PM TIADA PILIHAN SELAIN MEMAKSA AZAM BAKI BERCUTI ATAU LETAK JAWATAN







Terlalu banyak beban buruk yang dipikul oleh PM dari Umno iaitu Ismail Sabri sekarang.  Apabila beliau mengambil alih jawatan PM dari kerajaan tebuk atap pimpinan Mahiaddin, kerajaan gagal yang sama dipimpin oleh Ismail Sabri dan terus memburukkan keadaan negara.


Tidak habis dengan isu Pandora Paper, isu NDB, isu balak, isu vaksin, isu banjir, dan kini wujud pula isu melibatkan orang kuat SPRM, Azam Baki.  Kesemua isu ini dipandang sepi oleh semua parti yang mendokong kerajaan tanpa mandat rakyat ini termasuk komen positif dari parti Pas yang memuji kenyataan Azam Baki.  Mana suara panglima-panglima yang hebat melaungkan ketuanan kerajaan melayu islam?  Inikah bentuk kerajaan melayu islam itu?


Ini belum kita bertanya tentang di manakah 6 buah helikopter yang dibeli sejak tahun 2016 dan dijanjikan sampai ke negara kita hujung tahun 2021.  Duit telah dibayar, apakah helikopter itu telah sampai? Apakah ditangguh lagi? 


PM tiada pilihan lain, jika beliau tidak mahu letak jawatan, paling kurang dia paksa Azam letak jawatan.  Jika itu pun beliau gagal lakukan, maksudnya erajaan sekarang ini tiada maruah langsung.  Betullah kata orang, selagi Umno berkuasa, selagi itulah penyelewengan akan disembunyikan.  Rakyat terus menderita.


WFAUZDIN NS




Bah besar luar jangka berpotensi berulang, kata pakar


Limpahan banjir dan tanah runtuh yang pada asasnya merupakan elemen normal tindak balas eksogen, berubah skala menjadi sesuatu yang besar serta bersifat bencana apabila tanah (baik di kawasan tinggi mahupun landai) diteroka secara tidak terkawal, kata pakar geologi, Nor Shahidah Mohd Nazer. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bah besar luar jangka yang melanda Lembah Klang, khususnya di Taman Sri Muda dan Hulu Langat, baru-baru ini, berpotensi untuk berulang di kawasan terbabit kerana kriteria fizikal yang mempengaruhi bencana itu sudah dipenuhi.

Pakar geologi kejuruteraan dan mekanik tanah, Nor Shahidah Mohd Nazer, berkata malah bencana serupa boleh berlaku di kawasan lain.

Justeru mahu tidak mahu, beliau berkata, masyarakat amnya perlu sentiasa bersedia untuk hidup dengan bencana sekalipun kawasan mereka tidak pernah menghadapi situasi itu buat masa ini.

“Bencana alam memang akan berlaku melalui proses eksogen di permukaan bumi. Namun, pembangunan tidak mampan dan tidak dikawal selia dengan baik, memburukkan lagi proses hakiki ini, menerusi tekanan tambahan kepada permukaan tanah serta kitaran hidrologi.

“Justeru, limpahan banjir dan tanah runtuh yang pada asasnya merupakan elemen normal tindak balas eksogen, berubah skala menjadi sesuatu yang besar serta bersifat bencana apabila tanah (baik di kawasan tinggi mahupun landai) diteroka secara tidak terkawal,” katanya kepada Bernama.

Eksogen adalah proses seperti hakisan, penyusutan jisim, pemendapan dan luluh hawa tanah yang mengubah permukaan bumi.

Mengambil contoh Taman Sri Muda, Nor Shahidah yang juga pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kawasan berkenaan mempunyai paras air bawah tanah yang cetek, justeru mudah digenangi air kerana kapasiti penyimpanan air oleh tanah yang rendah.

“Kedudukan kawasan yang lebih landai daripada kawasan landai lain memburukkan lagi keadaan. Selain itu, wujud tanah tinggi gambut dan lempung marin di kawasan Shah Alam, iaitu dua komponen yang menyebabkan tanah sangat lembut serta tidak stabil dengan potensi pemendapan serta kadar memegang air yang tinggi.

“Justeru apabila banjir, kawasan sebegini akan paling mudah terjejas dan menyebabkan air bergenang,” katanya.

Bukan perkara baru

Nor Shahidah menjelaskan, tekanan ke atas permukaan tanah dan kitaran hidrologi disebabkan pembangunan, bukan perkara baharu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia sudah rancak berlaku sejak zaman pascamerdeka melalui penerokaan hutan di beberapa negeri untuk dibangunkan sebagai kawasan perbandaran.

Susulan perkembangan itu, katanya, beberapa siri kejadian banjir direkodkan, termasuk bah besar pada 1971, menandakan pengaruh manusia mula menampakkan kesan kepada alam sekitar.

“Perlu difahami, sistem sungai merupakan satu rantaian berkesinambungan dan berhubung dengan sistem sungai yang lain.

“Jadi, tidak menghairankan apabila kapasiti sungai di satu-satu kawasan meningkat, sistem sungai di kawasan lain yang terletak berpuluh kilometer jauhnya turut terkesan.

“Hujan ekstrem yang turun menambah kapasiti limpahan air melebihi biasa dan pelbagai faktor seperti sistem perparitan lemah, zon tidak telap air dan ketepuan tanah, menambah buruk kejadian banjir.

“Kejadian air pasang juga menyebabkan aliran air dari sungai ke laut terhenti seketika dan kekal bergenang di daratan,” katanya.

Mengambil kira keadaan semasa termasuk perubahan iklim, Nor Shahidah menyarankan agar pembangunan di kawasan berisiko, terutama yang boleh memberi tekanan kepada sistem tanah dan hidrologi, dihadkan.

Sebagai contoh, beliau berkata, bandar yang pesat membangun perlu dihadkan jumlah projek mega agar kesemuanya tidak berjalan serentak, selain mengawal selia projek berskala kecil yang diluluskan.

“Jika ini berlaku, kemungkinan besar skala bencana dan impaknya terhadap rakyat dapat dikurangkan dengan drastik,” katanya.

Pengurusan banjir

Selain itu, pengurusan bencana banjir perlu dilaksanakan dengan pelan kontingensi yang terancang, termasuk memperluas zon tebatan banjir, mengambil kira faktor hujan ekstrem dan kadar ketepuan tanah selepas hujan.

“Contohnya, Pakistan mengalami banjir terburuk dalam sejarahnya pada 2010 serta 2011. Keadaan itu berterusan hingga dua tahun selepas itu kerana faktor ketepuan tanah masih tinggi akibat banjir pada 2010.

“Perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika kita tidak memastikan sistem tanah dan sungai di kawasan yang pernah dinaiki banjir, bersedia menerima hujan lebat pada masa akan datang,” katanya sambil menegaskan pembinaan kawalan berstruktur amat perlu untuk membantu penyeimbangan semula kapasiti takungan air di sesuatu kawasan terjejas.

Beliau berkata, sekalipun rakyat perlu belajar hidup dengan bencana, kerajaan juga harus memastikan pengurusan bencana berada pada tahap optimum berserta pelan kawalan banjir yang komprehensif, disesuaikan mengikut keadaan geologi, geografi dan sosioekonomi kawasan.

Katanya, tahap kesiapsiagaan rakyat juga perlu dipertingkat melalui hebahan maklumat yang pantas, selain melatih mereka sentiasa berwaspada terhadap amaran dikeluarkan pihak berkuasa.

Nor Shahidah juga berpendapat, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji semula sistem mitigasi yang ada kerana ia wujud sejak era 80-an serta 90-an dengan kebanyakannya tidak membuat unjuran kepesatan pembangunan dan populasi penduduk terkini.

Ini termasuk sistem terowong SMART yang dilihat sebagai antara sistem paling ke hadapan ketika mula beroperasi pada 2007.

Selepas 15 tahun beroperasi, katanya, kemampuan terowong itu perlu dikaji semula dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Malah di Jepun, beliau berkata, pakar negara itu turut meragui kemampuan sistem terowong mega bawah tanah di Tokyo yang beroperasi sejak 2006, dalam menampung perubahan iklim yang ekstrem.

“Jika sistem negara lain dengan kapasiti jauh lebih besar turut terkesan oleh perubahan iklim, apatah lagi kita. Tambahan pula, kedudukan negara yang terletak berdekatan garis lintang Khatulistiwa menyebabkan taburan hujan negara kita adalah lebih banyak dan lebat,” katanya.

Amanah serah memo gesa Agong titah PM tubuh RCI siasat Azam


Pemuda Amanah menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Memo itu diserahkan kepada pihak Istana sekitar jam 3 petang di Pintu Utama Istana Negara hari ini.

MGNews: Isu Azam Baki : Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup - Ma...



Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.


MGNews: Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe...



Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bercakap kepada media bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia di Kompleks D, Putrajaya.




ROMBAK KABINET TAK ADA BEZA JIKA KITAR SEMULA



"Jadi saya rasa tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet, malah jika penyusunan semula mungkin banyak masalah baharu timbul sebab anggota Jemaah Menteri baharu perlu belajar semula dari A hingga Z, mengkaji pelbagai masalah dihadapi dan sebagainya. "Tindakan itu hanya membuang masa dan mencetuskan kacau-bilau dalam kerajaan. Oleh itu, desakan supaya Perdana Menteri menyusun semula Kabinet Keluarga Malaysia buat sekarang adalah tidak kena pada masanya," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.



NAK BUAT AMAL IBADAT PUN MENIPU ? HABIS KALAU JANGKIT ATAU DIJANGKITI PADA ATAU DARI ORANG LAIN MACAMANA ?....MESTI SALAHKAN TAKDIR...

 


Zalim! Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat



Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi untuk mengerjakan umrah disifatkan sebagai menzalimi orang yang benar-benar mempunyai sijil vaksin sah, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 bagi tujuan mengerjakan umrah dianggap menzalimi pihak lain dan individu melakukannya perlu bertaubat, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Beliau berkata, sekiranya tidak dibendung perbuatan itu menjadi amalan yang mencalarkan imej agama dan negara.

“Yang pasti, tiada siapa kata boleh menipu. Disebabkan dia (pemalsu sijil vaksin), nanti sijil vaksin sudah tidak lagi boleh dipercayai.

“Dia akan menzalimi orang yang benar-benar memiliki sijil vaksin sah. Dia buka peluang untuk zalimi pihak lain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik, mendedahkan terdapat jemaah umrah dijangkiti Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan keluar mengerjakan ibadat itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, disebabkan faktor kesihatan atau enggan divaksinasi.

Dalam pada itu, Zamri berkata, perbuatan menipu sijil vaksin bagi mengerjakan umrah turut dikhuatiri menyebabkan ibadat itu tidak tergolong sebagai mabrur (diterima).

“Kalau ikut hukum dan syarat, ibadah itu sah. Namun, walaupun sah belum tentu mabrur, diterima.

“Kepada yang sudah terlanjur melakukan perbuatan itu (menipu sijil vaksin), bertaubatlah kepada Allah dan jangan ulangi semula,” katanya.


PM diberi masa tujuh hari rehatkan Azam Baki jika tidak…DEMONTRASI BESAR BESARAN

 


Biro Mobilisasi AMANAH Nasional memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bertindak merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Ketuanya Mohd Sani Hamzan berkata pihaknya memberi masa tujuh hari selepas penyerahan memorandum kepada Istana Negara hari ini bagi meminta Tuanku menitahkan perdana menteri merehatkan Azam Baki.

Beliau berkata, jika tiada apa-apa tindakan daripada perdana menteri satu himpunan besar akan diadakan di pejabatnya di Putrajaya

“Kalau tidak ada apa-apa tindakan daripada PM, kita akan anjurkan satu himpunan besar, himpunan menuntut supaya ketua SPRM ini direhatkan kita akan adakan himpunan ini di Putrajaya di hadapan Pejabat PM,” katanya.

Isu dakwaan konflik kepentingan saham atas nama Tan Sri Azam Baki perlu disiasat secara telus dan terperinci demi menjamin integriti SPRM.

Arahan untuk merehatkan Azam Baki supaya membenarkan siasatan di buat ke atasnya dengan bebas dan telus.


KWSP : KEPERLUAN MANUSIA YANG BERBEZA ...





Kerap juga aku tulis tentang KWSP ni. Tapi bukan sebab aku nak keluarkan duit itu. Setakat ini aku tak perlu InsyaAllah. Dan aku juga bukan ahli politik yang perlu isu begini untuk popular.

Tapi sebab aku pernah rasa peritnya tak ada duit bila dalam keadaan yang memerlukan. Sampai rasa nak pinjam ahlong. Jadi aku faham bagaimana rasa mereka yang dilanda bencana ini.

Aku lihat lepas seorang, seorang buat kenyataan tentang ini. Sedihnya, pemimpin PH yang patut faham denyut nadi rakyat, turut keluarkan kenyataan yang sama. Apa dah jadi?

Aku tak nafikan kerajaan ada beri bantuan. Tapi yang rakyat perlu sekarang ini duit tunai. Voucher dan diskaun tak memberi erti jika tiada wang tunai. Kata kuncinya wang tunai!

Dan keperluan setiap orang tak sama. Ada yang lebih utamakan barang sekolah anak. Ada yang mahu bangkit dengan mulakan perniagaan. Ada yang nak betulkan rumah.

Lain. Keperluan mereka tak sama. Nak address keperluan berbeza ini dengan satu pendekatan yang sama adalah salah. Sebab itu aku katakan hanya dengan pemberian tunai sahaja dapat membantu selesaikan masalah rakyat. Biarkan mereka uruskan sendiri ke mana duit itu hendak dibelanjakan.

Dan kena juga ingat. Rakyat bukan terjejas dengan banjir sahaja. Ada juga rakyat yang tak kena banjir tapi PKP yang dilaksanakan telah musnahkan hidup mereka dan apa yang mereka usahakan.

Mereka juga perlu dibantu. Tapi bantuan sekarang hanya tertumpu kepada mangsa banjir. Bagaimana dengan mereka ini? Haruskah mereka meminjam ahlong untuk teruskan hidup?

Betul KWSP itu untuk memastikan kehidupan yang selesa apabila pencen. Tapi adalah itu bererti yang mereka harus tersiksa sekarang, mungkin sampai terpaksa jadi gelandangan?

Masa depan mereka masih selamat jika anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan membela nasib mereka, InsyaAllah. Tapi kalau sekarang ini mereka nak sekolahkan anak pun jadi masalah, apa cara untuk ubah masa depan mereka?

Jangan lupa, duit KWSP itu juga untuk bantu anak mereka. Tak benarkan pengeluaran KWSP hari ini mungkin menjejaskan masa depan generasi akan datang mereka.

Adakah ini yang dimahukan oleh kerajaan dan agensi-agensi yang bodek PM termasuk juga pemimpin PH yang menyokong pemberhentian pengeluaran duit KWSP ini?

Kamu dah kaya raya, hidup senang lenang, jangan fikir semua orang hidup senang seperti kamu. Dan jangan remehkan hidup orang dengan rasakan bantuan sebesar sebutir pasir itu nampak macam gunung pada rakyat. Jangan.

Raja Gelap

 

BARU SAJA TURUN 20 SEN...NAK NAIK SEMULA ? CISSS....






Alamak... Apa ni Nanta? Baru hari tu turun 20 sen. Ini dah suruh rakyat standby naik pulak? Belum sempat kitorang kumpul 20 sen tu untuk buat topup data...

Tapi dia kata naik takkan membebankan pengguna. Memang la kot. Pengguna macam dia kalau naik RM50 sekilo pun tak terbeban. Cuma membebalkan menteri je.

Tahniah la kepada unchai sekalian. Inilah kerajaan yang cekap. Dulu masa PH harga barang turun korang tak berkenan. Sekarang? Semoga bahagia.

Raja Gelap


AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT, DEMI SPRM, LETAK JAWATAN LANGKAH TERPUJINYA

 

Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi.

Bagi tujuan menepis dakwaan, sekaligus membersihkan diri kerana memiliki sejumlah besar saham dalam syarikat korporat dengan mengatakan akaun pembelian sahamnya telah digunakan oleh adiknya, beliau kini bakal berdepan kemungkinan melakukan banyak lagi kesalahan yang lain.

Sementara penjelasannya bahawa akaunnya telah digunakan adiknya begitu diragui dan sukar dipercayai, Azam seterusnya terdedah pula kepada kesalahan melanggar perintah am perkhidmatan awam, peraturan Suruhanjaya Sekuriti atau SC serta kedudukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM yang telah membersihkan namanya dengan didakwa melangkaui batas peranan yang sewajibnya.

Dalam perintah am, selain pemilikan saham oleh seseorang kakitangan awam perlu mendapat kebenaran Ketua Setiausaha kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu, had yang dibenarkan juga harus tidak melebihi RM100 ribu.

Dalam hal ini, adakah Azam telah mendapat kebenaran memiliki lebih dua juta saham yang dikaitkan dengannya itu?

Pengakuan Azam yang turut disahkan oleh LPPR bahawa saham tersebut adalah milik adiknya, tetapi menggunakan namanya, seterusnya mengundang potensi melanggar Akta Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 atau Sicda.

Jurucakap SC berkata, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial saham yang didepositkan atau atas nama syarikat yang diberi kuasa oleh penama.

“Selain itu, Seksyen 29A Sicda menetapkan bahawa semua urusan dalam sekuriti hendaklah dilaksanakan hanya oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa,” kata jurucakap itu lagi.

Dengan itu, SC dijangka akan melakukan siasatan, termasuk memanggil Azam dalam waktu terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan dan mengesahkan kebenarannya.

Selain dua kemungkinan kesalahan di atas, Azam juga terdedah dengan keraguan berkenaan sumber kewangan yang diperolehinya bagi membeli saham-saham tersebut.

Dengan laporan polis sudah dibuat oleh AMK Keadilan dan Wira Putra terhadap Azam, pelbagai kemungkinan siasatan begitu terdedah kepadanya.

Di waktu yang sama, oleh kerana Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang dilihat begitu gigih membela Azam, badan yang diterajuinya turut berdepan banyak pertikaian dan kritikan.

Antaranya, beliau digesa mendedahkan minit mesyuarat ketika Azam memberi penjelasan kepada LPPR pada 24 November lalu.

Di samping itu, tindakan LPPR membersihkan nama Azam hanya berdasarkan penjelasannya semata-mata, di samping dikecam, ia turut didakwa melanggar bidang kuasa yang ada padanya.

Disebutkan bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa di bawah SPRM 2009 untuk membebaskan Ketua Pesuruhjayanya daripada dakwaan konflik kepentingan.

Pendeknya, menepis dakwaan berkaitan pemilikan sahamnya dengan mengatakan akaunnya digunakan adiknya telah meletakkan Azam kini terperangkap di semua sudut siasatan.

Di sudut pemilikan saham itu sendiri terus membelit dirinya, kesalahan lain yang bakal menanti, jika disabitkan bersalah, tidak kurang berat hukumannya dengan antaranya ialah penjara dan denda berjuta-juta.

Rentetan itu, apa yang dimahukan banyak pihak ialah agar Azam segera dihadapkan ke sebuah badan penyiasatan bebas bagi menentukan dirinya bersih atau sebaliknya.

Begitu pun, dengan apa yang berlaku kepada Azam ini, sementara menunggu perkembangan seterusnya dan berserta beberapa kes melibatkan SPRM sebelum ini seperti kaitan individu tertentu dengan pengedaran dadah dan kehilangan wang berjumlah RM25 juta yang masih dalam simpanan dan siasatan, apa yang sahih ialah nama agensi tersebut sudah hancur di mata rakyat.

Sekarang ini SPRM bukan saja dicemuh, dikritik, diperlekeh dan tidak lagi dipercayai, malah ramai yang menganggapnya sudah pun mati.

Disebabkan Azam, bukan saja nama SPRM jadi busuk dan tidak berharga, bahkan tidak kurang yang tidak mahu “berazam” apa-apa lagi bila menyambut ketibaan tahun baru mulai tahun depan.

Untuk itu, selain perlunya Azam untuk segera bercuti dan membenarkan dirinya disiasat oleh sebuah badan bebas adalah tindakan yang boleh dikira terbaik, kesediaannya meletak jawatan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang adalah langkah yang lebih terpuji dan disanjung tinggi.

SPRM tidak lagi memerlukan Azam, walaupun Azam mungkin masih berharap untuk terus kekal di SPRM. – ShahbudinHusin 07/01/2021.


Azam Baki: AMANAH serah memorandum gesa Istana titah PM tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

 


Parti AMANAH Negara hari ini menyerahkan memorandum kepada Istana Negara supaya menitahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Ketua pemuda AMANAH Mohd Hasbi Muda berkata, biarpun  Azam Baki sudah menjawab dakwaan konflik kepentingan saham dikaitkan dirinya, siasatan lanjut dan terperinci oleh sebuah suruhanjaya bebas masih diperlukan bagi memastikan dakwaan terpalit ke atas beliau dapat diteliti sebaiknya.

Menurutnya,  Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tidak boleh menentukan Azam Baki bersalah atau tidak, kerana yang menentukan adalah suruhanjaya bebas.

“Kita kena tahu di dalam LPPR Azam merupakan salah satu ahli lembaga, kalau dia di dalam LPPR dan menyiasat dirinya sendiri ia seperti keluarga 69 lah dia siasat dia untuk menentukan dia tidak bersalah,” katanya.

Selain itu, AMANAH turut meminta pihak Istana Negara mendesak Ismail Sabri mengambil tindakan merehatkan Azam Baki supaya membenarkan siasatan di buat ke atasnya dengan bebas dan telus.

Katanya, sebagai seorang penguatkuasa undang-undang di bawah agensi naungan Tuanku selaku KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, tanggungjawab untuk membersihkan nama adalah lebih berat berbanding penjawat awam biasa.

“Sekarang ini dia pula nak saman kepada mereka yang menyebarkan maklumat, bagi saya inilah imej yang tidak baik kepada negara kita,” ujarnya.

Jelasnya, penyerahan memorandum kerana dibimbangi isu yang membabitkan Ketua SPRM ini akan menjadi bahan ketawa dalam kalangan masyarakat global.

“Kita sudah ditertawakankan dalam isu 1MDB, Langkah Sheraton dan isu katak, sekarang datang pula isu Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata beliau kepada media selepas serahan memorandum dibuat.

Justeru, katanya apa sahaja soal integriti yang berkait dengan Ketua SPRM akan menjejaskan imej Tuanku sendiri kerana Ketua SPRM telah mengangkat sumpah di depan Tuanku.

“Jadi isu pemilikan saham yang menggunakan adik itu ia bukan hanya tidak menjawab persoalam umum tetapi telah menimbulkan persoalan-persoalan baru kepada rakyat,” tambahnya.

Memorandum telah diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Istana Tuan Husni Yusof.


WOIII UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI LA ....






 

Terkini! Kakitangan awam tak perlu lagi jawab panggilan bos di luar waktu kerja bermula 1 Februari

 

Terkini! Kakitangan awam tak perlu lagi jawab panggilan bos di luar waktu kerja bermula 1 Februari


Kakitangan awam di Belgium tidak perlu lagi menjawab panggilan berkaitan kerja daripada majikan mereka di luar waktu bekerja bermula 1 Februari ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Peraturan tersebut dinyatakan menerusi memo yang dikeluarkan oleh Menteri Perkhidmatan Awam, Petra De Sutter.

Perkara serupa dijangka turut diaplikasikan di sektor swasta manakala cadangan kerja empat hari seminggu sedang dipertimbangkan bagi menerapkan ‘perubahan budaya’ pekerjaan di Belgium.

Kakitangan hanya boleh dihubungi selepas waktu kerja sekiranya melibatkan keadaan luar biasa dan tidak dijangka serta tindakan yang tidak boleh menunggu sehingga tempoh bekerja seterusnya, jelas memo tersebut.

De Sutter berkata, perubahan itu akan membantu menangani tekanan kerja berlebihan serta keletihan terutamanya disebabkan perintah bekerja dari rumah yang menimbulkan konflik keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan sosial.

Keadaan luar biasa dan tidak dijangka yang membenarkan panggilan kerja dilakukan itu tidak diperincikan dengan jelas di bawah peraturan baharu tetapi perjanjian boleh dibuat antara pengurusan dan kakitangan atau kesatuan sekerja untuk melaksanakannya.

Jurucakap Menteri Buruh Persekutuan, Pierre-Yves Dermagne memberitahu agensi berita The Brussels Times bahawa peraturan yang sama turut diaplikasi untuk sektor swasta yang akan berkuat kuasa serentak dengan pengenalan bekerja selama empat hari seminggu.


CEH..CEH CEH...KALAU 1 MDB PUN PUAS HATI..TAKAT AZAM BAKI..LEBAI PASTI PUAS HATI JUGA. PIMPINAN PAS NI MALAS NAK KAJI DAN FIKIR BANYAK BANYAK...

 


Panas! Pas puji Azam Baki

Panas! Pas puji Azam Baki

Langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Tan Sri Azam Baki secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak amat tepat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Tambahnya, kenyataan terbuka yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya.

“Pas menyambut baik langkah Azam yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak, termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

“Langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan itu umpama bagi menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia sekadar tuduhan melulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan, bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Dalam pada itu, Takiyuddin yakin pihak berkuasa akan meneliti, menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Google Earth & Kesan Pembalakan












Sebenarnya, bukanlah susah melihat kawasan gondol yang mana pokoknya ditebang. Cuma guna aplikasi percuma ‘Google Earth’. Terus boleh zoom ke kawasan yang menjadi fokus. Jalan yang dibuat oleh pembalak pun boleh nampak.

Tak pakai dron pun, boleh lihat dari gambar satelit dari rumah sahaja. Semuanya boleh dilihat asalkan yang melihat tidak sengaja membutakan mata.

Untuk gambar terkini, Google Earth Pro yang dulunya perlu berbayar kini boleh dimuatturun secara percuma.

Gambar-gambar satelit ini juga boleh dilihat dari tahun ke tahun dan menjadi bukti hutan yang dicerahkan untuk apapun tujuannya. Semua ceruk tempat di seluruh negara dapat dicerap dengan Google Earth.

Aplikasi ini dapat menunjukkan aktiviti pencerahan hutan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dialami kini, bukanlah berlaku sekelip mata tetapi bermula dari tindakan manusia sejak beberapa lama.

Macam mana nak tahu ada pembalakan? Pembalak akan membuat jalan tanah untuk membawa balak keluar. Tentulah dalam membina ‘jalan balak’ ini, semua pokok - tidak kira yang sudah besar atau yang sekecil-kecilnya akan ‘dibunuh’ untuk jalan dibina bagi lori keluar masuk.

Bila yang tinggal hanya tanah, hujan akan membawa tanah masuk ke sungai dan ini menjadikan sungai cetek. Maka bila air hujan banyak, air akan melimpah dan banjir pun berlaku. Semua pokok-pokok besar dan kecil yang ditebang termasuk untuk jalan balak akan dibawa hanyut, ‘mencekik’ sungai malah merosakkan rumah.

Bukanlah kita perlu menjadi genius untuk faham perkara ini.

Jika dikatakan tiada pembalakan, tentulah hairan jika balak yang dibawa sungai ketika banjir melanda nampak leper cantik di hujungnya kesan dari mesin gergaji. Pelik juga kalau pokok itu pandai untuk tumbang tanpa ada akar di hujung.

Alam tidak dapat bersuara.

Tetapi alam sudah banyak kali cuba menunjukkan semuanya kepada kita. Cuma bila mata terus dibuat buta, bukti sebesar balakpun dibuat tidak nampak. Senang saja, nafikan semua dan buat diam.

Benarlah bahawa bala datang kerana dosa manusia - dosa membunuh alam, dosa bersekongkol dengan pembunuh alam dan dosa untuk diam tatkala alam dimusnahkan.

Untuk kekayaan segelintir manusia, puluhan malahan ratusan ribu rakyat sengsara dan ekonomi musnah berpuluh bilion.

Rakyat yang ramai terpaksa berkorban untuk beberapa orang menjadi teramat kaya. Mereka yang kaya boleh berada di mana sahaja di dunia untuk berehat dan melancong, sama ada dengan penerbangan kelas pertama mahupun jet peribadi ketika rakyat bergelut dengan lumpur, rumah yang musnah dan perniagaan yang hancur apabila banjir besar melanda.

Semua kerugian terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir. Kalaupun gantirugi datang dari kerajaan, ia masih dari dana rakyat. Harta berbilion, beratus atau berpuluh juta yang dikaut oleh pembalak ini sedikitpun tidak terusik untuk membayar pampasan kerugian.

Kita sudah melihat kerosakan mega akibat banjir. Tetapi lebih besar dari itu, adalah kerosakan mega alam yang didiam dan dibutakan semua pandangan.

Akhirnya, kita semua akan kena dan sengsara kerana enggan melihat apa yang alam cuba tunjukkan.

Diam dan bisu hatta sudah merasa sengsara dari banjir dan hutan yang gondol oleh mereka yang hanya mahu poket sendiri penuh tanpa peduli orang lain. Hanya kita yang dapat bersuara bagi pihak alam, atas nama kasih dan cinta kepada negara supaya selamat pada masa hadapan.

Semoga alam kita dijaga untuk diserahkan kepada anak cucu dan cicit dalam keadaan yang baik. Kita hanya meminjamnya setelah diserah oleh moyang untuk dijaga kini oleh kita.

X

#KepalaA

IRONINYA ADAKAH KERAJAAN MASIH PAKAI PERLINDUNGAN PADA SAKSI ?





MOHD MUKHLIS


The Irony.

SPRM tulis dalam website dia pemberi maklumat di lindungi di bawah Akta 711 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 yang mana mereka ini:

1) Di lindungi dari pengecaman oleh publik termasuklah dalam perbicaraan Mahkamah.

2) Tidak boleh di saman sivil atau di dakwa di mahkamah atau tindakan di disiplin

3) Maklumat yang di salurkan adalah rahsia.

Tapi yang pelik ialah pemberi maklumat di Malaysia yang dedah kes yang ada kaitan dengan kepentingan orang ramai telah dapat surat tuntutan jutaan ringgit. Padan rasuah makin membarah, pemberi maklumat pula yang di buru, sedangkan yang di tuduh mudah mencuci tangan di sebalik jawatan dan kuasa.

Cuma agak pelik kalau penjawat awam biasa kalau nak ambil tindakan guaman kena dapat kebenaran KP Perkhidmatan Awam, jadi dalam kes ini, adakah segala prosidur telah di ikuti?

Kes macam ini akan jadi perhatian pelabur luar negara, mereka takkan melabur di negara yang mana sistem keadilan nya di tahap meragukan.

Kalau notis tuntutan tadi jadi writ saman, saya berminat nak lihat apa lagi yang bakal terlondeh di Mahkamah. Sudah tentu banyak benda lain yang tak boleh di dedah secara awam boleh di dedahkan dalam Mahkamah. Harap tak jadi lah macam saman WSJ hari Selasa oleh mantan PM Facebook.

Yang paling pelik sekali, Adakah SPRM masih lagi guna pakai Akta 711? Jika tidak pakai mohon di mansuhkan dari website SPRM.

https://www.sprm.gov.my/index.php?page_id=75...

 

KJ JAWAB ISU TULAR TIDAK DVAKSIN.

 

Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ.Sejak semalam, telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.

Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘SEDANG DIPROSES’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.
Untuk makluman, laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini.

Untuk rekod, saya telahpun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.

May be an image of ‎text that says "‎Profile Digital Certificate for COVID-19 Vaccination KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR D.O.B: 10 January 1976 Dose 1: Date: 18-Mar-2021 01:33 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Dose 2: Date: 08-Apr-2021 02:44 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Booster Dose: Date: -Sep-2021 08:00 AM Manufacturer: COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection Facility: Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 Batch: FG9019 MySejahtera Statistics סם 공g4 MySJ MySJTrace Profile‎"‎

Malah, pengambilan dos pertama tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera saya selepas saya menerima vaksin tersebut.

Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan ini: https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8

Manakala suntikan dos kedua telah saya terima pada 8 April 2021. Saya juga sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut. Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.
-Menteri Kesihatan-

(function() { var d = document, w = window; w

Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?