Di sebalik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, perkongsian seorang pengundi menarik perhatian apabila menyatakan hasrat untuk memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, walaupun dia menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu.
Dalam perkongsian di Threads, wanita itu berkata, dia menyokong BN kerana mahukan Datuk Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor, namun di peringkat Persekutuan pula dia mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri.
Dia tertanya adakah perkara itu dibolehkan.
“Boleh ke PRN Johor saya sokong BN tapi PRU negara nak sokong PH, sebab saya sokong dua-dua parti.
“Saya pun sokong Onn Hafiz. Tapi untuk Perdana Menteri, selain PMX tak tahu siapa boleh jadi. Kalau ada wakil yang bagus dari BN memang saya pun akan sokong tapi buat masa sekarang memang PMX is the best,” kata pengguna @elorasaiva.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada pengguna lain yang berkongsi pendirian sama.
Seorang pengguna berkata dia turut memilih Onn Hafiz, namun dia tetap mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Hahaha ingat aku je macam ni. Aku nak Onn Hafiz sebagai MB Johor dan PMX sebagai Perdana Menteri.”
Seorang lagi pengguna turut menyatakan pandangan yang sama, “Boleh je. Saya pun macam awak. Tiada siapa yang layak untuk ganti tempat Anwar.”
“Boleh je. Walaupun aku PH dan PH kalah di Johor, tak rasa kecewa sangat sebab tahu Onn Hafiz boleh bawa Johor. Di peringkat pusat pula, tak ada yang layak ganti PMX.
“In fact macam ini lah sepatutnya politik bergerak, pilih berdasarkan kebolehan, bukan parti,” komen yang lain pula.
No comments:
Post a Comment