KERAJAAN TIPU RAKYAT TENTANG COVID ???


Sekarang dah jelas bahawa Covid 19 adalah angkara manusia khianat untuk mengurang kan bilangan penduduk di Dunia. Ia adalah ‘biological warfare’. Vaksin yang di reka ada lah rancangan segolongan tamak untuk memperkayakan diri mereka. Jelas juga bahawa Vaksin tidak membawa manafaat kepada kita malah ramai juga yang kena penyakit ini selepas menerima suntikan.

Olih kerana itu , KENAPA kerajaan terus menipu rakyat ?

Kenapa Kerajaan tidak hentikan kegunaan Vaksin yang di jual dari Barat? Mengapa terus memaksa rakyat menerima Vaksin? Selama ini KKM berjaya mengatasi mereka yang terjangkit. Kenapa tidak teruskan tanpa Vaksin? Yang kita kena kawal ia lah jangkitan baru dan amalkan SOP yang penting. ‘Social distancing’ atau jarak 2 meter it penting, basuh tangan dan pakai pelitup muka bila di tempat orang ramai.

Kenapa Kerajaan masih kejar Vaksin yang tak berguna ini? Kenapa perbodohkan rakyat?

Saya harap mereka kaji dan berfikir semula dan segera hentikan Vaksin yang tak berguna ini. Gunakan amalan biasa yang baik dan makan herba herba berkhasiat separti Herbatul Sauda, daun Kelo, bawang puteh dan halia , dan supplement detox dan kuatkan badan.

Bagi kebebasan bergerak bebas kepada semua supaya minda dan badan kita selalu bergerak dan sihat. Jangan kawal pergerakan kita - ‘ invasion of privacy’ kerana kena rakam tiap tiap pergerakan kita. Ini jelas angkara politik untuk mengekalkan kuasa.

Pulangkan kuasa kepada rakyat dengan membenarkan Parliament bersidang.

Gaji gaji Menteri di kurangkan 50% pun lebih pada cukup! Kata Duit dah kurang tapi semua gaji mereka terlalu tinggi. Amalkan cara hidup yang sederhana.

Menteri yang tidur semasa berkerja mesti di buang segera. Perdana Menteri juga tidur kah.?Tak ambil tahu dan tak smbil tindakan langsung. Elok lah letak jawatan dan bagi orang yang lebih layak untuk terus mentadbir Negara sebelum semuanya hancur. Rakyat Malaysia tak bodoh tapi di perbodohkan.

Semoga Allah melindungi kita . Allahu Akhbar!

Hjh Marina Yusoff

Bekas ahli politik, peguam