TAK KA BANGGANG NAMANYA ?


Soalan Lazim PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)


Bangsa lain cari vaksin Covid 19, kita cari DNA babi dalam vaksin?

Kata rakan saya yang tidak berminda konservatif,

“Seluruh dunia sibuk berlumba menghasilkan vaksin, tetapi Malaysia dan bani Melayu khususnya luar biasa sibuk mencari BABI di dalam vaksin”.

Secara kolektif, pemikiran masharakat kita bermasalah. Sangat ada sesuatu yang tidak kena.”

Saya fikir, minda Melayu alergi melampau dengan segala yang ada kaitan dengan babi adalah kesan pengajian agama alam Melayu yang terkepung dalam iklim kuliah lebai2 Melayu sejak sebelum merdeka di pondok2 pengajian, madrasah, masjid dan surau sehinga kini dalam tembok kitab2 jawi Melayu.

Ketika itu tiada kitab lain yang dibaca selain daripada kitab2 yang ditulis agamawan lebai Melayu dalam versi jawi. Mana2 tok guru yang boleh membaca kitab jawi klasik ketika itu tidak akan di’challenge’ lagi oleh sesiapa, kerana dia sahajalah yang paling alim ketika itu.

Boleh dikatakan hampir tiada pondok, madrasah, masjid dan surau yang kuliahnya mengajar kitab Arab yang ditulis imam2 besar mazhab Syafi’e yang bertaraf mujtahid seperti al-Imam al-Nawawi, yang memberikan pencerahan dlm isu babi itu. Kuliah mana ada mengajar kitab besar al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, atau Raudah al-Tolibin..? Bahkan kitab Kifayatul Akyar pun, walaupun ia agak terkenal di Indonesia, namun jarang sekali dikuliahkan di Tanah Melayu.

Oleh kerana itu bila kita memberitahu masyarakat Melayu bahawa al-Imam al-Nawawi sendiri menolak pendapat imam mazhab yang mengatakan babi najis mughallazah dan wajib disertu dengan tujuh kali air basuhan seperti najis anjing, dengan alasan adanya dalil2 yg lebih zahir dan terang menunjukkan babi tidak najis mughallazah dan qiyas dengan hadis najis jilatan anjing itu tidak kena, kerana ia hadis khusus.

Gambar di bawah adalah contoh kitab jawi lama bernama Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang dirumikan.

Lihat betapa syarahan, huraian dan andaian (iftiradh) tentang babi dilayani ke tahap khayalan ‘jika anak manusia lahir hasil daripada persetubuhan manusia dan babi.’

Perlukah iftiradh begitu dijadikan perbahasan agama? Pernahkah ada berlaku hasil persenyawaan manusia dan babi? Bolehkah kromosom manusia dan babi yang sangat berbeza melahirkan seorang anak berupa manusia?

Namun itulah fenomena pemikiran para fuqaha di zaman penutupan pintu ijtihad dan kegelapan yang dikongsukan kepada umat. Bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Merujuk kepada gambar kedua di bawah, dihujung andaian anak manusia lahir daripada persetubuhan manusia dan babi itu dinyatakan “Disebutkan dalam Khasyiyah (sepatutnya Hasyiah..) Syeikh Zayadi ia berkata: Bahawa yang muktamad (dipegangi) bahawa anak yang lahir dari keturunan manusia denhan anjing atau babi suci tubuhnya, dan kaedah yang dikemukakan di atas hanya menunjukkan sebahagian bukan menunjukkan seluruhnya (umum) melaksanakan ajaran al-Quran dan Hadis lebih utama dan melaksanakan kaedah itu.”

Namun petikan itu sangat kabur dan tidak memadai untuk mencerahkan tok lebai pembaca kitab dan para pendengar yang selalunya hadir kosong sambil menyandar di dinding. Ia dilihat seolah2 penulis tidak berani menyanggah pendapat pengarang kitab yang dirujuknya, iaitu kitab Tuhfah, walaupun kelihatan agak mengarut.

Walhasil, alergi melampau terhadap babi terpasak dalam minda bani Melayu. Bilakah pula para ulama kita boleh mendoktrinkan rasuah sangat jijik kepada bani Melayu?

No comments: