KERAJAAN TIADA MARUAH DAN MEROSAKKAN, AGONG DIGESA SEGERA CAMPURTANGAN


 1.Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia GERAK amat kesal dengan sikap dan cara kerajaan hari ini mengurus negara tangani pandemik.

2. Keputusan demi keputusan yang diambil oleh kerajaan hanya mempamerkan nilai sebenar sebuah kerajaan hari ini yang tiada maruah, tiada wibawa dan tiada moral.

3. Rakyat dilayan dan diurus bukan selayaknya sebagai sebuah bangsa yang bermaruah dan bertamaddun. Keputusan langsung tidak ambil kira denyut nadi dan naluri rakyat sebagai manusia yang bermaruah.

4. Cukuplah dengan kerajaan yang tiada maruah, janganlah rakyat pula dilayan seperti mereka tanpa maruah.


5. Jelas, kerajaan hari ini sudah hilang pertimbangan moral, gagal memahami kemelut dan keresahan rakyat.

6. Keputusan semakin celaru dan keliru disaat umat bersiap menyambut ketibaan hari mulia Eidul Fitri samasekali tidak sensitif dengan hati nurani umat.

7. Makanya GERAK menggesa kerajaan ini berhenti segera. Sedikit sisa maruah yang ada pada Perdana Menteri dan Menteri2 ini, gunakanlah dengan berhenti segera!

8. DYMM YDPA mesti campurtangan dengan dokongan Majlis Raja2 mempastikan negara tidak terus hancur maruahnya dengan gelagat PM dan kabinet yang rosak dan merosakkan ini.

9. Tanggungjawab institusi raja kembalikan kemurnian Ramadhan dan Syawal disaat pemimpin politik menodai kemurniaan ini dengan sikap hodoh, bodoh, tidak sensitif dan tiada maruah.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

WOIIII KAWANG KAWANG- KERAJAAN MELAYU ISLE DAH BERI LINE CLEAR - BOLEH DOH AMBIK NO EKOR