AKHIRNYA DAPAT JUGA HADI AWANG MENGADAP SULTAN PERAK

 

Hadi Awang menghadap Sultan Perak esok

Hadi Awang menghadap Sultan Perak esok

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan terima menghadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, Ipoh esok, kata Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini.

Menurut laporan Bernama, majlis menghadap itu dijadualkan pada jam 11 pagi.

Semalam , semasa sidang media di Kuala Lumpur, Abdul Hadi, memaklumkan yang permohonannya untuk menghadap Sultan Perak telah diperkenan baginda.


Terdahulu Malaysiakini melaporkan Presiden PAS memohon menghadap Sultan Nazrin Shah, namun sumber yang rapat dengan istana memberitahu belum ada tarikh ditetapkan.Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh tersebut.

Abdul Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.

 

Surat yang turut dilihat oleh Malaysiakini itu menyatakan niatnya untuk memberitahu sultan mengenai “situasi politik yang melibatkan PAS”.

Ia berlaku setelah Adun PAS Perak tidak hadir pada sesi menghadap yang dijadualkan dengan baginda pada Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik mengenai calon menteri besar yang baru.

Laman web berita The Vibes memetik sumber dekat dengan Abdul Hadi dipetik sebagai berkata ahli parlimen Marang itu memohon menghadap untuk “memohon pengampunan”.

Selain Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang juga Adun Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat PAS Perak terlibat ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk “menangguhkan” menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

 

Dalam pada itu, Abdul Hadi, semalam juga berkata isu politik Perak telah selesai selepas Saarani mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak yang baru.

Setakat ini lima exco kerajaan negeri telah pun dilantik dan belum ada seorang pun dari PAS. Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai exco.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar pada 5 Disember lalu, setelah beliau gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.


No comments: