TIADA CARA LAIN UNTUK SEKAT ANWAR MELAINKAN MAIN SEMULA ISU PERKAUMAN

 



May be an image of 1 person



Tanpa 'scheme of Things" biasanya sukar pemimpin politik boleh naik. Tanpa 'jual beli durian', sukar untuk mengumpulkan sokongan. Jika menentang korupsi, mana mungkin geng2 kapitalis yang berada dalam politik boleh menyokong anda?

Inilah dilema yang Anwar Ibrahim hadapi sejak puluhan tahun. Sepanjang kehidupannya bermula dari zaman muda hingga kini usianya menjejaki 74 tahun, prinsipnya yang amat menentang rasuah menyebabkan beliau sering tersungkur. Terbukti, tiada satu kes rasuah pun yang pernah dikaitkan dengan beliau jauh sekali didakwa atau dihukum. Jawatan PM silih berganti hingga Mahiadin menjadi PM terakhir setakat ini, tiada seorang pun PM yang berjaya mencari fail rasuah melibatkan Anwar Ibrahim. Tiada satu fail pun dijumpai mencatatkan agihan projek kepada kaum kerabat dan keluarga tokoh reformasi ini. Bahkan, sewaktu Anwar Ibrahim berada di dalam kabinet di era Mahathir, beliau pernah menyekat pemberian tanah balak kepada ayahnya sendiri. Jika dengan ayahnya pun beliau tidak izinkan perolehi projek atau imbuhan, apatah lagi dengan rakan2 karib atau sesiapa sahaja. Pemberian biasiswa ke atas anak sulungnya Nurul Izzah kerana menjadi seorang pelajar yang cemerlang, Anwar Ibrahim enggan menerimanya atas alasan beliau seorang menteri kabinet dan tidak layak anaknya menerima biasiswa.

Mahu tidak mahu, cara untuk memburukkan Anwar Ibrahim terpaksa digunakan cara propaganda perkauman dan agama. Sewaktu Anwar berada dalam Umno dan kerajaan, beliau berjaya menerapkan nilai2 Islam di dalam pentadbiran. Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, pendekatan Islamik di dalam pendidikan, pelajar dan guru berugama Islam menutup aurat, pembelajaran buku teks tentang amalan syirik seperti mandi safar atau bulan safar yang dipercayai kononnya membawa bala, dihentikan di era Anwar Ibrahim. Ketika ini, Anwar di cop 'pelampau Islam' oleh musuh2 politiknya.

Apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan, beliau membawa obor reformasi dan perjuangan menegakkan keadilan merentasi semua kaum dan agama. Dari seorang yang dulunya disokong oleh majoriti Melayu, nama Anwar mula bermain di bibir kaum2 bukan melayu kerana mereka melihat Anwar berjaya membawa dakwah Islam yang sebenar iaitu tidak bersikap "Asabiyyah" yang diharamkan oleh Islam.

Sayyid Qutb berkata, “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Al-Hujurât: 13)

Pendekatan ini kemudiannya Anwar dituduh liberal, anti Melayu, pro Dap dan komunis, ejen Amerika dan Yahudi dan bermacam tuduhan lagi yang tidak masuk akal. Terfikirkah kita di mana lojiknya dari seorang yang suatu ketika di label 'pelampau Islam', tiba2 kini digelar "liberal dan anti Islam"? Ini semua propaganda yang dimainkan oleh musuh2 politik beliau yang tidak mahu Anwar mengubah landskap politik tanahair yang sinonim dengan perkauman dan agama sempit.

Parti Keadilan yang beliau sendiri tubuhkan adalah sebuah parti yang terdiri dari berbilang kaum dan agama, namun terasnya adalah melayu Islam. Perlembagaan parti ini sendiri membuktikan parti Keadilan tidak pernah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya di dalam kepentingan Islam sebagai agama resmi, bahasa kebangsaan dan hak2 keistimewaan orang2 Melayu. Parti Keadilan tidak pernah mencatatkan rekod berseteru dan menentang institusi raja2 melayu seperti beberapa parti lain yang pernah bermusuh dengan raja2 melayu. Parti Keadilan tidak pernah punyai rekod mempergunakan fahaman agama sempit sehingga tercetusnya isu kafir mengkafir atau pergaduhan dan pembunuhan akibat fahaman agama seperti parti lain.

Apa lagi yang boleh mereka tuduh terhadap Anwar Ibrahim? Anwar sukar untuk naik ke puncak kuasa politik di dalam negara ini hanyalah kerana Anwar tidak akan berkompromi di dalam isu2 rasuah. Hingga hari ini, disaat ramai pimpinan sibuk buka 'kaunter jual beli' ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan menjadi PM, Anwar hanya berbekalkan modal "membawa keadilan, menentang kezaliman dan tolak rasuah". Barangsiapa yang mahu 'membeli' apa yang Anwar tawarkan ini, ayuh!!

Sekali lagi Anwar Ibrahim masuk ke gelanggang berbekalkan islah yang mahu dibawanya. Tiada 'scheme of things" yang ditawarkan. Biarlah Allah tentukan nasibnya. Kita sanggup jadi pengikut Anwar Ibrahim selama mana pun selagi Anwar berpegang dengan prinsip ini. Kita sanggup jadi Pembangkang selama mana pun kerana itu lebih baik dan mulia dari menjadi kerajaan yang dibentuk melalui rasuah atau "scheme of things". Terbukti kerajaan yang dibentuk cara jijik ini tidak akan bertahan lama.

WFAUZDIN NS