps, Tiktok bagai. Adakah ketebalan kulit Yadin melebihi Mahathir? Siapakah clean slate dalam BERSATU yang boleh Yadin namakan?

Dalam kita dialih perhatian dengan penderhakaan Yadin, Taki, Speaker dll, tentunya Mahaguru sudah siapkan pelan alternatif menghalang Anwar berterusan.

Lalu apakah tindakan kita? Kuat manakah keinginan kita melawan Mahathir dan nafsu syaitannya. Mahabijak Syaitan tidak pernah alpa, kitalah yang banyak lupa. Dah terantuk baru terngadah. Description: 😭


Kantoi berbohong: Harakah dan UMMAH mohon maaf.Jangan rasa Harakah tu sekukuh Utusan malaysia dulu..tu pun makan saman dengan Anwar terus bangrap

 


Kantoi berbohong: Harakah dan UMMAH mohon maaf

Kantoi berbohong: Harakah dan UMMAH mohon maaf

NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan pihak editorial Harakahdaily memohon maaf berkaitan kekeliruan senarai NGO menerusi artikel bertajuk ‘440 NGO Islam sokong tempoh Darurat dikekalkan’ yang disiarkan dalam Harakahdaily pada 16 Jun lepas.

Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan sebelum Mesyuarat Khas Raja Raja Melayu berlangsung 16 Jun.

Katanya, jika terdapat kekeliruan dan manipulasi daripada pihak yang mengambil kesempatan mengheret UMMAH ‘menderhaka’, beliau berharap diteliti kenyataan UMMAH yang telah sembah maklum gembira dan terima kasih kepada YDPA di atas cadangan keputusan yang bijaksana kepada kerajaan bagi menangani pandemik Covid-19.

“Kepada mana-mana NGO yang tersalah masuk pihak kami telah keluarkan daripada senarai, dan pihak kami memohon maaf di atas kesilapan yang sangat tidak disengajakan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini laman berita ini menyiarkan kenyataan UMMAH yang bertajuk ‘UMMAH dan 440 NGO Islam menyokong dikekalkan darurat, juga disiarkan media-media lain.

Mohd Zai juga berkata, UMMAH sangat prihatin dengan sensiviti NGO yang bergerak bagi mencapai objektif masing-masing.

Menurutnya NGO itu sentiasa menyokong apa juga bentuk sokongan dan kolaboratif bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Pihak UMMAH juga telah mengeluarkan senarai baru yang telah dikemaskinikan. Semoga dengan pembetulan ini dapat memberi pencerahan kepada semua pimpinan NGO yang terlibat.

“Semoga hubungan di antara NGO dapat dijernihkan semula bagi menjadi kumpulan third force dan check and balance yang berkesan dan bermanfaat kepada negara,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau sekiranya ada lagi pihak-pihak daripada rakan NGO yang ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dan permohanan maaf secara personal, pihaknya sangat mengalu-alukan.

“Semoga ukhuwah silaturrahim terus berkekalan dan berpanjangan,” katanya.

Guna kontrak EU selamatkan industri minyak sawit, kata pekebun kecil

 

Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia berkata, negara perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada eksport minyak sawit.

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) mahu kerajaan menunjukkan kemampuannya dengan memanfaatkan kontrak pertahanan berbilion dolar bersama negara Kesatuan Eropah (EU) untuk eksport minyak sawit.

Jika tidak, badan yang mewakili 600,000 pekebun kecil minyak sawit itu memberi amaran bahawa Malaysia berisiko melihat industri itu runtuh dalam masa dua tahun.

Presiden PKPKM Aliasak Ambia berkata, negara EU, khasnya Perancis dan Itali, berusaha meluluskan undang-undang yang mungkin menyaksikan berakhirnya kemasukan minyak sawit ke negara itu walaupun mereka meraih keuntungan besar menerusi penjualan peralatan pertahanan kepada Malaysia.

Aliasak menggesa sebuah badan gabungan terdiri daripada kementerian seperti pertahanan, perdagangan antarabangsa dan industri, perusahaan perladangan dan komoditi serta kewangan dibentuk untuk menyelaras perkara itu.

Aliasak Ambia.

“Kita semua tahu berapa banyak yang Perancis dan Itali perolehi daripada kontrak pertahanan antara lain seperti perjanjian kapal selam Scorpene, kapal tempur pesisir dan helikopter,” katanya kepada FMT.

“Malaysia perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada keseimbangan yang memihak kepada industri minyak sawit Malaysia dan komoditi lain. Tiba masanya untuk menunjukkan kepada negara ini bahawa mereka tidak boleh menjejaskan periuk nasi kita sambil menikmati manfaat daripada perjanjian dengan kita.”

Katanya, perjanjian itu harus dirunding menggunakan mekanisme perdagangan barter yang akan dibayar sebahagian atau sepenuhnya menggunakan minyak sawit, seperti perjanjian pertahanan Rusia yang sudah menggunakan mekanisme itu.

Aliasak memberi amaran bahawa Malaysia akan tewas apabila EU mula melaksanakan undang-undang anti minyak sawit yang digubal anggotanya menjelang 2024.

“Ini berdosa kerana jika anda mengambil kira keluarga pekebun kecil, ia boleh menjejaskan lebih dua juta orang.”

Pekebun kecil menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan pengeluaran minyak sawit di negara ini yang puratanya sebanyak 20 juta tan metrik setiap tahun.

Aliasak berkata, terdapat kempen anti minyak sawit yang sistematik di EU sejak 10 tahun lalu dan semuanya disokong oleh Ahli Parlimen dan perundangan EU.

“Kemuncak kempen ini akan menyaksikan penyingkiran sawit sebagai sebahagian daripada campuran biofuel menjelang Januari 2023. Ia hanya akan membenarkan biofuel menggunakan minyak biji sesawi dan kacang soya yang merupakan produk tempatan mereka.”

Malaysia kini berada pada kedudukan utama dalam perdagangan minyak dan lemak global dengan industri minyak sawit menyumbang lebih RM65 bilion setiap tahun kepada ekonomi negara.

Laporan menunjukkan agenda Perancis adalah kekal sebagai negara pertanian penting dengan membekalkan sebahagian besar minyak biji sesawi di rantau itu yang bersaing secara langsung dengan minyak sawit.

Di Itali, parti Green Italia di Parlimen mula berkempen menentang penggunaan berterusan minyak sawit sebagai sebahagian daripada agenda iklim negara dan rancangan menghentikan penggunaan minyak sawit secara progresif dalam campuran biofuel mereka.

“Dua negara EU ini kini menjadi pesaing utama untuk cadangan pembelian helikopter melalui Airbus Helicopters di Perancis dan melalui AgustaWestland di Itali,” kata Aliasak.

Beliau berkata, Airbus Industries dari Perancis turut mendapat banyak manfaat daripada pembelian pesawat utama oleh Malaysia Airlines, AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

FMT sudah menghubungi menteri industri dan komoditi untuk mendapatkan komen.

(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021