MALAM INI GOLONGAN AGMAWAN DAN KLEPTOKRAT MENJAMU SELERA



Malam ini golongan "agamawan" dan golongan elit serta bekas rejim kleptokrasi menjamu selera merayakan kejayaan merampas hak rakyat dlm PRU14 yang lalu.  Kerajaan Perak yang dipimpin oleh Pas dulu tumbang hasil tangan-puak puak ini.  Bezanya, kali ini bukan negeri tetapi negara dan dibantu oleh para agamawan.  Yakinlah, segala kekuasaan itu milik Allah.

W.Faudzin




ANWAR TENANG DIRUMAHNYA BERSAMA JEMAAH

Mufti Pulau Pinang hadir dirumah DSAI dalam usrah mingguan dirumah beliau bagi setiap malam Isnin.




AZMIN ADALAH PENGGERAKNYA, KATA KHALID SAMAD*



Ketika para Menteri AMANAH sibuk menyelesaikan isu negara termasuk Covid-19 dan kesannya kepada ekonomi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sibuk menyusun orangnya untuk menguasai kerajaan.

“Bagi saya dialah movernya (penggeraknya),” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dalam sidang medianya hari ini mengulas berita tentang usaha untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

“Dalam soal ini, saya rasa group Azminlah player (pemain) yang utama. Mungkin kerana dia sendiri ada agenda tetapi dialah movernya sekarang.

“Kita kena tunggulah. Ikut berita yang disebarkan, itulah yang sedang dia lakukan. Jadi bagi saya, kalau kita bersama usaha ini, membentuk kerajaan dengan golongan yang rakyat telah tolak, ini satu pengkhianatan kepada rakyat,” katanya.

Khalid juga berkata, pada hakikatnya, Azmin sejak dari awal lagi tidak bersama termasuk ketika PH dibentuk, bahkan beliau menolak cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai bakal PM jika PH menang.

“Saya ingat masa pembentukan PH di Shah Alam, dia dan Zuraidah telah walkout tetapi selepas kita menang dia punya pendirian berbeza. Alhamdulillah.

“Sekarang ini dia pula jadi pemain yang utama. Jadi kena tanya dialah tentang apa yang dia usahakan,” kata Khalid

Menteri Kesihatan dari AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sibuk menyusun strategi dan tindakan untuk mengawal Covid-19 manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pula sibuk membantu orang susah di ibu negara.

Usaha Dr Dzulkefly terbukti berhasil apabila dari 22 yang disahkan mengidap Ciovid-19 di negara ini, 18 darinya sudah berjaya sembuh walaupun penyakit itu belum mempunyai ubatnya.

Khalid pula sibuk merancang dan melancarkan pelbagai projek rangsangan ekonomi di ibu negara.

Terbaru beliau melancarkan Kiosk perniagaan di Putrajaya untuk menyediakan tempat berniaga kepada warganya.

Sebelum itu beliau melancarkan Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan bagi memberikan bantuan pinjaman kepada orang ramai yang mahu memulakan perniagaan.

Untuk Kuala Lumpur pula, Khalid menyediakan bajet RM10 juta tahun ini untuk membolehkan DBKL mengambil pekerja baru dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan.

DBKL juga diminta menyediakan RM50 juta untuk kontraktor G1 bagi melaksanakan kerja-kerja kecil di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

DSAI AKAN MENGADAP YDPA JAM 2 PETANG ESOK.



Dsai dipanggil mengadap YDPA esok jam 2 petang . Walau ramai yang dikatakan keluar dari Istana Negara, iaitu hampir 37 MP, namun mereka meninggalkan Istana tanpa sebarang isu dan penggumuman.

Dikatakan juga WARISAN dan GPS menandatangani kedua dua SD dan rakyat sendiri tidak tahu hala mana kah mereka...GPS akan menghadapi pilihanraya manakala WARISAN pula dikatakan tidak mahu BERSATU berada di Sabah...kemungkinan 2 SD itu ditandatangani.


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Ia akan diikuti 6 MP yang lain dan telah lama dirancang. Tujuannya ialah untuk mengetahui keadaan semasa politik negara.

Agong Perkenan Gabungan Politik Baharu Tun M



KUALA LUMPUR, 23 Feb 2020 (The Capital Post)  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan perkenan dengan pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menurut sumber.

Tun Mahathir yang telah mempersembahkan cadangan penubuhan kerajaan baharu dengan kemasukan Parti UMNO, PAS, Warisan dan GPS manakala Parti DAP, PKR dan PAN digugurkan daripada Gabungan Pakatan Harapan. Menteri Ekonomi Malaysia yang juga YB Datuk Seri Azmin Ali, dijangka akan keluar parti PKR bersama Wakil Rakyat mereka dan akan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan Kerajaan baharu seterusnya kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menurut sumber, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memohon pemimpin – pemimpin parti pembangkang yang menyokong Tun Dr Mahathir untuk hadir menyatakan sendiri kesediaan parti – parti tersebut untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir. Turut dilihat beberapa Pemimpin – pemimpin parti seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg masuk kedalam perkarangan Istana Negara dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Memurut Sumber juga Tun Mahathir mempunyai lebih daripada 130 sokongan dari wakil rakyat dan ianya untuk menumbuhkan Kerajaan Campuran yang Baharu. 
-
Berita penuh akan menyusul- The Capital Post

ANWAR KEMPUNAN, KATA LEBAI?




Kitab suci lebai, Harakah menyebut Anwar kempunan nak jadi PM.  Nampak tak betapa jahat dan dengkinya lebai kpd Anwar?  

Seblm mesyuarat majlis presiden PH lagi, Anwar secara terbuka menyebut beliau cenderung utk bersetuju dgn Tun bahawa sebaiknya peralihan kuasa PM itu berlaku selepas persidangan APEC.  Terbukti, majlis presiden menerimanya.  Tiada kenyataan memansuhkan nama Anwar sebagai calon PM.  Jadi, apa kempunannya?

Terbukti yang  kempunan itu adalah lebai.  Lebai kempunan banyak benda, di antaranya;

1.  Mahu jadi "King Maker" selepas PRU14 kononnya.  Tapi kempunan.  Jadilah " King Joker"  dan barua kpd Umno skrg.

2.  Mahu wujudkan Pakatan Nasional kononnya untuk cepat jadi kerajaan, tak sabar lebai nak jadi menteri kabinet wakaupun ikut tingkap atau lubang jamban.  Kempunan juga.  Kantoi awal lagi sehingga Zahid pecat Lokman Adam kerana beliau byk kantoikan plan Zahid bersama lebai bodoh berkenaan.  

3.  Mahu gertak PH kononnya lebai akan bawa usul " sokong Tun M sebagai PM" di parlimen nanti.  Cadangan lebai itu membuatkan ramai terkentut2 ketawa kerana tidak sangka kebodohan lebai sampai ke tahap itu.  Hahaha...nak sokong Tun M sbg PM?  Habis, sekarang ni Tun M kerja sbg doktor klinik 1 Msia ke, seperti yg lebai hadi selalu cakap sebelum PRU14 dulu?  Akhirnya, kempunan juga dan sekor lebai tu kata usul itu akan ditarik balik.  Bawa pun tak lagi, nak tarik guane, boh?  Hahahaha...

Malas la aku nak taip byk benda yang lebai asyik kempunan sokmo.  Tapi lebai tak sedar sbb apabila telah khayal dgn candu agama, semua kesalahan sendiri sudah tidak nampak lagi.  Kerja lebai mudah, karang cerita fitnah yg dimulai dgn Bismillah, kemudian bila ada pihak yg nak saman, lebai akan melutut mintak ampun.  Itulah lebai.

WFAUZDIN NS



JIKA BETUL....RUMOUR....KHABAR ANGIN..........BRAVO...PENGKHIANAT

TERKINI
Azmin serta 26 ahli parlimen PKR di jangka mengumumkan keluar pkr hari ini dan akn membentuk kerajaan dgn bersatu umno pas gps warisan dan msh berketuakan mahathir. Mrka akn membentuk kerajaan baru melayu islam.



Jam 9 mesyt khas Biro Politik PPBM. 
PM panggil semua MP PPBM
Jam 10 Azmin dan penyokong berkumpul di Sheraton PJ


PETALING JAYA: Top leaders of PPBM are currently meeting at the party’s headquarters here amid intense expectations of a political realignment which could see the end of Pakatan Harapan in its current composition.
Just minutes away from the PPBM meeting, PKR leaders aligned to deputy president Mohamed Azmin Ali are preparing to meet at the Sheraton Petaling Jaya hotel.
Among nine PKR leaders spotted at the hotel were Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah and Rashid Hasnon.
Zuraida and Saifuddin are part of the Cabinet while Rashid is the deputy speaker of the Dewan Rakyat.




KERAJAAN WUJUD PASUKAN BURU PENYEBAR BERITA PALSU

PERCANGGAHAN TARIKH WARTA PUNCA TERTUDUH LTTE DIBEBAS

Cerita sebenar 4 hotel TH dijual Siri 1

CERITA SEBENAR 4 HOTEL TABUNG HAJI DIJUAL SIRI 2




Apabila keseluruhan assets dan liabilities dipindah milik melalui pembelian, maka UJSB akan membayar kepada TH sebanyak RM 19.9 Billion melalui tiga (3) cara seperti berikut:-
(a) UJSB akan menerbitkan RM 10 Bilion sukuk tujuh tahun;
(b) RCPS-i (Islamic Redeemable Convertible Preference Shares) dalam bahasa Melayu Saham Utama / Istimewa Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM 9.60 bilion; dan
(c) tunai sebanyak RM 300 Juta.
Adakah TH rugi dalam pelan penstrukturan ini dengan menjual dan memindahkan assets tersebut kepada UJSB?
Tidak! Sebab apa? Sebab harga pasaran untuk assets tersebut hanya RM 9.6 Billion sahaja. Tetapi, UJSB sanggup beli assets tersebut melebihi harga pasaran sebanyak RM 19.9 Billion.
So, TH sebenarnya sangat-sangat beruntung kerana mendapat laba besar sebanyak RM 10.3 Billion hasil penjualan assets tersebut kepada UJSB.
Bahkan, penjualan keempat-empat hotels tersebut melebihi daripada harga pasaran terkini. Bukan sahaja itu, segala liabilities juga dibawa bersama kepada UJSB.
Harga pasaran terkini adalah:-
(a) TH Hotel Terengganu : RM 88 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 105.7 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 72.5 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 59 Juta.
Harga Jualan kepada UJSB oleh TH
(a) TH Hotel Terengganu : RM 133.7 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 160.6 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 110 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 89.7 Juta
Keuntungan
(a) TH Hotel Terengganu : RM 133.7 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 160.6 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 110 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 89.7 Juta
Mana ada orang yang sanggup bayar atau beli assets melebihi harga pasaran. Melainkan memang struktur ini sengaja dibuat untuk membantu TH yang sememangnya tengah tenat akibat daripada pengurusan dan pentadbiran pada zaman kerajaan lama.
Baiklah, sekarang saya akan cuba jawab dan tackle segala kerisauan dan kebimbangan netizen terhadap pelan penstrukturan ini terutamanya assets TH yang dijual dan dipindah milik kepada UJSB.
Berikut adalah rungutan dan kerisauan umum:-
(a) nasib pekerja-pekerja yang diberhentikan dan hilang mata pencarian dengan THHR;
(b) assets milik TH dijarah dan tergadai kepada pihak lain;
(c) assets TH dikawal dan dikuasai oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng – Cina DAP, sentiment harta umat Islam tergadai di tangan Cina dan kerisauan dan bimbang andai assets tersebut akan terjual kepada taukey Bukan Islam.
Penjelasan saya berhubung isu-isu diatas adalah seperti berikut:-
A. Nasib Pekerja-pekerja
A.1 Dalam mana-mana struktur penjualan, pembelian dan pemindahan assets ini, tidak dapat tidak, ianya akan mengalami proses yang melibatkan pekerja. Dalam erti kata lain, ianya adalah transfer of assets / business together with employees.
A.2 Bila kita pindah / jual assets atau business dari A kepada B, maka pekerja-pekerja tidak boleh dipindahmilik / dijual begitu sahaja sebagaimana yang kita lakukan pada assets tersebut. Ini kerana, pekerja tersebut berkerja dan digaji di bawah majikan A.
A.3 Maka, pemindahan tersebut tidak dapat dilakukan melainkan majikan A perlu memberhentikan terlebih dahulu pekerjanya dan majikan baru, iaitu B, akan mengeluarkan surat tawaran bekerja kepada pekerja tersebut.
A.4 Situasi ini pernah berlaku dalam negara kita. Sebagai contoh, penstrukturan semula MAS dan penubuhan MAB. Kan dahulu gempar dalam negara dan siap ada buat majlis doa selamat bagai, dan solat hajat. Dalam proses tersebut, MAS mengeluarkan surat berhenti (MSS or VSS) kepada pekerjanya dari terus berkerja dengan MAS dan seterusnya MAB mengeluarkan surat tawaran berkerja untuk berkerja dengan MAB.


CERITA SEBENAR 4 HOTEL TABUNG HAJI DIJUAL SIRI 3



A.5 Maka, situasi yang sama dilakukan oleh TH dalam isu ini. THHR memberhentikan hampir 90% pekerjanya (siap ada pampasan lagi) dan kemudiannya ditawarkan untuk berkerja di bawah UJ Property Management Sdn Bhd (“UJPM”).
A.6 Isu pemberhentian pekerja ini tidak akan timbul andai pengambilaihan dibuat di peringat atasan iaitu melibatkan skim pembelian / pengambilalihan saham dalam THHR dari TH kepada UJSB. Dalam skim ini, ianya tidak akan melibatkan pemindahan pekerja dan pekerja sedia ada akan terus berkerja di bawah syarikat tersebut.
A.7 Untuk memahami proses dan kesan serta perbezaan antara struktur penjualan, pembelian dan pemindahan assets dengan skim pembelian / pengambilalihan saham, anda semua boleh merujuk kepada Gambar Rajah 2.
B. Assets milik TH dijarah dan tergadai
B.1 Bagi saya, kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali. Berdasarkan kepada carian profile syarikat UJSB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, saya dapati bahawa UJSB adalah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan (Pemerbadanan).
B.2 Berdasarkan pengalaman saya memberikan nasihat guaman kepada MAHB, Bank Pembangunan, Agro Bank, Felda. Petronas dan sebagainya, hampir kesemua entiti tersebut juga dimiliki oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) [The Minister of Finance (Incorporated)].
B.3 Jadi, adakah kita akan katakan bahawa Lim Guan Eng menguasai kesemua entiti-entiti ini?
B.4 Bahkan, tiada pihak lain atau entiti lain yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersebut. Hanya MKP sahaja yang memiliki saham dalam entiti tersebut.
B.5. Maka, bagaimana mungkin kita katakan bahawa assets milik Tabung Haji dijarah atau tergadai kepada pihak lain?
C. Assets TH dikawal dan dikuasai oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng – Cina DAP
C.1 Bila terbaca persepsi ini, jelas sekali ianya adalah tidak tepat dan tidak benar!
C.2 Di sini saya ingin menjelaskan dua perkara:-
(i) apa itu Menteri Kewangan (Perbadanan) (“MKP”) dan fungsinya; dan
(ii) pemisahan kuasa antara ahli lembaga pengarah (Board of Directors) dan juga pemegang saham (Shareholders)
C.3 Apa dia MKP ni? MKP ini adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 dan ianya bukanlah individu atau erti kata lain, MKP ni bukannya Lim Guan Eng. MKP ini adalah merupakan sebuah entiti atau badan korporat yang membolehkan MKP menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih. Ianya adalah dua (2) entiti atau individu yang berlainan.
C.4 Untuk tahu lebih lanjut tentang MKP ni, ini dia link https://www.treasury.gov.my/index.php/hubungikami/soalan-lazim/gic.html. Anda baca sendirilah apa Visi dan Misi. Jenuh nak taip semua kat sini. Atau link ini : https://www.treasury.gov.my/index.php/profilkementerian/bahagian-unit/sbm.html
C.5 Daripada link di atas, terdapat lebih kurang 70 buah syarikat yang dipegang oleh MPK. So, kalau nak kata MPK ini adalah Lim Guan Eng, tak tau lah nak cakap apa. Dah jelaskan berjela dan panjang lebar, still conclusion dia menuju kat situ juga. Mintak maaf, saya tak dapat nak bantu anda.
C.6 Berhubung dengan isu pemisahan kuasa antara Ahli Lembaga Pengarah (Directors) dan Pemegang Saham (Shareholders), ianya sudah jelas dalam kes Petra Perdana (rujukan number, cari sendiri la kat Google) bahawa Shareholders tidak boleh tentukan apa yang terbaik untuk syarikat. Ini kerana, kuasa mentadbir dan menentukan hala tuju sesebuah syarikat adalah terletak dalam tangan Directors.
C.7 Segala keputusan yang ditentukan oleh Directors tidak tertakluk kepada arahan Shareholders. Ini sudah jelas di bawah Akta Syarikat 2016 di bawah Seksyen 211 (1) seperti berikut:-
“The business and affairs of a company shall be managed by, or under the direction of the Board”
C.7 Ini kerana Directors hendaklah bertindak for a proper purpose and in good faith for the best interest of the company. Kegagalan Directors bertindak sedemikian, akan mengakibatkan Directors tersebut akan didapati bersalah dan dipenjara sehingga tempoh 5 tahun atau denda sehingga RM 3 juta atau kedua-duanya.
C.8 Dalam erti kata mudah, MKP (andai ianya dirujuk sebagai Lim Guan Eng) tak leh nak gugat dan kacau pentadbiran UJSB ni. Sbb UJSB dikawal and guarded by its own Boards. So, takkan lah Boards UJSB mudah-mudah nak dipengaruhi oleh MKP (andai ianya dirujuk sebagai Ling Guan Eng) untuk buat sesuatu yang tak menguntungkan syarikat dan merugikan syarikat. Kalau nak faham selebihnya kuasa Directors and pemisahan dari campur tangan Shareholders, eloklah baca sampai habis kes Petra Perdana setebal 216 muka surat tu.
C.9 Kalau betullah Boards UJSB begitu lemah dan kurang cerdik dengan menggadaikan assets syarikat dengan begitu sahaja, semestinya mereka semua akan bertanggungjawab dan didapati bersalah di bawah Seksyen 213 (3), Akta Syarikat 2016.

CERITA SEBENAR 4 HOTEL TABUNG HAJI DIJUAL SIRI 4 AKHIR



C.10 Berdasarkan kepada carian profile UJSB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, berikut adalah Directors of UJSB:-
(a) Datin Rashidah Binti Mohd Sies;
(b) Mohd Shukri Bin Hussin;
(c) Mohd Hassan Bin Ahmad;
(d) Imri Dolhadi Bin Ab Wahab;
(e) Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir;
(f) Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman; dan
(g) Datuk Adinan Bin Maning.
C.11 Tak ada pula nama-nama di kalangan Directors yang berbau Cina ke or India ke or Bukan Islam. Bahkan, semuanya adalah Islam. Kalau nak tahu semua profile mereka semua ni, Google aje. Mereka ini bukan calang-calang orang.
C.12 Katakanlah, andai suatu hari nanti apa- apa yang akan berlaku pada Directors and suddenly kesemua Directors bertukar tangan kepada Non-Muslim, TH still apa kuasa besar. Bagaimana?
C.13 Bila-bila masa TH boleh exercise its right as Preference Shareholders to convert the RCPS-i to ordinary shares, subject to the terms and conditions of the subscription of Preference Shares Dalam erti kata lain, TH akan tukar saham utama mereka kepada saham biasa dalam UJSB.
C.14 So, bila TH tukar aje RCPS-i kepada saham biasa, sudah tentu TH akan memegang majoriti saham dalam UJSB kerana MKP hanya mempunyai satu (1) sahaja saham biasa (ordinary shares) dalam UJSB dan TH memiliki 99.99% saham dalam UJSB. So, TH boleh fight dalam AGM untuk melantik Directors representing TH dalam UJSB tu mengatasi jumlah Directors yang dilantik oleh MKP, bergantung dan tertakluk kepada Perlembangaan syarikat (dahulunya dikenali sebagai Articles of Association).
C.15 Di penghujung proses penukaran saham tersebut, UJSB akhirnya menjadi milik TH juga. Ini kerana, TH memegang saham 99% dalam UJSB tu.
C.16 Andai Directors dikuasai kesemua oleh Muslim, terdapatnya pemisahan kuasa antara MKP dan Directors dalam UJSB, dan TH mempunyai kekuatan dari sudut Saham Utama / Istimewa (Preference Shares), maka mana mungkin assets umat Islam tergadai? Mana mungkin assets umat Islam akan dijual ke taukey-taukey Bukan Islam?
C.17 Tak kan semudah itu sekali assets TH nak kena gadai mcm tu? Kalau ada lagi orang yang masih beranggapan sedemikian, maka tak dapat lah saya nak bantu. Dah jelas panjang lebar penjelasan yang saya tulis ni, kalau masih lagi ada yang tutup mata dan butakan hati untuk menerima penjelasan, hanya Allah sahajalah yang mempunyai kuasa untuk memberikan pentunjuk kepada mereka. Semoga pencerahan saya ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana.
Mohd Ashraf Ramli
Peguam
Kuala Lumpur

ANWAR CADANG PERALIHAN KUASA SELEPAS APEC?

JANGAN GELOJOH MANSUH HUTAN SIMPAN

AYUH BERJIHAD SEBAR BERITA FITNAH...DENDA SAJA DAN PENJARA,BUKAN DIBUNUH....



Kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerja khas merangkumi polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memburu penyebar berita palsu mulai hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Haaa...bagi kaki putaq alam dan penyebar berita palsu, elok siap sedia berjihad...alaaaa....sikit ja tu...jom la sebar berita palsu....

Soal berita ini bukan tidak boleh mengkritik kerajaan, tetapi menghukum dengan  fitnah dan adu domba dengan berita 
yang bukan sahaja tidak benar,malahan diputar belit dengan fatwa,agama malah melibatkan ayat ayat quran itu ini bagi memboehkan dan disesuaikan dakwaan fitnah mereka...

Jadi... takdir..takdir...takdir..



HOSPITAL WAKAF PERTAMA.



https://m.facebook.com/megaklinik.kasihcyberjaya/

Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.

Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada dimalaysia ini.

Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai  satu  entiti yang berlandaskan  patuh syariah dan  bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.

Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan member pengkhidmatan  secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.

Bukan  sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan . Menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.

Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.
Kita semua sedia maklum ..

Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada
1. Golongan Asnaf
2. Mereka yang tidak berkemampuan
3. Pesakit ada kad JKM
4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)
5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)

Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua  peralatan dating dalam konsep wakaf.

Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma? Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.

Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana. Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.
Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke acc

KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL
KASIH HOLDINGS SDN BHD
26601600017920 - RHB BANK.
( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share

LAWAN HUJAH DENGAN HUJAH..AJAK BERDEBAT DAN ADAKAN SIARAN LANGSUNG.


Beliau antara yang begitu lantang mempersoal dan malah memfitnah kisah TH. beliau juga dikenali sebagai tukang baca doa lingkup PH dan akhir beliau juga melingkup di kawasan beliau bertanding..PH menguasai media, maka gunakan media itu berdebat, teemasuk asraf wajdi,mokhtar senik dan juga Hadi Awang berkaitan isu semasa.Jadi jantan lah PH selain mempunyai kuasa dalam menganjurkan debat dan maklumat.Golongan lebai lebai ini pun bukan boleh dibiarkan dengan dakyah mengarut mereka...ayuh PH, berdebat adalah jalan terbaik selain mengambil tindakan undang undang.

KEPADA PEMBACA BLOG YANG BUDIMAN. TALIAN KERAPKALI TERPUTUS PUTUS KERANA BERADA DILUAR KAWASAN.ADMIN  SEBOLEH MUNGKIN AKAN MENGUPDATE MAKLUMAT YANG DIHANTAR. TQ.

KEPUTUSAN DIPATUHI,TAPI BUKAN SEMUA SUKA MAHATHIR KEKAL SAMPAI BILA BILA.



Meskipun Majlis Presiden dalam mesyuaratnya semalam telah membuat keputusan agar Tun Mahathir Mohamad yang menentukan bila tarikh peralihan kuasa mahu dilakukannya kepada Anwar Ibrahim selepas selesai Sidang Apec pada November depan, tetapi nampaknya ramai yang terus berbelah lagi dengan perkara itu.
Sementara keputusan itu harus dihormati, lebih ramai yang sangsi bahawa Tun Mahathir benar-benar seorang yang jujur, ikhlas dan berpegang kepada janji.
Jika sebelum ini janji dua tahun sudah dimungkirinya, kini tidak ada jaminan janji serah kuasa selepas Sidang Apec juga tidak akan dimunafikinya.
Demi kuasa, Tun Mahathir telah terbukti sanggup melakukan apa saja bagi matlamat itu.
Apatah lagi dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden malam tadi, ternampak benar keangkuhan dan kesombongannya di sebalik usianya yang sudah menuju 95 itu.
“Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Apec.
“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan yang dipersetujui oleh Majlis Presiden kepada saya,” katanya.
Dalam hal ini, memang benar persetujuan diberikan kepadanya menentukan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Apec, tetapi apakah “terpulang kepada saya sama ada nak lepas atau tidak” itu juga merupakan perkara yang dipersetujui oleh Majlis Presiden?
Dari segi logik, setelah Majlis Presiden menyetujui agar Tun Mahathir menentukan tarikh peralihan kuasa selepas selesai Sidang Apec, tentulah mustahil mereka juga menyetujui agar “terpulang kepadanya sama ada nak lepas atau tidak”.
Jika itu dipersetujui, bermakna Anwar yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan sendirinya tidak mahu Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.
Kalau mahu diserah kepadanya sama
ada nak lepas atau tidak, memang sah Tun Mahathir akan pegang jawatan Perdana Menteri ini sehingga mati.
Tidakkah itu sesuatu yang mustahil sebenarnya, sedangkan kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir adalah ketetapan dan perjanjian dalam PH yang sudah dimuktamadkan sebelum PRU14 lagi?
Tetapi, mengapa Tun Mahathir dengan selamba masih menyebut “terpulang kepada saya sama ada nak lepas atau tidak” dalam sidang medianya?
Hakikatnya, itulah Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang dan sentiasa lapar bila ada kuasa.
Kalau sebelum ini beliau berdolak-dalik berhubung tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang, kini beliau meneruskan lagi agendanya ingin kekal berkuasa dengan mengatakan “terpulang kepadanya sama ada nak lepas atau tidak” walaupun perkara itu mustahil dipersetujui dalam mesyuarat.
Maka itu, tidak ramai yang dapat menerima keputusan mesyuarat Majlis Presiden malam semalam, walaupun menghormati keputusan tersebut.
Ramai yang percaya, Tun Mahathir memang tidak mahu menunaikan janji peralihan kuasa itu dan sedang mencari masa dan alasan lain untuk memungkirinya.
Sehingga November nanti, macam-macam perkara boleh berlaku dan dirancangnya bersama kuasa yang masih terkumpul atas jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Dalam hal ini, sementara keputusan mesyuarat Majlis Presiden itu dihormati, gerakan menuntut janji peralihan kuasa dikekalkan pada Mei haruslah terus berjalan dan digerakkan.
Gerakan seperti itu, tidak kira diusahakan oleh siapa jua, setidak-tidaknya menunjukkan tidak semua tidur lena dan gembira dengan keputusan mesyuarat semalam.
Yang lebih penting, tidak semua suka Tun Mahathir ada lebih lama sebagai Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 22/02/2020)


(function() { var d = document, w = window; w

JAWATANKUASA BUKA PARLIMEN...PATUT LA SEMBAB

  MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Help me to understand this, nak buka parlimen pun nak kena ada jawatankuasa? Semua benda nak ada jawatankuasa, pa...