BERITA PELESU LAGI. KALI NI GUNA NAMA ISTANA PULAK. WOW BERANI YAA..



Zann Hussin 11


 Betul kah ini atau sekadar inisiatif fitnah terhadap PMX?


Setahu saya Istana Negara tidak buat surat panjang lebar.

DYMM Tuanku akan menitahkan PM masuk mengadap terus untuk beritahu.


Huhuhu


Macam-macam Sanusi nak buat…kalau tak janji tak dapat undi


SANUSI DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH

Norman Radzuan.

Akhlaknya sungguh saya tidak berkenan. Adab bahasa sangat tidak disenangi pemimpin2 dan rakyat. Bagi saya tidak berguna seseorang itu berilmu tetapi tidak berakhlak.


Setahu saya macam-macam Sanusi nak buat utk Kedah. Mana tidaknya dia berkata Stadium baru Kedah menyamai kualiti Stadium JDT, Kedah bakal mempunyai litar lumba antarabangsa, Lapangan Terbang Kulim siap 2026, Kedah menemui mineral water bernilai RM 62 billion dan macam-macam lagi… Akhirnya yang rakyat Kedah dapat bekalan air dikatakan terjejas sempena Hari Raya melibatkan hampir 1 juta penduduk.


Mengata orang macam- macam sedangkan dirinya sendiri didapati bersalah memfitnah Mahfuz Omar. Di kala ahli PAS menyindir Zahid Hamidi sebagai kluster mahkamah  dan terbaru kes Sivakumar… apakah PAS lupa Sanusi juga merupakan kluster mahkamah yang didapati bersalah. 


Sedangkan kes Zahid, beliau sedang dibicarakan. Masih anda ingat pada 2020 ketika PAS bersama UMNO dalam Muafakat Nasional bagaimana Hadi Awang mempertahankan Najib dengan berkata, “Tidak Bersalah Selagi Belum Dijatuhkan Hukuman.” Kita pun faham mereka apa sahaja boleh, orang lain tidak boleh.


Ada bertanya mengenai kes Sivakumar… sebenarnya ia membuktikan ketelusan kerajaan tidak campur tangan urusan polis atau SPRM walaupun seseorang itu bertaraf Menteri dan mahkamah tentukan nasibnya. PMX kotakan apa dikata bahawa beliau tidak bertolak ansur mengenai kes rasuah.


Pandangan saya jika PRN kali ini rakyat Kedah memilih Sanusi bermakna mereka memilih jalan susah sepertimana dihadapi oleh rakyat Kelantan sehingga kini. Hubungan tidak mesra PM dan MB Kedah hanya bakal menyusahkan rakyat Kedah sendiri.


Rakyat dijanjikan bermacam mcm tetapi seperti saya sebutkan di atas tadi sehingga kini projek3 mega itu satu pun belum dinikmati rakyat Kedah. Yg lucu dia nak alihkan sungai dan menuntut RM100 juta setahun kpd PP.


PRN kali ini adalah peluang terbaik utk rakyat Kedah mengubah nasib mereka. Janji2 perlu dibuktikan bukan berjanji sana sini nak buat itu dan ini. Kata kawan saya org Kedah…Sanusi punya gebang, gajah pun boleh terbang.



SEDARLAH DIRI KERANA KITA HANYA MENUMPANG KASIH, INGATAN TOK MAT KEPADA UMNO



Selama ini, apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa UMNO hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini, ada beberapa pihak yang marah-marah kepada saya.


Kata mereka, istilah menumpang itu tidak wajar digunakan kerana UMNO dan BN adalah komponen penting dalam kerajaan.


Malah kata mereka, tiada istilah menumpang kerana kerajaan dibina atas semangat bersama daripada semua parti yang ada.


Saya faham semua luahan itu, cuma apa yang saya tekankan ialah agar UMNO jangan lebih-lebih dalam menuntut itu dan ini di sebalik keberadaannya dalam kerajaan sekarang.


Apa juga tuntutan haruslah berpada-pada, apa lagi BN hanya ada 30 kerusi daripada 148 kerusi Parlimen yang menyokong kerajaan.


Contohnya, menuntut pembebasan Najib Razak dan waktu yang sama mengancam bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri paling pendek tempoh perkhidmatannya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, adalah tidak wajar sama sekali.


Lebih-lebih kerana dengan sokongan 30 kerusi daripada UMNO dan BN itu, kerajaan secara realitinya tidak akan tumbang jika mereka menarik diri atas sebab Najib tidak dibebaskan.


Nah…sekarang Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sendiri menyatakan UMNO hanya menumpang kasih dalam kerajaan ini.


“Kita kena sedar diri dan jangan berperangai seperti ketika kita memerintah dulu,” kata beliau.


Adakah mereka yang marah-marah dengan saya sebelum ini nak marah kepada Tok Mat kali ini? – ShahbudinHusin 19/04/2023.


KEDUDUKAN POLITIK DI 6 BUAH NEGERI DALAM PRN2023

 KEDUDUKAN POLITIK DI 6 BUAH NEGERI DLM PRN2023


Kerajaan pusat telah dibentuk atas nama Kerajaan Perpaduan (KP)   

atas restui YDPA dan Majlis Raja-Raja.


YAB Ds Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai PMX dimana Barisan Kerajaan baru  mempunyai 148 kerusi (2/3 majoriti) cukup stabil. Komponen KP terdiri daripada komponen berikut:


PH:.   82 kerusi parlimen

BN:.    30 kerusi parlimen

GPS:.  23 kerusi parlimen

GRS:.     6 kerusi

WRSN:.  3 kerusi

KDM:.     1 kerusi

PBM:.     1 kerusi

BEBAS:.  2 kerusi


Manakala Barisan Pembangkang (pas/pn) sebanyak

74 kerusi " Doh cukop jumlohh" iaitu:

PN:     52 kerusi parlimen

PAS:.   22 kerusi parlimen


Pada masa ini parti-parti yang menguasai kerajaan negeri seperti

di bawah:-


Sabah: KM dari GRS

Srwk: Premier dari GPS

Johor: MB dari UMNO

Melaka: KM dari UMNO

N9: MB dari PH (PKR)

Sel: MB dari PH (PKR)

Phg: MB dari UMNO

Perak: MB dari UMNO

P.P: KM dari PH (DAP)

** Kerajaan Perpaduan


Kel: MB dari PAS

Ked: MB dari PAS

Perlis: MB dari PAS

Trengganu: MB dari PAS


Saya telah membuat tinjauan politik menghubungi semua kumpulan dari pelbagai golongan termasuk para akademik/penganalisa politik/pegawai2/pesara2/dll. Semua yang  saya bincang terutamanya soal-soal politik sama ada secara bersemuka atau "by phone"  bahawa majoritinya bersetuju  sebaik- baik Kerajaan Negeri biarlah sehaluan 

dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh YAB DS Anwar (PMX)


Berikut kedudukan kerusi DUN di 6 buah negeri iaitu: 


1) P.Pinang mempunyai 40 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 21 kerusi dun

- Keputusan pru14: PH  menang 37 kerusi, BN menang 2 kerusi, Gagasan sejahtera 1 kerusi


2) Kedah mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19  kerusi dun

Kedudukan pru14: PAS menang 15  kerusi dun,

PPBM menang 5 kerusi tetapi telah menyokong  PAS . BN  menang 3 kerusi juga telah menyokong PAS"

Sanusi dilantik MB Kedah hasil sokong pengkhianat iaitu PPBM dan geng2 pro pengkhianat yang dibeli.

Manakala PH menang 13 kerusi dun sebagai pembangkang di Kedah


3) Kelantan mempunyai 45 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 23 kerusi.

Keputusan pru14

PAS menang 37 kerusi dun dan  BN menang 8 kerusi dun


4) Negeri Sembilan mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19

kerusi dun

- Keputusan pru14:

PH menang 20 kerusi dun dan BN menang 16 kerusi dun.


5) Selangor  mempunyai 56 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 29 kerusi dun.

Keputusan pru14:

PH (PKR) 28 kerusi

PH (DAP) 14 kerusi

PH (AMNH) 5 kerusi

PPBM: 4 kerusi

BN: 4 kerusi

PAS: 1 kerusi

- PH bentuk kerajaan  dengan 47 kerusi dun.

Barisan pembangkang sebanyak 9 kerusi sekarang tolak BN 4 kerusi tinggal 5 kerusi  sebagai Barisan Pembangkang -


6) Terengganu mempunyai 32 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 17 kerusi dun.

- Keputusan pru14:

PAS menang 22 kerusi

dan BN menang 10 kerusi


Berdasarkan temubual yang dibuat oleh saya dan juga maklumat yang boleh dipercayai memberitahu saya bahawa komponen KP akan menang bergaya di Selangor/N9/Pulau Pinang.


Dakwaan PAS/PN mahu menawan Selangor/N9 dalam prn2023 hanya mimpi di siang hari kononnya berdasarkan kemenangan kerusi parlimen  pru15 , dakwa pas/pn akan diterjemah dalam prn2023?. Insya Allah cita-cita pas/pn  tidak  akan kesampaian.

Untuk makluman dalam Pru14 pas hanya menang 1 kerusi manakala ppbm 4 kerusi.

Yakinlah bahawa

gabungan dan kerjasama erat antara PH dengan BN dalam prn2023 akan memberi kekuatan baru kepada KP di Selangor.


Jangan terkejut di Kedah dan Terengganu, KP akan membentuk kerajaan baru yang sehaluan dengan Pusat.Insya Allah jika Kedah dan Terengganu menang maka UMNO diberi peluang menjadi MB baru kecuali PH menang kerusi lebih dari BN di Kedah  tidak mustahil MB dari PH.


Di Terengganu saya difahamkan BN/PH dijangka menang antara 18 kerusi hingga 22 kerusi. Gelombang perubahan  rakyat mahukan sebuah kerajaan baru sehaluan dengan kerajaan pusat memudahkan program dan pembangunan untuk rakyat mula diperkatakan  oleh orang Terengganu. Masing-masing mencadangkan agar  PH guna logo BN di semua dun yang bertanding di Terengganu.

Jika PN boleh menggunakan logo PAS maka tiada masalah bagi PH guna logo BN di Terengganu dalam prn2023. Sejarah pru di Terengganu pas tidak pernah memerintah lebih dua penggal.

" Jangan lupa 1999 pas menang 28 kerusi dun dan BN menang 4 kerusi dun". Tetapi dalam pru 2004 BN menang 28 dan pas menang 4 dun sahaja. Oleh itu pas jangan takabur sangat.


Kehebatan PMX telah mendapat kepujian rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun penyokong tegar pas tetap menyerang pmx. Wallaun akan berperanan bersama para toklebai dan ustaz terus berkempen menjual agama dan kononnya pas/pn  menentang kerajaan islam liberal yang dipimpin oleh Anwar.


Di Kelantan difahamkan PAS akan kekal 

memerintah  dalam prn2023. Tidak mustahil BN/PH akan menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan. 

Harapan saya semoga semua pimpinan KP turun padang dalam majlis ceramah anjuran sekretariat  KP di Kedah/Kelantan/Terengganu.

Kehadiran PMX bersama TPM dan para menteri akan memberi kekuatan sokongan kepada KP kerana

Rakyat ingin membuat perubahan dalam prn2023. " Tunggu dan Lihat rakyat menanti Gelombang Anwar".


Satu perkara rayuan  saya ialah  peranan Menteri Komunikasi & Digital, Menteri Agama tolong memberi perhatian kepada media sosial/RTM pergiatkan kempen membantu KP. Tolong pantau akhbar sama ada Utusan Malaysia/Berita Harian dan Sinar Harian kerana dilihat  seakan-akan condong kepada pas/pn.


Tolong kawal titok  tajaan pas/pn yang menyerang 3R.

Menteri Agama tolong membantu PMX  dalam menjayakan hal-hal islam termasuk KONSEP MADANI.


Di Terengganu khasnya saya  berharap MPN dan SUN Terengganu tolong gerakkan peranan Ketua Penerangan dan Pengarah Komunikasi supaya jangan peluk tubuh dan tolong pro aktif untuk membantu YB  Nik Nazmi dalam persiapan PRN2023. MPN jangan goyang kaki tapi hendaklah  bergerak dari sekarang jangan belilit kenting dengan pucuk pimpinan. Tumpukan tugas yang diamanah demi perkasakan pkr Terengganu.


 Sekian


TK

OLEH: AWI PKR TRG


PMX HARUS BANTERAS HABIS HABISAN DADAH MELALUI PEGUATKUASAAN DAN PENAMBAHAN ANGGOTA- CARI POT DI KAWASAN FELDA. - TU PUNCA MALAS KERJA DAN ROSAK ANAK BANGSA..


 

INGAT LAGI KAH KISAH BMF- BY MALAY FIRST- MELINGKUP MAMPOIH DAH. MANA PEJUANG TU LA NI? TARAK DAH...HANYUT..SLOGAN..TAPI BARANG AMBIK CINA JUGA..SEMBANG...


 

KESIAN HANGPA


 

BANYAK GAMPANG PUNYA OLANG

 

GINO MARVELA


Orang dah bagi tol free, dah bagi cuti 4 hari banyak songeh pula. Lepaih tu kalut dok kata jalan jem ini hadiah dari PMX. Padahal dia yg nombor wahid nak sampai Kelantan cepat.


Zaman Muhyiddin tebuk atap dulu, jangan kata tol...raya pun tak buleh balik. Di suruhnya polis datang cek selipar berapa ramai depan rumah. Paling bongok, tiap rumah tak buleh lebih dari 3 biji kereta. 


Pergi kubur pon kena tangkap!

Lagi nak cakap lebih... 😤


#ajergampang



ADOIII- UMUM CUTI DAN HARGA SIMEN TURUN PUN KOYAK.

 

DS Anwar umumkan tol percuma, cuti ekstra dan harga simen turun, pun walaun koyak. Apa masalah dengan walaun ni?


Kata tol percuma tu dah biasa. Kalau dah biasa pun, tetap kena umum juga. Dan bila dah umum, yang tak sokong pun akan dapat juga.


Biarlah rasional. Kita benci pemimpin kerana sikap yang salah. Mencuri, merompak harta negara dan duit rakyat. Bukan benci saja-saja.


Kalau pemimpin umum sesuatu yang untungkan  rakyat, tak suka dia pun, terimalah juga dengan rasa bersyukur. Bukan menghina.


Jangan jadi orang yang kufur nikmat. Bukan suruh walaun cium kaki DS Anwar bila dapat tol percuma. Tak perlu. Nak teruskan membenci pun boleh. Tapi jangan sampai menghina pemberian itu.


Berapa ramai beroleh faedah dari pengumuman yang dibuat? Tol bukan murah. Setidaknya bolehlah duit itu diguna untuk tampung duit minyak.


Begitu juga dengan penurunan harga simen. Siap menyindir buat kuih raya bukan guna simen. Siapa pula suruh buat kuih raya guna simen tu?


Penurunan harga simen amat penting untuk industri pembinaan. Ia membantu merancakkan industri dan boleh juga mengawal harga bangunan.


Dalam jangka panjang, rakyat juga yang akan dapat faedahnya. Jangan fikir kerajaan perlu bertindak untuk situasi semasa saja tanpa perlu berfikir untuk masa hadapan. Salah begitu.


Entahlah walaun. Mungkin bagi walaun umumkan tak boleh balik kampung dan pergi beraya ataupun polis akan pantau kasut depan rumah masa raya baru dikira berfaedah untuk rakyat?


Rakyat sepatutnya dapat melihat sekarang. Walaun membenci DS Anwar tanpa sebab yang munasabah pun. Mereka benci kerana pemimpin mereka benci.


Sebab itu usah mudah terpengaruh dengan bisikan sang walaun. Mereka tak mampu berfikir secara waras pun sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KAHWIN PAKSA PUN PANJANG JODOHNYA.

 

Siapa kata kahwin paksa takkan jadi? Tak tentu lagi. Kahwin suka sama suka, selepas berbelas tahun bercinta pun belum tentu bahagia hingga akhirnya.


Soal sekarang adalah tolak ansur. Kahwin paksa ni, pada peringkat awal memang tampak sukar sebab saling tak mengenal. Apa lagi kalau bermusuhan.


Tapi, kalau ada sikap bertolak ansur, sedia beralah, mungkin perkahwinan itu boleh kekal asalkan tidak ada orang ketiga yang jadi syaitan penghasut.


Soal kritikan Aziz Bari itu bukan perkara yang salah. Begitu juga jawapan dari Jazlan juga bukannya tak betul. Kalau kedua-dua pihak ambil positif, ia boleh mencerna ke arah perjalanan yang lebih baik.


UMNO perlu lebih berusaha untuk memenangi hati pengundi Melayu. UMNO perlu jawab setiap fitnah agama dan perkauman yang dimainkan PN.


Manakala DAP pula perlu kikis imej anti Melayu. DAP perlu lebih tonjolkan sifat berbilang kaum dan lebih penting, jangan terlalu pancang berkomentar.


Kalau UMNO dan DAP sama-sama ambil langkah yang perlu, kerajaan perpaduan ini tak ada sebab untuk gagal.


Tapi ada masalah lain iaitu syaitan penghasut yang akan cuba melaga-lagakan parti-parti ini. Ini bukan masalah UMNO atau DAP. Ini masalah bersama.


Kalau UMNO dan DAP boleh keluarkan kenyataan bersama membidas bisikan syaitan yang tanamkan kebencian dan prejudis mulut mereka akan terkunci.


Mereka yang alami kerugian dengan pembentukan kerajaan perpaduan ini pasti takkan berdiam diri. Mereka akan terus hasut dan hasut.


Sebab itu jangan bagi peluang untuk syaitan-syaitan ini mencelah. Elakkan kenyataan terbuka. Gunakan saluran betul untuk suarakan ketidak puasan hati.


Hakikatnya baik UMNO mahupun DAP takkan kekal sebagai kerajaan jika tak mahu bertolak ansur. Soal kahwin paksa atau rela, bukan isunya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

BAB CUTI PULAK DAH


 

MACAM PAK PANDIR

 


Serious la macam ni punya bodek? Dia kata Sanusi popular tu. Padahal di mata rakyat Sanusi ni pandai sikit je dari Pak Pandir. Itupun sebab dia MB.


Tapi sebenarnya ini bukan kenyataan bodek. Tapi ini usaha menanam realiti di pemikiran penyokong. Dia pun tahu nama Sanusi semakin memburuk.


Tapi dia terpaksa keluarkan kenyataan begini untuk kawal minda penyokong yang semakin ramai mula memberontak melihat aksi bodoh Sanusi.


Sanusi sekarang dah jadi liabiliti kepada PN Kedah. Kesemua tuduhan jahat yang Sanusi buat berjaya dipatahkan secara mudah menjadikan dia kelihatan sangat luar biasa dungunya.


Kalau PN Kedah terus nak bersandar pada Sanusi, maka harapan PH untuk menang semakin cerah. Jadi kita sebenarnya alu-alukan kenyataan bodek yang sebegini. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 





Anwar Ibrahim


Dalam kesibukan tugasan harian, saya berkesempatan menghadiri majlis khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri bersama staf-staf yang terlibat dalam memuliakan lagi kehadiran bulan suci Ramadan ini.


Majlis yang dipimpin Johan Musabaqah Antarabangsa, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat Al-Quran dibacakan.


Pastinya banyak kebaikan dalam membaca Al-Quran antaranya menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya.


Al-Quran sarat dengan pelbagai pedoman dan pengajaran untuk memandu manusia melalui kehidupan dunia dan akhirat. Moga kita semua mendapat manfaat dari Yang Maha Esa InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



NEGARA AKAN BERUBAH-PM HEBAT NEGARA LUAR MAHU HUBUNGAN DIERATKAN.


 

BERTABAH LAH RAKYAT KELANTAN...JANGAN LUPA BAWA AIR NANTI


 

KETUA WALAUN NI SOKONG JUGAK PMX RUPANYA...KEH..KEH...


 

3+1 REGA SIMEN TURUN-KAMI BANTAH..SEBAB KAMI WALAUN..KAMI NDAK WALAUN LEBAI KAMI PERINTAH...


 

BERITA BERKAITAN TREK MOTOSIKAL MASUK NEWSWEEK- TAPI SAYANGNYA SAMPAI LA PASIR BARU SODOK..TAK JADI TREK BESAR- JADI TREK MAIN MAIN


 

IDEA YANG BAIK UNTUK RAKYAT. RASANYA PMX TAK AKAN HALANG


 

KENANGAN


 

KELONGGARAN BERTEMU INSAN DI PENJARA


 

PANTUN UNTUK NUSI DARI MAHFUZ


 

SANUSI TAK MASUK DUIT LAGI


 

SAYA TAK PEDULI..TUN KA TAN SRI KA..TAK BAYAR CUKAI SAYA CARI


 

PESANAN IKLAS DARI WARGA- JANGAN LUPA BAWA AIR UNTUK BASUH MANDI, SOLAT,BASUH BERAK DAN KENCING. AYAQ TAK DAK...

 


DS Anwar umumkan tol percuma, cuti ekstra dan harga simen turun, pun walaun koyak. Apa masalah dengan walaun ni?


Kata tol percuma tu dah biasa. Kalau dah biasa pun, tetap kena umum juga. Dan bila dah umum, yang tak sokong pun akan dapat juga.


Biarlah rasional. Kita benci pemimpin kerana sikap yang salah. Mencuri, merompak harta negara dan duit rakyat. Bukan benci saja-saja.


Kalau pemimpin umum sesuatu yang untungkan  rakyat, tak suka dia pun, terimalah juga dengan rasa bersyukur. Bukan menghina.


Jangan jadi orang yang kufur nikmat. Bukan suruh walaun cium kaki DS Anwar bila dapat tol percuma. Tak perlu. Nak teruskan membenci pun boleh. Tapi jangan sampai menghina pemberian itu.


Berapa ramai beroleh faedah dari pengumuman yang dibuat? Tol bukan murah. Setidaknya bolehlah duit itu diguna untuk tampung duit minyak.


Begitu juga dengan penurunan harga simen. Siap menyindir buat kuih raya bukan guna simen. Siapa pula suruh buat kuih raya guna simen tu?


Penurunan harga simen amat penting untuk industri pembinaan. Ia membantu merancakkan industri dan boleh juga mengawal harga bangunan.


Dalam jangka panjang, rakyat juga yang akan dapat faedahnya. Jangan fikir kerajaan perlu bertindak untuk situasi semasa saja tanpa perlu berfikir untuk masa hadapan. Salah begitu.


Entahlah walaun. Mungkin bagi walaun umumkan tak boleh balik kampung dan pergi beraya ataupun polis akan pantau kasut depan rumah masa raya baru dikira berfaedah untuk rakyat?


Rakyat sepatutnya dapat melihat sekarang. Walaun membenci DS Anwar tanpa sebab yang munasabah pun. Mereka benci kerana pemimpin mereka benci.


Sebab itu usah mudah terpengaruh dengan bisikan sang walaun. Mereka tak mampu berfikir secara waras pun sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

NEGARA HUKUM TERTEGAK DENGAN UNDANG UNDANG


 

BUDAK NI DENGAR CERITA MAHFUZ NAK SAMAN. NI HANG INGAT ANWAR KECIK ANAK KA?


 

SAMAN MAHATHIR - ANWAR, GADUH ORANG-ORANG TUA YANG TIDAK BAWA FAEDAH APA-APA



Saman Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu mengumpul kekayaan untuk keluarga dan anak-anak bakal menjadi sejarah pergaduhan paling klasik dalam negara ini.


Ini kerana sementara Tun Mahathir sudah mencecah usia 98 tahun, Anwar pula telah menginjak umur 76 tahun.


Maknanya, kedua-dua mereka bukan bukan lagi muda, tetapi sudah tua-tua belaka.


Nampaknya, orang tua kalau bergaduh lebih dahsyat daripada pergaduhan budak-budak muda.


Tidak cukup bergaduh dengan berbalas hujah dalam media dan ketika bercakap di depan mikrofon ketika berucap atau sidang media, malah sampai perlu diadili oleh hakim-hakim untuk menentukan siapa betul dan siapa salah.


Ertinya juga, jiwa berdamai, jiwa rahmah dan berbaik sangka di dalam diri kedua-dua mereka ini sudah semakin tiada, sebaliknya masih tegar ingin menegakkan benang basah masing-masing.


Sepatutnya, apalah salahnya dalam usia semakin tua dan di bulan Ramadan yang mulia pula, mereka memilih jalan damai dan bermaaf-maafan untuk menyelesaikan persengketaan.


Membawa perang mulut ke mahkamah, dalam keadaan yang menyaman sudah lanjut usia dan yang kena sama juga telah tua, tidak membawa faedah apa-apa, selain hanya menambahbesarkan lagi ego dan menguntungkan peguam saja.


Kalau Tun Mahathir menang saman sekali pun misalnya, katalah diberi gantirugi dengan jumlah beberapa juta, nikmat duit itu sudah tiada nilainya kepada beliau.


Begitu juga bagi Anwar, kalau kena bayar gantirugi pun rasanya tiada masalah untuk beliau membayarnya.


Tetapi, bagaimana jika akhirnya Tun Mahathir kalah dalam samannya itu, apa yang akan diperolehinya selain perlu membayar yuaran guaman yang sudah tentu bukan sedikit jumlahnya?


Anwar pula, katalah jika menang pula, tiada apa-apa yang diperolehinya, malah atas kemenangannya itu dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, rakyat langsung tidak beroleh apa-apa pertambahan gaji atau barang makanan di dapur mereka.


Sepatutnya, terutama kepada Tun Mahathir yang apabila sudah hilang deposit di Langkawi dan partinya kalah teruk pada PRU15 lalu, pilihan paling baik ialah beliau memilih untuk bersara saja sepenuhnya.


Selain kalah teruk, bersama hubungan beliau dengan anaknya sendiri, Mukhriz juga bermasalah sehingga beliau akhirnya keluar daripada Pejuang untuk beralih menyertai Putra, bukankah semua itu isyarat Tuhan agar beliau berehat saja?


Apa lagi yang Tun Mahathir mahu kejar dalam hidupnya, tidak cukup-cukup lagikah berbalah dan tidak setuju dengan hampir semua Perdana Menteri dalam negara ini?


Begitu juga dengan Anwar, dalam keadaan parti Tun Mahathir bertanding pun hilang deposit di semua kawasan, beliau tidak harus membuang masa atau rasa terganggu dengan sebarang kata-kata bekas Perdana Menteri itu lagi.


Lebih baik tumpukan saja tugas sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir, secara relatifnya berbanding pemimpin pembangkang yang lain, sudah tiada apa-apa merit lagi untuk terus dijadikan lawan bergaduh.


Untuk itu, kalau pun sesekali beliau ada terasa tersinggung dengan teguran atau kritikan keras Tun Mahathir, Anwar harus anggapnya sebagai teguran seorang bapa dan sepatutnya segera menelefon Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk meminta masa agar dapat minum-minum kopi sambil berbual-bual dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu.


Lagi pun, mereka pernah bersama, berbaik dan makan semeja dalam banyak acara sebelum ini.


Nak terus-terus bergaduh, dunia ini sampai ke mana nak dibawa dan apa teladan kepada generasi muda?


Tambahan lagi, punca pergaduhan mereka ini sebenarnya hanyalah isu kecil saja di mana ia bermula apabila Tun Mahathir mengatakan orang Melayu sedang terancam di bawah kepimpinan Anwar, lalu menggerakkan Proklamasi Melayu sebagai langkah untuk membela mereka.


Anwar yang barangkali nipis telinga dengan kritikan Tun Mahathir itu lantas membalas – bagaimana Melayu tak terancam kalau selama 22 tahun campur 22 bulan berkuasa, kamu bolot semua kekayaan untuk keluarga dan anak-anaknya.


Sebagaimana Anwar tidak harus terganggu dengan kritikan Tun Mahathir bahawa Melayu terancam di bawah era kepimpinannya, Tun Mahathir juga sepatutnya tidak terasa hati dengan serangan balas Anwar berhubung kekayaan keluarga dan anak-anaknya.


Mengkayakan anak dan keluarga bukanlah kesalahan dari segi undang-undang, kecuali jika melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.


Ia barangkali cuma salah dari segi moral sebagai pemimpin semata-mata.


Namun, kalau moral kerana mengkayakan keluarga jadi masalah, kenapa moral dalam aspek lain tidak sentiasa diambil kira?


Jadi, kenapa Tun Mahathir perlu begitu terganggu, melainkanlah jika semua anak-anaknya miskin belaka dan duduk di rumah kos rendah saja?


Begitu juga dengan Anwar, kuasa di tangannya sekarang dan melalui kritikan Melayu terancam itu, beliau patut memanfaatkannya untuk membantu dan menolong orang-orang Melayu melalui kuasa yang sedang ada dalam tangannya.


Bergaduh, saman-menyaman dan berulang alik ke mahkamah hanya kerja buang masa buat orang yang sudah tua dan lebih tidak berguna lagi jika kematian atau ajal Tuhan lebih dulu datang menerpa berbanding penentuan yang diharapkan melalui mahkamah itu kerana kes biasanya akan memakan masa beberapa tahun lamanya.


Akhirnya dapat apa? – ShahbudinHusin 18/04/2023.


WALAUN JUNIOR TAK TENANG SEBAB BUAT DOSA MENGHINA,FITNAH DAN MEMBENCI ATAS KEBAIKAN KERAJAAN MADANI


 

WALAU TAK BANYAK , TAPI SUNTIKAN BANTUAN TETAP BERSYUKUR


 

MANA MAU BACA- MALAS BACA TAPI FITNAH KUAT.ORANG KATA RUNDING-TAPI LEBAi MALAS


 

EN PPIIIISSSHHHAANNNGGGG KATA TAK OK TOL FREE


 

TEBATAN BANJIR JADI SEBAT BANJIR- NEGARA INI MENGHARGAI PENJAWAT AWAM. JIKA MEREKA MAHU MENAMBAHKAN ILMU HANTAR BELAJAR.


 

MANA PUAK PUAK WALAUN NI CELIK

 

Orang dah bagi tol free, dah bagi cuti 4 hari banyak songeh pula. Lepaih tu kalut dok kata jalan jem ini hadiah dari PMX. Padahal dia yg nombor wahid nak sampai Kelantan cepat.


Zaman Muhyiddin tebuk atap dulu, jangan kata tol...raya pun tak buleh balik. Di suruhnya polis datang cek selipar berapa ramai depan rumah. Paling bongok, tiap rumah tak buleh lebih dari 3 biji kereta. 


Pergi kubur pon kena tangkap!

Lagi nak cakap lebih... 😤


#ajergampang


Gino Marvela.


SEMOGA PENDEDAHAN ANWAR MEMBUKA MATA RAKYAT


NORMAN RADZUAN


 Dari awal lagi aku memang berdoa supaya orang tua itu kemukakan saman terhadap DS Anwar Ibrahim..


Serious!


Perjalanan panjang aku dalam media sebagai wartawan dan penulis, aku membaca terlalu banyak berita berkaitan beberapa sosok manusia yang pernah jadi pembesar yang celaka dan mempunyai berkoyan harta tuan Ismeth di luar negara. Ramai rakyat tahu detail tapi satu ekor pun tak berani ke depan membawa si celaka celaka itu ke muka pengadilan.


Kini seorang WIRA dengan beraninya merenggut hati dan jantung si tua itu dengan ayat yang si tua tidak sangka.. Semua akses file penjahanam ada di tangan PMX. Beliau paling berkuasa di Malaysia sebagai pemerintah, si tua punya apa?



MAHATHIR UPAH ADMIN FB KELAS CAP AYAM




 Bila aku mula-mula baca ni (dari screenshot), aku termenung sejenak. Betul ke Mahathir yang tulis ni? Bukan admin dia yang memandai?


Gaya bahasa bukan gaya seorang yang profesional. Tak seperti seorang yang fasih berkata-kata. Malah macam bayar ditulis oleh walaun.


Apa dah jadi dengan Mahathir. Pemikirannya sudah terlalu lemah hingga tulisannya pun tak lagi terlihat seperti dahulu, seperti orang bijak pandai.


Apa pun, kalau benar apa yang Mahathir tulis ini, maka sebenarnya ia ditulis berdasar pengalaman sendiri. Mudah cerita, apa yang dia buat.


Kita sendiri pun pernah gelar Mahathir diktator. Itu kerana sikapnya yang tak suka ditentang ataupun dibantah. ISA sedia menanti.


Seorang perompak akan selalu bimbang dirompak. Begitu juga diktator, akan sentiasa fikir pemimpin lain juga akan bersikap diktator.


Itu hak dia untuk berpendapat begitu. Terapi kita sebagai rakyat, boleh menilai sendiri sekiranya DS Anwar seorang diktator atau tidak.


Apa pun, untuk seorang yang bakal terpalit dengan tuduhan seleweng, sebelum tuduhan dibuat, dia perlu rosakkan kredibiliti penuduh.


Supaya nanti, bila tuduhan dibuat, mudah untuk dia nafikan tanpa perlu nafikan fakta dan data. Itulah yang Mahathir cuba lakukan sekarang.


Sayang sekali Mahathir terlupa, dunia dah berubah. Maklumat ada di hujung jadi. Tak mudah lagi nak bodohland rakyat dengan cerita rekaan seperti di zaman dia jadi Perdana Menteri dahulu.


Dia boleh berehat dengan aman tanpa diganggu tapi dia memilih untuk mengocak air di kolam. Jadi bersedialah untuk terpercik. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


PRO BONO PUN MINTA DUIT RAYA JUGA?

 


Gino Marvela.


Kepada ramai doktor kontrak yg sudah dapat jawatan tetap, kami ucapkan tahniah!


Inisiatif doktor kontrak ini mmg agenda pertama setelah lantikan menteri kesihatan. Cuma bila pihak pembangkang mati akal tiada isu, maka di capainya isu ramai doktor kontrak sedangkan mereka sendiri tahu menteri kesihatan dh sebut dlm Parlimen.


Raya tidak beberapa hari ja lg. Dengan tol percuma 2 hari sebelum & 2 hari selepas raya, peruntukan bantuan kpd nelayan & pesawah termasuklah bantuan tunai rakyat di segerakan...di tambah lg berita doktor kontrak di serap jawatan kekal berperingkat, Malaysia semakin menjadi lebih baik. 


Harga bekalan makanan terkawal, minyak kelapa sawit botol besar pun bawah RM29. Lepas raya, ada beberapa pengumuman lg yg mengembirakan rakyat.


Oh ya, wahai sdra Anwar Ibrahim ,cubalah lihat sikit isu pejuang pengkarya sosial media ni. Kita memerlukan pengkarya media sosial. Malangnya kesilapan kita, hat lawan di ambil & beri peluang...hat pengkarya sejak Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan di diamkan. 


Kalau tak tahu siapa yg perlu di lantik, buleh tanya sdra Mohammad Agus Yusoff  & Syam Ghaz ,di sana dh ada senarai mereka yg bekerja menulis mewakili PH di media utama sejak saudara masih lg beberapa kali dalam penjara.


Sekian...



WALAUN NAK BALIK DAPAT TOL FREE PUN KENA LALU NEGERI LAIN DULU. KOYAK BANYAK DEPA.

 

DS Anwar umumkan tol percuma, cuti ekstra dan harga simen turun, pun walaun koyak. Apa masalah dengan walaun ni?


Kata tol percuma tu dah biasa. Kalau dah biasa pun, tetap kena umum juga. Dan bila dah umum, yang tak sokong pun akan dapat juga.


Biarlah rasional. Kita benci pemimpin kerana sikap yang salah. Mencuri, merompak harta negara dan duit rakyat. Bukan benci saja-saja.


Kalau pemimpin umum sesuatu yang untungkan  rakyat, tak suka dia pun, terimalah juga dengan rasa bersyukur. Bukan menghina.


Jangan jadi orang yang kufur nikmat. Bukan suruh walaun cium kaki DS Anwar bila dapat tol percuma. Tak perlu. Nak teruskan membenci pun boleh. Tapi jangan sampai menghina pemberian itu.


Berapa ramai beroleh faedah dari pengumuman yang dibuat? Tol bukan murah. Setidaknya bolehlah duit itu diguna untuk tampung duit minyak.


Begitu juga dengan penurunan harga simen. Siap menyindir buat kuih raya bukan guna simen. Siapa pula suruh buat kuih raya guna simen tu?


Penurunan harga simen amat penting untuk industri pembinaan. Ia membantu merancakkan industri dan boleh juga mengawal harga bangunan.


Dalam jangka panjang, rakyat juga yang akan dapat faedahnya. Jangan fikir kerajaan perlu bertindak untuk situasi semasa saja tanpa perlu berfikir untuk masa hadapan. Salah begitu.


Entahlah walaun. Mungkin bagi walaun umumkan tak boleh balik kampung dan pergi beraya ataupun polis akan pantau kasut depan rumah masa raya baru dikira berfaedah untuk rakyat?


Rakyat sepatutnya dapat melihat sekarang. Walaun membenci DS Anwar tanpa sebab yang munasabah pun. Mereka benci kerana pemimpin mereka benci.


Sebab itu usah mudah terpengaruh dengan bisikan sang walaun. Mereka tak mampu berfikir secara waras pun sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KUAT DIA BEKERJA UNTUK RAKYAT DAN NEGARA



W.Faudzin


*Ptg semlm PMX ke Penang, pastu berbuka puasa di Kedah, tiba2 mlm tadi ada kat masjid Putra, Putrajaya utk majlis Qiamullail dan sahur.  Apa vitamin dia makan ye?*🤔

TAK PAYAH BALIK LA- AYAQ TAK DAK




 Bila MB PASik perintah.. macam² hal berlaku.. Ini nak raya camana ni? Janji dicapati! Camni kalau PNgkhianat menang lagi di Kedah! Mmg tempah bala ler jawabnya! 


#PRN2023

Mojd Afendi Abas.


HADI AWANG 33 BULAN BAB RUU 355 PUN DIA TAK CAKAP JADI DIA MAKAN GAJI BUTA.



 Hadi Awang perform ko lobai..??




KES SAMAN FITNAH- KITA TUNGGU APA SANUSI AKAN LAKUKAN.


 

BARU 6 BULAN KERIAU DAH.




Zainuddin Omar


40 tahun dalam penjara akhirnya dapat pengampunan dari Sultan Johor dan dibebaskan. 


Beliau kini berusia 63 tahun dan akan pulang ke kampung halaman di Indonesia. 


Ni baru masuk tak sampai 6 bulan dah mohon pengampunan?


************************

TAIPING: Selepas 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi, 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab apabila dibebaskan apabila mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Tempoh itu menjadikan lelaki berusia 63 tahun yang mesra disapa sebagai “Pak Jamil Hayat” itu banduan paling lama menerima hukuman di negara ini. Dia kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa, Indonesia, awal pagi ini.


“Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Pada 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor, dengan banduan paling lama (menjalani hukuman selama) 37 tahun, sedangkan waktu itu, (tempoh hukuman) saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.


“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat, mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.


“Pagi semalam, ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya ketika ditemui di Penjara Taiping, semalam.


Jamil berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.


“Saya seronok dapat ‘ampun’, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada, tetapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti sahabat dan bukan sebagai banduan,” katanya.


Di dalam penjara, Jamil belajar kemahiran dalam bidang jahitan dan sehingga kini telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.


Sebelum dipindahkan ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.


Malah, katanya, berbekalkan ilmu agama yang dipelajari di kampung dahulu, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat sunat Hari Raya sepanjang 40 tahun meraikannya di dalam penjara.


Jamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar daripada melakukan perbuatan buruk.


“Ketika muda, bila pegang pistol, perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja,” katanya.


“Saya bukan orang yang baik, semasa di Indonesia dulu pun, selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak 90-an.


“Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.


Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata, Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bahru pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan rotan bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.


Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.


Menurut Nazri, pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.


“Ia mendapat sokongan pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat,” katanya.


Nazri menyifatkan Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi, selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.


“Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran.


“Hubungan Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja ‘Jamil Hayat’, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinannya.”



PMX LEBIH PENTINGKAN RAKYAT DARI ANAK BERANAK

 Pengumuman saya sebentar tadi:






1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.


2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.


3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.


4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.


5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.


6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera. Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.


7. Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.


#MalaysiaMADANI