JAMZURI ARDANI
Kerajaan membuka tirai tahun baru dengan kegagalan yang
memalukan. Sukuk ini matang pada 31 Disember 2021. Tetapi, selepas tamat tempoh
matang, kerajaan masih gagal membayar para pelabur yang membeli sukuk tersebut.
Perkara ini didedahkan oleh portal berita The Malaysian Sentinel.
Difahamkan dari lapuran tersebut bahawa kerajaan cuba
melanjutkan tempoh matang sukuk tersebut tetapi ditolak oleh para pelabur. Ini
adalah pertama kali kegagalan seperti ini berlaku sejak krisis kewangan 1997.
Kegagalan kerajaan membayar hutang dalam bentuk sukuk ini akan
menjejaskan keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi Malaysia. Ia juga
akan menurunkan penarafan kredit negara di peringkat antarabangsa. Penarafan
kredit yang rendah akan meningkatkan kos hutang ke atas kerajaan.
Kerajaan Malaysia sudah sememangnya tenat dengan hutang sejak
krisis 1MDB. Walaupun pentadbiran singkat kerajaan PH telah berjaya
menstabilkan kedudukan kewangan kerajaan, perubahan kerajaan yang berlaku
mendadak telah kembali mengubah keadaan tersebut.
Pentadbiran kerajaan di bawah TS Mahiaddin Yasin telah
berbelanja dengan boros dan kembali menambah hutang negara ke paras yang
merbahaya. Ini diteruskan oleh kerajaan di bawah pimpinan DS Ismail Sabri
Yaakob.