Ringgit merudum tapi tiada maklumat dari menteri - Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai menteri kewangan yang tidak bertanggungjawab. Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu mengkritik Zafrul kerana kekurangan jawapannya yang boleh dipercayai sebagai menteri kewangan serta mempertahankan bank berbanding rakyat.


RAPAT MEGA KEADILAN - PIDATO SITI AISHAH MEMUKAU HADIRIN!! MENGAPA NAJIB...

JANGAN ANIAYA ORANG...

 

Drama nampak. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan menjalani hukuman dengan penuh keikhlasan.





KITA TAWAN SEMULA.

 



Bukan setakat kerusi yang sedang disandang saja Dato' Seri, kena consider kerusi yang dibawa lari oleh pengkhianat seperti Gombak dan Ampang.

Juga kerusi yang PH berikan laluan kepada PPBM, parti asal presiden Muda Syed Saddiq. Kerusi itu juga mesti ditandingi semula oleh PH, bukan Muda. Berita lanjut di https://bit.ly/3qtsTan.

Muda boleh bertanding di Pekan, Langkawi, Pasir Salak, Bera dan Marang, contohnya. Baru kita boleh tengok kuat atau tidak pengaruh Muda. Guane boh?

Raja Gelap

 

KEH..KEH...

 


MOHD SHAH RIM

Pihak berkuasa memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan individu yang menyebarkan berita palsu, jika mengenali individu tersebut, sila hubungi balai terdekat.


Ekonomi Asia tidak merudum, ringgit kita merudum, Menteri Kewangan senyap - Anwar


 Krisis kewangan Asia dua dekad lalu yang menyaksikan matawang ringgit jatuh merudum RM4.50 berbanding AS$1 disebabkan serangan spekulator matawang yang juga menyerang matawang di beberpaa negara Asia lain untuk ikut runtuh sama.


Ironinya pada 2022, tiada serangan spekulator dan negara Asia lain makmur ekonominya namun matawang ringgit tiba tiba jatuh sebagaimana 22 tahun lalu.


Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah bukti nyata ketidakupayaan kerajaan BN - PN memerintah negara, dan perlu ditukar dalam pilihan raya akan datang.


"Kita pernah lalui krisis ekonomi besar, serangan Baht di Thailand, merudum ekonomi Thailand, disambung rupiah Indonesia, merudum Indonesia, kemudian won di Korea Selatan, dan kita mendapat tempias yang dahsyat.


"Apa kita lakukan, kita adakan perbincangan, langkah dan setiap hari rakyat dimaklumkan tentang langkah yang diambil


"Hari ini merudum ringgit, dalam keadaan ekonomi Asia tidak merudum. Kita merudum dulu, dan tidak ada maklumat (dari kerajaan).


"Kalau di Parlimen Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) ini saya malas nak tanya banyak banyak kerana jawapan dia itu adalah jawapan yang tidak patut disampaikan oleh mana mana Menteri Kewangan yang bertanggungjawab.


"Cakap soal bank, rakyat susah, peniaga kecil nak kena bayar (susah), dia jawab mempertahankan bank. Bukan pertahan peminjam di bawah," kata Anwar di hadapan lebih 2,000 hadirin yang mendengar ceramah Rapat Mega KEADILAN 2022 di Gombak, malam tadi.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, jawapan kerajaan BN - PN tidak boleh diterima sama sekali kerana menyalahkan ekonomi antarabangsa sebagai punca jatuhnya matawang atau merosotnya ekonomi Malaysia, dan rakyat perlu reda menanggung kenaikan harga barang.


Tegas Anwar, nilai matawang mesti dijaga oleh kerajaan dengan pelbagai polisi menarik pelaburan serta hubungan dagang. Bukan membiarkan sahaja nilai matawang itu melakukan proses pembetulan diri sendiri.


"Harga barang naik, pelbagai jawatankuasa dibentuk, jawatankuasa jihad macam macam. Tetapi pengumuman yang jelas tak ada. Tindakan tidak jelas, yang jelas harga terus melambung naik.


"Di Parlimen saya kata harga import naik sebab ringgit jatuh. Apa sebab ringgit jatuh? Hang tak reti jaga negara.


"Harga jatuh kerana orang tak yakin, pelabur tak masuk. Menteri umum RM 8 bilion sana, RM10 bilion sini (pelaburan), tak tahu pergi ke mana.


"Mengapa kita tumpu ekonmi, kerana ini amat menyentuh soal rakyat," katanya.


Justeru itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyeru agar rakyat menolak pemimpin yang tidak bijak memerintah tetapi mahu terus berpaut pada kekuasaan dengan menggunakan isu Melayu dan agama Islam.


"Orang yang jadi pemimpin ini bila cakap isu Melayu berdegar degar, kadang datang tak cukup dengan songkok tinggi, tengkolok dia pasang.


"Konon nak bela nasib Melayu. Kemudian ada dengan serban, jubah tetapi elaun dia ambil semua. Kerja tak buat pun ambil elaun.


"Perjuangan ini adalah perlaksanaan kata kata. Kalau kita bicara soal perjuangan akhlak Islam kemudian kita sanggup memperkaya diri dan keluarga, ini pengkhianatan terhadap amanah.


"Saya tak kira nama Umno, Bersatu atau Pas, dalam PRU ini kita mesti tolak sikap sedemikian dan bangkitkan perubahan ini," katanya.


Bagi Parlimen Gombak pula, Anwar menyeru agar pengkhianat mandat rakyat dihumban dalam PRU 15.


Katanya, sesiapa yang naik atas sokongan rakyat menggunakan landasan perjuangan untuk membela rakyat tetapi khianat tidak layak diberi peluang lebih lama dalam politik.


"Malam ini kita datang untuk menyerang kawasan pengkhianat di Gombak. Ini permulaan baik, satu signal baik. Rakyat walaupun menyokong mana mana pimpinan, sebaik sahaja mereka melanggar prinsip, sebaik khianat, kita humban mereka.


"Dengar baik baik Gombak, Ampang dan sekutu sekutu, dalam strategi pilihan raya kita, kawasan paling kuat kita menyerang ialah kawasan yang dipilih oleh rakyat untuk membela mereka, kemudian khianat mereka.


"Kawasan itu jadi tumpuan kita untuk menghukum dan menghumban mereka," katanya lagi.

HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG. MUKA TAK MALU MENYONDOL TAK TENTU KALLU...KOMAN SPANA....

 

Pas kekal anggap UMNO sebagai rakan ta'awun di bawah gagasan penyatuan ummah - Takiyuddin


Bernama
Pas kekal anggap UMNO sebagai rakan ta'awun di bawah gagasan penyatuan ummah - Takiyuddin
Takiyuddin berkata parti itu akan terus bersikap terbuka serta sedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan bersama semua rakan ta'awun. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pas kekal menganggap UMNO dan semua pihak yang bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah sebagai rakan ta'awun (rakan kerjasama) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan terus bersikap terbuka serta sedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan bersama semua rakan ta'awun dengan memfokus kepada titik persamaan selain merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat.
Takiyuddin berkata perkara itu adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Ahad.
Beliau berkata parti itu akan terus konsisten dan komited dengan agenda Penyatuan Ummah sebagai paksi utama perpaduan nasional antara orang Melayu-Islam, bumiputera dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Keadaan ini sekali gus akan menjadi formula utama ke arah kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Ini juga selaras dengan usul yang dibawa Dewan Ulamak PAS Pusat dan disokong sebulat suara dalam Muktamar Pas Ke-68 di Alor Setar baru-baru ini.
"Pas juga tetap dengan penegasan tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan tidak menerima konsep khemah besar tajaan mana-mana pihak sekalipun dalam menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15)," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Takiyuddin juga berkata Pas amat yakin perpaduan antara parti Melayu-Islam dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan adil dan saksama untuk semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa serta budaya seterusnya akan diterima baik oleh majoriti rakyat yang tidak mahu sejarah hitam lampau berulang.
-- BERNAMA

(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...