Bila aku mula-mula baca ni (dari screenshot), aku termenung sejenak. Betul ke Mahathir yang tulis ni? Bukan admin dia yang memandai?
Gaya bahasa bukan gaya seorang yang profesional. Tak seperti seorang yang fasih berkata-kata. Malah macam bayar ditulis oleh walaun.
Apa dah jadi dengan Mahathir. Pemikirannya sudah terlalu lemah hingga tulisannya pun tak lagi terlihat seperti dahulu, seperti orang bijak pandai.
Apa pun, kalau benar apa yang Mahathir tulis ini, maka sebenarnya ia ditulis berdasar pengalaman sendiri. Mudah cerita, apa yang dia buat.
Kita sendiri pun pernah gelar Mahathir diktator. Itu kerana sikapnya yang tak suka ditentang ataupun dibantah. ISA sedia menanti.
Seorang perompak akan selalu bimbang dirompak. Begitu juga diktator, akan sentiasa fikir pemimpin lain juga akan bersikap diktator.
Itu hak dia untuk berpendapat begitu. Terapi kita sebagai rakyat, boleh menilai sendiri sekiranya DS Anwar seorang diktator atau tidak.
Apa pun, untuk seorang yang bakal terpalit dengan tuduhan seleweng, sebelum tuduhan dibuat, dia perlu rosakkan kredibiliti penuduh.
Supaya nanti, bila tuduhan dibuat, mudah untuk dia nafikan tanpa perlu nafikan fakta dan data. Itulah yang Mahathir cuba lakukan sekarang.
Sayang sekali Mahathir terlupa, dunia dah berubah. Maklumat ada di hujung jadi. Tak mudah lagi nak bodohland rakyat dengan cerita rekaan seperti di zaman dia jadi Perdana Menteri dahulu.
Dia boleh berehat dengan aman tanpa diganggu tapi dia memilih untuk mengocak air di kolam. Jadi bersedialah untuk terpercik. Guane boh?
Raja Gelap
.