Kelam kabut Muhyiddin laksana PKP 3.0, larangan balik Raya

 




POSTED BY AMIR WRLR



Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan balik Raya berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Katanya, ia berbeza dengan pendekatan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang sudah bersedia lebih awal.

"Nampak benar betapa kelam-kabutnya cara Muhyiddin menguruskan PKP 3.0 dan Hari Raya.

"Jokowi umumkan larangan balik kampung untuk beraya sebulan setengah lepas," katanya.

Katanya, keputusan Jokowi itu jelas mereka sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kesukaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin.

"Sebelum puasa lagi dah ada mekanisme jelas penguatkuasaan sekatan perjalanan, bersekali dengan jaminan bekalan sembako (sembilan bahan makanan penting) yang mencukupi sepanjang puasa dan untuk raya.

"Macam mana Malaysia boleh jadi sebegitu laih sekarang dibanding dengan Indonesia?" soalnya.

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Tiada perancangan jual LTSAAS, kata Kementerian Kewangan

FMT Reporters  - June 25, 2021  Kementerian Kewangan berkata sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penj...