MAIN NARATIF ASAL BUKAN PH DAP

 



Norman Daud


Dalam banyak banyak sebab kenapa PH kalah di Johor, majoriti pembaca memberi feedback kepada satu sebab -> naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" Menjadi.






Hari tu kita kalah ( semua parti semenanjung) di sabah kerana naratif " sabah for sabahan" kali ni naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" pulak. Sampai ada beberapa parti yang masuk bertanding semata mata nak pastikan PH kalah. Mereka dapat kosong pun takpa janji PH kalah. Ini adalah satu realiti sosiopolitik yang sangat dinamik dan brutal dalam PRN Johor.


Jadi , mari kita cuba bedah siasat kenapa naratif ini begitu berjaya.


Naratif ini berjaya bukan kerana ia logik, tetapi kerana ia menyentuh emosi paling dalam iaitu rasa takut. Pihak lawan tidak menyerang prestasi gerak kerja calon PH, sebaliknya mereka menyerang masa depan identiti pengundi.


Strateginya, Mereka menanam persepsi bahawa undi kepada PH adalah ancaman langsung kepada kelangsungan kuasa politik Melayu, kedudukan Islam, dan institusi Diraja. 


Apabila rasa takut (anxiety) berjaya dicetuskan, pemikiran rasional tentang manifesto ekonomi atau integriti calon akan ditolak ke tepi. Pengundi akan memilih parti yang mereka rasakan bertindak sebagai "pelindung" .


Pihak lawan mengeksploitasi sepenuhnya persepsi negatif dan keputusan kontroversial sepanjang 22 bulan pentadbiran PH 1.0 dahulu.

Setiap kali PH cuba membawa naratif pemulihan atau reformasi, pihak lawan akan memetik semula naratif lama: "Dulu masa 22 bulan pun korang buat macam ni."


Ini menyebabkan dakyah "DAP dominan" itu kelihatan seperti ada asas yang nyata di mata pengundi, bukannya sekadar rekaan kosong.


Masuk ke PRN dengan membawa pelan ekonomi makro , plan nak selamatkan ekonomi negara akan kalah dengan satu slogan ringkas tiga patah perkataan: "Kekalkan Kuasa Melayu." Kerana Naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" ini bersifat hitam-putih. Ia membina sempadan yang jelas antara "Kita" (yang mempertahankan hak) lawan "Mereka" (yang menggugat hak).


Di kawasan luar bandar pula, naratif ini paling berjaya mewujudkan satu suasana di mana menyokong PH dianggap sebagai satu bentuk "tabu" atau kesalahan moral dari segi kaum dan agama. Pengundi atas pagar (silent voters) yang sebenarnya menyukai dasar PH akan memilih untuk play safe semasa hari mengundi bagi mengelakkan diri mereka dilihat menyimpang daripada konsensus komuniti setempat.


Naratif "Asalkan Bukan PH-DAP" berjaya kerana ia bertindak sebagai sebuah perangkap psikologi. Selagi PH bertarung dalam gelanggang "kaum dan agama" yang telah diatur oleh pihak lawan, selagi itulah jentera PH akan keletihan menjawab isu yang sama.


Jadi Untuk mematikan naratif "Asalkan Bukan PH-DAP", jentera komunikasi PH tidak boleh lagi bermain di padang berlumpur yang sama. Menjawab isu kaum dengan isu kaum hanya akan memanjangkan talian hayat propaganda lawan.


Strateginya ialah menukar gelanggang secara total paksa lawan bertarung di gelanggang kita, iaitu gelanggang prestasi, kebajikan, dan ekonomi poket rakyat. Yang ni kena buatlah.. kena gerakkan setiap cawangan, ranting dan cabang. Di bilik gerakan parti mesti sentiasa tersedia barangan bantuan. 


Bila ada yang datang mengadu,  kita kena bantu.  Ini yang umno buat tapi kita tak buat. Dah nak pilihanraya baru terhegeh hegeh nak tunjuk muka. Ini realiti.. UMNO lebih terkehadapan dalam isu ini.


Ada di sesetangah parlimen terus diabaikan oleh pimpinan pusat sebab status parlimen tak boleh menang. Parlimen yang dijangka boleh menang dihambur dengan wang ringgit dan barang bantuan.


Kita lupa suara di parlimen yang terabai ini akan membentuk echo yang kuat dan mempengaruhi komuniti disekeliling mereka. Disinilah bermula penerimaan naratif melayu islam terabai sebab memang terabai pun.


Kita juga tidak boleh lagi bercakap dalam bahasa ekonomi macro kepada Pengundi luar bandar dan pinggir bandar. Mereka tak peduli tentang angka pertumbuhan KDNK (GDP) 5% atau pelaburan asing (FDI) bernilai berbilion ringgit. Isu itu terlalu jauh daripada realiti mereka.


Kita juga kena berhenti dengan budaya maki memaki didalam Media sosial. Yang ni kita kena buat.. kita kena tunjuk kita adalah golongan yang rasional dan matang. Bila berbalas komen di media sosial, kita balas dengan fakta dan data sude by side.  Contohnya, Kalau mereka kata islam sekarang terancam, kita bentangkan data Peruntukan untuk institusi Islam yang kerajaan beri dan suruh mereka tunjuk dimana terancam tu.


Tapi tulah .


Teori semua orang boleh cakap.. nak buat tu susah. Nak Menukar persepsi yang sudah berakar umbi ni tidak boleh guna jalan pintas.


Akhirnya, setiap komponen dalam PH juga perlu memainkan peranan membina keyakinan rakyat. Semua pihak perlu lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat majmuk Malaysia, saling melengkapi kekuatan masing-masing dan mengelakkan tindakan atau kenyataan yang mudah dimanipulasi oleh lawan.


Kepercayaan bukan boleh dipaksa. Ia hanya boleh dibina sedikit demi sedikit melalui tindakan yang konsisten.


Entahlah.


Setelah difikir fikir sehingga jem kepala.. hanya ada satu solusi yang ampuh buat masa ni iaitu pimpinan DAP kena jaga suara mereka. Isu melayu islam jangan dicampur, jangan berbunyi sepatah pun. Kena low profile dalam isu isu begini. Sebab sekali bukak mulut memang jadi modal serangan.


 Terutama dalam gambar tu.. dia bukan ada jawatan pun dalam DAP tapi mulut.. sabor jek lah




No comments: