Macam-macam Sanusi nak buat…kalau tak janji tak dapat undi


SANUSI DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH

Norman Radzuan.

Akhlaknya sungguh saya tidak berkenan. Adab bahasa sangat tidak disenangi pemimpin2 dan rakyat. Bagi saya tidak berguna seseorang itu berilmu tetapi tidak berakhlak.


Setahu saya macam-macam Sanusi nak buat utk Kedah. Mana tidaknya dia berkata Stadium baru Kedah menyamai kualiti Stadium JDT, Kedah bakal mempunyai litar lumba antarabangsa, Lapangan Terbang Kulim siap 2026, Kedah menemui mineral water bernilai RM 62 billion dan macam-macam lagi… Akhirnya yang rakyat Kedah dapat bekalan air dikatakan terjejas sempena Hari Raya melibatkan hampir 1 juta penduduk.


Mengata orang macam- macam sedangkan dirinya sendiri didapati bersalah memfitnah Mahfuz Omar. Di kala ahli PAS menyindir Zahid Hamidi sebagai kluster mahkamah  dan terbaru kes Sivakumar… apakah PAS lupa Sanusi juga merupakan kluster mahkamah yang didapati bersalah. 


Sedangkan kes Zahid, beliau sedang dibicarakan. Masih anda ingat pada 2020 ketika PAS bersama UMNO dalam Muafakat Nasional bagaimana Hadi Awang mempertahankan Najib dengan berkata, “Tidak Bersalah Selagi Belum Dijatuhkan Hukuman.” Kita pun faham mereka apa sahaja boleh, orang lain tidak boleh.


Ada bertanya mengenai kes Sivakumar… sebenarnya ia membuktikan ketelusan kerajaan tidak campur tangan urusan polis atau SPRM walaupun seseorang itu bertaraf Menteri dan mahkamah tentukan nasibnya. PMX kotakan apa dikata bahawa beliau tidak bertolak ansur mengenai kes rasuah.


Pandangan saya jika PRN kali ini rakyat Kedah memilih Sanusi bermakna mereka memilih jalan susah sepertimana dihadapi oleh rakyat Kelantan sehingga kini. Hubungan tidak mesra PM dan MB Kedah hanya bakal menyusahkan rakyat Kedah sendiri.


Rakyat dijanjikan bermacam mcm tetapi seperti saya sebutkan di atas tadi sehingga kini projek3 mega itu satu pun belum dinikmati rakyat Kedah. Yg lucu dia nak alihkan sungai dan menuntut RM100 juta setahun kpd PP.


PRN kali ini adalah peluang terbaik utk rakyat Kedah mengubah nasib mereka. Janji2 perlu dibuktikan bukan berjanji sana sini nak buat itu dan ini. Kata kawan saya org Kedah…Sanusi punya gebang, gajah pun boleh terbang.



No comments: