MYSEJAHTERA – JUMLAH YANG AKAN DIBAYAR KERAJAAN BAWAH RM300 JUTA – KJ

 

Jumlah yang akan dibayar kerajaan akan jauh lebih rendah berbanding RM338.6 juga untuk lesen aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, kerajaan kini masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd berhubung terma perjanjian lesen MySejahtera tetap memberi jaminan harganya “jauh lebih rendah” daripada RM338.6 juta.

“Saya boleh beritahu yang jumlah yang sedang kami runding dengan MySJ adalah lebih rendah daripada RM300 juta. Jauh lebih rendah.

“Kes mahkamah antara Entomo dan MySJ adalah sesuatu yang perlu diselesaikan oleh mereka, tiada kaitan dengan kerajaan.

“Jumlah yang mereka (MySJ) persetujui dengan Entomo (sebelum ini KPISoft Sdn Bhd) tiada kaitan dengan rundingan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata kerajaan masih tidak membuat pembayaran kepada mana-mana syarikat swasta ini.

Katanya, tiada kontrak antara kerajaan dengan Entomo ketika dia mula menjadi menteri kesihatan kerana syarikat itu menawarkan untuk membangunkan dan menyelia perkhidmatan aplikasi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Justeru, Khairy berkata dia memutuskan untuk mengadakan persetujuan menerusi kontrak secara formal dengan pembangun aplikasi itu, untuk menghalang sebarang caj di masa depan jika kerajaan ingin menambah lebih banya modul di dalamnya.

Namun kerajaan kemudian dimaklumkan Entomo telah menjual lesen aplikasi MySejahtera peada MySJ Sdn Bhd.

Maka, kerajaan kini dalam rundingan berkenaan aplikasi MySejahtera, kata Khairy lagi.

“Sekarant kerajaan dalam peringkat perbincangan dengan MySJ untuk langkah ke hadapan, penyelenggaraan platform itu.

“Kalau mereka tak setuju untuk MySejahtera dimiliki kerajaan, kecuali untuk platform tertentu yang memerlukan kod sumber, maka kita tidak akan teruskan perjanjian. Jadi sebab itu saya kata kita masih dalam perundingan,” katanya lagi.

Dia menegaskan rundingan hanya untuk perisian sebagai perkhidmatan (software as a service, SaaS) aplikasi itu. SaaS adalah perlesenan perisian dan model penyampaian di mana perisian dilesenkan secara langganan dengan hos berpusat di internet.

Khairy menegaskan data peribadi dalam aplikasi itu sentiasan dimiliki dan dijaga kerajaan, terutama di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara menerusi perjanjian kerahsiaan dengan syarikat terlibat.

Syarikat tersebut hanya dilibatkan untuk menyelenggara perkhidmatan MySejahtera, katanya lagi.

“Data selamat sebab data ini semuanya dikawal selia oleh KKM. Kita tak beri kebenaran kepada mana-mana pihak.

“Data ini tidak dikongsi kepada pihak swasta. Semuanya hanya digunakan untuk tujuan kesihatan awam oleh KKM saja,” katanya.

Sebaik rundingan kontrak antara kerajaan dan MySJ selesai, Khairy memberi jaminan orang ramai akan dimaklumkan berkenaannya.

Jika rundingan tidak mencapai kata sepakat, dia berkata ada kemungkinan vendor lain akan dipilih kerana data yang terbabit masih di bawah kawalan kerajaan.

Terdahulu, dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Entomo bersetuju untuk memindahkan harta intelek dan lesen perisian MySejahtera kepada MySJ menerusi perjanjian berjumlah RM338.6 juta yang akan terpakai sehingga akhir 2025.

Ia mencetuskan kebimbangan berkenaan penjualan aplikasi itu kepada sektor swasta yang menurut sesetengah pihak akan membawa kepada ancaman keselamatan negara dan pencabulan terhadap maklumat peribadi warga.

Khairy semalam menjelaskan keputusan kerajaan untuk melantik sebuah syarikat untuk menguruskan aplikasi MySejahtera tidak bermaksud aplikasi itu dijual dan data yang dikumpul adalah selamat.


No comments: