POLITIK TANPA DENDAM DAN KEPENTINGAN PERIBADI

MAKLUMAT TERKINI : JAM 8.30 MALAM INI, KEPUTUSAN PENTING AKAN BERLAKU!!

SYABAS & TAHNIAH ANWAR IBRAHIM‼️SEMUA AHLI PARLIMEN BERSETUJU,SEBULAT SU...

URA URA ANWAR DILANTIK,BURSA BSKL MULA MELONJAK

 



NORMAN RADZUAN

Hanya ura2 DS Anwar dicalonkan sebagai PM... tiba2 indeks bursa Saham naik agak tinggi selepas sekian lama suram. Belum lagi jika Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM. Pelabur bijak menilai bukan mcm kita terpedaya bila ada org boleh baca doa panjang2. Bayangkan jika Anwar dilantik menjadi PM jgn terkejut Indeks FBM KLCI melonjak naik.

Ptg tadi nasib baik ada Anwar yg sentiasa mesra media. Jika tidak wartawan dari pagi sampai petang berpanasan balik buat news pendek saja..melaporkan "Presiden2 parti dilihat masuk ke Istana jam 1.30 tgh dan keluar jam 4 ptg tadi..." Description: 😂Description: 😂Description: 😂Jika DS Anwar jadi PM hari2 kita boleh lihat PM live di berita Awani.

 

TIADA CARA LAIN UNTUK SEKAT ANWAR MELAINKAN MAIN SEMULA ISU PERKAUMAN

 



May be an image of 1 person



Tanpa 'scheme of Things" biasanya sukar pemimpin politik boleh naik. Tanpa 'jual beli durian', sukar untuk mengumpulkan sokongan. Jika menentang korupsi, mana mungkin geng2 kapitalis yang berada dalam politik boleh menyokong anda?

Inilah dilema yang Anwar Ibrahim hadapi sejak puluhan tahun. Sepanjang kehidupannya bermula dari zaman muda hingga kini usianya menjejaki 74 tahun, prinsipnya yang amat menentang rasuah menyebabkan beliau sering tersungkur. Terbukti, tiada satu kes rasuah pun yang pernah dikaitkan dengan beliau jauh sekali didakwa atau dihukum. Jawatan PM silih berganti hingga Mahiadin menjadi PM terakhir setakat ini, tiada seorang pun PM yang berjaya mencari fail rasuah melibatkan Anwar Ibrahim. Tiada satu fail pun dijumpai mencatatkan agihan projek kepada kaum kerabat dan keluarga tokoh reformasi ini. Bahkan, sewaktu Anwar Ibrahim berada di dalam kabinet di era Mahathir, beliau pernah menyekat pemberian tanah balak kepada ayahnya sendiri. Jika dengan ayahnya pun beliau tidak izinkan perolehi projek atau imbuhan, apatah lagi dengan rakan2 karib atau sesiapa sahaja. Pemberian biasiswa ke atas anak sulungnya Nurul Izzah kerana menjadi seorang pelajar yang cemerlang, Anwar Ibrahim enggan menerimanya atas alasan beliau seorang menteri kabinet dan tidak layak anaknya menerima biasiswa.

Mahu tidak mahu, cara untuk memburukkan Anwar Ibrahim terpaksa digunakan cara propaganda perkauman dan agama. Sewaktu Anwar berada dalam Umno dan kerajaan, beliau berjaya menerapkan nilai2 Islam di dalam pentadbiran. Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, pendekatan Islamik di dalam pendidikan, pelajar dan guru berugama Islam menutup aurat, pembelajaran buku teks tentang amalan syirik seperti mandi safar atau bulan safar yang dipercayai kononnya membawa bala, dihentikan di era Anwar Ibrahim. Ketika ini, Anwar di cop 'pelampau Islam' oleh musuh2 politiknya.

Apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan, beliau membawa obor reformasi dan perjuangan menegakkan keadilan merentasi semua kaum dan agama. Dari seorang yang dulunya disokong oleh majoriti Melayu, nama Anwar mula bermain di bibir kaum2 bukan melayu kerana mereka melihat Anwar berjaya membawa dakwah Islam yang sebenar iaitu tidak bersikap "Asabiyyah" yang diharamkan oleh Islam.

Sayyid Qutb berkata, “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Al-Hujurât: 13)

Pendekatan ini kemudiannya Anwar dituduh liberal, anti Melayu, pro Dap dan komunis, ejen Amerika dan Yahudi dan bermacam tuduhan lagi yang tidak masuk akal. Terfikirkah kita di mana lojiknya dari seorang yang suatu ketika di label 'pelampau Islam', tiba2 kini digelar "liberal dan anti Islam"? Ini semua propaganda yang dimainkan oleh musuh2 politik beliau yang tidak mahu Anwar mengubah landskap politik tanahair yang sinonim dengan perkauman dan agama sempit.

Parti Keadilan yang beliau sendiri tubuhkan adalah sebuah parti yang terdiri dari berbilang kaum dan agama, namun terasnya adalah melayu Islam. Perlembagaan parti ini sendiri membuktikan parti Keadilan tidak pernah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya di dalam kepentingan Islam sebagai agama resmi, bahasa kebangsaan dan hak2 keistimewaan orang2 Melayu. Parti Keadilan tidak pernah mencatatkan rekod berseteru dan menentang institusi raja2 melayu seperti beberapa parti lain yang pernah bermusuh dengan raja2 melayu. Parti Keadilan tidak pernah punyai rekod mempergunakan fahaman agama sempit sehingga tercetusnya isu kafir mengkafir atau pergaduhan dan pembunuhan akibat fahaman agama seperti parti lain.

Apa lagi yang boleh mereka tuduh terhadap Anwar Ibrahim? Anwar sukar untuk naik ke puncak kuasa politik di dalam negara ini hanyalah kerana Anwar tidak akan berkompromi di dalam isu2 rasuah. Hingga hari ini, disaat ramai pimpinan sibuk buka 'kaunter jual beli' ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan menjadi PM, Anwar hanya berbekalkan modal "membawa keadilan, menentang kezaliman dan tolak rasuah". Barangsiapa yang mahu 'membeli' apa yang Anwar tawarkan ini, ayuh!!

Sekali lagi Anwar Ibrahim masuk ke gelanggang berbekalkan islah yang mahu dibawanya. Tiada 'scheme of things" yang ditawarkan. Biarlah Allah tentukan nasibnya. Kita sanggup jadi pengikut Anwar Ibrahim selama mana pun selagi Anwar berpegang dengan prinsip ini. Kita sanggup jadi Pembangkang selama mana pun kerana itu lebih baik dan mulia dari menjadi kerajaan yang dibentuk melalui rasuah atau "scheme of things". Terbukti kerajaan yang dibentuk cara jijik ini tidak akan bertahan lama.

WFAUZDIN NS


MGNews: Semua Parti Bersetuju Mulakan Politik Baharu - Anwar Ibrahim

DENGAN 105 MP SOKONG DSAI......

 

May be an image of text that says "Vernacular acular vSnacuiar Sekolah Kasino Icerd BMF LGBT Jawi ToTo Magnum Pemandu Mabuk Kilang Arak Tabung Haji Haji Arak Pramugari Aurat UEC"


May be an illustration of 4 people and text that says "MAWAR KU, ISTERIKE2KU, KU, KE ENCIK SOMI TEKDE KERJA SYA SYANG NG ABANG JOBLESS HARI ISNIN KUDATANG, HARI ISNIN KU KEMBALI WAAAA.... MENTERI TIMUR TENGAH TU MAINTAINLA PLEASE..... Hạili A"


Dengan 105 MP sokong DATO SERI ANWAR IBRAHIM,penyertaan 18 MP GPS akan melengkapkan majoriti di perlukan beliau 123 MP untuk PAKATAN HARAPAN kembali membentuk kerajaan menghabiskan mandat rakyat beri PRU14 lalu.Jike GPS tidak,UMNO yg 15 MP boleh jadikan DSAI majoriti 120 MP.

#AnwarIbrahimPM9 #AnwarIbrahimPMMalaysia #DSAIPM9 #DSAIPMMalaysia

 

Calon PM: MKT UMNO malam ini putuskan satu nama - Sumber

 

Firdaus Azil
Calon PM: MKT UMNO malam ini putuskan satu nama - Sumber
Difahamkan, Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini bakal memuktamadkan calon pilihan parti itu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Sumber dalaman parti memberitahu Astro AWANI, ia susulan titah Tuanku terhadap kesemua ketua parti di Istana Negara awal hari ni, agar mereka mencari kesepakatan dalam memastikan calon Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Selain itu, sumber itu berkata, keputusan tersebut perlu dimuktamadkan susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos).
Selain itu beberapa ahli MKT lain memberitahu Astro AWANI, mesyuarat itu akan dipengerusikan presiden sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan ia akan bermula jam 8 malam.
Selepas itu, difahamkan, Ahmad Zahid akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara.
Beberapa media sebelum ini melaporkan, antara nama yang akan dibincangkan MKT malam ini ialah – Ahmad Zahid; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
BACA: Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?
BACA: Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - Anwar
Media sebelum ini melaporkan, antara persetujuan yang dicapai adalah nama yang perlu disepakati perlulah terdiri daripada kalangan pemimpin kanan UMNO.
Persetujuan itu sekali gus menolak nama seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang turut disebut-sebut sebelum ini, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk bertemu dengan pemimpin kanan parti-parti politik di Istana Negara.
Antara kelibat pemimpin yang dilihat memasuki perkarangan Istana Negara selain Ahmad Zahid, ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, difahamkan Parti Warisan Sabah diwakili Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama dua jam, sebelum para pemimpin politik berkenaan dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara sekitar 4 petang.
Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.

Titah Agong pemangkin kerajaan perpaduan atau gabungan perdana?

 

Titah Agong berhubung perpaduan dilihat mampu membawa kepada penubuhan kerajaan stabil dan kuat namun persoalan terus berkisar mengenai siapa paling layak menjadi perdana menteri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin politik supaya bergerak daripada politik lama untuk lebih bersatu menjurus kepada pembentukan sebuah gabungan perdana parti politik atau penubuhan kerajaan perpaduan untuk mentadbir negara.

Selepas menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari tadi, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, memaklumkan kepada media bahawa semua ketua parti bersetuju “menghentikan konflik lama” dan bersatu demi kesejahteraan negara.

“Paling penting, Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menekankan kita perlu menggalas bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, bagaimanapun memberitahu FMT, sekiranya ahli politik menyambut gesaan politik lebih aman itu, ia membuka ruang penubuhan kerajaan kuat dan stabil.

“Kita mampu menubuhkan gabungan perdana (parti politik) jika mempunyai konsensus bersama, seperti dilakukan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jika ini dilakukan sekarang, kita mampu mempunyai kestabilan politik untuk mendepani krisis kesihatan dan ekonomi.

“Pakatan perdana ini perlu bersifat inklusif tanpa mengira etnik dan pandangan, dan mempunyai visi jelas meletakkan negara dan rakyat mengatasi segalanya,” katanya.

Jeniri berkata, kerjasama seumpama itu mesti berpanjangan sehingga pilihan raya seterusnya, sekali gus mengelak negara sekali lagi dibelenggu situasi ketidaktentuan sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata nasihat Agong dilihat menguatkan spekulasi pembentukan kerajaan perpaduan untuk membawa negara keluar daripada kemelut sekarang.

Bagaimanapun, beliau tidak terlalu yakin pembentukan kerajaan perpaduan akan membawa jajaran politik “penyatuan” yang diinginkan.

“Akhirnya, tak kira, kerajaan perpaduan atau tidak, masalahnya tetap siapa yang akan mengetuainya,” katanya kepada FMT.

“Isu ini akan terus berbangkit kerana sentiasa ada pihak yang masing-masing yakin mereka paling layak menjadi pemimpin utama,” katanya.

Speaker asks MPs to submit name of PM candidate

(Terkini) Anwar Ibrahim: Sidang Media Bersama Pemimpin PH Selepas Selesa...

7 MINIT LALU!! ARAHAN TERBARU DARI ISTANA..

TERKINI!! - ANWAR ADA 90% PELUANG - SOKONGAN MAJORITI SEMAKIN PADU!


ANWAR IBRAHIM FOR PM9!! - Perkembangan terkini antara parti politik, terutamanya dari UMNO dan parti lain selepas pengunduran Muhyiddin sangat berlainan. Pemilihan PM baru antara kepentingan parti atau negara. Pilih Ismail Sabri - menyambung kegagalan PN. Anwar Ibrahim, harapan Malaysia masa kini!

AKHIRNYA‼️TAHNIAH ANWAR‼️DISOKONG PM‼️

Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?

 

Astro Awani
Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif. - Foto BERNAMA
PERMAINAN angka, itu percaturan dan teka-teki yang bukan sahaja jadi permainan ahli politik ketika ini, tetapi juga buat penganalisa dan pemerhati politik serta rakyat Malaysia secara umumnya.
Beberapa nama disebut bakal menduduki kerusi panas Perdana Menteri yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Namun, nama yang dijulang tidak akan terpahat di Perdana Putra sekiranya tiada kesepakatan mahupun persetujuan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Beberapa senario boleh dijangkakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau dikatakan antara individu yang mampu meraih majoriti sekiranya mampu menarik kembali sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Sekiranya UMNO secara en bloc iaitu seramai 38 Ahli Parlimen memberi sokongan kepada beliau, Ismail Sabri dijangka mampu meraih sokongan daripada 115 Ahli Parlimen.
Ini diambil kira sokongan daripada 31 Ahli Parlimen Bersatu, PAS (18), GPS (18), Bebas (4), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1) dan STAR (1).
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang ini mendapat sokongan majoriti daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu seramai 88 Ahli Parlimen.
Ia terdiri daripada DAP (42), PKR (35) dan Amanah (11).
Malah, dilaporkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut memberi sokongan kepada Anwar.
Namun, 89 sokongan tidak mencukupi tanpa sokongan daripada parti-parti lain.
Usaha Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri mampu tercapai sekiranya berjaya menerima sokongan daripada Warisan (8), Pejuang (4), Bebas - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (1) sekali gus menjadikan jumlah sokongan sebanyak 102 Ahli Parlimen.
Angka itu mungkin akan lebih dengan mengambil kira kemungkinan sokongan beberapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO termasuk parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Nama individu paling berpengaruh di Negeri di Bawah Bayu ini juga disebut-sebut mampu memegang tampuk pentadbiran negara.
Berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, Mohd Shafie berdepan cabaran dalam memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk memberi sokongan kepada beliau.
Sekiranya ia mampu direalisasikan, Mohd Shafie dijangka mampu meraih lebih 100 Ahli Parlimen.
Ia merangkumi partinya sendiri Warisan (8), komponen PH terdiri daripada DAP (42), PKR (35), Amanah (11), Pejuang (4), Bebas (2) - Syed Saddiq dan Maszlee Malik.
Ini tidak termasuk lagi sokongan lain seperti dari GPS, PAS ataupun kelompok parti-parti kecil lain seperti PBRS, PBS, STAR dan PSB.
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Parlimen Tergantung
Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
Situasi ini juga dikenali sebagai Parlimen Seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Kerajaan baharu diharap buka luas ruang rakyat kongsi pandangan - Penganalisis
Namun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baharu atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan sedia ada.
Bagaimanapun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai Ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu.
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Negara berhadapan dengan krisis politik susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Peletakan jawatan Muhyiddin itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadap baginda di Istana Negara.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Warisan will back Anwar for PM if he obtains ‘magic number’

 

FMT Reporters
 -

It’s either Anwar Ibrahim or Shafie Apdal for prime minister, says Warisan leader Azis Jamman. (PKR pic)

KOTA KINABALU: Warisan’s Sepanggar MP Azis Jamman says the party will back opposition leader Anwar Ibrahim as prime minister if the latter can garner the support of at least 111 MPs.

“Warisan will support DSAI (Anwar) for PM if he can get past the magic number and hope Pakatan Harapan will give right of first refusal to (Warisan president) Shafie Apdal if DSAI can’t get past the magic number,” he said over Twitter today.

Replying to a question from a netizen in the thread, Azis said: “Minimum 111 out of 220 MPs. As it stands today, the opposition has 105 MPs, so we are short of seven extra MPs.”

To another question on how could there be a first right of refusal condition when only one candidate is allowed on the MPs’ statutory declarations (SDs), Azis said Shafie and Anwar would have to meet up first to discuss the matter.

“Both leaders need to meet face-to-face and show (their) cards before submitting a name to the Palace.

“Whoever gets the highest should be given the chance to write their name on the SD…or do you have any other idea,” he said.

Earlier today, a source told FMT the appointment of an interim prime minister, but without a Cabinet, appears to be a possible solution to the current political crisis as no party nor MP appears to command majority support.

The source said there were two main groups in the race to be appointed prime minister following Muhyiddin Yassin’s resignation – one led by Umno vice-president Ismail Sabri Yaakob and the other being the opposition bloc.

The source said the bulk of Bersatu MPs are backing Ismail and this would see a coalition similar to the previous administration.

On the opposition front, the source said the frontrunners are Anwar and Shafie.

“The opposition has around 105 MPs. I’m told that whoever between Anwar and Shafie gets the numbers (support of 111MPs) will be their PM candidate.”

We are live on Telegram, subscribe here for breaking news and the latest announcements.


Pemimpin parti selesai menghadap Agong

 

KUALA LUMPUR: Ketua parti daripada Umno, Pakatan Harapan (PH), PAS dan Pejuang selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan membawa Presiden Umno, Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara, selepas dua jam menghadap Agong, hari ini.

Petugas media mula berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara seawal jam 8 pagi tadi bagi membuat liputan ketua-ketua parti menghadap Agong.

Sesi menghadap Agong oleh ketua-ketua parti bermula hari ini susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam, selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan, Istana Negara mengumumkan Muhyiddin akan bertindak sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik oleh Agong.

Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan untuk berundur selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.

Semua parti konsensus hentikan politik lama, kata Anwar selepas bertemu Agong


Anwar Ibrahim bercakap dengan wartawan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda di Istana Negara petang ini.

KUALA LUMPUR: Semua ketua parti yang dipanggil Agong datang menghadap hari ini bersepakat menghentikan politik lama dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika negara menghadapi Covid-19, kata Anwar Ibrahim.

Ditemui pemberita di Istana Negara sesuai pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda, Anwar berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, dan mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku – memakan orang yang kalah,” katanya kepada pemberita.

Ketua pembangkang itu berkata ketua-ketua parti yang hadir memberikan pandangan masing-masing pada pertemuan itu.

“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun,” katanya.

Anwar berkata isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

CUBA MENAIKKAN PEWARIS KERAJAAN GAGAL PN SEBAGAI PM SETERUSNYA ADALAH KEGILAAN PALING GILA

Di mata rakyat, Perikatan Nasional atau PN adalah sebuah kerajaan yang gagal.

Sejak 17 bulan lalu boleh dikata tidak ada sektor yang berkembang dengan baik di bawah kerajaan PN, kecuali kes Covid19 dan jumlah kematian akibat daripada wabak tersebut yang sentiasa menunjukkan geraf menaik.

Kegagalan itu sudah tentu disebabkan kerajaan PN dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin yang tidak begitu berkemampuan mengurus negara, terutama ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid19.

Kegagalan PN itu diburukkan lagi kerana menteri-menteri yang dilantik Mahiaddin turut tidak berkemampuan sehingga menjadi bahan kecaman dan troll netizen hampir setiap masa.

Apabila Mahiaddin akhirnya meletak jawatan, tidak sedikit rakyat yang gembira dan menjadi lapang dada.



Bursa Malaysia melonjak naik selepas pengunduran Kabinet Mahiaddin

 



MANA DEPA NI NAK P LEPAS NI? DOK ELOK ELOK.....

 May be an image of 11 people, people sitting and text that says "Gombak Ampang Indera Selangau Mahkota SI Segamat Nibong Tebal Bandar Tun Razak Batu Pahat Saratok Puncak Borneo Ranau"

AYAHANDA RANI KULUP BENGGANG RAMAI POMPUAN NANGIS DEMI DIN PAGOH TAPI BUKAN UNTUK SUAMI YANG TAK BERDUIT

 

HAMZAH RIE NA


Entah lah ayah oiiii, mereka tu Masih green dlm politik. Apa yg mereka nampak dizahir elok, itulah yg mereka

puja. Pada hal yg mereka tanggisi tu hampas semata mata.

Baca selapis dalam politik mana mahunya jadi cerdik ayah oiiiii. Mila sedih tauuuuu hukhukhukhuk.




May be an image of text

‘Kecekapan’ 17 bulan kerajaan PN, kes kematian di luar hospital akibat Covid-19 melonjak

 


MP perlu cari pengganti selepas ‘Abah’ rebah di pintu istana

 


(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media