RANCANGLAH SUPAYA ELAK DIJANGKITI

 

HAMDAN TAHA..

Kes setiap hari meningkat dan yang masih belum pulih juga tinggi...


Kita ni sebagai insan dan juga mempunyai akal fikiran sebaiknya buat sesuatu keputusan yang baik...contoh


1. Walau pun tidak ada halangan dari kerajaan sekarang untuk membenarkan buat majlis perkahwinan atau kenduri kendara atau family day atau apa saja berkaitan keramaian. Tetapi tak kan lah kita tidak berfikir tentang keselamatan keluarga dan orang lain....sebaiknya tangguh atau buat seadanya sudah memadai....kenapa begitu kerana kita manusia di berikan akal fikiran


2. Walaupun tidak ada halangan dari kerajaan bahawa pergi bercuti itu tidak di benarkan. Tetapi tidak terfikirkah kita berkumpul beratus ratus orang di pantai atau di CH atau di mana mana sahaja boleh mengundang terjangkit atau menjangkit...sebaiknya sabar dahulu dan tidak keterlaluan untuk pergi bercuti cuti....kes masih tinggi berbanding bulan bulan yang lepas...


3. Balik ke kampung berjumpa keluarga,betul sekarang di benarkan. Boleh sahaja kita ambik kesempatan berjumpa ke dua ibu bapa kita. Tapi kita perlu lah menyusun jadual untuk balik kampung dengan adik beradik yang lain. Pastikan tidak berkumpul sampai semua adik beradik sepupu sepapat dalam satu masa. Kenapa kerana kes masih ada dan kita sayang kita dan keluarga kita


4. Membawa anak anak ke shoping mall....ini antara perkara yang perlu di elakkan. Tidak ada faedah sekarang kita berjalan santai santai hanya tujuan buang masa atau cuci mata. Bersabar lah bila keadaan dah ok pergi lah nak tidur di sana pun ok....


5. Beriadah dan aktiviti bersukan ini juga kena berfikir panjang dan perlu di kurangkan. Apakah tidak kita ambil peduli kes sedang bermaharaja lela di semenanjung....kes sekarang bukan lagi di sabah tapi di selangor dan KL 60 peratus dari kes....jadi sabar lah


6. Pergi makan makan bawa keluarga di kedai kedai yang ramai orang. Jika nak pergi makan tidak salah tetapi cari lah tempat yang tidak bersesak sesak....supaya kita dapat mengawal keadaan dengan baik....


Allahualam



No comments: