PENGAMPUNAN PERLU ADA SYARATNYA





AMPUN

Kalau ikut Akta Penjara, seorang pesalah boleh minta Pengampunan DiRaja, pada bila2 masa selepas dia dijatuhkan hukuman.

Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada YDPA, Peguam Negara, Menteri Wilayah dan 3 orang lain lantikan Agong akan menilai dan mempertimbangkan permohonan tersebut.

Amat jaranglah, pengampunan diberikan sejurus selepas jatuh hukum. Selalunya permohonan ini dibuat berulang kali, kerana acapkali ditolak dulu.

Jika permohonan ditolak kali pertama, pemohon perlu menunggu lagi 3 tahun untuk memohon lagi. Bukan boleh suka suki apply tiap2 bulan mengambang. Kot2 YDPA dada terlapang.

Selagi permohonan tak diputuskan, selagi tulah dia kena tunggu dan lihat. Once dah ditolak, mereput la sekejap, 3 tahun lamanya pula. Sebelum nak masuk permohonan kedua. Kalau reject dia kena apply setiap 2 tahun pula.

Makanya, kena tahu nak dapat pengampunan bukan macam order teh tarik di kedai mamak. Ada aturannya yang tersendiri. Tak boleh suka suki.

Sangat crucial kita nak tahu apa keputusan Lembaga Pengampunan untuk permohonan DSNR hari tu. Rasanya kita boleh dapat tahu dalam sebulan dua ni. Kalau kena reject, DSNR kena duduk dalam 3 tahun lagi baru boleh buat permohonan baru. Gitulah…

Kalau tengokkan petisyen pengampunan ni oleh rakyat jelata, lagi banyak yang menolak daripada yang menyokong.

Hari tu saya baca, ada admin FB dia kata dia ada 4.5 juta follower. Kenapa lah agaknya mereka tak tolong dia sign petisyen?

Adakah kerana banyaknya dajjal troll belaka? Tepuk dada tanya iman jua…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: