PM TIADA PILIHAN SELAIN MEMAKSA AZAM BAKI BERCUTI ATAU LETAK JAWATAN







Terlalu banyak beban buruk yang dipikul oleh PM dari Umno iaitu Ismail Sabri sekarang.  Apabila beliau mengambil alih jawatan PM dari kerajaan tebuk atap pimpinan Mahiaddin, kerajaan gagal yang sama dipimpin oleh Ismail Sabri dan terus memburukkan keadaan negara.


Tidak habis dengan isu Pandora Paper, isu NDB, isu balak, isu vaksin, isu banjir, dan kini wujud pula isu melibatkan orang kuat SPRM, Azam Baki.  Kesemua isu ini dipandang sepi oleh semua parti yang mendokong kerajaan tanpa mandat rakyat ini termasuk komen positif dari parti Pas yang memuji kenyataan Azam Baki.  Mana suara panglima-panglima yang hebat melaungkan ketuanan kerajaan melayu islam?  Inikah bentuk kerajaan melayu islam itu?


Ini belum kita bertanya tentang di manakah 6 buah helikopter yang dibeli sejak tahun 2016 dan dijanjikan sampai ke negara kita hujung tahun 2021.  Duit telah dibayar, apakah helikopter itu telah sampai? Apakah ditangguh lagi? 


PM tiada pilihan lain, jika beliau tidak mahu letak jawatan, paling kurang dia paksa Azam letak jawatan.  Jika itu pun beliau gagal lakukan, maksudnya erajaan sekarang ini tiada maruah langsung.  Betullah kata orang, selagi Umno berkuasa, selagi itulah penyelewengan akan disembunyikan.  Rakyat terus menderita.


WFAUZDIN NS