Mental Miskin Berjiwa Pengemis


Azman Nasir

Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalamannya pertama,

Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Cafe yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.

Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUD. Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata,
"It's free, nothing to pay.”

"Are you sure?”, kata saya.

Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.

Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya. Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.

Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi dicegah oleh suaminya, sambil berkata,

"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"

Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it.

Wahhhh... Saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm... Saya ini dulu berniaga juga tau?”

Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?

Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.

Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga,

"We have enough money to buy... Why do we have to pick up a free one." Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma.

Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar. Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.

Walau pun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya. Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.

Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.

Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.

Kini saya baru tahu, kenapa di kelab ada kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.

Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.

Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain. Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?

Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?

Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?

Sahabat, kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pemedulian dan keimanan kita. Jangan mengaku beriman jika tetangga kanan kiri masih ada yang kelaparan.

Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

"Biasakanlah memberi makan orang miskin." (QS: 107 Al-Ma'un: 3)

Semoga bermanfaat hendaknya..

No comments: