Tengah hari tadi saya dan Azizah berpeluang meraikan 700 anak-anak pelajar Wilayah Persekutuan daripada keluarga memerlukan, yang menerima sumbangan khas menerusi program A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ERM Foundation atas kemurahan hati dan keprihatinan menjayakan program yang cukup bermakna, sekali gus menyemai kasih sayang dan memberi harapan kepada anak-anak ini.
Anak-anak ini turut diraikan dalam sambutan hari lahir yang penuh keceriaan. Senyuman dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka benar-benar mengusik hati.
Saya titipkan pesan agar anak-anak menggunakan ilmu untuk menjadi manusia yang baik, menghormati guru, kasih pada ibu bapa, keluarga dan sahabat, serta berbakti kepada masyarakat. Ilmu yang kita miliki hanya berharga dan bererti jika dipandu akhlak dan ihsan.
Insya-Allah anak-anak harapan negara ini akan membesar sebagai generasi yang cerdas fikiran juga luhur budinya, dan kelak menerajui masa depan Malaysia dengan ilmu, akhlak dan ihsan. Semoga Allah SWT memelihara dan memberkati setiap langkah perjalanan hidup mereka.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI






No comments:
Post a Comment