MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"? INI APA CRITA?



 RINA HAMZAH


MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"?

MAKA DIA PERLU MENJAWAB TENTANG BANTUAN-BANTUAN ISTIMEWA KEPADA ANAKNYA MOKHZANI DAN ANAK SAUDARANYA AHMAD RAZLAN AHMAD RAZALI SEWAKTU MENJADI PM KE-7 ANTARA MEI 2018 DAN FENRUARI 2020.

IA PERSOALAN MUDAH UNTUK DITIMBULKAN.

PERTAMA, KITA PERLU SEDAR BAHAWA MOKHZANI MENJADI PENGERUSI SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT ATAU SIC, SALAH SATU PROJEK MEGA SEWAKTU MAHATHIR MENJADI PM KE-4 DAHULU.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU, ANAK SAUDARANYA RAZLAN, IAITU ANAK KEPADA ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI MOHD ALI, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR YANG JUGA ABANG KEPADA TUN DR SITI HASMAH, ISTERI MAHATHIR, TELAH DILANTIK MENJADI CEO SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SEJAK 2009 HINGGA KE 2018.

HARUS DILIHAT DARI DOKUMEN INI, IAITU PETIKAN DARI LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 UNTUK SIC.

BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, TETAPI DI SINI KITA CUMA MINTA MAHATHIR MENJAWAB DUA SAHAJA DAHULU.

1. BAILOUT SEBANYAK RM170 JUTA BAGI MENAMPUNG KOS PEMBAYARAN CUKAI TERTUNGGAK SIC ANTARA 2010 HINGGA 2017.

MENURUT DOKUMEN INI, SIC GAGAL MEMBAYAR CUKAI WALAU SETAHUN PUN SEDANGKAN PADA ERA ITU LITAR LUMBA ITU MENJADI HOS KEPADA ACARA MEGA FORMULA 1 DAN JUGA MOTOGP DAN MENDAPAT SUNTIKAN DANA KERAJAAN TAHUNAN UNTUK MENAMPUNG SEGALA PERBELANJAAN. MALAH RAZLAN SENDIRI PERNAH BEBERAPA KALI MUNCUL DI MEDIA MENGATAKAN SIC TIDAK MENGALAMI KERUGIAN MALAH UNTUNG.

JADI KENAPA TIDAK MEMBAYAR TUNGGAKAN CUKAI?

PADA 2018, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MEMULAKAN PROSES MENGUTIP CUKAI TERTUNGGAK DARI SIC SEBANYAK RM73,143,986.00 (RM73.1 JUTA).

KITA HARUS INGAT, PADA MEI 2018 MAHATHIR TELAH MENAIKI TAKHTA SEKALI LAGI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN SECARA AJAIB JUGA, SEPERTI DOKUMEN DILAMPIRKAN, GERAN KERAJAAN KEPADA SIC TELAH MENINGKAT SEBANYAK RM71 JUTA KEPADA RM171 JUTA UNTUK TAHUN 2019, BERBANDING HANYA RM99 JUTA PADA TAHUN 2018.

APAKAH INI TIDAK NAMPAK SEPERTI MENUTUP LUBANG YANG DIGALI OLEH MOKHZANI?

2. RAZLAN JUGA NAMPAKNYA TIDAK MAHU KETINGGALAN DENGAN SEPUPUNYA. DIA TELAH MEWUJUDKAN PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM ATAU SRT YANG DIMILIKI OLEH SIC, YANG AKHIR-AKHIR INI BANYAK MENDAPAT KRITIKAN DAN DIHENTAM OLEH NETIZEN SEBAGAI SATU PROJEK YANG TIDAK MENEPATI PELAN ASAL SEBAGAI PLATFORM PEMBANGUNAN UNTUK PELUMBA TEMPATAN DIBAWA KE PENTAS DUNIA. SEBALIKNYA RAZLAN MEMBUANG PELUMBA TEMPATAN DAN MEMBUAT KENYATAAN DI MEDIA BAHAWA SEMUANYA TIDAK LAYAK DAN BELUM SAMPAI KE TAHAP YANG MEMUASKAN UNTUK DI BAWA KE PENTAS DUNIA. MANA JANJI DIA UNTUK MENGGILAP PELUMBA TEMPATAN?

TAPI BUKAN ITU YANG KITA MAHU BINCANGKAN.

LIHAT LAMPIRAN.

BAJET UNTUK SEPANG RACING TEAM DI BAWAH KENDALIAN RAZLAN JUGA SEPERTI MENDAPAT KEAJAIBAN SENTUHAN PERDANA MENTERI, DI MANA DARI RM12 JUTA PADA TAHUN 2018, IA MELONJAK KE RM73 JUTA PADA 2019. BAJET INI MASUK DARIPADA PETRONAS DAN AGAK PELIK JUGA DALAM ERA INI PENGERUSI PETRONAS TURUT MELETAKKAN JAWATANNYA.

TIDAK HAIRANLAH KENAPA RAZLAN MENGOSONGKAN KERUSI CEO SIC PADA 2018 UNTUK MEMBERI FOKUS SEBAGAI PENGENDALI PASUKAN SRT INI. DURIAN RUNTUH SUDAH MAU DATANG.

JUGA PERLU DITERANGKAN IALAH SIC ADALAH SEBUAH AGENSI YANG DILETAKKAN PEMILIKKANNYA DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN. MAKA, MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN IAITU LIM GUAN ENG, JUGA PERLU MENJAWAB APAKAH BELIAU MENERIMA ARAHAN ISTIMEWA DARI PERDANA MENTERI UNTUK MELULUSKAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN SEPERTI INI.

JADI JIKA BENAR MAHATHIR MENGUMUMKAN BAHAWA DIA PERLU MENJADI PERDANA MENTERI KERAJAAN INTERIM KERANA RAKYAT DAN OLEH KERANA RAKYAT SANGAT TERDESAK DAN MEMERLUKAN DIA UNTUK MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN PERPADUAN, MAHATHIR PERLU MENJAWAB APAKAH DUA ORANG INI, MOKHZANI DAN RAZLAN, MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA?

SELEPAS DIA MENJAWAB INI NANTI BOLEHLAH KITA TANYA YANG LAIN PULA.

C&P

PS: Jika benar pendedahan diatas maka benarlah mahathir bermain wayang konon2 nak jadi pm kembali kerana rakyat!!!! Walhal dia gusar dan takut segala salah laku meyamun diketahui umum. Adakah apa yg diperkatakan diatas benar?????

 

No photo description available.

No photo description available.




WOIII...HANGPA BINCANG PROJEK APA ?


DIKALA PENCARUM KWSP MENGERLUH KEKECEWAAN TAK DAPAT KELUAR DUIT KWSP, TIKA ITULAH PAK MENTERI SIBUK AGIH PROJEK. NILAI SENDIRI WHATAPP ANTARA ANNUAR MUSA DENGAN TENGKU ZAFRUL YANG DIFORWARD KEPADA TAKIYUDDIN. DITAKDIR ALLAH, TAKIYUDDIN PULA TERSILAP HANTAR KE GROUP WHATAPP. TENGOK, YANG UNTUNG SYARIKAT EMAK ZAFRUL DAN SYARIKAT ANAK MUHIYIDDIN JUGA AKHIRNYA


MAN TOBA


 Image may contain: text that says "Dato Takiyuddin KB 5 minutes ago YF Letter ABSB PDF Brother, BDB dah ada partner utk Project ni, so what's your opinion... think best for the state company to meet first with dato lim Chee meng. And then will brief PM. Because state needs technical partner. Then we can decide after the meeting 10:25 10:25 YAB MB propose JV with Taliwork for another Water project in Langkawi, the cost would be 550m... Oh ok. 10:28 But for direct nego, we also need to make sure that the partner/ for the state company is strong terhnicallv and financiallv Type message"Image may contain: textImage may contain: text

28 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


LAGI BERITA AKAN MENYUSUL


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.


SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL


Takde yang cerdik dalam pimpinan Amanah. Juak2 penyokong 2x5 bodoh. Aku ahli Amanah Kota Raja tak bersetuju dengan keputusan bodoh ini. Cukoplah kekal PH yang asal dari 3 parti.
Apa perlu lagi jemput parti2 serpihan yang sah terbukti khinat dan tidak ada kesetiaan.
Kukuhkan 3 parti PKR, DAP dan Amanah..banyakkan peluang menang kerusi. Jadi big bos dalam PH. Parti2 lain akan folowlah macam GPS dan Warisan nak taknak siapa jadi kerajaan mereka akan folow.
Ini buka lagi ruang untuk dikhianati. Pejuang sah sah akan HALANG sosok Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Apa bodoh takde otak wahai pimpinan2 Amanah?

MAN TOBA


Image may contain: text




Pimpinan Pembangkang Pakat Bedal Budget JASA Secara Berjemaah Hingga Nam...

GEGAR VANGANGDAA 2OTX..??

 








1) Bacaan Kali Ketiga Tajuk Panjang B2021 dan Undian Kali Kedua MUNGKIN berlaku esok (15 Disember 2020) walau pada awalnya kita menjangkakan 17 Disember 2020.

2) Adakah ini yg dimaksudkan oleh Lokman Noor Adam bahawa ia adalah "VoNC" yg mana DSAI sudah ada 113 + at least 8 MP UMNO akan menyokong menolak B2021?? Kita tidak tahu. Elok kita tunggu.

3) Dalam masa yg sama apakah DSAI akan berjaya kemukakan CUKUP JUMLAH SD utk pertimbangan DYMM SPB YDPA?? Pun kita tidak pasti. Sabar lah kita tunggu.

4) Tapi hari ini 2OTX (Dua Org Tua Xpired) tetiba mengadakan PC bersama? Apa yg mereka bimbangkan? JUJURnya saya malas nak follow PC mereka sbb bimbang saya "MELUGAI" dan rasa nak termuntah. Tapi cukuplah dgn sinopsis yg dituliskan oleh MSO.

5) Pada saya ia hanyalah sebuah PC yg menggambarkan NATIJAH kebimbangan mereka JIKA benar DSAI akan diangkat jadi PM. Lalu mereka meracau bab "Ekonomi Harimau" dan soal KERAMITA PN yg hanya punya majoriti tipis dan menyebbkan "Trust Deficit" di kalangan Pelabur Asing? Tak payah ckp pun dah jadi rahsia umum. Saya juga dah banyak kali menulis bab "Trust Deficit" dan "FDI" yg terkesan akibatnya.

6) PT95 dah "expired", dia tidak punya sokongan yg cukup utk jadi PM, diratib2kan KUNUNnya DSAI tidak punya "numbers" sebaliknya "doa" itu sedang berbalik kpd diri dia. PT95 hanya ada sekitar 4 ketoi MP parti haram. Warisan boleh supply sekitar 8 ketoi MP? Amanah dan DAP ada yg nak sokong ke? Tak kot? Description: ๐Ÿ˜…Sbb nak ajak 15 MP bangun sokong Undian Belah Bagian pd 26 Disember lalu pun PT95 tak mampu.

7) Siapa di kalangan MP yg sokong Ku Li?? JIKA dalam UMNO pun dia kalah bertanding jawatan Presiden itu petanda UMNO sendiri tolak Ku Li yg dah "expired". Ku Li juga tak mungkin boleh cukup "numbers" utk jadi PM. Dia ajak MP UMNO tarik sokongan kpd TSMY dan KERAMITA PN pun takde sape mahu sahut. MP UMNO anggap Ku Li "dah tak boleh pakai". Ku Li sendiri tak berani nak umum secara terus terang dan rasmi. MP yg takde teloq bukanlah PM material.

8) Lalu, kemunculan mereka (2OTX) kita faham bahawa ia hanyalah sbb bimbang DSAI mungkin akan jadi PM. TIADA apa yg "dua sejoli" itu mampu tawarkan kepada rakyat melainkan "Retorik". Malah mereka berdua sudah pun "expired".

9) Sebab itu MSO kata 2OTX hanya umpama pengacara GEGER BERGANZA...tapi pada saya aksi 2OTX itu adalah sekadar GEGAR VANGANGDAA.....2OTX BUKAN lagi tandingan DSAI. Biasanya bila mereka muncul, itu bermakna peluang DSAI diangkat jadi PM muncul semula dan membimbangkan mereka. JIKA BENAR....Mampukah mereka sekat DSAI?

Wallahualam.

- Zus Din

14 Disember 2020

 

KENYATAAN MEDIA

 Image may contain: text

NO ANWAR NO DAP


Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang.
Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulin? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.
Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam
Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati.
Pemimpin PPBM tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO. Sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.
Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan PN. Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.
Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti PH sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli PN. MN juga belum daftar.
Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin.
Tidak dinafikan ada akar umbi UMNO yang keliru. Tetapi mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun M dan Azmin tanpa pengetahuan MKT.
Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.
Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?
Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP?
Sebab itu slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.
Lim Chong Eu dipecat daripada DAP kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate.
Maka jika perlu, apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak. UMNO mesti berani mempeloporinya demi kelansungan rakyat. Kenapa mesti takut.
UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi. Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran
terbaik
.
Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.
Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik.
Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.
DrPuad Zarkashi

SELESAI DAH GAMAKNYA...HARAP GITULAH

 SELESAI.....


Image may contain: 1 person, standing and indoorImage may contain: 1 person, standing and indoor

Alhamdulillah, saya telah bertemu Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi.
Saya juga mengambil pesanan Datuk Seri Presiden untuk seluruh anggota Keadilan bergerak ke hadapan dan fokus dalam melaksanakan amanah Reformasi.
Kita Keadilan adalah satu keluarga. Perbezaan sesama kita perlu diraikan selagi perbezaan itu bernaung di bawah prinsip dan idealisme reformasi.
Terima kasih.
Akmal Nasir
Ketua AMK Malaysia

TAKKAN NAK JADI PM LAGI KOT.....TANYA PASAI ANWAR BERUBAH AIR MUKA

 

Ingatkan PC apa yg pakcik berdua ni buat sebentar tadi. Rupanya nak syarah pasal ekonomi dah teruk. Tu je? Buat FB live pun boleh tak perlu PC. Semua orang tau. Ingatkan nak umum tubuh parti baru bersama Ku Li ke atau Ku Li nak join parti Pejuang ke....

Paling best dia tak lupa nama Najib. Dia kutuk Umno kleptokrasi, tapi dia tak sedar sebelah dia tu orang Umno. Dendam dia pada Najib tak habis2 . Bila wartawan sebut nama Anwar, berubah terus muka. Haha...

 Image may contain: 2 people

DULU BERSAMA TAPI KINI TIDAK LAGI

      

Dr M

Tengku Razalie
Anwar Ibrahim
Najib Razak
Muhyudin Yasin
Shafie Afdal
Zahid Hamidi
Hamzah Zainudin
Dan lain lainnya...
Bukan orang lain mereka pernah bersama dalam satu parti iaitu umno. Pernah berbaik sesama mereka...semasa muda ada persaingan sesama mereka tetapi tidak pula masa itu tidak bertegur sapa. Musuh dalam politik tapi parti yang sama....
Sekarang ni semua mereka telah umur 60 ke 95....maknanya tua dah...dari segi kekayaan dunia mereka sudah melimpah ruah sehingga bole di pakai 7 keturunan. Dari jawatan mereka dah rasa macam macam jawatan...
Yang kita hairan apa lagi kah yang mereka kejarkan lagi di dunia ini. Wang....? Harta ...? Jawatan...? Jika bukan itu semua apa lagi yang di kejar sehingga mereka ni menghuru harakan negara....merosakan politik...dan tak ada jalan penyudah kecuali nama nama ini mati...agaknya baru aman politik malaysia...
Tak boleh kah duduk sama berbincang...buang semua cita cita...dendam kasumat...cerita tentang negara...tentang kegawatan sedang kita lalui...
Jangan lah sampai seluruh rakyat ada yang memaki hamun mereka sudahnya...sedangkan semua ni bila bila masa jer akan pergi....munkin esok atau lusa...
Berbaik lah...jangan berebut

UNTUK DIFAHAMI

KAN SAYA DAH KATA?
Bukankah dalam artikel mengkritik saranan Piee Apdal hari tu saya dah sebut DSAI + rakan2 dlm DAP dan PA$ (kini Amanah) yg bersusah payah, dgn keringat dan airmata sejak 1999 membina BA, PR yg kemudiannya berevolusi jd PH?
Senang2 je bekas PNyamun dan kini PNkhianat seperti Piee Apdal dan PT95 nak "hijack"? ๐Ÿค” Elok hadam apa kata Dr. Mujahid Yusof. Syabas Dr. Mujahid..!!

ZUS DIN


 Image may contain: 2 people, text that says "Mujahid Yusof Rawa @mujahidrawa Grand Coalition pembangkang diterokai oleh BA, PR dan PH. gelombang dibina sejak 1999 oleh DSAI. DSSA muncul di ambang PRU 2018...ramai yg 2018. derita sampai ke tahap ini. Jangan mudah nak tukar kalau belum memahami erti penderitaan dan perjuangan! Translate Tweet 2เตพ"

DALAM PH PUN RUPA-RUPANYA ADA ANNUAR MUSA


 Annuar Musa adalah Ahli Parlimen UMNO Ketereh, Kelantan dan kini memegang jawatan Setiausaha Agung BN.

Sebelum ini, beliau adalah Setiausaha Agung UMNO di mana beliau dilantik memegang jawatan itu setelah tewas kepada Mohamad Hasan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan 2018 lalu.

Tetapi sekarang tempatnya sebagai Setiausaha Agung UMNO diambil alih oleh Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian.

Dalam kabinet, berikutan tertubuhnya kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin, Annuar dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sudah tentu perlantikannya dalam kerajaan itu atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO.

Tetapi, jika kita perhatikan kebelakangan ini, kecondongan hati Annuar lebih kepada Bersatu berbanding UMNO.

Dalam hal yang sama, sokongannya juga terarah banyak untuk mempertahan dan mengekalkan lagi Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Pendirian Annuar itu sama sekali berbeza dengan UMNO yang memutuskan hanya bekerjasama dan berada dalam kerajaan PN sehingga PRU15 saja dan selepas itu ingin kembali dominan mengetuai kerajaan seperti dahulu.

Sebab itu, UMNO mengambil pendirian tidak menyertai PN, sebaliknya kekal bersama BN, disamping mengukuhkan lagi kedudukannya dengan bermuafakat bersama Pas.

Jelas bahawa dengan pendirian itu, UMNO mahu pemimpinnya sendiri sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti, sementara Annuar pula mahu Muhyiddin terus dikekalkan lagi.

Di beberapa keadaan, terutama dalam hal yang berkaitan untuk menjatuhkan Muhyiddin, Annuar jelas berpihak kepada Presiden Bersatu itu.

Berkaitan kerjasama juga, Annuar secara terbuka mahu UMNO, Pas dan Bersatu berpadu tenaga menghadapi PRU15 akan datang.

Kecenderungan itu tanpa keraguan bermakna beliau mahu UMNO terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Keadaan itu berbeza dengan pendirian kebanyakan pimpinan UMNO serta majoriti di akar umbi yang merasakan Bersatu harus diketepikan bukan saja kerana keberadaan parti itu yang dilihat mengganggu dominasi UMNO, malah juga disebabkan ramai pengkhianat UMNO berada ke dalam Bersatu.

Disebabkan keinginannya mengekalkan lagi Muhyiddin, Annuar akan segera bersuara bila saja ternampak kedudukan Muhyiddin cuba digugat, termasuk menegaskan mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang didapati menyokong Anwar Ibrahim perlu meninggalkan parti.

Ratib yang selalu diulang-ulangnya ialah prinsip UMNO “No Anwar No Anwar”, walaupun sebenarnya yang mahu “membunuh” UMNO adalah Bersatu.

Lantaran itu, selain ramai pemimpin UMNO yang melabelkan Annuar sebagai pro Bersatu, malah ada juga yang menyarankan agar beliau segera berpindah keahlian menyertai parti pimpinan Muhyiddin itu.

Sejujurnya, bukan saja dalam UMNO dan BN, bahkan di mana-mana parti sekali pun, watak seperti Annuar itu bukanlah sesuatu yang sihat dan menyenangkan.

Seseorang itu seharusnya sentiasa bersama parti dan gabungan yang didokongnya, bukan memperlihatkan kecondongan kepada pihak di luar daripada parti atau gabungan yang disertainya.

Mengambil watak Annuar itu, di dalam PH pun sudah ternampak ada seorang dua pemimpinnya yang dilihat berperangai sama.

Kalau berkaitan PH, mereka selalu diam membisu saja, termasuk dalam isu-isu yang melibatkan serangan terhadap pimpinannya sendiri.

Kononnya, itulah keterbukaan dan di luar kawalan mereka untuk mengawalnya.

Tetapi, bila saja ada pihak di luar PH yang bersuara tentang perubahan kepimpinan dalam gabungan itu serta perlunya pihak lain di bawa menyertai PH, termasuk mereka yang pernah khianat dan keras hati enggan bekerjasama sebelum ini, mereka itu dengan pantasnya bersuara dan memberi sokongan.

Sama seperti Annuar yang lebih memihak kepada Muhyiddin berbanding pemimpin daripada UMNO sendiri, mereka yang berkenaan juga lebih mengagungkan pemimpin pembangkang di luar PH daripada Anwar yang sedia ada menerajui PH.

Apa patut kita buat dengan mereka? 

(Shahbudinditcom 14/12/2020)



AKHIRNYA DAPAT JUGA HADI AWANG MENGADAP SULTAN PERAK

 

Hadi Awang menghadap Sultan Perak esok

Hadi Awang menghadap Sultan Perak esok

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan terima menghadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, Ipoh esok, kata Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini.

Menurut laporan Bernama, majlis menghadap itu dijadualkan pada jam 11 pagi.

Semalam , semasa sidang media di Kuala Lumpur, Abdul Hadi, memaklumkan yang permohonannya untuk menghadap Sultan Perak telah diperkenan baginda.


Terdahulu Malaysiakini melaporkan Presiden PAS memohon menghadap Sultan Nazrin Shah, namun sumber yang rapat dengan istana memberitahu belum ada tarikh ditetapkan.Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh tersebut.

Abdul Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.

 

Surat yang turut dilihat oleh Malaysiakini itu menyatakan niatnya untuk memberitahu sultan mengenai “situasi politik yang melibatkan PAS”.

Ia berlaku setelah Adun PAS Perak tidak hadir pada sesi menghadap yang dijadualkan dengan baginda pada Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik mengenai calon menteri besar yang baru.

Laman web berita The Vibes memetik sumber dekat dengan Abdul Hadi dipetik sebagai berkata ahli parlimen Marang itu memohon menghadap untuk “memohon pengampunan”.

Selain Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang juga Adun Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat PAS Perak terlibat ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk “menangguhkan” menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

 

Dalam pada itu, Abdul Hadi, semalam juga berkata isu politik Perak telah selesai selepas Saarani mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak yang baru.

Setakat ini lima exco kerajaan negeri telah pun dilantik dan belum ada seorang pun dari PAS. Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai exco.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar pada 5 Disember lalu, setelah beliau gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.


Ikut formula MB Pas, Vietnam, Laos kena bayar caj air ke China


BFM: The Business Station - Podcast Morning Brief: PAS & UMNO Ambitious  Alliance

Ikut formula MB Pas, Vietnam, Laos kena bayar caj air ke China

Nur Hadi Muhammad

Sungai Mekong tu, mula dari Tibet, bawak ke China, jadi sempadan China-Myanmar, Myanmar-Laos, Thailand-Laos, masuk ke Laos, kemudian ke Kemboja, sampailah ke Vietnam.

Ada pernah dengar Tibet mintak duit sebab bekalkan air sungai kat mana-mana negara tu?

Air sungai ni kita sebut sebagai ‘semula jadi’. Maksudnya kau tak perlu keluarkan belanja pun memang dia dah ada mengalir dari zaman ke zaman, dengan syarat kau jagalah kawasan tadahan air tu iaitu hutan.

Tapi disebabkan ada Menteri Besar paling bebal dalam sejarah peradaban negara, boleh pulak dia gertak nak sekat air sungai tu dari masuk ke negeri lain sebab tak nak bayar caj bekalan air mentah. Dia ingat sungai bila disekat boleh berhenti macam tu je ke?

Habis tu nak alirkan ke mana? Rumah nenek dia? Nak ubah masuk ke sungai lain? Kau nak bagi penduduk tepi sungai tu mampos tiba² air sungai naik mendadak?

Nak ubah aliran sungai ke tempat lain semata-mata tak nak air sungai tu lalu kat Penang punya pasal, agaknya dia nak ‘bina’ sungai baru la. Biar padan muka tak ada sungai yang lalu negeri tu.

Kos ambil alih tanah, tender nak korek, nak bina tebing sekian-sekian mungkin menelan belanja sampai RM5 bilion. Siapa suruh Penang degil sangat tak nak bayar RM50 juta. Hasil REE pun dah RM43 trilion, apa sangatlah RM5 bilion tu kan. Bijak sungguh kepala otak Menteri Besar hangpa.

Hairan sungguh aku, sesama negeri dalam negara yang sama pun boleh bergaduh bab air sungai. Dengar ke negara luar jadi bahan ketawa je.

Bila pemimpin tu buat kenyataan bodoh, janganlah ikut sekali bebal dia tu. Hairan aku bila baca komen, “Terbaik MB tegas”, “Jangan bagi muka dengan geng-geng sepet”. Tegas dengan bangang tu jauh beza tau. Apa yang seronok sangat dapat sekat air ke Pulau Pinang? Habis tu kau ingat penyokong, pentaksub parti kau tak ada kat negeri tu?

Sokong janganlah sampai taksub, ada otak tu guna untuk berfikir, bukan apa je yang keluar dari mulut pemimpin parti sokong bulat-bulat. Yang salah cakap salah. Tapi apakan daya memang dah didoktrinkan macam tu. Wala’ katanya.

Pulau Pinang tegur supaya jangan buat pembalakan di Ulu Muda tu supaya ekosistem tak terganggu. Jangan sampai air sungai tu tercemar dan Tasik Ulu Muda tu jadi kering sebab hutan berdekatan yang bekalkan air tu dah kena balak sampai licin.

Tasik Ulu Muda tu sumber air utama ke tiga negeri, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kalau keringlah tasik tu, jangankan Penang, orang Kedah pun mampos takde sumber bekalan air. Jadi apa yang kau ego sangat tak boleh terima bila jiran tegur supaya jaga elok-elok sumber air yang ada dalam negeri kau?

Kerisauan tu wajarlah sebab rekod parti tu mentadbir memang teruk bab jaga alam sekitar. Kau tengok Kelantan cukup dah. Sebab tak jaga sungai-sungai semula jadi yang bekalkan berjuta-juta gelen air sehari, sampai sekarang masalah air kat negeri tu tak selesai.

Takkan tak pernah nampak dengan mata kau sendiri berapa banyak air terutamanya di Sungai Kelantan yang mengalir ke laut setiap hari? Tapi kenapa air tu tak boleh guna jadi sumber bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan? Sebab dah tercemar la.

Bila berlaku pembalakan di kawasan padalaman, air tu dah tercemar daripada kawasan hulu lagi, bila dah lalu di pekan-pekan dan bandar-bandar makin teruk disebabkan pencemaran sampah, kumbahan, sisa industri dan sebagainya.

Yang kau nampak warna air sungai tu macam ‘teh beng’ tu sebab pembalakan la. Apa yang kau bodoh sangat susah nak faham?

Sembang ‘Islam’ kat mulut je. Tak tau belajar agama macam mana alih-alih yang dia galak nak potong tangan, nak sebat, nak rejam, nak pancung orang je. Berlambak-lambak ayat dalam al-Quran tentang pentingnya jaga hutan, jaga sumber air, jangan buat kerosakan atas muka bumi tak praktikkan pun.

Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021

 

Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021

Firdaus Azil
Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021
Tun Mahathir dan Ku Li mengharapkan agar Kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan Kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dua negarawan tanah air, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok.
Dalam satu sidang media bersama hari ini, mereka berkata, dengan penolakan Rang Undang-Undang Pembekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan lemah, dan tidak mementingkan rakyat.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, mereka berdua mengharapkan agar Kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan Kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.
“Ada kemungkinan esok, apabila mereka (Ahli-ahli Dewan Rakyat) mengundi untuk bacaan kali ketiga Bil itu, maka ada kemungkinan Kerajaan akan jatuh.
“Saya harap mereka yang dalam Dewan Rakyat dapat berhenti memikirkan tentang diri mereka semata-mata, tetapi mula memikirkan tentang negara. Kita lihat kerajaan ini tidak mempunyai motivasi untuk membantu rakyat, tetapi hanya memikirkan apa yang mereka dapat,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Dr Mahathir berkata, mereka berharap agar Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersikap jujur dan menzahirkan perasaan cinta dan sayang kepada negara.
Dalam sidang media itu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau dan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li mengharapkan agar status kegemilangan Malaysia sebagai kuasa ekonomi ‘Asian Tiger’ dapat dikembalikan semula.
Katanya lagi, mereka mahukan negara ini berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara yang disegani, seterusnya memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi seterusnya.
“Kami berbincang untuk mencari jalan supaya negara kita kembali menjadi negara maju semula. Kita sedar waktu ini negara kita hadapi banyak masalah, and the whole government system pun tidak berjalan dengan baik.
“Kerajaan (Perikatan Nasional) mempunyai kelebihan dua undi sahaja. Dan semua ahli politik di Malaysia ini hanya (tertumpu) dengan politik saja, untuk tentukan kedudukan mereka. Kebanyakan mereka cuma pandang tugas mereka untuk mendapat pendapatan lumayan,” katanya lagi.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...