RANCANGLAH SUPAYA ELAK DIJANGKITI

 

HAMDAN TAHA..

Kes setiap hari meningkat dan yang masih belum pulih juga tinggi...


Kita ni sebagai insan dan juga mempunyai akal fikiran sebaiknya buat sesuatu keputusan yang baik...contoh


1. Walau pun tidak ada halangan dari kerajaan sekarang untuk membenarkan buat majlis perkahwinan atau kenduri kendara atau family day atau apa saja berkaitan keramaian. Tetapi tak kan lah kita tidak berfikir tentang keselamatan keluarga dan orang lain....sebaiknya tangguh atau buat seadanya sudah memadai....kenapa begitu kerana kita manusia di berikan akal fikiran


2. Walaupun tidak ada halangan dari kerajaan bahawa pergi bercuti itu tidak di benarkan. Tetapi tidak terfikirkah kita berkumpul beratus ratus orang di pantai atau di CH atau di mana mana sahaja boleh mengundang terjangkit atau menjangkit...sebaiknya sabar dahulu dan tidak keterlaluan untuk pergi bercuti cuti....kes masih tinggi berbanding bulan bulan yang lepas...


3. Balik ke kampung berjumpa keluarga,betul sekarang di benarkan. Boleh sahaja kita ambik kesempatan berjumpa ke dua ibu bapa kita. Tapi kita perlu lah menyusun jadual untuk balik kampung dengan adik beradik yang lain. Pastikan tidak berkumpul sampai semua adik beradik sepupu sepapat dalam satu masa. Kenapa kerana kes masih ada dan kita sayang kita dan keluarga kita


4. Membawa anak anak ke shoping mall....ini antara perkara yang perlu di elakkan. Tidak ada faedah sekarang kita berjalan santai santai hanya tujuan buang masa atau cuci mata. Bersabar lah bila keadaan dah ok pergi lah nak tidur di sana pun ok....


5. Beriadah dan aktiviti bersukan ini juga kena berfikir panjang dan perlu di kurangkan. Apakah tidak kita ambil peduli kes sedang bermaharaja lela di semenanjung....kes sekarang bukan lagi di sabah tapi di selangor dan KL 60 peratus dari kes....jadi sabar lah


6. Pergi makan makan bawa keluarga di kedai kedai yang ramai orang. Jika nak pergi makan tidak salah tetapi cari lah tempat yang tidak bersesak sesak....supaya kita dapat mengawal keadaan dengan baik....


Allahualam



TITLE EXCO TU PENTING...TAKDIRRRR....

 Image may contain: text that says "Razman Zakaria @RazmanZakaria60 @RazmanZakaria "Terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana memberi kepercayaan kepada wakil rakyat Pas memegang portfolio penting di negeri ini. Tidak kira apa juga portfolio yang diberikan, kita akan terus memainkan peranan penting membantu rakyat dan membangunkan negeri."

Bila UMNO pun tak percayakan Pas untuk dilantik sebagai Exco Agama.

PJ Pas Perak Razman pulak hanya dilantik sebagai Exco Pertanian dan Perladangan Perak.

Nota kaki: Ternakan babi di Perak tertinggi di Malaysia!

#PASGilaJawatan

 

Image may contain: 2 people, text that says "LOGMASUK LANGGAN Utusan Malaysia DOSM dedahkan, ternakan babi tertinggi di Perak, atasi Sarawak Tahniah di atas pelantikan sebagai EXCO PERTANIAN DAN PERLADANGAN PERAK TERNAK BABI (Ekar) 645,250 427,837 136,165 265,847 262,178 GU GANG TARA 0 11328 1,911 Sambilan Kalantan BABI BABI BABI BABI"






APA NASIB ISA SAMAD?

 IBRAHIM MAT ISA

Mari kita berteka teki apa hukuman yang bakal dijatuhkan kepada beliau ini. Adakah sama macam kes Ku Nan? Dan adakah lepas dijatuh hukum, beliau membuat rayuan macam Ku Nan buat? Dan persoalan terakhir, adakah pada penghujung ceritanya beliau ini dibebaskan dengan selesanya?

Kalu Melayu Isley, segalonyo buleh belako!

 Image may contain: 1 person, text that says "BERNAMA BERNAMA Radio @bernamaradio Mahkamah Tinggi KL tetapkan 3 Feb 2021 untuk keputusan tuduhan rasuah RM3 juta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Translate Tweet BERNAMA"

TOK PETI PUN DIAM...MENGARUT JA ....

 Image may contain: 2 people, text that says "ZAMANPH ADAR #BMF JUDI ZDONC RUU355 SIJIL UEC A08 SEKOLAR ARAK PRAMUGARI TUDUNG Islam tidak begitu selamat bawah PH ZAMANPN RUU355 PRAMUGARI PANOENRS TUDUNG SIJIL UEC ARAK PEREMPUA MELAYI KAHWIN BUKAN SEKOLAH SLAM VERNEKULAR JUDI DONG PHOte ZHONG ADIB ARIAT #BMF Isu ini harus dibahas secara ilmiah, bukan emosi"

Caj air mentah: Pulau Pinang tidak akan bayar walau satu sen pada Kedah - Ramasamy

 

Dewi Nur Harasha Alias
Caj air mentah: Pulau Pinang tidak akan bayar walau satu sen pada Kedah - Ramasamy
Ramasamy berkata, tiada sebarang rundingan akan dilakukan dengan kerajaan negeri Kedah sekiranya hak air Pulau Pinang tidak dihormati. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tetap dengan pendirian tidak akan membayar walau satu sen atau memberi sumbangan kepada Kedah kerana mengambil air mentah dari Sungai Muda.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy yang menegaskan, tiada sebab untuk negeri itu membayar atau memberi sumbangan kepada Kedah bagi bekalan air mentah.
Justeru, beliau berkata, tiada sebarang rundingan akan dilakukan dengan kerajaan negeri Kedah sekiranya hak air Pulau Pinang tidak dihormati.
"Mengapa Pulau Pinang harus membayar kepada Kedah untuk mengambil air dari sisi Sungai Muda? Perjanjian antara negeri sebelum ini jelas menyatakan Pulau Pinang turut mempunyai hak ke atas air itu.
Lebih-lebih lagi, konsep hak riparian jelas menyokong hak perairan Pulau Pinang untuk diambil dari sisi Sungai Muda dan bukannya Pulau Pinang mengambil air dari Kedah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Riparian membawa maksud hak pemilik tanah yang sah di sisi undang-undang ke atas kawasan tebing sungai.
Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, garis tengah Sungai Muda membatasi sempadan Kedah dan Pulau Pinang dan hak air sungai seperti yang disahkan oleh Perlembagaan membenarkan sesebuah negeri menggunakan air jika sumbernya berada dalam batas.
Katanya, konsep hak riparian jelas menyokong hak perairan Pulau Pinang untuk diambil dari sisi Sungai Muda.
"Terdapat preseden undang-undang dan keputusan pengadilan di masa lalu yang secara jelas menetapkan hak negeri atau negara untuk memiliki bahagian yang sama dari sumber air yang sama,” ujar beliau lagi.
Ramasamy dalam pada itu mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menuntut caj air mentah dari Pulau Pinang dengan mendakwa beliau tidak mempunyai asas undang-undang atau Perlembagaan.
Pada Rabu, Sanusi menegaskan, kerajaan Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit.
Sanusi berkata, untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.

GAMBAR-GAMBAR DSAI MENZIARAHI PAKSU MID DAN BEBERAPA TEMPAT LAIN

 Image may contain: 1 person, text that says "Anwar Ibrahim @anwa... 13m Alhamdulillah sempat menziarahi Pak Su Mid Kuala Nerang di kediamannya sebentar tadi. Pak Su Mid berpesan untuk terus ikhtiar dan berusaha. Insyaallah ia akan dipermudahkan. Mendoakan beliau terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik."

Pak Su Mid ni digelar orang Wali A'Bid..Orang Kedah amat kenal Pak su Mid

Dia berpuasa 360 hari setahun.. Selama berpuluh puluh tahun..

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoorImage may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor


Menghadiri walimah Setiausaha Sulit saya, saudara Shukri Saad dan pasangannya, Nor Fizawati Zainal di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Didoakan semoga pasangan mempelai dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Amin.

Lazat gulai rebung.


Image may contain: 13 people, people standingImage may contain: 5 people, people standing and outdoorImage may contain: 1 person, standing and outdoorImage may contain: 2 people


Pejabat Parlimen Port Dickson bersama Tuan Nasir Raman, Penyelaras DUN Bagan Pinang pada hari ini menyampaikan sumbangan berupa baucar hotel Seri Malaysia, minyak petrol, pek makanan tengah hari, pelitup separuh muka, hand sanitizer, air mineral kepada 70 orang pembonceng motosikal di Shell Batu 6, Port Dickson.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak.

#ParlimenPD



Pejabat Parlimen Port Dickson hari ini turun ke Batu 6, Lukut untuk memberi sumbangan tunai dan barangan makanan kepada Encik Sahak yang patah kakinya akibat tergelincir semasa menghantar isterinya ke hospital.

Semoga dengan bantuan dan sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi Encik Sahak sekeluarga.

#ParlimenPD

 


21 DIS 2020

Bersama anak-anak yatim di Maahad Tahfiz Nurul Huda di Ulu Langat sebelum solat Isya’ tadi. Alhamdulillah.

Image may contain: 1 person

20.DIS 2020

Petang ini meluangkan masa bersama anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur. Saya turut menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka.

Bersama kita tingkatkan kesedaran, zahirkan kasih sayang serta bela nasib anak-anak yatim. Kerajaan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat harus lebih peka terhadap nasib dan keperluan mereka, apatah lagi dalam suasana pandemik saat ini.



TANYA SALLEHUDDIN KALAU KALAU AMANAH NAK BAGI GUNA LAMBANG PARTI.

 

Kalau Pejuang tidak lulus, kami bertanding atas tiket parti lain, kata Mukhriz

Ketua Pejuang Mukhriz Mahathir berkata calon parti itu tidak akan bertanding sebagai calon Bebas.

PETALING JAYA: Pejuang, yang pendaftarannya sebagai parti politik berdepan kelewatan, terbuka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 atas tiket parti lain.

Pemimpinnya, Mukhriz Mahathir, berkata calon-calonnya tidak akan bertanding sebagai calon Bebas, maka antara pilihan yang ada adalah bertanding atas tiket parti lain, seperti parti Sabah, Warisan, sekiranya pendaftaran pejuang tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Sebaik-baiknya kita mestilah sebahagian daripada satu parti politik, ada beberapa pilihan, kita akan pertimbangkan perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika menjawab pertanyaan apakah Warisan boleh melebarkan sayap ke Semenanjung.

Ditanya tentang persediaan Pejuang berdepan PRU-15, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

“Kita kena muhasabah diri, kena ukur baju di badan sendiri… kita pasang cita-cita terlampau tinggi, padahal kita tidak berkemampuan, nak berjuang seorang memang sukar tetapi keputusan atau pendekatan itu akan dilaksanakan sebelum PRU-15 nanti.”

Bekas menteri besar Kedah itu juga menegaskan partinya belum menerima sebarang surat rasmi daripada JPPM, walaupun sudah memenuhi semua syarat dan bertemu pegawai jabatan itu.

Awal bulan ini, Pejuang memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, dengan setiausaha agung penaja, Amir Amiruddin Hamzah, memohon parti itu didaftarkan dalam tempoh tujuh hari selepas mahkamah membuat keputusan berdasarkan Seksyen 7 Akta Pertubuhan.

Menurut Mukhriz, mahkamah menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes.


Jika Muhyiddin tak tunai janji, tarik sokongan walau macam ‘kamikaze’, gesa Puad

 

Puad Zarkashi berkata demi kebaikan rakyat, sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu ditarik meskipun ia dilihat seperti ‘kamikaze’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO menggesa parti itu menarik sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika beliau tidak menunaikan janji sepenuhnya dalam Belanjawan 2021.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata BN sebelum ini menyatakan parti itu hanya akan menyokong belanjawan berdasarkan dua syarat – lanjutan moratorium pinjaman bank sehingga 30 Jun tahun depan dan membenarkan orang mengeluarkan Akaun 1 KWSP mereka sehingga RM10,000.

“Janji mempermudahkan i-Sinar KWSP dan moratorium automatik belum ditunaikan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, sambil menambah terdapat bank-bank tertentu yang enggan memberikan kemudahan lanjutan pinjaman.

Terdahulu, KWSP mengumumkan hanya orang melepasi kelayakan tertentu akan dibenarkan membuat pengeluaran di bawah i-Sinar, termasuk pekerja yang tidak mencarum KWSP sekurang-kurangnya dua bulan dan gaji pokok mereka dipotong sebanyak 30% mulai Mac lalu.

Kategori kedua ahli yang jumlah pendapatannya dipotong sekurang-kurangnya 30% sejak Mac perlu menunjukkan dokumen sokongan untuk mengesahkan kriteria itu.

Puad berkata, Najib Razak yang merupakan ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN menggesa Putrajaya untuk tidak menetapkan syarat pada skim itu, dengan mengatakan beberapa kriteria itu tidak logik dan membelenggu rakyat.

Najib berkata BN akan mengambil tindakan sekiranya tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah.

“Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM. Nampak macam ‘kamikaze’. Tetapi apa salahnya, demi rakyat,” tambah Puad.



22 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR. SILA TEKAN >       UNTUK BERITA AWAL.

KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Tuan puan tentu menghadapi kesukaran atau terganggu dengan iklan. Untuk makluman semua, iklan dari  Add Sense ini adalah berbayar. Saya bekerja secara individu . Tiada tajaan dari mana mana parti politik, individu, organisasasi atau mana mana NGO'S.Oleh yang demikian, iklan adalah sebagai sumber pendapatan sama seperti akhbar online yang lain . Oleh yang demikian , tidak dapat tidak, iklan ada sebagai sumber pendapatan. Terima kasih.

SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.


CUBA TANYA DIA...MATI NANTI BOLEH BAKAR KE?

Pesanan berapi Najwa?- our marriage is none of your business – Majalah Utusan

majalah-utusan.com
Pesanan berapi Najwa?- our marriage is none of your business – Majalah Utusan
Dunia Pesanan berapi Najwa?- our marriage is none of your business December 24, 2020 by Admin Nampaknya isu perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama pasangannya, Manpreet Singh masih lagi belum reda.Terbaru, netizens sedang galak menyebarkan kenyataan yang menurut mereka ia adalah mewakili Illi Najwa...




KERAJAAN MESTI WAJIBKAN HANYA SYARIKAT MILIK ISLAM DIBERI LESEN IMPORT DAGING HALAL

 

Sejak terdedahnya berita berkenaan daging import yang dicampur antara lembu yang disembelih dengan tidak disembelih berikutan serbuan terhadap sebuah gudang baru-baru ini, ramai kini “mengharamkan” diri mereka daripada memakan daging sebagai hidangan seharian.

Lebih memualkan tekak ialah berikutan terdedahnya juga laporan bahawa sindiket penipuan itu telah pun melakukan kerja-kerja jahat mereka sejak kira-kira 40 tahun yang lalu.

Dengan demikian, pasti setiap antara kita secara tidak sengaja pernah menelan daging haram atau yang tidak disembelih itu sama ada kerana membelinya di pasar, makan di restoran dan gerai atau disebabkan hadir di mana-mana majlis kenduri.


KARTEL TUKAR DAGING HARAM JADI HALAL – SINAR HARIAN – 02/12/2020 – PPIM





Lebih menyedihkan, ibu bapa, kaum keluarga dan saudara-mara kita yang telah meninggal dunia juga pasti telah termakan sama daging lembu yang tidak disembelih itu.

Adussss…..

Mereka yang melakukan kerja khianat ini tidak lain adalah semata-mata kerana bertuhankan wang dalam kehidupan mereka.

Diperkatakan syarikat yang diberi lesen import itu berbuat demikian kerana ingin mengaut untung berlebihan dengan mencampurkan daging lembu halal dengan daging lembu tidak halal yang diimport daripada negara-negara dunia ketiga yang mereka perolehi dengan harga lebih murah nilainya.

Diberitakan juga, perlakuan syarikat terbabit turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak dalam agensi kerajaan berkaitan dengan dakwaan diberikan upah yang lumayan atas persekongkolan yang telah dilakukan.

Walaupun didapati tiada campuran daging babi ditemui dalam gudang yang diserbu, tetapi selain daging tidak halal, dikatakan turut dicampurkan ialah daging binatang lain seperti kuda, kangaroo dan lain-lain lagi.

Nauzubillah…apa lagi yang mampu kita lakukan dengan pendedahan paling mengejutkan in selain mengucap panjang dan dan memaki hamun mereka yang berbuat jahat itu.

Selain kapal perang dan helikopter tempur yang dibeli kerajaan dengan harga berbilion ringgit, tapi tak sampai-sampai sehingga sekarang dianggap sebagai berita yang cukup mengejutkan, pendedahan tentang penipuan daging import ini sebenarnya jauh lebih memeranjatkan kita.

Ia bukan saja kerana melibatkan makanan yang masuk melalui tekak umat Islam, tetapi bayangkan dalam tempoh 40 tahun lamanya mereka melakukan penipuan, pastinya ia juga melibatkan nilai beratus bilion ringgit jumlahnya.

Kalau kita kenal siapa yang terlibat dalam penipuan ini, baik secara langsung atau bersubahat, rasanya mahu saja kita letakkan racun tikus dalam makanan mereka.

Sesungguhnya, perbuatan khianat mereka itu langsung tidak boleh dimaafkan sehingga kita jadi hilang selera untuk menyentuh daging lembu selepas ini.

Tetapi, yang paling penting ialah apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu ini?

Mungkin selepas siasatan, syarikat terbabit dibatalkan lesen importnya atau dikenakan denda semata-mata.

Kemudian, mereka atau pihak kerajaan pun berjanji untuk memastikan di masa-masa akan datang tidak berlaku lagi perbuatan mencampurkan daging halal dengan daging haram itu.

Soalnya, apakah jaminan perkara tersebut benar-benar tidak akan berulang?

Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya melaksanakan dasar yang tegas berkaitan pengimportan daging halal daripada luar negara iaitu dengan meletakkan syarat hanya syarikat milik orang Islam saja diberikan lesen import tersebut, tidak lagi seperti sekarang di mana ada syarikat bukan Islam pun diberi lesennya.

Bagi import daging tidak halal, berikanlah lesennya kepada syarikat-syarikat bukan Islam.

Kita ada ramai ahli perniagaan atau syarikat korporat milik orang Melayu yang boleh diberikan peluang menjalankan perniagaan ini atau kerajaan mengenalpasti usahawan Melayu/Islam, baik secara sendirian mahupun membentuk konsortium bagi tujuan ini.

Sesungguhnya, memastikan pengimportan daging halal yang terjamin adalah tanggungjawab kerajaan, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan orang Islam sendiri adalah majoriti di negara ini.

Hanya dengan memberi lesen import dan atau urusan membawa masuk daging halal daripada luar negara kepada syarikat milik orang Melayu dan Islam saja, maka barulah ada jaminan perbuatan jahat mencampurkan daging lembu sembelih dengan tidak sembelih tidak akan berulang lagi.

Sejahat-jahat orang Islam, kalau pun mereka juga bertuhankan wang, selagi dia Islam, dia tetap tidak sanggup melakukan perbuatan mencampurkan daging tidak halal dengan daging halal yang jika dia melakukan demikian, dia tentu sedar bukan saja mungkin dirinya termasuk secara tidak sengaja memasukkan makanan kotor ke dalam tekaknya, malah mungkin daging tidak halal itu turut dimakan oleh kaum keluarga dan sanak saudaranya juga.

Berbeza dengan bukan Islam, selain pengetahuan mereka tentang halal haram makanan bagi orang Islam adalah pasti cetek, ramai yang sanggup melakukan penipuan demikian semata-mata kerana wang.

Selain itu, bagi peniaga bukan Islam, mereka tidak ada perasaan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang Islam sebagaimana naluri peniaga Islam terhadap mereka yang seagama dengan mereka.

Namun, bagi kerajaan dan pemimpinnya yang beragama Islam, malah mengakui kerajaan ini adalah kerajaan Melayu/Islam, apakah susah sangat untuk berbuat sesuatu yang munasabah untuk kepentingan orang Islam sendiri? 

(Shahbudindotcom 24/12/2020)




PASARAYA BUKA MASJID TUTUP

 

Bila zon merah masjid tutup, tapi shopping mall tak tutup. Antara masjid dan shopping, mana orang lebih ramai?

Orang pergi masjid, ada wuduk, tapi pergi shopping mall tak wajib wuduk. Jadi, mana lebih bersih?

 Image may contain: text that says "MAKLUMAN iន MASJID WILAYAH PEA KUALA LUMPUR ZON MERAH OLEH YANG DEMIKIAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR DITUTUP BERMULA PADA 23 DISEMBER 2020 SEMUA AKTIVITI PROGRAM & SOLAT JEMAAH SOLAT JUMAAT DITANGGUHKAN SEHINGGA DIMAKLUMKAN PIHAK KERAJAAN + MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN"

APA KATA KITA ADJUST LAGU NI....NAMPAK ISLAMIK SIKIT

 

JADI WALAUN BOLEH LAH BERTAKDIR DALAM FB KALAU KENA TROLL

Untuk meng'halal'kan pertandingan ratu cantik, kita ejas sikit nama dia kepada 'ikon". Nak lebih islamik lagi, guna bahasa Arab yang membawa maksud "ikon" atau 'ratu". Maka, jadi ia program yang suci lagi menyucikan.

Untungkan ada lebai dalam kerajaan?

 Image may contain: 1 person, text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Allhamdulillah.Akhirnya pertandingan ratu cantik patuh syariah dibenarkan juga oleh Dewan Pemuda PAS.Ayah Ayah dimaklumkan juri2 terdiri dari ahli PAS sebagai tanda sokongan Translate Tweet Miss Plus World Malaysia/Ms Plus Intercontinental Malaysia 20h Meeting between Dewan Pemuda PAS Malaysia and the organizers Miss Plus World Malaysia(MPWM) The discussion still on whether to cancel our gala or not. PAS gentlemen gave us suggestions and promise to support our programs, but they are requesting us o do some amendment. We will work and collaborate with the PAS leaders for the best of our Malaysian ladies and nation."

Pelik parti pak lebai, air jadi sumber gaduh


Vectorise Logo | Parti Islam SeMalaysia - PAS Flags (updated) | Vectorise  Logo

Pelik parti pak lebai, air jadi sumber gaduh

Ipohmali

Pelik membaca kenyataan Asatizah dan sebahagian Agamawan yang membela seorang MB yang jahil dalam kenyataannya akan melakukan halangan, mengalihkana aliran sungai hanya kerana tuntutannya itu tidak dipenuhi, Malah ada pemimpin mereka mempersoalkan apakah air itu halal..

Sedarkah mereka ketika mereka berbicara, Yang haram itu perbuatan MB Kedah..Bukan Pulau Pinang.. Samaada dari sudut Undang2..Hatta dalam Agama..

Di dalam Islam air yang mengalir ( Al Maa’ Jaariya الْمَاءَ الْجَارِيَ) dan Mengusahakan Tanah ( Ihya’ul Mawat ) yang tidak dimiliki itu hukumnya jelas didalam Islam.. Dalam isu Air umpamanya di dalam Hadis Nabi ﷺ, disebutkan…

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ: فِي الْمَاءِ وَالْكَلَأِ، وَالنَّارِ..

“Muslim berkongsi dalam tiga perkara, iaitu air, padang ragut dan api.”..

Bukan sahaja melibatkan padang rumput, tanah kosong hatta bahan bakaran(Api) itu dilarang dimonopoli, Begitu jugalah kalau ia melibatkan Air… Malah dalam jalur Hadis yang lain disebutkan..Meletakkan harga pada air itu adalah Haram.. Sabda Nabi ﷺ,…

(وثمنه حرام)..

” Dan harganya haram..”

2- AL MAA’ JARIYA ( الْمَاءَ الْجَارِيَ ) AIR YANG MENGALIR..

Sebahagian Ulama menafsirkan apakah air yang dimaksudkan di dalam Hadis Ini ? Apakah air yang telah diproses.. Atau ditapis.. Mahupun kawasan dan hak yang dimiliki.. Jelas di dalam Hadis yang disebut kata Ulama’..

قَالَ أَبُو سَعِيدٍ يَعْنِي الْمَاءَ الْجَارِيَ…

Abu said Mengatakan,

” Yang Dimaksudkan adalah Air Yang Mengalir “

Mungkin sebelum ini para asatizah dan Ulama PAS hanya mengenal perkataan Amal jariyah iaitu amalan yang mengalir nanti pahalanya diakhirat dan tidak mengenal maksud Al Maa’ Jariya yakni air yang mengalir.. Apa yang dimaksudkan Air yang mengalir..

Kata Ulama’..Sheikh Abdul Qadim Zallum, menyimpulkan Kitab al-Amwal fi Daulah al-Khilafah dalam perbahasan yang dinukilkan dari Kitab Al-Kharaj karya Abu Yusuf..

وعليه فإن البحاروالأنهار والبحيرات والخلجان والمضايق والقنوات العامة كقناة السويس والساحات العامة والمساجد تكون ملكية عامة لجميع لأفراد الرعية

“Maka dari hadis tersebut, sesungguhnya segala laut, sungai, danau, selat, teluk, dan terusan umum seperti Terusan Suez, juga lapangan umum, serta masjid-masjid, statusnya adalah milik umum (milkiyyah ‘aammah) yang menjadi hak Rakyat.. “

Maksudnya apa sahaja yang menjadi milik umum dari air yang mengalir secara semula jadi yg digunakan pesawah,Petani itu dilarang diletakkan harga atasnya..apalagi yang jadi Keperluan asasi rakyat..

Lebih teruk harga yang dituntut itu tidak ada sebarang usaha merawat, Menyimpan dan menyalirkan air itu sebagaimana bekalan air mentah Johor yang disalurkan ke Singapura melalui tambak Johor.. ianya semata mata Sungai semulajadi..

3- HAK AIR TIDAK BOLEH DI MONOPOLI TETAPI DIKONGSI SAMADA MUSLIM ATAU NON MUSLIM..

Sebagaimana yang dilakukan Kerajaan Pulau Pinang yang menguruskan sumber airnya dan menyalurkan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan Agama.. Mereka menyalirkan air yang ditapis,Bersih dan lancar pada harga yang murah.. itulah yang dituntut dalam Agama dalam menjaga kemaslahatan rakyat…..

Begitu juga yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor.. Dimana dizaman pemerintahan UMNO, Urusan air ini diswastakan dimonopoli kelompok tertentu..Lalu Kerajaan Selangor bertindak mengambil alih Syarikat Konsesi secara berperingkat dan mengagihkan air secara percuma bagi kegunaan dan Keperluan rakyat Bawahan..

Walaupun kitab kitab Fiqh lama masih membahaskan kedudukan hak ini membezakan antara Muslim dan Bukan Muslim.. Imam al-Sarakhsi di dalam Kitab Al Mabsut menyatakan..

النَّاسُ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ ، وَهَذَا أَعَمُّ مِنْ الْأَوَّلِ فَفِيهِ إثْبَاتُ الشَّرِكَةِ لِلنَّاسِ كَافَّةً : الْمُسْلِمِينَ وَالْكُفَّارِ فِي هَذِهِ الْأَشْيَاءِ الثَّلَاثَةِ ، وَهُوَ كَذَلِكَ ، وَتَفْسِيرُ هَذِهِ الشَّرِكَةِ فِي الْمِيَاهِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْأَوْدِيَةِ ، وَالْأَنْهَارِ الْعِظَامِ كَجَيْحُونَ وَسَيْحُونَ ، وَفُرَاتٍ ، وَدِجْلَةٍ ، وَنِيلٍ

فَإِنَّ الِانْتِفَاعَ بِهَا بِمَنْزِلَةِ الِانْتِفَاعِ بِالشَّمْسِ ، وَالْهَوَاءِ وَيَسْتَوِي فِي ذَلِكَ الْمُسْلِمُونَ ، وَغَيْرُهُمْ ، وَلَيْسَ لِأَحَدٍ أَنْ يَمْنَعَ أَحَدًا مِنْ ذَلِكَ ، وَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الِانْتِفَاعِ بِالطُّرُقِ الْعَامَّةِ مِنْ حَيْثُ التَّطَرُّقُ فِيهَا ، وَمُرَادُهُمْ مِنْ لَفْظَةِ الشَّرِكَةِ بَيْنَ النَّاسِ بَيَانُ أَصْلِ الْإِبَاحَةِ ، وَالْمُسَاوَاةِ بَيْنَ النَّاسِ فِي الِانْتِفَاعِ لَا أَنَّهُ مَمْلُوكٌ لَهُمْ فَالْمَاءُ فِي هَذِهِ الْأَوْدِيَةِ لَيْسَ بِمِلْكٍ لِأَحَدٍ..

Dan di dalam hadis ini terdapat ketetapan bahawa manusia Manusia itu berkongsi baik muslim maupun kafir (kafir zimmi) dalam tiga hal tersebut. Demikian juga penafsiran perkongsian ini dalam hal air yang mengalir di lembah dan sungai besar seperti Jihun, Sihun, Eufrat, Tigris dan Nil.

Maka pemanfaatannya seperti pemanfaatan matahari dan udara… Muslim dan Non-Muslim memiliki hak yang sama. Tidak diperbolehkan seorangpun menghalangi orang lain dari pemanfaatan itu. Statusnya seperti pemanfaatan jalan umum untuk berjalan di sesuatu jalan.. agaknya bagaimana kalau ada pemimpin Pulau Pinang mengatakan, Kedah perlu membayar kos penyelenggaraan Jalanraya yang melintas Pulau Pinang ke Kedah.. Dah tentu orang akan kata, Pemimpin itu Jahil..

4- HUKUM MENGHALANGI SALIRAN AIR…

Sebagaimana disebutkan dalam maksud air yang mengalir yang menjadi hak pesawah,Petani dan Penternak..Begitu juga halnya dalam menyentuh Keperluan Rakyat..

Pemimpin boleh berbincang soal kemaslahatan atau pembagunan sumber air..Perkongsian sumber kewangan, Atau apa saja kos yang diperlukan dalam Pemuliharaan sumber air.. Tetapi bukan menjual air yang Mengalir secara semula jadi, seperti Sungai.. Apalagi ianya sudah terikat dengan Perjanjian…

Bagaimana seorang pemimpin parti Islam boleh mengeluarkan kata kata yang bukan saja Jahil dan Bodoh..Tetapi Jahat.. Ia menyalahi prinsip Islam dan akhirnya memberi kesan buruk pada Agama…. walaupun dalam satu kaedah Fiqh disebut..

الأصل في مال الغير التحريم

“Hukum asal bagi mengambil harta orang lain adalah haram.”

Biarpun mengikut Kaedah Fiqh asal pada perbuatan mengambil hak orang Itu dilarang..Tetapi ia berbeza dengan air yang mengalir..

Bukan saja meletakkan harga itu Haram..Tetapi perbuatan Menghalang itu juga satu Dosa.. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ,..

مَنْ مَنَعَ فَضْلَ مَائِهِ، أَوْ فَضْلَ كَلَئِهِ مَنَعَهُ اللهُ فَضْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ..

: “Barangsiapa yang melarang manusia dari kelebihan air yang dia miliki atau dari sisa tanaman rumput liar miliknya, maka Allah akan melarang (menghalanginya) dari anugerah-Nya di hari kiamat.”

5- PEMIMPIN YANG JAHIL DAN JAHAT..

Bila kita melihat kejayaan Pulau Pinang menguruskan sumber air mereka yang terhad pada harga yang paling murah,Kualiti air yang paling bersih.. Sebenarnya ia menzahirkan kegagalan pemimpin dikalangan Melayu Islam terutama PAS..

Soal menjaga kawasan tadahan air..Hutan Simpan..ianya menjadi kewajipan pemerintah..Bukan persoalan air itu mahu dialirkan kepada rakyat Pulau Pinang atau Perlis..Hatta rakyat Kedah sendiri berhak menerima air yang bersih… Malangnya Kerajaan yang dipimpin Ulama dan Parti Islam inilah mempunyai pengurusan air yang teruk dan kotor sebagaimana di Kelantan…

Tapi Nabiﷺ, Sudah Ingatkan kita.. hari ini Allah zahirkan di depan kita gambaran Kelompok ruwaibidhah.. Bukan sahaja akan munculnya kelompok Khawarij dan Ulama Jahat dan kelompok سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ (mereka yg Bodoh) Tetapi akan datangi kelompok yg dimaksudkan Nabi tentang kelompok Ruwaibidhah..

Pada sudut bahasa , Ulama mendifinisikan kelompok ini dikenal sebagai “ashaghir” , mereka yg lemah dalam hal keduniaan.. diambil dari kata Ar-Rabidh, ciri ciri mereka ini takfirul hukkam wal muslimin (pengkafiran terhadap penmerintah dan kaum muslimin), Kelompok ini datang dengan bermudah mudah mengkafirkan Pemerintah dan Kaum Muslimin.. dan inilah realiti yang berlaku dalam Politik kita hari ini..

Ditanya kepada Nabi ﷺ,. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…