HAMDAN TAHA
Saya nak tulis komen
komen tentang isu semasa pun tak berapa nak syok sebab boleh mengurangkan
persahabatan....
Bayangkan ada ustaz
yang ambil sikap berkecuali jer pun dah kena hentam sekarang ni....dia
berkecuali tu kerana dia melihat ramai ustaz ustaz dah jadi perisai kepada
rasuah...dan isu isu yang sebelum ini di tentang....sekarang dah gunakan segala
hujah mempertahankan pula....
Cuba kita lihat isu
najwa yang berkahwin dengan rakyat india sudah cukup....habis
menteri,mufti,ustaz ustaz keluar segala dalil dan hujah mempertahankan najwa
itu pula daripada di serang oleh satu lagi kelompok....yang menyerang ini pula
sebenarnya bukan lah nak serang sangat si najwa tu niatnya....kecuali
mempertikaikan kelompok yang sebelum ni sangat sangat memperjuangkan islam dan
melayu....itu saja tujuan puak yang menyerang ini pula....
Bukan main berjela
jela mempertahankan hujah supaya rakyat jangan membabi buta menuduh si najwa
itu sesat dan sebagainya....pening juga rakyat dan orang biasa yang tidak ada
ilmu ini di buat oleh ustaz ustaz dan mufti mufti ni....kerana selama ini
mereka juga yang mengajar kepada orang awam ciri ciri sesat dan terkeluar dari
islam...terkeluarnya dari islam ni ada ciri cirinya....siapa yang ajarkan
tu...ustaz ustaz yang sama mempertahankan najwa ini lah orangnya....
Yang pelik sampai
sekarang najwa dan keluarga tidak dapat membuktikan mereka telah bernikah
secara islam. Tak kan lah tak ada gambar di ambil ketika mereka bernikah.
Mereka mendakwa telah bernikah dan di malaysia pula tu....dan lebih
menghairankan satu kenyataan dari ibubapa atau mak saudara atau adik beradik
beliau menjelaskan tentang kedudukan perkara sebenar pun tak ada....tiba tiba
ramai ustaz ustaz dan mufti juga menteri dah jadi pendinding beliau....selamat
lah belaiu....tapi jika lihat tulisan najwa di media
sosialnya....mengelirukan...
Ini lah susah bila
sebelum kita jadi kerajaan kita cakap lebih....cakap cakap cakap...hentam
hentam....bila dah jadi kerajaan dah jadi cakap tak serupa bikin....bukin tak
serupa cakap....jadi lah negara ni merapu....
Ini berlaku juga pada
PH dan termasuk dr m sendiri....sebelum dapat semua nak buat....dap...pkr...amanah
pun sama....tapi bila dah dapat tak mampu pun untuk laksanakan apa yang di
janjikan dan yang di ucapkan sebelum ini....
Itu sebabnya keadaan
jadi huru hara dan politik malaysia tidak stabil....kerana prinsip berpolitik
itu tidak ikhlas kecuali berebut untuk kelompok masing masing....
Kita kata kita tidak
boleh bersama...usahkan menyokong dengan kelompok rasuah dan ahli
maksiat....haram hukumnya....tapi bila berkuasa jadi lain pula....kelompok itu
juga yang di belai dan di beri jawatan kanan dalam kerajaan. Jika islam pun dah
pakai konsep boleh menghalalkan cara....atau politik menghalalkan cara demu
kuasa habis lah islam.....maka agama jadi dagangan sahaja bagi ahli
agama.....berat lah negara....