(LIVE) Anwar Ibrahim: Kenyataan tegas saya terkait Covid-19

PKP 3.0: Bukti kegagalan berterusan PN

 

Oleh B. Suffian

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara atau PKP 3.0 adalah bukti kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berterusan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sikap Kerajaan PN yang meminggirkan pandangan pakar berdasarkan sains dan fakta sekali lagi mempertaruhkan nyawa dan menjejaskan ekonomi rakyat.

“Tanpa perancangan awal dan kerjasama menyeluruh antara pihak berkuasa, PKP 3.0 atau PKP seterusnya hanya akan menyaksikan kegagalan berterusan PN sehingga hilang kawalan terhadap Covid-19 dan rakyat semakin merana akibat kehidupan yang semakin mencabar,” katanya di laman Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri berkuat kuasa esok.

Muhyiddin berkata, bagi tempoh PKP itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.



Menteri, timbalan menteri yang perlu letak jawatan bukan penjawat awam

 




Oleh Ghafar NS

Dunia sudah memasuki abad ke-21, namun cara pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat jumud.

Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau merujuk pandangan Abdul Hadi baru-baru ini yang mendakwa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moralnya boleh meletakkan jawatan.

Bagi Sheikh Umar, bukan penjawat awam yang perlu letak jawatan sekarang ini.

Sebaliknya, tambah beliau, para menteri dan timbalan menteri yang dilihat tidak berfungsi yang perlu letak jawatan.

“Kita ada ramai menteri dan timbalan menteri yang tidak ketahuan hala peranan mereka. Sewaktu rakyat bergelut mencari rezeki dalam fasa pandemik ini, ada menteri yang tak tahu nak buat apa, akhirnya sibuk ke New Zealand untuk hal peribadi.

“Ada yang tak kisah dengan SOP sedangkan rakyat terikat ketat dengan pelbagai garis panduan, peraturan serta denda dan hukuman. Dan banyak lagi. Mereka inilah sebenarnya yang perlu letak jawatan,” tambah Ketua Pemuda DAPSY Johor itu lagi.

Malah, beliau berpendapat, jawatan-jawatan lain seperti duta khas bertaraf menteri contohnya, dilihat seperti ‘makan gaji buta’ dan merekalah yang perlu meletakkan jawatan.

“Mereka-mereka ini hanyalah menghabiskan wang rakyat, sedangkan kerjanya tidak kelihatan sejauh mana,” katanya. 



MARAH BUKAN SATU KESALAHA. TERUS TUNJUKKAN RASA MARAH KITA KEPADA KERAJAAN

 

Ke mana-mana kita pergi atau dengan siapa saja kita berjumpa kebelakangan ini, paling wajib kedengaran ialah luahan rasa marah pelbagai lapisan masyarakat terhadap kerajaan.

Setiap isu yang berlaku, baik PKP, SOP baru yang bercelaru, penguatkuasaan dua darjat, jadual persekolahan, kenaikan harga barang dan apa saja, semuanya akan dilibas dengan rasa marah.

Semuanya kerana kerajaan dilihat tidak membuat keputusan yang menyenangkan rakyat, malah makin menyusahkan serta membebankan mereka.

Tiada lagi kedengaran ada yang memuji kerajaan atau Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sebagaimana peringkat awal terbentuknya PN sebelum ini.

Dulu Mahiaddin baca doa pun ramai yang memuji, tapi kini terpandang kelibat wajahnya melintas di media sosial saja pun sudah ramai yang menghamburkan kata-kata benci dan caci maki.

Kata seorang teman, yang masih tidak malu-malu memuji Mahiaddin dan kerajaan sekarang hanya Pas dan Hadi Awang saja lagi, walau mereka akhirnya dikecam atas tindakan itu.

Terlalu banyak sebab mengapa rakyat begitu marah kepada kerajaan dan ia tidak perlu dihuraikan satu persatu lagi, hakikatnya kerajaan PN ini di mata rakyat adalah kerajaan gagal,paling tak berguna sekali dan memang sesuai dimarahi.


Lebih memburukkan keadaan adalah kerana Mahiaddin seperti seorang Perdana Menteri yang tiada kawalan dan terlalu lemah dalam mengurus negara.

Apabila kepala ikan sudah mula membusuk, bau busuknya tentu saja boleh terhidu di segenap penjuru.

Ada pelbagai bentuk kemarahan yang diluahkan, semuanya mengikut pengalaman, apa yang dirasa seperti dialami peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidil Fitri atau apa yang sedang mereka fikirkan berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan.

Selain kemarahan itu boleh dikesan melalui perbualan atau percakapan secara langsung dengan sesiapa saja yang kita berjumpa, di media sosial pula ianya tampak lebih melarat lagi.

Semua jalur media sosial kebelakangan, jika diperhati, begitu sarat dengan luahan kemarahan berbentuk tulisan, gambar, video, kartun, lakaran dan lain-lainnya terhadap kerajaan dan Mahiaddin.

Melihat keadaan itu, seolah-olah tidak ada yang tidak marah kepada kerajaan dan Mahiaddin ketika ini, semua rakyat sedang marah belaka.

Sebagai rakyat yang kedudukan mereka adalah tunjang kepada negara dan kerajaan, menunjukkan rasa marah bukanlah suatu kesalahan atau jenayah, asal saja ia dilakukan secara beradab dan tidak memfitnah.

Rasa marah yang ditunjuk itu memperlihatkan rakyat sebenarnya tidak kaku,! hidup dan proaktif serta ada tindak balas terhadap sesuatu tindakan atau keputusan kerajaan.

Jika kerajaan mengambil positif rasa marah rakyat dan sedia memperbaiki diri serta khidmatnya, ia akan menjadi sesuatu yang baik dengan kedua-dua pihak akan mendapat faedahnya.

Tetapi, jika kerajaan berdiam diri atau cuba menegakkan benang yang basah, kemarahan itu akan bertambah marak dan keadaan tidak akan menjadi lebih baik.

Lebih-lebih lagi berkaitan kerajaan PN pimpinan Mahiaddin yang terlalu banyak kelemahan, kegagalan dan kedurjanaan ini, di samping banyak luahan kemarahan rakyat selama ini tidak diendahkan, tiada pilihan lain harus dilakukan selain mesti terus menunjukkan rasa marah mereka.

Jangan berhenti menunjukkan rasa marah sebagai isyarat bahawa kerajaan ini tidak lagi dikehendaki untuk memerintah negara ini.

Buktikan kita sebagai rakyat adalah tuan sebenar dalam negara ini dan hanya dengan berani menunjukkan rasa marah barulah akan terlahir sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan serta benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat sepenuh hatinya.


 (ShahbudinHusin 11/05/2021)






Gempar! Ibrahim Ali dedah pernah terima cek dari Najib

 

Gempar! Ibrahim Ali dedah pernah terima cek dari Najib

Gempar! Ibrahim Ali dedah pernah terima cek dari Najib

Ahli politik veteran Ibrahim Ali mengaku menerima cek daripada Najib Razak namun menjelaskan dia tidak sedar ia mempunyai kaitan dengan wang 1MDB atau SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Saya mengaku telah menerima sekeping cek personal Datuk Seri Najib yang tertera nama beliau pada cek tersebut, yang tidak saya sedar sama sekali ia berkait dengan wang SRC mahupun 1MDB sebab tiada nama SRC mahupun 1MDB di cek tersebut.

“Saya tidak ingat bila terimanya tetapi yang pasti sebelum isu 1MDB terbongkar selepas PRU ke-13.

“Jika sudah terbongkar, pastinya saya tidak akan mahu menerimanya dan Datuk Seri Najib sendiri tidak akan menggunakan lagi akaun tersebut lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC memfailkan saman sivil terhadap beberapa personaliti yang dididakwa menipu firma milik negara itu.

Mereka juga menyaman entiti yang mungkin tidak melakukan penipuan tetapi terlibat dalam proses itu – secara sedar atau tidak.

Antara yang dinamakan termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB, Che Lodin Wok Kamaruddin dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa anggota keluarga Jho Low juga dinamakan, termasuk ayahnya Larry Low Hock Peng dan kakaknya Low May Lin.

Sebagai MP mesra BN

Ibrahim dinamakan dalam saman anak syarikat SRC – GMSB and JPSB – yang mendakwa terdapat 14 pihak menerima wang SRC, termasuk Najib dan Umno Selangor.

Mengulas lanjut Ibrahim berkata, cek itu diterima selepas dia meminta Najib – masih menjadi perdana menteri ketika itu – untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan dihadapinya.

Jelas bekas ahli parlimen Pasir Mas itu lagi, sepanjang tempoh lima tahun dia menjadi ahli parlimen bebas yang mesra BN sehingga PRU ke-13 dia tidak mendapat sebarang peruntukan khas.

“Selesai PRU ke-13, saya berjumpa Najib untuk minta bantu selesaikan masalah kewangan yang telah banyak dibelanjakan sepanjang lima tahun tersebut termasuk ketika bertanding PRU.

 

“Apa lagi saya adalah calon friendly BN yang mana calon BN (Umno) menarik diri secara tidak langsung mengizinkan saya bertanding satu lawan satu dengan calon PAS.

“Beliau setuju membantu pada fikiran saya kerana saya ahli parlimen bebas yang mesra sebelum itu.

“Saya tidak ambil tahu dana mana dia ambil bantu saya. Mungkin dari tabung Umno atau BN. Atau wang peribadinya,” kata Ibrahim.

Dia juga berkata tidak ada sebab untuknya menolak bantuan yang dihulurkan Najib dan sudah tentu dia tidak menyoal siasat dari mana dana berkenaan diambil.

Jelas Ibrahim lagi, sumbangan Najib dibelanjakan untuk membiayai program-program rakyat di Pasir Mas, bukannya untuk perbelanjaan peribadi.

Selaku Presiden Perkasa katanya dia adalah antara pihak terawal mendesak agar kerajaan mewujudkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal 1MDB.

Pada masa sama Ibrahim berkata dia sedia berdepan dengan saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Selepas ini kata bekas timbala menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenyataan mengenai isu berkenaan hanya akan dijawab oleh peguamnya.

“Saya sedia tunggu saman tersebut dan bersedia menjawab di mahkamah. Biarkanlah Mahkamah tentukan saya wajar memulangkan semula atau tidak kerana saya telah membelanjakan semuanya ketika saya tidak mengetahui sama sekali duit itu dari sumber salah,” katanya lagi. 






KHIDMAT SOSIAL : ARTIS PERLUKAN BANTUAN

 

M. Jamil perlukan bantuan

By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 11 May 2021






                                Mohamad Jamil Zulkifli



KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, M. Jamil atau nama sebenarnya Mohamad Jamil Zulkifli kini memerlukan bantuan untuk menampung kehidupannya sekeluarga kerana hilang mata pencarian sejak diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Jamil yang pernah membintangi filem Riang Tirana, Ranjau Sepanjang Jalan, dan Dia Ibuku serta pernah mengarahkan lima filem termasuk Momok The Movie pada 2009 itu, bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

”Saya memang tidak berdaya lagi untuk bergerak sejak tiga tahun lalu dan tak ada sumber pendapatan.

”Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan kerusi roda baru ini. Ini pun sudah cukup untuk hari raya tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kerusi roda oleh Ketua Biro Kesejahteraan Sosial, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di rumahnya di Taman Puchong Utama di sini.

Anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad itu kini tinggal bersama-sama isteri, Shahrila Baharom, 49 dan dua anak berusia enam dan empat tahun.

Sumbangan FDAM bagi menggantikan kerusi roda lama yang telah lusuh itu adalah sebahagian aktiviti persatuan itu bagi membantu ahlinya yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional 1011141000023821 (Mohamad Jamil Zulkifli). –

 

 


Kes rogol: AMK Selangor desak Hilman beri penjelasan



Naib Ketua AMK Selangor, Dzulhilmi Zainol hadir untuk menghantar memorandum ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hilman Idham berkenaan dakwaan kes rogol di Pusat Khidmat Masyarakat ParlimenGombak dan DUN Gombak Setia, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2021.

BATU CAVES – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini memberi tempoh sehingga tujuh hari kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kes rogol membabitkan rakan politiknya.

Naib Ketuanya, Dzulhilmi Zainol menegaskan, tindakan berdiam diri Muhammad Hilman hanya menguatkan andaian wujudnya campur tangan politik dalam kes yang membabitkan pemimpin kerajaan itu.

“Sehingga saat ini masih tiada sebarang perkembangan terhadap beliau (Hilman). Kita tak nampak beliau dipanggil (polis). Kita tak tahu apa yang berlaku, walhal beliau adalah salah seorang yang berada di tempat kejadian,” katanya pada sidang media di luar Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, hari ini.

Terdahulu Dzulhilmi bersama Ketua Penerangan AMK Damansara, Firzan Hakimi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kes rogol membabitkan rakan politik Muhammad Hilman.

(Adun) Gombak Setia, Hilman Idham berkenaan dakwaan kes rogol di Pusat Khidmat Masyarakat ParlimenGombak dan DUN Gombak Setia, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2021.

Bagaimanapun mereka gagal demikian kerana kakitangan Muhammad Hilman enggan menerima sebarang dokumen membabitkan seteru politik Perikatan Nasional (PN).

Lebih malang apabila setiba sahaja mereka di pejabat Muhammad Hilman, kakitangan pusat khidmat itu menutup dan mengunci pagar utama bagi menghalang serahan memorandum dilakukan.

Dalam pada itu, AMK Selangor turut mendesak Muhammad Hilman menjawab beberapa persoalan, termasuk sejauh mana penglibatannya dalam kes rogol berkenaan.

“Jika tidak mengapa Adi Ikmal Isa bersungguh-sungguh memberi tekanan dan ugutan kepada mangsa rogol sebelum ini,” katanya.

Dzulhilmi juga mempersoalkan penglibatan Muhammad Hilman dalam pengambilan minuman beralkohol yang didakwa dihidangkan di tempat kejadian.

“Sebagai wakil rakyat beragama Islam, adakah YB Hilman terlibat dalam aktiviti yang melibatkan minuman keras di bilik karaoke selepas upacara makan malam itu,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan mangsa rogol terlibat.

“Ini kerana dalam laporan polis pertama, mangsa mendakwa dia dan Hilman sudah lama berkenalan dan kerap keluar bersama,” katanya lagi. 

MG.

 


AZMIN ALI LANGGAR SOP KUARANTIN .SEHARI SELEPAS BALIK DARI UAE BELIAU BERKUNJUNG KE PEJABAT POLIS PUTARAJAYA




 

VIDEO LIHAT ANWAR BERSAMA SIAPA

 





VIDDEO Kerajaan Tiada Duit? Potonglah Gaji Menteri

KERAJAAN TIPU RAKYAT TENTANG COVID ???


Sekarang dah jelas bahawa Covid 19 adalah angkara manusia khianat untuk mengurang kan bilangan penduduk di Dunia. Ia adalah ‘biological warfare’. Vaksin yang di reka ada lah rancangan segolongan tamak untuk memperkayakan diri mereka. Jelas juga bahawa Vaksin tidak membawa manafaat kepada kita malah ramai juga yang kena penyakit ini selepas menerima suntikan.

Olih kerana itu , KENAPA kerajaan terus menipu rakyat ?

Kenapa Kerajaan tidak hentikan kegunaan Vaksin yang di jual dari Barat? Mengapa terus memaksa rakyat menerima Vaksin? Selama ini KKM berjaya mengatasi mereka yang terjangkit. Kenapa tidak teruskan tanpa Vaksin? Yang kita kena kawal ia lah jangkitan baru dan amalkan SOP yang penting. ‘Social distancing’ atau jarak 2 meter it penting, basuh tangan dan pakai pelitup muka bila di tempat orang ramai.

Kenapa Kerajaan masih kejar Vaksin yang tak berguna ini? Kenapa perbodohkan rakyat?

Saya harap mereka kaji dan berfikir semula dan segera hentikan Vaksin yang tak berguna ini. Gunakan amalan biasa yang baik dan makan herba herba berkhasiat separti Herbatul Sauda, daun Kelo, bawang puteh dan halia , dan supplement detox dan kuatkan badan.

Bagi kebebasan bergerak bebas kepada semua supaya minda dan badan kita selalu bergerak dan sihat. Jangan kawal pergerakan kita - ‘ invasion of privacy’ kerana kena rakam tiap tiap pergerakan kita. Ini jelas angkara politik untuk mengekalkan kuasa.

Pulangkan kuasa kepada rakyat dengan membenarkan Parliament bersidang.

Gaji gaji Menteri di kurangkan 50% pun lebih pada cukup! Kata Duit dah kurang tapi semua gaji mereka terlalu tinggi. Amalkan cara hidup yang sederhana.

Menteri yang tidur semasa berkerja mesti di buang segera. Perdana Menteri juga tidur kah.?Tak ambil tahu dan tak smbil tindakan langsung. Elok lah letak jawatan dan bagi orang yang lebih layak untuk terus mentadbir Negara sebelum semuanya hancur. Rakyat Malaysia tak bodoh tapi di perbodohkan.

Semoga Allah melindungi kita . Allahu Akhbar!

Hjh Marina Yusoff

Bekas ahli politik, peguam

 

GALAK KAN PROTES RAKYAT

 

MOHD MUFIZ II

Patut di galakkan menjadi GERAKAN PROTES RAKYAT di seluruh negara !!.....

Warnai setiap ruang kosong dgn " #KerajaanGagal "....baru Kerajaan haprak Mahiaddin ader akai !! JuGA UTK HANTAR MESEJ KPD PAYUNG KUNING SUPAYA TUNAI TANGGUNGJAWAB PERLEMBAGAAN MENYELAMAT NEGARA DRP HANCUR

JOM RAKYAT !!..


Kemarahan rakyat sudah tidak dapat di bendung lagi... Kejadian berlaku di sekitar Bandaraya Melaka,gambar menunjukkan para petugas MBMB terpaksa membersihkan contengan "Kerajaan Gagal " di papan tanda-papan tanda di sepanjang sungai Melaka.

 




SETIAP KRISIS AKAN MEMEBAWA KEPADA ADANYA PIMPINAN...NAMUN AKIBAT TEBUK ATAP KEGAGALAN ITU KIAN NAMPAK

 

MOHD MUKHLIS


"setiap krisis akan melahirkan pemimpin", more like "setiap krisis akan menampakkan kecacatan dan tidak kompetensi pemimpin yang tak di undi dan tak ada mandat".

Sebab itu Allah dan Nabi benci pengkhianatan.

"..dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan di tanya" Al-Israa:34.

Cuma nak tanya, gam cap senapang ada lagi tak bang? Takkan euphoria sorang-sorang. Kongsi lah tips khayal bagi rakyat yang kena buang kerja, peniaga yang penuh dengan lambakan stock yang tak boleh meniaga, dan pelajar yang bakal keciciran sekali lagi tunggu laptop tak kunjung tiba.






 

VIDEO Amir Hijaz Fans - 10 Mei 2021 - Bila Lebai Mengamuk

VIDEO RAKYAT TAHU SIAPA YANG JAHIL MURAKKAB ITU


Menurut Hadi, “Ketua negara adalah bertanggungjawab memantau setiap perjalanan jentera kerajaan dalam semua kementerian dan jabatan serta berhak campur tangan (semak dan imbang), apabila berlakunya penyelewengan dan salah laku. “Campur tangan dalam erti kata mengenakan pelbagai tindakan disiplin, bukannya campur tangan dalam urusan pentadbiran yang betul,” kata Hadi.


VIDEO Zahid DEDAH Kemungkinan Jajaran Politik Baru

KERAJAAN TIADA MARUAH DAN MEROSAKKAN, AGONG DIGESA SEGERA CAMPURTANGAN


 1.Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia GERAK amat kesal dengan sikap dan cara kerajaan hari ini mengurus negara tangani pandemik.

2. Keputusan demi keputusan yang diambil oleh kerajaan hanya mempamerkan nilai sebenar sebuah kerajaan hari ini yang tiada maruah, tiada wibawa dan tiada moral.

3. Rakyat dilayan dan diurus bukan selayaknya sebagai sebuah bangsa yang bermaruah dan bertamaddun. Keputusan langsung tidak ambil kira denyut nadi dan naluri rakyat sebagai manusia yang bermaruah.

4. Cukuplah dengan kerajaan yang tiada maruah, janganlah rakyat pula dilayan seperti mereka tanpa maruah.


5. Jelas, kerajaan hari ini sudah hilang pertimbangan moral, gagal memahami kemelut dan keresahan rakyat.

6. Keputusan semakin celaru dan keliru disaat umat bersiap menyambut ketibaan hari mulia Eidul Fitri samasekali tidak sensitif dengan hati nurani umat.

7. Makanya GERAK menggesa kerajaan ini berhenti segera. Sedikit sisa maruah yang ada pada Perdana Menteri dan Menteri2 ini, gunakanlah dengan berhenti segera!

8. DYMM YDPA mesti campurtangan dengan dokongan Majlis Raja2 mempastikan negara tidak terus hancur maruahnya dengan gelagat PM dan kabinet yang rosak dan merosakkan ini.

9. Tanggungjawab institusi raja kembalikan kemurnian Ramadhan dan Syawal disaat pemimpin politik menodai kemurniaan ini dengan sikap hodoh, bodoh, tidak sensitif dan tiada maruah.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR



TENGOK CERDIK PEMERINTAH NEGARA ITU MEMBENARKAN RAKYAT SOLAT HARI RAYA.


SHAHBUDIN HUSIN


Tengok macam mana Singapura buat kerja supaya lebih ramai dapat menunaikan solat raya setahun sekali...


 May be an image of text that says "HARI RAYA AIDILFITRI PRAYER GUIDE 2021 When Can I Book? HARI RAYA AIDILFITRI PRAYER 17,192 spaces Booking Opens Up to prayer sessions (40 mins each) Session 1: 7.30 am to 8.10 am (Entry at 7.20 am) 11 May 2021 Tuesday, 10 am Session 2: 8.40 am to 9.20 am (Entry at 8.30 am) Session 3: 9.50 am to 10.30 am (Entry at 9.40 am) Majlis Ugama Islam Singapura Oikamc"

INI TAK MAHU JUAL KAH?

 

W.FAUDZIN


Elok lelong je bangunan ni...habis semua aset hang nak jual...bangunan ni tak mahu jual ke? Simpan pun bukan ada guna....kan? Elok lelong je bangunan ni...habis semua aset hang nak jual...bangunan ni tak mahu jual ke? Simpan pun bukan ada guna....kan?


May be an image of skyscraper




Dakwaan dirogol rakan ADUN: Anak guam saya diugut tarik laporan, kata peguam

 

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi bersama anak guamnya selepas memberi keterangan di IPD Brickfields hari ini.

KUALA LUMPUR: Wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, memaklumkan dia diugut supaya menarik balik laporan polis terhadap suspek terbabit.

Mangsa ditemani peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi, memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini.

Asheeq berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat yang merakam keterangannya.

Pihaknya juga menyerahkan bukti berkaitan paksaan dan ugutan diterima wanita itu daripada beberapa individu yang dikatakan menggugut anak guamnya menarik balik laporan polis pertama dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 5 Dis 2020.

“Anak guam saya minta polis segera menyiasat bagaimana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang sepatutnya menjadi salah satu bukti dalam siasatan tersebar di media sosial baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Brickfields.

Wanita mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia keluar dari IPD Brickfields sambil ditemani peguamnya.

Asheeq berkata, kehadiran mereka di IPD Brickfields hari ini tiada kena mengena dengan laporan polis pertama kes rogol pada 5 Dis 2020.

Beliau turut menjelaskan kejadian rogol membabitkan anak guamnya berlaku pada 5 Dis tahun lalu bukan pada Mei 2020 seperti didakwa sesetengah pihak.

“Anak guam saya buat laporan sehari selepas kejadian (4 Dis 2020) dan seterusnya membuat laporan kedua pada 8 Mei lalu untuk membetulkan balik laporan itu.

“Laporan polis kedua juga dibuat bagi melindungi anak guam saya dan keluarganya daripada terus diganggu individu terbabit,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada Disember tahun lalu, menuduh dua kenalan Hilman merogolnya.

Salah seorang didakwa ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN), manakala seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama ADUN itu.

Laporan polis itu didedahkan bekas pemimpin Umno, Lokman Adam.



DIA NI DULU AL MAUNNAH. HUKUM ORANG DERHAKA AGONG , BUNUH...MANA DIA DAPAT HADIS NAK BUNUH ORANG...LEBAI KELARAH BETOI.

 


Che Ibrahim sekolahkan ulamak PAS, jangan tafsir Al-Quran dengan akal semata-mata

Che Ibrahim sekolahkan ulamak PAS, jangan tafsir Al-Quran dengan akal semata-mata

Ambo terbaca satu status yang ditulis oleh seorang Ketua Segala Ulama Pas bagi Negeri Pahang yang menyeru mujahid siber Pas bangkit menentang kritikan ke atas kerajaan PN dengan memetik ayat ayat al quran yang menggambarkan seruan untuk berperang. Beliau menggambarkan seolah oleh kritikan kepada kerajaan PN adalah seolah olah telah memerangi kerajaan Islam PN.

Tafsirannya jelas bukan sahaja sahaja telah menyeleweng dari maksud sebenar ayat tersebut, bahkan telah menyalahguna ayat tersebut untuk provokasi dan seruan perbalahan dan permusuhan yang tidak kena pada tempatnya.

Ayat yang dinukilkan oleh Ketua Segala Ulama Pas negeri Pahang itu ialah perintah Allah untuk memerangi puak musyrikin Mekah di mana sahaja mereka berada dalam kota Mekah dan halau mereka keluar dari Kota Suci Mekah kerana kesyirikan dan penentangan mereka ke atas ajaran Islam.

Ulama sepakat mengatakan ayat ini khusus untuk memerangi musyrikin Mekah sahaja, bukan memerangi semua orang kafir dan musuh Islam di segenap penjuru alam. Islam melarang kita bermusuh dengan orang bukan Islam kecuali kita dizalimi atau musuh Islam menyerang negara Islam.

Ayat ayat tentang memerangi puak musyrikin Mekah ini banyak peringkatnya dalam al quran dan banyak telah dimansuhkan dengan ayat ayat selepasnya termasuk ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat ( وقاتلوهم حتى لا تكون الفتنة….)

Kalimah (….واقتلوهم) dalam ayat ini bukan bermaksud membunuh semua musuh Islam di mana sahaja mereka berada. Ini adalah satu tafsiran melampau dan bukan dari ajaran Islam. Begitu juga ayat ( ….. واخرجوهم) bukan bermaksud mengusir orang Islam keluar dari bumi/negara yang mereka duduki. Tafsiran seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Kalimah ( الفتنة اشد من الفتل) bukan sekali kali bermaksud fitnah dalam bentuk tuduhan palsu, propaganda dan lain lain bentuk perang saraf yang sering tular dalam media sosial. Fitnah dalam ayat ini ialah merujuk kepada penentangan ke atas dakwah Islamiah, syirik dan kekufuran puak musyrikin Mekah ini lebih bahaya dan lebih mudharat berbanding memerangi mereka walaupun dalam bulan haram. Wpun berperang itu satu mudharat, tetapi mudharat syirik dan kufur mereka lebih besar lagi.

Apabila Mokhtar Senik menggunakan istilah “bunuhlah” yang dikaitkan dengan peperangan siber antara penyokong PN dan PH, maka jelas dan nyata beliau bukan aahaja menyalahguna ayat alquran untuk pertahankan kebatilan kerajaan PN, bahkan mentafsir ayat alquran secara salah bagi kepentingan politik parti yang beliau sokong.

Mengkritik salahlaku kerajaan dan menentang kebatilan pemerintah adalah satu suruhan dalam Islam, bukannya satu larangan dalam Islam. Jangan jadikan perbalahan politik sebagai perbalahan akidah dan syariah.

Che Ibrahim Mohamed








Razman akhirnya mohon maaf secara terbuka

 


Panas! Razman akhirnya mohon maaf secara terbuka

Mohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan hantaran (posting) FB Pak teh.

Risau pula. Allah tidak ampun dosa kita dengan manusia. Segalanya milik Allah.

Belum tentu Ramadan tahun hadapan kita masih ada. Bersama kita mohon kepada Allah dan mohon maaf sesama manusia.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]

Razman Zakaria