JANGAN LUPA KES ADIB...

MANA KEADILAN UNTUK ADIB?
Zolkarnain Abidin

Di sebelah saya ialah ayah dan ibu al-Marhum Adib. Ketika ini kesugulan masih belum pudar daripada wajah mereka berdua.

Kerajaan PH dikata tidak memberi keadilan kepada Adib dan keluarganya.  Pelbagai tohmahan termasuk yang bersifat rasis dan berbaur sentimen agama dilontar.

Sentimen dan emosi orang ramai dibakar. Tengok kerajaan PH, biarkan kematian Adib secara percuma. Mana keadilan untuk Adib?

Hari ini, soalan yang sama saya nak tanya kerajaan tebuk atap, apa yang kamu sudah buat untuk memberi keadilan untuk Adib?

Atau kamu sudah tidak ada masa untuk membela Adib sebab kamu sedang memfaraidkan kekayaan negara sesama kamu?


TEGURAN BISA DARI OTAI UMNO

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks mungkin yang mengatakan 'MPT UMNO PULA BIDAS KITOL AZMIN NAK JADI "MENTERI SEGALA MENTERI"! "Mengapa MITI Thendak hendak menguasai sektor-sektor di luar bidang tanggungjawabnya? Seolah-olah MITI pula sudah menjadi "super ministry" di bawah seorang tokoh politik (Azmin Ali) yang "bombastic. TAN SRI SHAHRIR SAMAD, MPT UMNO MALAYSIA 15 APRIL 2020 UMNO JOHOR'


PENGAJARAN UNTUK PEMIMPIN POLITIK



MD ZULAIMI KAZIN

Mai kita flashback jap apa yang dah berlaku dan kecuaian sedikit memberi kesan besar.

Isu pengkhianatan sudah lama berbunga dan bukan rahsia lagi. Azmin, Zuraida dan Saifudin Abdullah sudah lama  membuat kerja-kerja jahat secara terbuka.

Bila Azmin buat panggil MP BN berjumpa dengan beliau dirumahnya semua bising. Kami yang bukan pemimpin hanya facebooker piciran memberi amaran kepada pimpinan PH tapi pimpinan PH menyepi cuma Anwar seorang cuba menyinggung perjumpaan itu unutk apa?Almaklumlah..dah menang, mungkin tak perlukan lagi facebookers dan bloggers..

Pemimpin-pemimpin vokal dalam PH seperti Khalid Samad pun senyap sepatutnya Azmin wajib dipanggil minta penjelasan atau ada usul pecat Azmin, Zuraida dan Saifudin dalam ahli Majlis Presiden PH sebab permainan yang mereka bawa itu bahaya langsung tidak dibincang dalam PH. Anwar mungkin pada masa itu Azmin langsung tak respek dia sebagai Presiden PKR bila panggil meeting tak datang jadi dalam PH lagi lah Azmin tak respek. Azmin hanya respek Tun seorang saja tapi Tun pun langsung buat tak nampak tindak tanduk pengkhianat ini.Sebab itulah segala tindak tanduk Tun sebelum dan selepas pengkhianatan ini , baru orang nampak nahawa kemungkinan Tun adalah mastermind kejadian, mungkin ada yang berbeza pendapat.

Sampailah saat langkah Sherathon dan berlaku mesyuarat khas PPBM dan pengumuman geng kartel keluar parti, pimpinan utama PH kelihatan masih tenang dan seronok bila dikatakan langkah Sherathon malam itu gagal tanpa kehadiran Tun M.

Tak boleh kata apa dah benda dah jadi dan semua bertaggungjawab dengan apa yang berlaku terutama Tun M.

Lain kali bila ada nampak riak kerja-kerja khianat ini terus bertindak dan pecat. Anwar pun silap dia seabb tidak pecat Azmin, Zuraida dan Saifudin Abdullah dari awal lagi kononnya nak elakkan masalah dalam parti kalau tidak pengkhianat itu tiada harga bila kita bertegas awal.



TERIMA DUIT TAPI DAPAT BALA



1. Pemulangan AS$300 juta (kira-kira RM1.3 bilion pada kadar tukaran semasa) kepada Malaysia adalah prerogatif kerajaan Amerika Syarikat.

2. Ini adalah duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri oleh pelbagai orang, termasuk Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Mohd Najib Abdul Razak/anak Rosmah Mansor dengan suami pertamanya).

3. Wang ini dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) di bawah inisiatif KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Dalam bahasa yang mudah ia adalah daya usaha dapatkan balik duit negara yang dicuri oleh pemerintahnya sendiri.

4. Siapakdan pemerintah kleptokrasi yang curi duit negara itu? DoJ melabelkannya Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1). Bekas menteri Kabinet Najib, Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa MO1 ada Najib sendiri.

5. Oleh sebab duit curi 1MDB itu telah dipulangkan dan Muhyiddin Mohd Yassin dengan rasmi menerimanya, maka rasmi jugalah hakikat bahawa kerajaan mengakui duit itu duit curi.

6. Apabila ada duit yang dicuri tentulah ada yang mencurinya.

7. Maka dengan menerima balik duit curi yang dipulangkan oleh Amerika itu, bertambah kukuhlah kes terhadap semua orang yang terlibat mencuri dan menerima duit itu.

8. Walaupun kerajaan Perikatan Nasional yang Muhyiddin kepalai adalah kerajaan tanpa mandat - kerajaan tebuk atap kata Abdul Hadi Awang - namun ia wajib menghormati kebebasan Kehakiman.

9. Dalam Kehakiman pula dikatakan keadilan yang lambat dilaksanakan adalah keadilan yang dinafikan (justice delayed justice denied).

10. Perbicaraan Najib sudah berlangsung tujuh bulan. Kalau tanam padi sudah lama dituai. Bukan Najib saja berhak kepada keadilan. Rakyat jelata pun berhak juga.

11. Dalam kita bergembira dapat balik duit RM1.3 bilion dari Amerika itu, kita jangan pula lupa yang kita sudah kena tipu.

12. Kalau kita lupa dan alpa kita mungkin akan kena tipu sekali lagi. Sebab itu kita kecewa dan bimbang apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Macam ada benda yang hendak disembunyikan atau dinafikan daripada kita.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kadir Jasin

APA PUN MELAYU JUGA...

1MDB ditubuhkan                            2009
Mula hutang & rompak             2009
Mula dihidu                                       2013
Campur tangan PAC                          2015
Diselamatkan  AG                             2016
Tumbang BN                                     2018
Pertuduhan bermula                          2018
Duit rompakan dipulangkan              2019

10 tahun untuk negara mula dapatkan semula sebahagian kecil wang yang dirompak. Itu pun masih lagi ingin mengangkat PEROMPAK-PEROMPAK ini kembali memegang AMANAH wang rakyat?

Yang merompak Melayu, duit rompakan masuk bank akaun sendiri pun Melayu. Yang dapat deposit pendahuluan (9X juta) pun Melayu islam. Yang dipersalahkan cina DAP. Yang cina JHO LOW pula dikambing hitamkan.

Adakah kita mahu SKANDAL seperti 1MDB, NFC, TH, FGV, FELDA, FELCRA, etc berulang??? Tepuk dada tanya hati, takbir 3 kali tanya iman.


RINTIHAN DARI FRONLINER HAMPA...


Ridwan Mohamad

Hakikat sebenar kerajaan Atap...

ELAUN COVID 19 bagi FRONTLINER

Indah Khabar
-RM400 sebulan
-dinaikkan kepada RM600 sebulan
-sehingga wabak COVID19 tamat
-utk semua FRONTLINER terlibat

Dari Rupa 

-claim hanya untuk yang kerja di bahagian COVID DECON sahaja

-staf kesihatan yang lain tidak layak walaupun status pesakit yang dirawat masih belum diketahui.

-bila kerja semua cakap pasal "teamwork" kene saling bantu membantu, tapi bila pasal claim nak bagi orang tertentu sahaja.

-nak claim kene hantar pelbagai borang & maklumat. tak cukup dengan jadual kerja, nak pulak justifikasi kerja. tak ckup dengan justifikasi nak pulak list siapa bekerja dekat kawasan tersebut (walaupun dah bagi jadual kerja)

-junior-junior baru masuk dikata tidak layak nak claim sebab mereka dalam "Program Penempatan Wajib" (walaupun PPW ditangguhkan sepanjang musim wabak)

-yang duduk di dalam "bilik" jauh dari pesakit layak mendapat claim, tetapi yang bekerja di lapangan bersama pesakit "UNKNOWN STATUS COVID 19" tidak layak mendapat claim..

Aku sendiri tak faham kenapa benda mcm ni boleh berlaku.. korang rase??

#frontliner #hampa



Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 15 April 2020.



Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 85 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 169 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,647 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 56 orang dan 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.


Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.

Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 83 kes.

#StayAtHome

#BreaktheChain
#KitaMestiMenang


AHLI PARLIMEN DAPAT GANJARAN TAMBAHAN, RAKYAT KELAPARAN





Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu turut memberikan contoh kepincangan pengurusan Lembaga Tabung Haji ketika dipengerusikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Dato' Seri Abdul Azeez Rahim. "Hujah ni lagi lucu. Dia kata lantik Ahli Parlimen supaya Ahli Parlimen boleh jawab soalan tentang GLC dalam Parlimen. Dia tahu ke apa yang dia cakap ni? "Tahu ke dia Standing Orders? Tahu ke konsep Ministrial Responsibility di bawah doktrin Separation Of Powers? ( bukan Power Rangers tau) . Tahu ke apa dia peranan sebenar Ahli Parlimen gomen atau backbenchers?" Situasi akan berkesudahan di mana Ahli Parlimen bertanya kepada dirinya sendiri. "Kalah filem Keluarga 69!" Pada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan berkata, beliau difahamkan semua anggota parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab mengendalikan GLC. Katanya, mereka yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC. "MP PAS ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang jadi duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

GLC BUKAN GHANIMAH TAPI AMANAH





Pandangan kedua mereka boleh ditafsirkan sebagai sama sahaja. Seolah-olah Ahli Parlimen bertanggungjawab memantau GLC. Agaknya mereka lupa kepada peranan yang dimainkan oleh auditor? Sebaliknya, mereka begitu teruja untuk menguasai GLC seolah-olah syarikat-syarikat tersebut adalah ghanimah yang harus diagihkan di kalangan Ahli Parlimen. Mengulas mengenai dakwaan bahawa Kerajaan PAKATAN HARAPAN juga melantik Ahli politik, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil berkata terdapat perbezaan antara GLC dengan agensi Kerajaan atau badan Berkanun Kerajaan. Faiz sendiri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Menurut laman rasmi LKIM Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

SUDAH ISYTIHAR HARTA KE BELUM? SOAL SHEIKH OMAR



Beliau turut menyindir mengenai 1000 bakul sumbangan Kerajaan, berbanding dengan yang sedikit. "Janganlah kita anggap Makcik Kiah yang menghulurkan sedikit barangan dapur kepada jirannya yang terdesak memerlukan itu tidak berjasa berbanding 1000 bakul sumbangan yang dihulurkan di satu-satu kawasan. Ikutlah resmi padi, lagi tunduk lagikan berisi." Menurut beliau amat naif sekali jika kerajaan hari ini menjadi hilang fokus semata-mata kerana hendak menjawab persoalan 'sudah' atau 'belum' yang dilontarkannya. Pada 11 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan komitmennya bahawa ahli kabinet PERIKATAN NASIONAL dikehendaki isytihar harta dalam masa sebulan. "Sekarang sudah satu bulan berlalu. Jadi, soalan ini saya ajukan. Jika bertanya soalan semudah ini pun tidak mampu dijawab, malang sekali," sindirnya. Susulan arahan itu Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan semua ahli Parlimen parti itu akan membuat pengisytiharan harta masing-masing. • "Semua Menteri dan Timbalan Menteri akan isytihar, ia tidak ada halangan," tegasnya.


Isytihar harta: Tak perlu melatah, dolak-dalik




Pengikut Perikatan Nasional (PN) tidak perlu melatah dan berdolak-dalik apabila ada pihak yang mempersoalkan tentang janji jemaah menteri untuk mengisytiharkan harta selepas sebulan mentadbir Putrajaya.

Menurut Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali soalan yang diajukan beliau berkenaan isu itu adalah mudah dan ada asas.

“Soalan saya mudah. Kabinet Perikatan Nasional (PN) sudah isytihar harta atau belum. Sudah atau belum? Tak perlu melatah. Tak perlu pusing ‘ke sana ke sini, ke sana ke sini’ bak kata Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah, tegasnya, fokus untuk membantu rakyat yang memerlukan semasa musim wabak Covid-19 tidak mungkin terhenti hanya kerana beliau membangkitkan tentang isu tersebut.

“Adapun usaha melawan Covid-19 adalah tanggungjawab kita bersama baik kerajaan, pembangkang mahupun seluruh rakyat Malaysia di pelbagai lapangan. Insya-Allah tiada siapa akan terhilang fokus.

“Tidak perlulah kita mendabik dada seolah-olah hanya kita seorang sahaja yang sedang berbakti membantu mereka yang memerlukan diluar sana,” katanya dalam satu kenyataan.

Sheikh dalam kenyataan semalam, membangkitkan tentang janji Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 11 Mac lalu untuk barisan Kabinet mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan. 

Ia bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang daripada pengikut PN antaranya pelawak, Shahrol Shiro yang kononnya mendakwa Sheikh lebih mengutamakan soal berpolitik ketika negara berjuang mengekang penularan Covid-19.

Tambah Sheikh yang juga Ketua DAPSY Johor, amat malang sekali kerajaan PN gagal menjawab soalan semudah itu. 

“Berbalik kepada persoalan saya, adalah amat naif sekali jika kerajaan hari ini menjadi hilang fokus semata-mata kerana hendak menjawab persoalan ‘sudah’ atau ‘belum’ yang saya lontarkan.

“Sekarang sudah satu bulan berlalu. Jadi, soalan ini saya ajukan. Jika bertanya soalan semudah ini pun tidak mampu dijawab, malang sekali,” ujarnya. 


HAMPIR SEMUA PENGIKUT AZMIN AKAN TERIMA SURAT PEMECATAN....P LA CARI WADAH LAIN...

PKR gantung keahlian ketua Wanita Haniza Talha kerana jumpa Azmin, Zuraida


Haniza Talha menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu.
PETALING JAYA: PKR menggantung keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha kerana menghadiri pertemuan dengan bekas pemimpin parti itu, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada Februari lalu.
Haniza ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu.
Surat yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim memaklumkan penggantungan itu berkuat kuasa 6 April lalu.
Surat itu menyatakan Haniza menemui Azmin dan Zuraida, yang dipecat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 24 Feb lalu kerana mengkhianati parti, di sebuah hotel di Damansara pada 26 Feb lalu.
“MPP pada 21 Mac 2020 menggunakan perlembagaan parti Fasal 41.6 yang memperuntukkan keanggotaan saudari digantung serta-merta sehingga siasatan Lembaga Disiplin parti (selesai),” menurut surat itu.
Susulan penggantungan itu, Haniza dilarang membuat sebarang komen atas nama parti.
Haniza berkata, tindakan yang dikenakan ke atasnya berbeza dengan keputusan Biro Politik pada 21 Mac lalu, di mana beliau dan Naib Presiden PKR, Tian Chua hanya diarahkan membuat penjelasan kepada Lembaga Disiplin parti.
“Tian Chua dan saya tidak digantung, tetapi diminta menjelaskan kepada Lembaga Disiplin dakwaan terhadap kami.
“Saya hairan bagaimana Lembaga Disiplin membuat keputusan berbeza daripada apa yang diputuskan dalam mesyuarat MPP.”
Haniza yang juga exco Selangor, memenangi jawatan ketua Wanita PKR pada pemilihan parti 2018.
Semalam, Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah yang lebih dikenali sebagai “Ratu Naga” mempertikaikan keputusan parti memecatnya tanpa alasan kukuh dan tidak memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri.
Katanya, beliau menerima notis pemecatan sebagai ahli PKR bertarikh 1 April lalu.
Hari ini, Syarul Ema ketika dihubungi FMT mendakwa selain Haniza, lebih 200 ahli PKR, termasuk majoriti MPP turut dipecat atau digantung keahlian berkuat kuasa 1 April lalu.
“Majoriti ahli MPP, Majlis Pimpinan Wanita dan Pemuda PKR yang pro-Azmin dan Zuraida menerima surat penggantungan serta pemecatan.”
FMT sedang mendapatkan pengesahan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berhubung tindakan yang dikenakan kepada kumpulan pro-Azmin dan Zuraida.


Mental Miskin Berjiwa Pengemis


Azman Nasir

Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalamannya pertama,

Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Cafe yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.

Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUD. Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata,
"It's free, nothing to pay.”

"Are you sure?”, kata saya.

Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.

Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya. Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.

Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi dicegah oleh suaminya, sambil berkata,

"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"

Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it.

Wahhhh... Saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm... Saya ini dulu berniaga juga tau?”

Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?

Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.

Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga,

"We have enough money to buy... Why do we have to pick up a free one." Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma.

Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar. Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.

Walau pun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya. Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.

Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.

Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.

Kini saya baru tahu, kenapa di kelab ada kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.

Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.

Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain. Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?

Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?

Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?

Sahabat, kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pemedulian dan keimanan kita. Jangan mengaku beriman jika tetangga kanan kiri masih ada yang kelaparan.

Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

"Biasakanlah memberi makan orang miskin." (QS: 107 Al-Ma'un: 3)

Semoga bermanfaat hendaknya..

JIKA 2 MINGGU LAGI SEKOLAH DIBUKA, AKU TIDAK YAKIN AKAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH.TERBAIK..

IBRAHIM MAT  ISA
Imej mungkin mengandungi: teks
Mengikuti PC Menteri Pendidikan PN, saya kira Menteri telah membuat persiapan yang rapi. Cara pembentanganya serta menjawab soalan wartawan cukup meyakinkan. Sebelum PC dan keputusan yang diumumkan berkaitan dengan peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM amat dihalusi setelah mengambil kira keutamaan keselamatan pelajar-pelajar dari ancaman Covid19.

Keutamaan keselamatan pelajar yang diambil oleh KPM adalah keputusan yang tepat. Ibubapa wajar berpuas hati dan jadual peperiksaan yang dirancang juga tidak akan mengganggu proses pembelajaran anak-anak kita.
Jadi tak kalutla nak buka kedai gunting rambut Min, biarla pelajar simpan rambut panjang sat asalkan selamat di rumah.
Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi. 

✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal. 

✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan. 

✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021. 

✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.

✅UPSR dan PT3 dibatalkan

✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.

✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan. 

✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran. 

✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid). 

✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan. 


✅Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.