PAC, Parlimen, Kabinet setuju teruskan projek LCS

 


Hishammuddin Hussein berkata, perkara paling penting dalam isu LCS
 adalah kapal yang dipersetujui dan dirancang itu perlu diserahkan
 kepada TLDM. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Parlimen dan Kabinet bersetuju meneruskan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata kaedah projek itu diteruskan akan diumumkan selepas Kabinet membuat keputusan akhir.

Beliau berkata, perkara paling penting dalam isu LCS itu adalah kapal yang dipersetujui dan dirancang perlu diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kedua, ia juga bagi memastikan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pihak berkepentingan mendapat pembelaan, lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di vendor, di mana ramai antaranya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya menurut laporan Bernama.

Hishammuddin berkata, jika isu LCS tidak diselesaikan, ia mungkin menjejaskan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang akan memberi kesan kepada pencarum.

Beliau turut memaklumkan perbincangan beliau dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parliy yang menyentuh isu LCS masih berterusan sehingga kini.

LCS merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan 15-to-5 TLDM untuk memperkemaskan aset angkatan laut negara dan semua enam kapal yang dirancang berasaskan rekaan Gowind oleh syarikat Perancis, Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS).

Sementara itu, berkaitan jet pejuang F/A-18D (Hornet) dari Kuwait, Hishammuddin berkata, Malaysia sedang merancang dan dalam perbincangan untuk melihat pemberhentian penggunaan oleh negara itu.

“Perkara itu masih lagi berjalan, tetapi ia melibatkan hubungan bilateral antara Malaysia dan Kuwait. Jika diizinkan, ia akan berlaku dan ia akan menambah nilai kepada pelan jangka pendek kita,” katanya.

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan dalam proses untuk perolehan sejumlah pesawat pejuang F/A-18D (Hornet) dari Kuwait.

Penyanyi disyaki tanam ganja didakwa esok, kata polis

 

Pokok ganja yang dirampas dari kediaman seorang penyanyi yang juga komposer terkenal di kediamannya di Kota Damansara minggu lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer yang ditahan kerana disyaki menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara Khamis lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek berusia 47 tahun itu akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 B akta sama, lapor Harian Metro.

Pada 25 Mac lalu, FMT melaporkan penyanyi terkenal itu ditahan bersama 17 pasu pokok ganja dan ketulan mampat ganja seberat 214g.

Difahamkan, suspek pernah menyertai kumpulan nasyid terkenal sebelum beralih kerjaya sebagai komposer.

Fakhrudin berkata, polis telah memantau kegiatan dadah suspek sejak sebulan lalu berdasarkan risikan.

Katanya, polis turut merampas peralatan penanaman ganja seperti lampu dan alat pengukur PH air.

Polis tidak menolak kemungkinan bekalan benih pokok ganja yang ditanam dibeli daripada pembekal dalam talian.


Bapa tular lempang pemandu van sekolah pesan jangan ambil mudah gangguan seksual

 


Seorang bapa berang dengan tindakan pemandu van sekolah selepas
 dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya
 berusia 11 tahun.

PETALING JAYA: Pendedahan isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak khususnya yang masih kecil tidak boleh diambil mudah oleh setiap ibu bapa.

Bapa kepada kanak-kanak perempuan 11 tahun yang dipercayai menjadi mangsa cabul seorang pemandu van sekolah berkata, penting untuk ibu bapa menanam kesedaran kepada anak terhadap bahaya gangguan seksual.

“Pendedahan pasal seksual ini jangan bawa main, lagi-lagi bab anak perempuan, kena ‘alert’. Selalu tanya, selalu bagi ruang pada mereka supaya tak malu dan tak takut untuk ceritakan pada kita,” katanya di Facebook.

Lelaki itu berkata, ibu bapa, mangsa atau ahli keluarga yang terlibat tidak boleh hanya berdiam diri dalam isu gangguan seksual, kanak-kanak khususnya perlu dibiasakan dan berani untuk bercerita berkenaan isu seksual.

“Setakat kena pegang tangan satu kesalahan ke? Kena tepuk punggung ini kira gangguan seksual ke? Kena gosok-gosok peha ni kesalahan berat ke? Pegang dada je ke baru dipanggil cabul?

“Ramai keliru dan tak pernah tahu pun, akhir sekali bila dah baca segala pendedahan. Baru teringat, kita dulu pun pernah kena situasi macam ni.

“Dengan ustaz sekolah, dengan ‘driver’ bas, dengan ramai orang tapi tak pernah tahu pun ini satu kesalahan berat. Kita cuma keliru waktu itu dan akhir sekali ambil pendedahan jarakkan diri sahaja, tidak beritahu siapa-siapa,” luahnya.

Menerusi paparan video dia menampar suspek, lelaki itu berkata tindakan berkenaan salah, namun baginya apa dilakukan sebagai peringatan dan pengajaran.

“Ya memang salah, saya pukul tak lebih pun, lebih pada peringatan pada dia,” katanya.

Menurutnya, perlu diingatkan kepada mangsa bahawa kebanyakan pesalah seks bijak bermain dengan sentimen, mereka akan membawa watak seseorang yang baik dan penyayang membuatkan mangsa timbul rasa serba salah.

“Psikologi pasal seksual ni, ‘predator’ ini akan mainkan sampai kita keliru. Dia akan bawa watak penyayang, bawa watak sebagai orang yang jaga kita, yang baik sangat. Bila dia raba kita, kita jadi serba salah, jadi tak menentu.”

Ketika dihubungi FMT, lelaki itu berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Seremban 2 dan suspek ditahan, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 41 tahun berkenaan mengaku mencabul mangsa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 14 (a) Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku (melakukan kesalahan itu),” katanya dalam kenyataan.

Menerusi laporan polis dibuat pihak keluarga mangsa yang dilihat FMT, mangsa mendakwa episod itu bermula apabila pemandu itu mula memujinya sebagai cantik dan menyentuh pipinya dalam van ketika menghantarnya pulang dari sekolah di Seremban, pada 28 Mac.

Keesokan harinya, ibu mangsa mendakwa bahawa pemandu itu, memujuk anaknya duduk di sebelahnya dalam kenderaan berkenaan, sambil memuji anaknya sebagai istimewa, dan turut meminta mangsa menyimpan nombornya dan “menambahnya” di WhatsApp.

“Selepas itu, dia (pemandu) menggosok tangan anak perempuan saya dua kali, mendekat, dan menggosok kaki kanannya. Anak perempuan saya mendedahkan kejadian ini kepada saya sambil menangis dan dia trauma dengan kejadian itu,” menurut laporan itu.

YANG INI TERLINGKUP


MOHD SHAH RIM



APA JADI DENGAN BANTAHAN KONSERT ...DAH HALAL KOT




LAGI MELINGKUP


 OMG, BETUL KER NI?

MySejahtera akan ditukar Nama?

FUHHHHH......MELINGKUP






 

TERIMA WALAU PAHIT

 


MAHA RANI

Kata prof ini Ada benarnya. Wpon pedih tpi itulah kata kata yg membolehkan org kita sentap. Prof ini dah lama bersabar tpi melihat Anak melayu yg acuh x acuh dlm pendidikan menyebabkan prof terpaksa luahkan kata kata itu. Sy sebagai pendidik memang akan bertindak kasar dan bahasa yg kasar dgn tujuan utk Anak murid bersemangat dgn kesusahan dan kepayahan utk meneruskan pendidikan. Sy memang terbiasa dgn sikap Anak Anak melayu yg demikian. Klu x sy yg bercakap macam tu ( memang sy tidak akan popular krn dibenci oleh pelajar) tpi itulah hakikat nya utk meihat Anak melayu tidak tercicir dlm pendidikan. Maaf sy tidak boleh meihat orang melayu lemah krn faktor kemiskinan.!!

Lagi pon bahasa prof itu bahasa org tua. Bahasa yang terbiasa digunakan oleh mana mana ibu bapa yang mendidik Anak nya. Jgn sentap bahasa dan kata katanya. Jadi kan katakata nya penyuntik semangat berjuang utk keluar Dpd kepompong B40.

May be an image of 1 person

Liputan Berita : Kelantan batal kontrak, tender semula projek ladang hutan 12,000 hektar


HUSAM MUSA


 Liputan Berita : Kelantan batal kontrak, tender semula projek ladang hutan 12,000 hektar

Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.
Menteri Besar Ahmad Yakob berkata selain pembatalan kontrak, kerajaan negeri turut merampas deposit serta mengenakan denda berkaitan terhadap syarikat yang tidak bertanggungjawab itu.
"Kami batalkan kontrak dan tawar semula dalam bentuk tender baru kepada syarikat yang berminat untuk mengusahakan semula projek ladang hutan," katanya pada sidang DUN Kelantan ke-14, di Kota Bharu, hari ini.

MySejahtera: PAC akan mula prosiding, KJ dan Tengku Zafrul dua saksi terawal - Wong Kah Woh

 

Firdaus Azil
MySejahtera: PAC akan mula prosiding, KJ dan Tengku Zafrul dua saksi terawal - Wong Kah Woh
PAC berpandangan isu berhubung pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera perlu dijelaskan secara telus di hadapan Jawatankuasa tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memutuskan untuk memulakan prosiding berhubung Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera pada pertengahan April ini.
Pengerusinya Wong Kah Woh dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAC berpandangan isu berhubung pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera ini perlu dijelaskan secara telus di hadapan Jawatankuasa tersebut.
Katanya lagi, prosiding itu perlu diadakan demi kepentingan rakyat dan negara, khususnya mengenai isu pelantikan sebuah syarikat swasta sebagai pengendali aplikasi MySejahtera secara rundingan terus, serta kos yang terlibat.“Tambahan pula, ia membabitkan isu berhubung keselamatan data peribadi rakyat sekali gus mengelakkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas maklumat peribadi rakyat.
“Maka, adalah amat wajar untuk PAC mengadakan prosiding berhubung isu aplikasi MySejahtera selaras dengan punca kuasa Jawatankuasa ini di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang jelas menyebut “...apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa...,” katanya.
Mengulas lanjut, Wong berkata, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perdana Menteri untuk prosiding berkenaan.
Sebagai permulaaan, jelasnya lagi, dua saksi terawal aitu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan dipanggil untuk hadir di hadapan PAC.
“Tarikh dan masa prosiding akan ditetapkan dan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Selain itu, Wong berkata, PAC juga akan menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 83(2), serta Perkara 11(b) Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1982, dalam mengendalikan prosiding tersebut.
Media sebelum ini melaporkan desakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, supaya kerajaan menjelaskan dakwaan penglibatan MySJ Sdn Bhd dalam pengambilalihan aplikasi MySejahtera.
Mohamad berkata, walaupun MySejahtera adalah aplikasi yang membantu dan bermanfaat, dakwaan pelantikan entiti persendirian, MySJ sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Antara perkara dibangkitkan adalah mengenai pelantikan MySJ melalui mekanisme rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka.
Sementara itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menggesa Parlimen menjalankan siasatan yang komprehensif bagi mengenal pasti segala isu berkenaan MySejahtera.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan, ia bagi merungkai sebarang ketidaktelusan dan melindungi data peribadi rakyat Malaysia daripada pihak tamak yang hanya mahu mencari keuntungan.
Sementara itu, Khairy memberi jaminan akan menjelaskan secara terperinci berkenaan persoalan dibangkitkan beberapa pihak mengenai pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, di Dewan Negara, Khamis i(Mac 31) ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah memohon kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim untuk membenarkan satu usul dibahas pada Khamis ini memandangkan isu melibatkan data peribadi adalah perkara penting.
"Saya akan jawab semua soalan di Dewan Negara, tiada isu bagi saya. Tidak ada apa-apa disembunyikan,” katanya lagi.

Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer

 

Fareez Azman
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau memahami niat pensyarah berkenaan untuk memastikan pelajar berjaya, namun seharusnya jalan penyelesaian masalah dicari bagi membantu pelajar berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau popular dengan panggilan Uncle Kentang sedang mencari pelajar yang dikatakan dimarahi oleh seorang pensyarah gara-gara tidak mempunyai komputer riba dalam video yang tular di laman sosial.
Jelas Uncle Kentang menerusi posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
"Kepada pelajar yang kena marah dengan profesor semester lima kerana masih tidak ada komputer. Kalau andalah orang berkenaan dan perlu komputer, kita crowdfunding untuk kamu.
"Prof marah pasal gelang emas kakak, mungkin Prof pernah nampak gelang emas kakak pakai, jangan-jangan emas tiruan sudah lah," jelasnya secara sinis mengulas mengenai tindakan pensyarah berkenaa
Tambah Uncle Kentang, beliau memahami niat pensyarah berkenaan untuk memastikan pelajar berjaya, namun seharusnya jalan penyelesaian masalah dicari bagi membantu pelajar berkenaan.
"Sabar Prof, I tahu you nak student you baik. Sabar student, semua ujian Allah. Jangan kita viral dan burukkan Prof. Kita cari penyelesaian.
"Prof mungkin garang, tapi dia nak student yang sukses. Kalau anda kenal student tersebut, sila contact saya di talian 018-2683999.
"Kita cari penyelesaian, hidup ini sementara. Nak aibkan orang tidak perlu, kita bantu agar kubur kita indah selalu," katanya lagi.
Terdahulu, tular di laman sosial klip video seorang pensyarah dari sebuah universiti awam dikatakan memarahi seorang pelajar semester lima gara-gara tidak mempunyai komputer untuk pengajian secara dalam talian.
Video terbabit mendapat kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan pensyarah terbabit.

70 PERATUS PENGUNDI LEBIH FIKIR SOAL KEHIDUPAN DAN EKONOMI, TAK SEDIA PRU TAHUN INI

 

Apa yang barangkali sering tidak disedari oleh kita semua ialah daripada jumlah keseluruhan penduduk, mereka yang terlibat secara langsung dengan politik dengan menganggotai parti-parti tertentu adalah sekitar 20 peratus saja.

Itu pun sebahagian daripadanya adalah merupakan ahli yang tidak aktif dan tidak memegang sebarang jawatan, malah ada juga yang dijadikan ahli sesebuah parti politik tanpa pengetahuan mereka.

Dengan hakikat tersebut, apabila ada pilihan raya, hanya golongan 20 peratus itu sajalah yang ghairah, sibuk dan sering menonjolkan diri seolah-olah mereka penentu segala-.galanya.

Mereka ini boleh juga disebut sebagai pengundi politik iaitu hidup dengan politik dan mengundi pun berdasarkan parti yang mereka sertai atau menjadi ahli.

Selain 20 peratus itu, mungkin 10 peratus atau 15 peratus lagi adalah penyokong kepada parti-parti tertentu berdasarkan hubungan kekeluargaan dengan pemimpin, pemimpin setempat adalah kawan dan kenalan atau kerana ingin menyokong seseorang pemimpin yang dikagumi.

Almarhum Nik Aziz Nik Mat adalah contoh pemimpin yang dikagumi yang membuatkan ramai rakyat Kelantan mengundi Pas di peringkat DUN kerana ingin beliau kekal sebagai Menteri Besar, tetapi di peringkat Parlimen, mereka yang sama memberikan undi kepada UMNO dan BN.

Dalam erti kata lain, jika hanya 20 peratus rakyat saja merupakan pengundi politik, ditambah dengan golongan penyokong yang berjumlah sekitar 10 hingga 15 peratus, selebihnya iaitu 65 atau 70 peratus lagi adalah rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti.

Mereka yang tidak berparti ini, selain merupakan pengundi terbesar apabila pilihan raya diadakan, sokongan yang mereka berikan kepada parti-parti juga boleh berubah-ubah.

Di samping perubahan sokongan itu dipengaruhi oleh watak pemimpin yang ditonjolkan dan isu-isu semasa yang timbul, golongan ini juga selalunya prihatin dengan dasar yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah parti dan janji ketika kempen diadakan.

Seringkali yang paling mempengaruhi mereka dalam membuat pilihan ialah berkaitan ekonomi yang mencakupi peluang pekerjaan, perniagaan, pendidikan, penerusan kehidupan, pemilikan rumah, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Mereka ini juga dipanggil sebagai pengundi ekonomi yang memberi undi mereka berdasarkan keyakinan terhadap kemampuan sesebuah parti itu memberi keselesaan kepada kehidupan masa depan.

Dalam mana-mana pilihan raya, golongan atas pagar inilah yang sebenarnya menjadi penentu kemenangan.

Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi belum pulih dan ramai yang terhimpit kesusahan kesan wabak Covid19, apakah sesuai jika diadakan PRU dan adakah golongan pengundi yang merangkumi 65 hingga 70 peratus ini akan keluar mengundi?

Tidak belajarkah semua orang daripada peratusan keluar mengundi yang rendah dalam PRN Melaka dan Johor?

Meskipun UMNO dan BN menang cemerlang dalam kedua-dua PRN itu, haruslah disedari bahawa mereka yang keluar mengundi hanya lebih sedikit daripada 50 peratus saja.

Bermakna, yang ghairah dan keluar mengundi adalah kelompok pengundi politik semata-mata, manakala pengundi atas pagar yang memikirkan soal ekonomi dan kelangsungan hidup sama sekali enggan melibatkan diri.

Jadi, apa ertinya kemenangan sesebuah parti itu?

Lebih daripada itu, dengan kemenangan yang tempang itu juga, hanya kelompok tertentu dalam UMNO – bukan semua parti-parti politik – mahu PRU15 diadakan dengan segera.

Secara nisbahnya, golongan tersebut amat kecil bilangannya dan tujuan mahu pilihan raya segera itu pula lebih bersifat kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri.

Demi keadilan kepada seluruh rakyat dan agar kemenangan yang dicapai mana-mana parti benar-benar memberi makna atau disokong oleh majoriti rakyat, mengadakan pilihan raya pada tahun ini jelas tidak sesuai dan merupakan suatu penganiayaan kerana majoriti rakyat belum begitu sedia berdepan dengannya.

Dengan fasa endemik dan sempadan negara akan dibuka bermula 1 April ini, waktu yang diperlukan untuk semua orang memulihkan kehidupan masing-masing ialah sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang.

Sedemikian itu, tahun 2023 adalah tahun di mana keselesaan sudah mula menjelma dan ketika itu barulah lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya. – ShahbudinHusin 30/03/2022.



UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar tiada komputer riba


PETALING JAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah yang tular mengeluarkan komen sensitif terhadap seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Roziah Mohd Janor, berkata pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah itu.


MASA KERAJAAN PH DULU- NAK AJAR RAKYAT MALAYSIA IKUT AMERIKA YANG DAH MAJU 100 TAHUN TENTANG DEMOKRASI- MANA NAK JALAN

 

SOP PRN Johor untungkan parti kerajaan, kata BERSIH






PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata SOP kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini lebih menguntungkan parti kerajaan dan merugikan parti serta calon pembangkang.

Dalam laporan pemerhatian PRN Johor ke-15, jawatankuasa bebas itu berkata had 100 orang untuk ceramah lebih merugikan pembangkang apabila parti atau calon di pihak kerajaan bebas menggunakan jentera dan sumber kerajaan untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan.

“Walaupun SOP untuk kempen pilihan raya kali ini dengan kebenaran untuk mengadakan ceramah, walkabout, ziarah rumah ke rumah dan pengedaran risalah, namun kami mendapati bahawa SOP ini menguntungkan parti/calon yang berada di pihak kerajaan dan merugikan parti/calon pembangkang,” katanya.

Antara isu lain dibangkitkan adalah, pemilih positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi, yang bertentangan dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

“Semua rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih berhak untuk membuang undi mereka di dalam pilihan raya.

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seharusnya bertegas untuk membenarkan pesakit Covid-19 membuang undi dan menyediakan kemudahan yang bersesuaian kepada mereka agar dapat melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka,” kata mereka.

Sementara itu, berkaitan salah laku dan kesalahan pilihan raya, BERSIH merekodkan 71 laporan yang dipantau di 21 daripada 56 Dewan Undangan Negeri.

Antara kesalahan utama adalah penjamuan dan pemberian yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) merekodkan kesalahan tertinggi dengan 33 kesalahan.

“Antara contoh kesalahan dilakukan PN adalah pembukaan Gerai Prihatin pada 4 Feb di Pasar Tani Pagoh dan jamuan makan malam anjuran sebuah persatuan Cina di Austin International Convention Center, Johor Bahru yang dihadiri lebih 800 orang,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 11 kesalahan direkodkan dan penggunaan jentera serta sumber kerajaan paling banyak dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) iaitu sembilan kesalahan manakala dua kesalahan lagi dilakukan oleh PN.

Selain itu, sebanyak 13 kesalahan membuka pondok panas dan perayu undi diperhatikan oleh pemantau BERSIH.

“BN paling banyak membuka pondok panas dan merayu undi walaupun ada antaranya berjarak lebih 50m dari pusat pengundian. Malah ada pondok panas yang dibuka di dalam rumah orang tua yang berjarak lebih sedikit dari 50m dari Pusat Pengundian SJK (C) Tampoi di DUN Kempas,” katanya.

Bagi kesalahan pengangkut pengundi ke pusat pengundian, BERSIH merekodkan sebanyak lima kesalahan parti politik yang kebanyakannya dilakukan BN dan PKR.

“Pengangkutan pengundi adalah satu kesalahan bawah Seksyen 20 Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya.

PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.


SELAMAT MEMBACA...SAJA AKU SELITKAN CERITA INI SUPAYA TAK MENGANTUK

 


Panas! Netizen dakwa Iqbal cuba calit minyak pengasih pada Vida


Panas! Netizen dakwa Iqbal cuba calit minyak pengasih pada Vida



Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli dilihat mendekati Datuk Seri Vida ketika konsert akhir Big Stage pada Ahad lalu.

Menerusi video berkenaan, Vida dilihat tidak selesa apabila Iqbal menghampirinya. Malah, ada netizen mendakwa Iqbal cuba mencalit minyak pengasih pada Vida.

Memuat naik video di Insta Story menjawab tuduhan tersebut, Iqbal menyifatkan ianya perkara lucu serta sebagai satu fitnah.

“Kecoh fitnah saya letak minyak mayat pada DSV. Rasa nak marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu apabila orang kata saya letak minyak perahan daripada mayat.

“Letak minyak dagu dekat DSV. Orang-orang macam ni mungkin rasa bangga apabila ia viral, bangga fitnah orang. Dan keturusan saya tak ada main benda itu. Tapi tak apa, saya tak kisah pun, teruskanlah saya tak simpan dalam hati pun,” katanya.

Menjelaskan mengenai pertempuan itu, Iqbal berkata dia sebenarnya mahu bergambar dengan Vida serta mahu menunjukkan cincin pemberian bekas kekasihnya itu namun permintaannya itu ditolak.

Sementara itu, Iqbal turut memuat naik komen mengatakan dia mengejar Vida ketika bekas kekasihnya itu mahu pulang.

Iqbal berkata dia sanggup menebalkan muka utnuk mengejar Vida kerana ingin meleraikan kemelut antara mereka, namun bukan mahu kerana mengejar populariti seperti yang didakwa.

“Ini kenyataan daripada PA DSV. Tak mengapalah saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.

“Tak mengapa orang tertawakan saya. Saya cuma mahu leraikan krisis. Apakah kerana saya sendu? Tidak sama sekali. Hakikatnya setiap hari saya terlibat dengan empat program TV. Drama pun dapat tiga tawaran sekarang,” katanya.


(function() { var d = document, w = window; w

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH