AZMIN MENIRU STAIL ATOK 96-JANGAN PERCAYA AZMIN

 

May be an image of 1 person and text that says "SAYA TELAHMENGHUBUNGI BEBERAPA ORANG ΟΤΑΙ REFORMASISEMASAKAMI BERSAMA-SA BERJUANG UNTUK KREFORMASIDAHULU. ANTARANYA ANTARANYAEZAMDANRAFIZI. EZAM RIAN PERTANIA AS T MAL SAYA KATAKANKEPADAM MEREKA BAHAWA, PERSETERUAN SAYA DAN ANWAR ADALAHDI SEBABKAN OLEHHASUTANOLEH SEORANG 'LELAKITUA YANG MASIHTERGILA-GILAKAN TERGILA KUASA"



SALAM.

Azmin mahu berdamai? Atau, dia mahu kekal berlakon sebagai pemain Politik Malaysia?.

Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen di buka dengan segera, Azmin menjelaskan "saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami bersama-sama berjuang untuk reformasi dahulu. Antaranya Ezam dan Rafizi. Saya jelaskan tentang kemelut hubungan saya dan Anwar. Saya katakan kepada mereka bahawa, perseteruan saya dan Anwar adalah di sebabkan oleh HASUTAN oleh seorang 'lelaki Tua' yang masih tergila-gilakan kuasa yang telah mengapi-apikan hubungan di antara kami. Saya memang terpengaruh dengan pandangannya ketika itu kerana percaya bahawa negara kita akan kembali menjadi harimau di Asia jika Malaysia di pimpin oleh TS Muhyiddin".

Jelas Azmin lagi "ini semua hanyalah berkaitan dengan Politik sahaja dan bukannya melibatkan perkara personal. Namun, saya mulai sedar bahawa saya hanya menjadi batu loncatan atau kambing hitam kepada 'orang tua' itu untuk menyokong kumpulannya untuk terus mengekalkan kuasa. Saya juga tahu bahawa 'orang tua' hanya menjadikan TS sebagai puppet peliharaannya dan semua arahan sebenarnya datang dari 'orang tua' itu sendiri. Pelan untuk menubuhkan Kerajaan baharu pula..hanya bermula, apabila saya telah di arahkan 'membayar' sejumlah wang iaitu sebanyak RM400 juta kepada sebuah parti yang menguasai negeri di Pantai Timur dengan tajuk pembayaran di atas nama 'ROYALTI MINYAK'. Tujuannya hanyalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan 'golongan-golongan Lebai' supaya menyokong kumpulan 'orang Tua' itu demi menghancurkan Kerajaan PH dan menggagalkan usaha DS Anwar menjadi PM".

"Kini barulah saya sedar, bahawa saya telah melakukan satu DOSA yang besar terhadap Anwar, ahli-ahli parti, kawan-kawan dan semua pengundi-pengundi saya di Gombak. Selepas mendengar audio rakaman ucapan dari 'orang tua' itu seperti yang sedang tular di media sosial...saya mula yakin bahawa 'orang Tua' itu tidak pernah ikhlas dalam memberikan nasihat dan pandangan samada kepada saya atau Kerajaan. Saya katakan kepada Ezam bahawa saya ingin kembali ke pangkuan Parti lama, walaupun saya tiada apa-apa jawatan sekalipun. Saya ikhlas dan bersedia menjadi pemain di belakang tabir untuk parti. Saya jelaskan juga kepada Rafizi betapa pentingnya permuafakatan dan persaudaraan sebagaimana kami pernah bersama-sama di dalam perjuangan REFORMASI sedikit masa dahulu. Akhirnya, saya juga katakan bahawa, kita semua ini bekas Pejuang utama reformasi...perlu MEMBUANG SEGALA YANG KERUH dan MENGAMBIL APA JUA YANG JERNIH" ujar Azmin lagi.

*(Kenyataan ini boleh di dapati di dalam mana-mana portal milik penyokong-penyokong beliau)*

 

No comments: