CERITA SEBENAR 4 HOTEL TABUNG HAJI DIJUAL SIRI 3



A.5 Maka, situasi yang sama dilakukan oleh TH dalam isu ini. THHR memberhentikan hampir 90% pekerjanya (siap ada pampasan lagi) dan kemudiannya ditawarkan untuk berkerja di bawah UJ Property Management Sdn Bhd (“UJPM”).
A.6 Isu pemberhentian pekerja ini tidak akan timbul andai pengambilaihan dibuat di peringat atasan iaitu melibatkan skim pembelian / pengambilalihan saham dalam THHR dari TH kepada UJSB. Dalam skim ini, ianya tidak akan melibatkan pemindahan pekerja dan pekerja sedia ada akan terus berkerja di bawah syarikat tersebut.
A.7 Untuk memahami proses dan kesan serta perbezaan antara struktur penjualan, pembelian dan pemindahan assets dengan skim pembelian / pengambilalihan saham, anda semua boleh merujuk kepada Gambar Rajah 2.
B. Assets milik TH dijarah dan tergadai
B.1 Bagi saya, kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali. Berdasarkan kepada carian profile syarikat UJSB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, saya dapati bahawa UJSB adalah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan (Pemerbadanan).
B.2 Berdasarkan pengalaman saya memberikan nasihat guaman kepada MAHB, Bank Pembangunan, Agro Bank, Felda. Petronas dan sebagainya, hampir kesemua entiti tersebut juga dimiliki oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) [The Minister of Finance (Incorporated)].
B.3 Jadi, adakah kita akan katakan bahawa Lim Guan Eng menguasai kesemua entiti-entiti ini?
B.4 Bahkan, tiada pihak lain atau entiti lain yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersebut. Hanya MKP sahaja yang memiliki saham dalam entiti tersebut.
B.5. Maka, bagaimana mungkin kita katakan bahawa assets milik Tabung Haji dijarah atau tergadai kepada pihak lain?
C. Assets TH dikawal dan dikuasai oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng – Cina DAP
C.1 Bila terbaca persepsi ini, jelas sekali ianya adalah tidak tepat dan tidak benar!
C.2 Di sini saya ingin menjelaskan dua perkara:-
(i) apa itu Menteri Kewangan (Perbadanan) (“MKP”) dan fungsinya; dan
(ii) pemisahan kuasa antara ahli lembaga pengarah (Board of Directors) dan juga pemegang saham (Shareholders)
C.3 Apa dia MKP ni? MKP ini adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 dan ianya bukanlah individu atau erti kata lain, MKP ni bukannya Lim Guan Eng. MKP ini adalah merupakan sebuah entiti atau badan korporat yang membolehkan MKP menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih. Ianya adalah dua (2) entiti atau individu yang berlainan.
C.4 Untuk tahu lebih lanjut tentang MKP ni, ini dia link https://www.treasury.gov.my/index.php/hubungikami/soalan-lazim/gic.html. Anda baca sendirilah apa Visi dan Misi. Jenuh nak taip semua kat sini. Atau link ini : https://www.treasury.gov.my/index.php/profilkementerian/bahagian-unit/sbm.html
C.5 Daripada link di atas, terdapat lebih kurang 70 buah syarikat yang dipegang oleh MPK. So, kalau nak kata MPK ini adalah Lim Guan Eng, tak tau lah nak cakap apa. Dah jelaskan berjela dan panjang lebar, still conclusion dia menuju kat situ juga. Mintak maaf, saya tak dapat nak bantu anda.
C.6 Berhubung dengan isu pemisahan kuasa antara Ahli Lembaga Pengarah (Directors) dan Pemegang Saham (Shareholders), ianya sudah jelas dalam kes Petra Perdana (rujukan number, cari sendiri la kat Google) bahawa Shareholders tidak boleh tentukan apa yang terbaik untuk syarikat. Ini kerana, kuasa mentadbir dan menentukan hala tuju sesebuah syarikat adalah terletak dalam tangan Directors.
C.7 Segala keputusan yang ditentukan oleh Directors tidak tertakluk kepada arahan Shareholders. Ini sudah jelas di bawah Akta Syarikat 2016 di bawah Seksyen 211 (1) seperti berikut:-
“The business and affairs of a company shall be managed by, or under the direction of the Board”
C.7 Ini kerana Directors hendaklah bertindak for a proper purpose and in good faith for the best interest of the company. Kegagalan Directors bertindak sedemikian, akan mengakibatkan Directors tersebut akan didapati bersalah dan dipenjara sehingga tempoh 5 tahun atau denda sehingga RM 3 juta atau kedua-duanya.
C.8 Dalam erti kata mudah, MKP (andai ianya dirujuk sebagai Lim Guan Eng) tak leh nak gugat dan kacau pentadbiran UJSB ni. Sbb UJSB dikawal and guarded by its own Boards. So, takkan lah Boards UJSB mudah-mudah nak dipengaruhi oleh MKP (andai ianya dirujuk sebagai Ling Guan Eng) untuk buat sesuatu yang tak menguntungkan syarikat dan merugikan syarikat. Kalau nak faham selebihnya kuasa Directors and pemisahan dari campur tangan Shareholders, eloklah baca sampai habis kes Petra Perdana setebal 216 muka surat tu.
C.9 Kalau betullah Boards UJSB begitu lemah dan kurang cerdik dengan menggadaikan assets syarikat dengan begitu sahaja, semestinya mereka semua akan bertanggungjawab dan didapati bersalah di bawah Seksyen 213 (3), Akta Syarikat 2016.