MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"? INI APA CRITA?



 RINA HAMZAH


MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"?

MAKA DIA PERLU MENJAWAB TENTANG BANTUAN-BANTUAN ISTIMEWA KEPADA ANAKNYA MOKHZANI DAN ANAK SAUDARANYA AHMAD RAZLAN AHMAD RAZALI SEWAKTU MENJADI PM KE-7 ANTARA MEI 2018 DAN FENRUARI 2020.

IA PERSOALAN MUDAH UNTUK DITIMBULKAN.

PERTAMA, KITA PERLU SEDAR BAHAWA MOKHZANI MENJADI PENGERUSI SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT ATAU SIC, SALAH SATU PROJEK MEGA SEWAKTU MAHATHIR MENJADI PM KE-4 DAHULU.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU, ANAK SAUDARANYA RAZLAN, IAITU ANAK KEPADA ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI MOHD ALI, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR YANG JUGA ABANG KEPADA TUN DR SITI HASMAH, ISTERI MAHATHIR, TELAH DILANTIK MENJADI CEO SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SEJAK 2009 HINGGA KE 2018.

HARUS DILIHAT DARI DOKUMEN INI, IAITU PETIKAN DARI LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 UNTUK SIC.

BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, TETAPI DI SINI KITA CUMA MINTA MAHATHIR MENJAWAB DUA SAHAJA DAHULU.

1. BAILOUT SEBANYAK RM170 JUTA BAGI MENAMPUNG KOS PEMBAYARAN CUKAI TERTUNGGAK SIC ANTARA 2010 HINGGA 2017.

MENURUT DOKUMEN INI, SIC GAGAL MEMBAYAR CUKAI WALAU SETAHUN PUN SEDANGKAN PADA ERA ITU LITAR LUMBA ITU MENJADI HOS KEPADA ACARA MEGA FORMULA 1 DAN JUGA MOTOGP DAN MENDAPAT SUNTIKAN DANA KERAJAAN TAHUNAN UNTUK MENAMPUNG SEGALA PERBELANJAAN. MALAH RAZLAN SENDIRI PERNAH BEBERAPA KALI MUNCUL DI MEDIA MENGATAKAN SIC TIDAK MENGALAMI KERUGIAN MALAH UNTUNG.

JADI KENAPA TIDAK MEMBAYAR TUNGGAKAN CUKAI?

PADA 2018, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MEMULAKAN PROSES MENGUTIP CUKAI TERTUNGGAK DARI SIC SEBANYAK RM73,143,986.00 (RM73.1 JUTA).

KITA HARUS INGAT, PADA MEI 2018 MAHATHIR TELAH MENAIKI TAKHTA SEKALI LAGI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN SECARA AJAIB JUGA, SEPERTI DOKUMEN DILAMPIRKAN, GERAN KERAJAAN KEPADA SIC TELAH MENINGKAT SEBANYAK RM71 JUTA KEPADA RM171 JUTA UNTUK TAHUN 2019, BERBANDING HANYA RM99 JUTA PADA TAHUN 2018.

APAKAH INI TIDAK NAMPAK SEPERTI MENUTUP LUBANG YANG DIGALI OLEH MOKHZANI?

2. RAZLAN JUGA NAMPAKNYA TIDAK MAHU KETINGGALAN DENGAN SEPUPUNYA. DIA TELAH MEWUJUDKAN PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM ATAU SRT YANG DIMILIKI OLEH SIC, YANG AKHIR-AKHIR INI BANYAK MENDAPAT KRITIKAN DAN DIHENTAM OLEH NETIZEN SEBAGAI SATU PROJEK YANG TIDAK MENEPATI PELAN ASAL SEBAGAI PLATFORM PEMBANGUNAN UNTUK PELUMBA TEMPATAN DIBAWA KE PENTAS DUNIA. SEBALIKNYA RAZLAN MEMBUANG PELUMBA TEMPATAN DAN MEMBUAT KENYATAAN DI MEDIA BAHAWA SEMUANYA TIDAK LAYAK DAN BELUM SAMPAI KE TAHAP YANG MEMUASKAN UNTUK DI BAWA KE PENTAS DUNIA. MANA JANJI DIA UNTUK MENGGILAP PELUMBA TEMPATAN?

TAPI BUKAN ITU YANG KITA MAHU BINCANGKAN.

LIHAT LAMPIRAN.

BAJET UNTUK SEPANG RACING TEAM DI BAWAH KENDALIAN RAZLAN JUGA SEPERTI MENDAPAT KEAJAIBAN SENTUHAN PERDANA MENTERI, DI MANA DARI RM12 JUTA PADA TAHUN 2018, IA MELONJAK KE RM73 JUTA PADA 2019. BAJET INI MASUK DARIPADA PETRONAS DAN AGAK PELIK JUGA DALAM ERA INI PENGERUSI PETRONAS TURUT MELETAKKAN JAWATANNYA.

TIDAK HAIRANLAH KENAPA RAZLAN MENGOSONGKAN KERUSI CEO SIC PADA 2018 UNTUK MEMBERI FOKUS SEBAGAI PENGENDALI PASUKAN SRT INI. DURIAN RUNTUH SUDAH MAU DATANG.

JUGA PERLU DITERANGKAN IALAH SIC ADALAH SEBUAH AGENSI YANG DILETAKKAN PEMILIKKANNYA DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN. MAKA, MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN IAITU LIM GUAN ENG, JUGA PERLU MENJAWAB APAKAH BELIAU MENERIMA ARAHAN ISTIMEWA DARI PERDANA MENTERI UNTUK MELULUSKAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN SEPERTI INI.

JADI JIKA BENAR MAHATHIR MENGUMUMKAN BAHAWA DIA PERLU MENJADI PERDANA MENTERI KERAJAAN INTERIM KERANA RAKYAT DAN OLEH KERANA RAKYAT SANGAT TERDESAK DAN MEMERLUKAN DIA UNTUK MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN PERPADUAN, MAHATHIR PERLU MENJAWAB APAKAH DUA ORANG INI, MOKHZANI DAN RAZLAN, MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA?

SELEPAS DIA MENJAWAB INI NANTI BOLEHLAH KITA TANYA YANG LAIN PULA.

C&P

PS: Jika benar pendedahan diatas maka benarlah mahathir bermain wayang konon2 nak jadi pm kembali kerana rakyat!!!! Walhal dia gusar dan takut segala salah laku meyamun diketahui umum. Adakah apa yg diperkatakan diatas benar?????

 

No photo description available.

No photo description available.