InshaAllah, Selasa (21 Julai 2026) di Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Anjuran bersama UniSiraj dan DBP.
Jumpa disana. Terbuka kepada umum.
Bermula jam 8 pagi sehingga 4.30pm.
InshaAllah, Selasa (21 Julai 2026) di Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Anjuran bersama UniSiraj dan DBP.
Jumpa disana. Terbuka kepada umum.
Bermula jam 8 pagi sehingga 4.30pm.
Jamzuri Ardani
1. Takfir bukan sekadar menuduh secara totok bahawa si fulan itu kafir. Takfir yang sebegitu sudah terlalu parah dan berada dihujung kemusnahan.
2. Kita kena memerangi pemikiran takfiri ini dari awal putiknya. Ia bermula dengan pemahaman agama secara eksklusif. Kelompoknya sahaja yang berjuang Islam, kelompoknya sahaja faham Islam, kelompoknya sahaja yang mahu Islam. Ini fenomena biasa dalam proses indoktrinasi dan perkaderan, tetapi di sinilah bermulanya putik pemikiran takfiri. Kumpulan aku lebih Islam dari kamu.
3. Dari pemahaman eksklusif ini ia mula menuju ke arah yang lebih ekstrim dan ada adakalanya bercirikan kultus. Keluar dari kelompoknya bermakna keluar dari kumpulan Islam, menentang kelompoknya bermakna menentang Islam, dan menolak kumpulannya akan dilabel 'musuh Islam'.
4. Amalan takfiri banyak berlaku tidak secara langsung. Ia berlaku dengan 'kod istilah' yang difahami secara umum tanpa tuduhan yang spesifik. Antara 'kod istilah' yang biasa digunakan 'barua kafir', 'munafik haraki', 'harbi', 'politik sekular', 'kerajaan taghut', 'politik suku agama suku', 'tolak Islam', 'musuh Islam' dan seumpamanya. Ini adalah istilah-istilah takfiri yang digunakan secara meluas tanpa sedar.
5. Saya pernah berada dalam PAS dan aktif selama lebih 30 tahun. Pernah melalui proses indoktrinasi dan perkaderan PAS. Saya boleh katakan, perkara-perkara di atas memang wujud.
6. Untuk mengatakan PAS tidak terlibat dengan amalan takfiri adalah seperti mengatakan di dalam sungai tiada ikan.
Ahmad Husin
Saya nak cakap terus terang disini perihal DAP, kerana Wala'un duk ratib DAP DAP DAP, maka mari sini saya mahu beritahu.
Yakni, saya lihat para pemimpin DAP kabilah Kaum Muda agak bagus, cumanya selaku manusia biasa pastilah kita tak sempurna.
Saya suka YB Howard Lee, bahkan melihat dirinya sebagai sosok pemimpin muda yang berpotensi, beliau fasih berbahasa kebangsaan, bahkan pekat Loghat Perak.
Itu realiti kabilah Kaum Muda DAP, cumanya jangan sampai mereka terjebak dengan rentak politik Kaum Tua DAP yakni puak Guan Eng, kerana itu masalah besar, im sorry to say that
Dear YB Howard Lee, please come back, jangan menyepi begini.
YB Howard perlu menonjolkan diri bersama Anthony Loke, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, usahlah YB makan hati sangat dengan serangan Wala'un Perut Hijau, sesungguhnya mereka tidak mewakili masyarakat negara kita.
Saya orang Melayu Islam, bahkan mengaji pondok, dan saya suka YB Howard Lee.
Cumanya kita semua selaku manusia biasa ada kekurangan, itu lumrah manusia, maka kita perbaiki bersama secara kekeluargaan.
Malaysia negara kita bersama, kita semua taat setia kebawah duli Tuanku, dan segala cabaran mendatang kita harungi bersama, hidup sebagai sebuah masyarakat yang harmoni berpegang teguh pada prinsip rukun negara, InshaAllah. Alhamdulillah.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA🇲🇾
Norman Daud
Dalam banyak banyak sebab kenapa PH kalah di Johor, majoriti pembaca memberi feedback kepada satu sebab -> naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" Menjadi.
Hari tu kita kalah ( semua parti semenanjung) di sabah kerana naratif " sabah for sabahan" kali ni naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" pulak. Sampai ada beberapa parti yang masuk bertanding semata mata nak pastikan PH kalah. Mereka dapat kosong pun takpa janji PH kalah. Ini adalah satu realiti sosiopolitik yang sangat dinamik dan brutal dalam PRN Johor.
Jadi , mari kita cuba bedah siasat kenapa naratif ini begitu berjaya.
Naratif ini berjaya bukan kerana ia logik, tetapi kerana ia menyentuh emosi paling dalam iaitu rasa takut. Pihak lawan tidak menyerang prestasi gerak kerja calon PH, sebaliknya mereka menyerang masa depan identiti pengundi.
Strateginya, Mereka menanam persepsi bahawa undi kepada PH adalah ancaman langsung kepada kelangsungan kuasa politik Melayu, kedudukan Islam, dan institusi Diraja.
Apabila rasa takut (anxiety) berjaya dicetuskan, pemikiran rasional tentang manifesto ekonomi atau integriti calon akan ditolak ke tepi. Pengundi akan memilih parti yang mereka rasakan bertindak sebagai "pelindung" .
Pihak lawan mengeksploitasi sepenuhnya persepsi negatif dan keputusan kontroversial sepanjang 22 bulan pentadbiran PH 1.0 dahulu.
Setiap kali PH cuba membawa naratif pemulihan atau reformasi, pihak lawan akan memetik semula naratif lama: "Dulu masa 22 bulan pun korang buat macam ni."
Ini menyebabkan dakyah "DAP dominan" itu kelihatan seperti ada asas yang nyata di mata pengundi, bukannya sekadar rekaan kosong.
Masuk ke PRN dengan membawa pelan ekonomi makro , plan nak selamatkan ekonomi negara akan kalah dengan satu slogan ringkas tiga patah perkataan: "Kekalkan Kuasa Melayu." Kerana Naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" ini bersifat hitam-putih. Ia membina sempadan yang jelas antara "Kita" (yang mempertahankan hak) lawan "Mereka" (yang menggugat hak).
Di kawasan luar bandar pula, naratif ini paling berjaya mewujudkan satu suasana di mana menyokong PH dianggap sebagai satu bentuk "tabu" atau kesalahan moral dari segi kaum dan agama. Pengundi atas pagar (silent voters) yang sebenarnya menyukai dasar PH akan memilih untuk play safe semasa hari mengundi bagi mengelakkan diri mereka dilihat menyimpang daripada konsensus komuniti setempat.
Naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" berjaya kerana ia bertindak sebagai sebuah perangkap psikologi. Selagi PH bertarung dalam gelanggang "kaum dan agama" yang telah diatur oleh pihak lawan, selagi itulah jentera PH akan keletihan menjawab isu yang sama.
Jadi Untuk mematikan naratif "Asalkan Bukan PH-DAP", jentera komunikasi PH tidak boleh lagi bermain di padang berlumpur yang sama. Menjawab isu kaum dengan isu kaum hanya akan memanjangkan talian hayat propaganda lawan.
Strateginya ialah menukar gelanggang secara total paksa lawan bertarung di gelanggang kita, iaitu gelanggang prestasi, kebajikan, dan ekonomi poket rakyat. Yang ni kena buatlah.. kena gerakkan setiap cawangan, ranting dan cabang. Di bilik gerakan parti mesti sentiasa tersedia barangan bantuan.
Bila ada yang datang mengadu, kita kena bantu. Ini yang umno buat tapi kita tak buat. Dah nak pilihanraya baru terhegeh hegeh nak tunjuk muka. Ini realiti.. UMNO lebih terkehadapan dalam isu ini.
Ada di sesetangah parlimen terus diabaikan oleh pimpinan pusat sebab status parlimen tak boleh menang. Parlimen yang dijangka boleh menang dihambur dengan wang ringgit dan barang bantuan.
Kita lupa suara di parlimen yang terabai ini akan membentuk echo yang kuat dan mempengaruhi komuniti disekeliling mereka. Disinilah bermula penerimaan naratif melayu islam terabai sebab memang terabai pun.
Kita juga tidak boleh lagi bercakap dalam bahasa ekonomi macro kepada Pengundi luar bandar dan pinggir bandar. Mereka tak peduli tentang angka pertumbuhan KDNK (GDP) 5% atau pelaburan asing (FDI) bernilai berbilion ringgit. Isu itu terlalu jauh daripada realiti mereka.
Kita juga kena berhenti dengan budaya maki memaki didalam Media sosial. Yang ni kita kena buat.. kita kena tunjuk kita adalah golongan yang rasional dan matang. Bila berbalas komen di media sosial, kita balas dengan fakta dan data sude by side. Contohnya, Kalau mereka kata islam sekarang terancam, kita bentangkan data Peruntukan untuk institusi Islam yang kerajaan beri dan suruh mereka tunjuk dimana terancam tu.
Tapi tulah .
Teori semua orang boleh cakap.. nak buat tu susah. Nak Menukar persepsi yang sudah berakar umbi ni tidak boleh guna jalan pintas.
Akhirnya, setiap komponen dalam PH juga perlu memainkan peranan membina keyakinan rakyat. Semua pihak perlu lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat majmuk Malaysia, saling melengkapi kekuatan masing-masing dan mengelakkan tindakan atau kenyataan yang mudah dimanipulasi oleh lawan.
Kepercayaan bukan boleh dipaksa. Ia hanya boleh dibina sedikit demi sedikit melalui tindakan yang konsisten.
Entahlah.
Setelah difikir fikir sehingga jem kepala.. hanya ada satu solusi yang ampuh buat masa ni iaitu pimpinan DAP kena jaga suara mereka. Isu melayu islam jangan dicampur, jangan berbunyi sepatah pun. Kena low profile dalam isu isu begini. Sebab sekali bukak mulut memang jadi modal serangan.
Terutama dalam gambar tu.. dia bukan ada jawatan pun dalam DAP tapi mulut.. sabor jek lah
Arif Kadir Al Khatami
Setakat ini Kancil tidak kelihatan di N9. Kenapa ya? Oh! Tok Min tu geng. Pegawai² dia dari SetPol sampai ke SUA dapat masuk line. Kita raikan. Cuma 2 benda ana nak bgtau:
1) Kalau hari tu pemilihan parti tak huru hara, dah dapat fokus solid memenangkan PH. Nak buat camana. Yang beriya nak singkirkan RR pun bikin damage saja masa kempen hari tu. Kalau buang RR, dia ganti jadi jeneral perang tak per gak. Ditegur, sombong. Dialah yang maha strategi. Figura² tak disenangi netizen katanya nak dibubuh atas pentas nanti. Good luck! Cuma 1 nasihat ana iaitu kalau buat live, tutup komen.
2) Hat bertanding tu harap² ada laa jentera sebab KC yg menang pun tak naik nama, agak² diorang nak turun kempen tak? Tanya. Sindrom kepala tanpa badan. Kalau tak de jentera tapi duit tak kedekut, kengkurang 60% masalah dah selesai. Tapi kalau jentera pun tido homestay upah bihun polisterin, perati dari jauh aje laa.
Wokeh. Gorib pulop.
Ariff Kadir Al-Katami
Pengarah Pilihanraya Yg Bakal Letak Influencer Berucap Atas Pentas
Man Slow
Lagu tu perhiasan saja? Padan la negeri kita negeri perlancungan saja? Kena hias lebih2 la..Sbb tu kena lantik 7 orang lg lantikan tu? Makan besaq ? Berak pun besaq la? Esok Tak cukup duit Salah pusat la Tak bagi balik peruntukan bagai?
Tu yang tengok rakyat la turun demo Sbb barang mahai ? Tapi badan depa kecik2 sikit je Dari gajah . budget hospital Tak cukup pasai Tak jaga Dari la? Selain jadi Malas kita jadi pelupa Sebab perut penuh sentiasa.. be professional la..cewahh.
Tengah hari tadi saya dan Azizah berpeluang meraikan 700 anak-anak pelajar Wilayah Persekutuan daripada keluarga memerlukan, yang menerima sumbangan khas menerusi program A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ERM Foundation atas kemurahan hati dan keprihatinan menjayakan program yang cukup bermakna, sekali gus menyemai kasih sayang dan memberi harapan kepada anak-anak ini.
Anak-anak ini turut diraikan dalam sambutan hari lahir yang penuh keceriaan. Senyuman dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka benar-benar mengusik hati.
Saya titipkan pesan agar anak-anak menggunakan ilmu untuk menjadi manusia yang baik, menghormati guru, kasih pada ibu bapa, keluarga dan sahabat, serta berbakti kepada masyarakat. Ilmu yang kita miliki hanya berharga dan bererti jika dipandu akhlak dan ihsan.
Insya-Allah anak-anak harapan negara ini akan membesar sebagai generasi yang cerdas fikiran juga luhur budinya, dan kelak menerajui masa depan Malaysia dengan ilmu, akhlak dan ihsan. Semoga Allah SWT memelihara dan memberkati setiap langkah perjalanan hidup mereka.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Amin Ahmad
Bagi saya apa yang ‘baik’ daripada krisis Perikatan Nasional ialah ramai dapat mengenal wajah sebenar PAS. Dengan itu banyak peristiwa masa lalu yang menjadi lebih jelas.