Jadi ulama jangan kuat bohong
Kredit: Zola
1. PRU 13, kerusi Tanjung Piai dimenangi oleh Wee Jeck Seng (MCA – non Muslim).
2. Dalam PRU ini, Pas tak letak calon. DAP letak calon Islam Mahdzir Ibrahim lawan Wee Jeck Seng.
3. PRU 14, kerusi itu dimenangi oleh Md Farid (PKR – Muslim).Wee Jeck Seng tewas. Pas masuk, dapat no 3.
4. Dengan keputusan itu, non Muslim hilang satu kerusi parlimen.
5. Tapi PRK Tanjung Piai, Pas berkempen untuk Wee Jeck Seng (bukan Muslim).
6. Kini kerusi itu balik kepada non Muslim, Wee Jeck Seng. Calon Muslim PH, Hj Karmaine tewas.
7. Dia mendakwa dalam suratnya kepada negara Arab, kerajaan PH majoriti MPnya non Muslim.
8. Kalau begitu, kenapa dia dan parti dia berkempen untuk non Muslim di Tanjung Piai?
9. Kenyataan dia, majoriti MP kerajaan PH adalah non Muslim juga tak betul.
10. Dalam kerajaan PH, bilangan MP non Muslim 63 orang. Bilangan MP Muslim 74 orang.
11. Rupa-rupanya matematik dia, 63 lebih ramai berbanding 74.
12. Ini bukan status kebencian antara Muslim dan non Muslim, tapi status dedahkan pembohongan ulama. ZOLA