*ANWAR OH ANWAR...*


Zanirun Baba

Meeting di Putrajaya sebelah pagi, dikhabarkan Yiddin nyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai PM. PAS tak setuju...

Sebelah petang pula mesyuarat MP UMNO di PWTC. UMNO pecah dua antara yang menyokong Anwar sebagai PM dan yang mahu Yiddin kekal sebagai PM. Sebagian besarnya mahu Yiddin disingkir sebagai PM dan sokong Anwar sebagai PM. PAS pun tak setuju... 

Pukul 8.00 pm malam tadi BN pula meeting. Meeting pun tak habis lagi saat artikel ini ditulis. Meeting pasal Anwar!! Sebahagian besar MP UMNO dan Najib mahu sokong Anwar sebagai PM. PAS pun bangkang tak setuju... 

PAS? PAS meeting juga, mahu Hadi jadi PM... Tak yah pedulilah dengan parti sampah yang takde pendirian tu, parti yang cuma kemaruk kuasa, dah dapat kuasa macam monyet dapat bunga... 

MCA dan MIC... Meeting ke tak meeting pun tak jadi kudis pun sebab hanya mewakili tak sampai 10% suara kaum masing-masing . Kira pasti sampah jugalah kan... 

Semua meeting pasal Anwar...

Tunjuk betapa dekatnya UMNO dengan Anwar. Najib dan Zahid dulu pun hardcore Anwar. Malam UMNO tewas PRU-14, Najib pun called Anwar minta nasihat dan pandangan.

Zahid dulu pun cakap sanggup mati kerana Anwar. Muhyiddin tu masa malam Anwar diterajang keluar dari UMNO datang jumpa Anwar ikut pintu belakang... 

Tak kisahlah sape yang nak sokong Anwar, asalkan Anwar yang lead. Dalam UMNO tidak ada seorang pun yang berani berhujah secara berdepan dengan Anwar. Hanya boleh cakap belakang2 je... Yang cuma berani, cakap depan TV3 dan Utusan je... Berdepan dengan Anwar mau terkencing dalam seluar lah gamaknya... 

Keadaan negara tak akan seteruk ini kalau bukan kerana pengkhianatan Azmin and the gangs dan Yiidin yang termakan hasutan Azmin, dan Atok yang dendam kesumat kat Anwar sampai ke mati. Kalau Atok serah kuasa kat Anwar seperti yang disepakati dalam masa 2 tahun, mungkin Yiddin dah jadi TPM kepada Anwar. Yiddin kena jauhkan diri dari Azmin pengkhianat haram jadah tu dan kembalilah kepada PH. Pergilah jumpa Anwar tu...

Firasat saya kata, kalau Anwar jadi PM, UMNO akan kehilangan sokongan yang besar, PAS pula akan semakin tercampak jauh kedalam hutan, hilang Kelantan hilang Terengganu. Buaya, biawak, jaws, jerung dan buaya tiap malam mimpi ngeri.

Biarkan mereka kerana rakyat akan bersama Anwar... Yang jatuh dan bangunkan mereka adalah rakyat, bukannya tauke-tauke besar dan bukan elit-elit politik... 

Semua meeting pasal Anwar... Sana sini kecoh pasal Anwar... Tapi tengok Anwar relaks je duk umah main dgn cucu, sapu sampah, susun rak buku, main chess...

Wallahualam...

 

BACAAN DARI KEPUTUSAN UMNO

 

MD ZULAIMI KAZIN


Umno BN sudah mempersiapkan diri untuk PRU15. Mereka memberi sokongan sementara kepada PN bagi memastikan mereka dalam kerajaan masa PRU15 nanti tapi mereka tidak akan bersama PN.

Maksudnya? Jelas mereka dengan lambang sendiri seperti di Sabah. BN disebut sebagai blok 1.

Mengapa mereka bersandarkan TANPA Anwar dan DAP? Sebab mereka mengharapkan sokongan dari Melayu luar bandar seperti PRU14.

Bagaimana dengan Pas? Pas akan terus bersama dengan Bersatu dalam PN sebagai Blok 2. Keadaan sama dengan Sabah cuma dari segi pembahagia kerusi tidak akan ada perbincangan antara PN dan BN.

Bagaimana dengan PH? Kalau DAD dan Amanah tidak boleh lepaskan Tun maka PH juga akan berpecah dengan PKR akan bertanding bersendirian. Amanah, DAP dan Pejuang akan membentuk 1 lagi blok bersama Warisan di Sabah sebagai blok 3

PKR akan bertanding banyak kerusi dan tumpuan utama di negeri-negeri Pantai Barat dari Perlis sampai ke Johor sebagai blok 4.

Maknanya kita akan lihat 4 penjuru di semenanjung sekiranya PH juga gagal ambil kata putus dalam hala tuju politik. Kita penyokong pun sudah bosan tiada kesepakatan yang benar-benar padu dalam PH.

Blok 1 dan 2 bertemakan kerajaan TANPA DAP dan Anwar. Calon PM? Blok 1 tiada, Blok 2 TS Muhyiddin/Azmin

Blok 4 lebih terbuka dengan agenda utama reformasi. Calon PM? Anwar

Blok 3 membawa agenda menentang kleptokrasi dan pengkhianat. Calon PM? Tun/Syafie Afdal.

Jadi rakyat akan menilai 4 blok ini untuk diangkat memerintah negara. Saya berkeyakinan sekali lagi sifir politik akan diambil kira selepas PRU15 sebab semua blok tidak dapat majoriti mutlak untuk memerintah.

Apakah sekali lagi Blok 1 + blok 2?

Atau Blok 4 + blok 1 ( sekiranya blok 4 menang lebih besar dan blok 1 hanya ada satu saja jalan untuk duduk dalam kerajaan sebab mereka kata TANPA Anwar, kalau terpaksa boleh je ).

Kalau blok 4 menang besar, sukar nak bergabung dengan blok 3 sebab Tun sudah tentu tak setuju untuk Anwar jadi PM.

Sekali lagi rakyat akan perah otak unutk selesaikan sifir politik ini. 



PAS SANGAT SETIA UNTUK SESUATU....

 


TINTA


Ye...PAS sangat-sangat setia... setiakan Muhyidin...seperti sebelumnya setia kepada Mahathir sebagai PM...bahkan sebelum itu lagi setia kepada kepimpinan najib sebagai PM... jika disorot lebih kebelakang lagi... PAS juga pernah setia kepada DAP...

Jika seseorang itu kerap bertukar-TUKAR pasangan namun meyakini yg dia adalah seorang yang setia...maka mudah disimpulkan bahawa dia sebenarnya adalah bohsia jalang yang gila...

kah kah kah...Image may contain: 1 person, text that says "astro AWANI Astro AWANI 7h・ "Pas menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus mempertegaskan sokongan kesemu... See more i ASTRO AWANI Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin Takiyuddin Pas juga menyeru Ahli Parlimen Barisan Nasional agar terus beri... 6.4K 1.4K comments 66 shares"

Sedikit demi sedikit DAP cuba hakis islam dri bumi Pulau Pinang..orang islam xkan tengok jerr.

 No photo description available.

HATI -HATI KAWAN NAK TUNJUK HERO

 UDALAN MATAK


Image may contain: 1 person, beard, text that says "ROAD SIGN VANDALISM -MADE A VIDEO AFTER THE VANDALISM AND SAID He LOVES PEACE AND EVERYONE SHOULD CO-EXIST TOGETHER HERE IS HIS PIC... TOKSINGA"

Kawan,sesiapa pun boleh pegang pedang.tetapi ada tempat dan masa.tak tunjuk-tunjuk ..sebab negara kita ada undang-undang..

jangan lah nak menunjuk sangat..benda itu tak kira siapa pun.walaupun tuan sendiri pun dia boleh makan..harap faham-faham saja saudara.

Long Tiger yang mengaku dirinya

hebatitupun boleh kena.jangan di ikut cara nya.susah kau nanti.

 

BARU SEMALAM UMNO KATA SOKONG PN MUHYIDDIN. KEMUDIAN BUAT HAL PULAK...CELARU UMNO NI PUN

 

Tiada jaminan Umno sokong Belanjawan 2021 jika Muhyiddin abai permintaan, kata orang dalam

Seorang orang dalam Umno berkata kerjasama antara Umno dan PPBM bergantung kepada Muhyiddin Yassin sama ada beliau memenuhi permintaan Umno sebelum undian Belanjawan.

PETALING JAYA: Susulan keputusan semalam untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, sebahagian ahli Umno berkata mereka akan beri Muhyiddin masa 1 bulan sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Orang dalam parti itu berkata walaupun Belanjawan akan dibentangkan pada 6 Nov, undian hanya akan dibuat kira-kira 3 minggu kemudian atau lebih.

“Dari masa sekarang hingga mengundi nanti, jika kes Covid-19 berkurangan secara drastik, sebahagian daripada kami mungkin masih boleh menggesa presiden mendesak pilihan raya kilat serta-merta dengan tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan,” kata seorang orang dalam Umno kepada FMT.

Untuk mengelak keadaan ini berlaku, Muhyiddin perlu menerima permintaan Umno, termasuk meletak ahli Parlimen Umno di jawatan “strategik” untuk meningkatkan imejnya.

Menambah Umno sudah “betul-betul bosan” dilayan seperti rakan yang tidak setaraf dalam gabungan pemerintah, beliau berkata mereka akan menunggu dan melihat komitmen Muhyiddin kepada menjadikan Umno setaraf.

“Jika Muhyiddin mahu kami bertolak ansur, beliau juga harus bertolak ansur dengan kami. Tidak boleh sepihak sahaja,” katanya.

Orang dalam yang lain pula menambah kerjasama antara Umno dan PPBM bergantung kepada sama ada Muhyiddin memenuhi permintaan Umno sebelum pengundian Belanjawan 2021.

“Walaupun Umno dilihat lemah selepas kuasa kembali kepada Muhyiddin, beliau tidak boleh mengabaikan kami kerana pentadbirannya akan runtuh jika kami desak adakan pilihan raya kilat,” tambahnya.

Semalam, Umno memberi ruang kepada pemerintahan Muhyiddin untuk bertahan dengan memutuskan tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan majlis kerja tertinggi bersetuju ahli Parlimennya harus terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan susulan mesyuarat berakhir pada sekitar 12.15am di Pusat Dagangan Dunia Putra, ia juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi.

Muhyiddin, Umno terperangkap

Selain itu, penganalisis politik Azmi Hassan berkata Umno memutuskan untuk bersama dengan Muhyiddin dalam PN kerana pilihannya terhad.

“Jika bukan Muhyiddin, maka Anwar Ibrahim tetapi Umno tidak mahu bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Umno tidak dapat mendesak pilihan raya kilat kerana bilangan kes Covid-19 adalah tinggi pada setiap masa, dengan 1,240 kes dilaporkan semalam.

“Kedua-duanya terperangkap. Jika Umno tarik diri daripada PN, Muhyiddin tiada angka sokongan secukupnya, dan jika Umno tidak pilih Muhyiddin, pilihan seterusnya Anwar yang mana ramai orang dalam Umno tidak bersetuju dengannya,” katanya.

Untuk maju ke depan, pilihan yang tinggal adalah Muhyiddin bertolak ansur dengan Zahid dan presiden Umno itu pula memberi kerjasama kepada perdana menteri itu, tambah beliau.

Azmi berkata Umno dan PPBM masih akan kebuntuan dalam isu pengagihan kerusi, terutamanya kerusi yang dimenangi Umno tetapi kini milik PPBM disebabkan penghijrahan wakil rakyat.

Ini termasuk kerusi menteri PPBM seperti Hamzah Zainudin (Larut) dan Mustapa Mohamed (Jeli).

“Umno mahu ambil balik kerusi yang diambil PPBM semasa zaman Pakatan Harapan. Sebahagian kerusi ini kini milik menteri PPBM.

“Untuk kedua-dua pihak bekerjasama, mereka perlu bertolak ansur di kerusi-kerusi itu untuk mengelak kebuntuan yang lain pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada 13 Okt, Umno mengejutkan negara apabila ia mengumumkan ia menimbang sokongannya kepada PN. Turut dilaporkan beberapa ahli Parlimen Umno menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu.

Muhyiddin seterusnya meminta Agong mengisytiharkan darurat, yang boleh menyebabkan Parlimen digantungkan.

Bagaimanapun, permintaan itu ditolak Agong selepas berbincang dengan Raja-raja Melayu.

KENYATAAN MEDIA DSAI

 Image may contain: text


KENYATAAN MEDIA
27 Oktober 2020
Saya mengambil maklum perkembangan politik negara yang berlaku mutakhir ini.
Ingin ditegaskan sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.
Alhamdulillah, kita berjaya menyelamatkan negara ini daripada diisytiharkan darurat dan sekali lagi saya menzahirkan kesyukuran ke atas keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan keluhuran Perlembagaan daripada penyalahgunaan kuasa pemerintah.
Peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu terkait penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang punya kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan.
KEADILAN akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.
Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik COVID- 19, pengangguran dan juga masalah kemiskinan.
ANWAR IBRAHIM


Gembeling semua pihak untuk Belanjawan 2021, kata Anwar

 

Gembeling semua pihak untuk Belanjawan 2021, kata Anwar
"Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah sistem yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai," kata Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar semua pihak mengembelingkan tenaga secara bipartisan untuk merangka Belanjawan 2021.

“Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik COVID- 19, pengangguran dan juga masalah kemiskinan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mahukan sebuah sistem bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Presidennya PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, kedua-dua blok parti kerajaan dan pembangkang perlu menggembleng usaha dan peranan merancang strategi memerangi Covid-19 dalam pembentangan Belanjawan 2021 akan datang.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah sistem yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai,” kata beliau.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Kabinet Muhyiddin untuk mengisytihar darurat yang membolehkan Parlimen digantung.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, Baginda mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Cadangan dikemukakan Muhyiddin itu dikatakan berikutan bimbang usul pembentangan Belanjawan akan ditolak semasa sidang Parlimen kerana tidak cukup majoriti sokongan.

Sementara itu Anwar menegaskan, sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.


BANTUAN UNTUK SABAHAN



Dr Maszlee Malik


Saya sedikit emosi apabila menerima gambar-gambar ini sebentar tadi.

Ya saudara semua, ini adalah gambar bantuan hasil dari kutipan sumbangan yang telah kita lancarkan pada minggu lalu. Saya difahamkan oleh rakan kongsi kita iaitu pasukan

Semporna Heroes

di sana telah mula menyalurkan pek-pek makanan ke kampung-kampung yang memerlukan.

Hasil sebahagian kutipan kita, lebih dari 1000 pek beras 10kg telah berjaya dibeli untuk dibahagikan kepada lebih dari 1000 rumah yang memerlukan.

Sebak saya membaca laporan ini. Lebih dari 1000 penerima bantuan!

Terima kasih kepada semua yang telah bangun dan menyahut seruan sumbangan ketika saya dan pasukan

Rejuvenasi Pendidikan

memulakan kempen ini dahulu.

Terima kasih kepada pasukan Semporna Heroes yang telah bertungkus lumus membuat kerja logistik membeli barangan dan menyampaikan bantuan walau terpaksa memakai PPE.

Semoga Tuhan merahmati semua usaha kita.

Semoga COVID-19 segera menghilang dari bumi Sabah.

#kitajagasabah

YB Dr Maszlee Malik

26 Oktober 2020

 

APA KATA NAJIB

 Image may contain: 1 person

Najib Razak

 

4tr eSpoanhsrsoigrrred  · 

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu.

Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala tuju UMNO pasca YDP Agong dan Raja-raja Melayu menolak permintaan darurat kerajaan PN.

Semua diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing. Ini adalah amalan lazim dalam

UMNO.

Antara cadangan yang saya utarakan ialah untuk kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Dua lagi cadangan adalah untuk mendapat persetujuan untuk PRU diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan setelah Covid terkawal demi memulihkan kestabilan politik serta cadangan bahawa UMNO teruskan kerjasama dengan PN dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

Fahamkan, ia adalah cadangan-cadangan untuk diperbincangkan. Bukan kata muktamad.

Tapi ada juga netizens yang kecam saya sebab antara cadangan saya ialah kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Turut dimainkan beberapa media portal beri gambaran ia bagai satu keputusan muktamad. Tak benar itu.

Ianya hak untuk netizens kecam saya. Saya faham. Dan saya tak kata media sosial bukan level saya.

Itupun cadangan untuk kita berbincang sahaja. Belum bekerjasama pun.

Perlu ingat juga yang pernah berpakat secara rasmi dengan Anwar termasuk:

1. Mahathir.

2. Muhyiddin.

3. Azmin Ali + Zuraida

4. Parti PAS.

5. UMNO sendiri.

Tujuan mesyuarat petang semalam untuk berbincang hala tuju memang untuk mencari, berbincang dan menilai pelbagai cadangan dan kemungkinan demi kepentingan parti dan kebaikan rakyat dan negara.

Kalau bukan untuk bincang pelbagai kemungkinan, kenapa pula kita nak bermesyuarat?

Bukan bermaksud kita mesti laksanakan setiap cadangan. Sebaliknya cadangan diperbincangkan dengan mendalam oleh setiap yang hadir.

Ada yang tuduh saya pencinta atau BFF Anwar. Malah ada mengeluarkan kembali foto saya menziarahi Anwar di hospital. Saya melawat ramai pemimpin politik ketika mereka sakit biarpun tidak sehaluan dalam politik.

Ada yang tuduh saya nak lepaskan dari kes-kes mahkamah saya. Ada yang kecam saya gila kuasa.

Tapi perlu ingat bahawa ramai yang kata begitu juga masa kita bersetuju untuk mewujudkan PN walaupun saya kata saya tidak mahu jawatan dan saya mahu kes-kes saya diteruskan untuk bersihkan nama saya melalui proses pengadilan.

Ketiga-tiga cadangan saya adalah berdasarkan kepentingan parti dan kebaikan negara, yang tunjangnya adalah rakyat. Kalau saya tidak pedulikan rakyat, sudah tentu saya tidak menulis saranan saranan demi kepentingan rakyat.

Pendapat saya bahawa kita perlu terbuka untuk berbincang dengan parti-parti lain juga adalah sebagai pendirian politik kepada PN bahawa UMNO masih ada pilihan lain. Perlu diingatkan UMNO adalah sebuah parti politik.

Jika dulu UMNO tak terbuka, tak wujudlah Muafakat Nasional dengan PAS dan kerajaan PN dengan PPBM yang merupakan musuh kita selewat bulan Februari 2020

Malam semalam, Majlis Tertinggi UMNO telah putuskan bahawa kita teruskan kerjasama dalam kerajaan PN tapi dengan gesaan kerjasama ini perlu berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus. Ia juga perlu ada keseimbangan yang jelas.

Keputusan ini juga satu dari 3 cadangan yang saya sebut semalam.

Sebagai orang parti, saya akur dengan keputusan ini.

Tetapi jika gesaan kerjasama untuk lebih saksama ini tidak dihormati maka:

- kemarahan akar umbi UMNO terhadap ketidakseimbangan kerjasama dalam PN yang memuncak pada PRN Sabah akan terus membara.

- UMNO turut akan terpalit sama bersama apabila ekonomi menjadi semakin parah, bantuan khusus Sabah yang amat diperlukan ketika ini masih tidak kelihatan, moratorium pinjaman yang berulang-kali digesa seluruh kepimpinan serta akar umbi UMNO tidak dilanjutkan, rancangan menyelamatkan negara tidak berkesan walaupun UMNO (dan semua parti lain dalam kerajaan PN) tidak diberi sebarang peranan. Kita bukan PM, Menteri kanan paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi ataupun ahli Majlis Tindakan Ekonomi.

- UMNO turut dipersalahkan apabila penjualan aset negara yang ditolak Rakyat seperti penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World serta penjualan FGV diteruskan walaupun dibantah UMNO berulang kali tetapi tidak diendahkan.

- UMNO juga akan turut menerima kritikan apabila langkah-langkah kontroversial seperti langkah beberapa individu tertentu tiba-tiba mohon darurat diisytiharkan tanpa persetujuan dan pengetahuan UMNO.

- UMNO dan BN turut dipersalahkan dengan presepsi layanan dwi-standard antara pemimpin kerajaan PN dan rakyat yang langsung tidak melibatkan pemimpin BN pun.

- Dan sudah tentu UMNO turut dipersalahkan jika keadaan Covid tidak terkawal dan bertambah teruk walaupun kebanyakan kes ini berpunca dari kecuaian menjaga pusat tahanan, lokap, penjara dan pengendalian PATI yang ditahan di bawah kementerian yang bukan di bawah UMNO. Inilah yang menyebabkan Covid menular semula di Sabah dan kemudiannya merebak ke seluruh negara.

Sebagai orang parti, saya bimbang bahawa kuasa sementara yang sedang dikongsi dan jawatan sementara yang sedang dinikmati UMNO/BN dalam kerajaan PN akan menyebabkan kekalahan lagi teruk dalam PRU15 sedangkan trend sebelum kita bentuk kerajaan PN ialah Muafakat Nasional akan menang besar dalam PRU15. Malah kita sudah buktikan melalui kemenangan PRK berturut-turut BN sebelumnya.

UMNO perlu sedar wujudnya risiko ini (seperti yang diulas beberapa penganalis dalam artikel pagi ini) dan ini yang saya nampak.

Mungkin ramai yang tak berpendapat sebegini.

Ikhlas dari seorang ahli parti yang paling lantang menentang gagalkrasi PH tiap-tiap hari secara habis-habisan sepanjang 22 bulan sehingga PH tumbang tanpa meminta sebarang jawatan dalam parti atau kerajaan pada ketika hampir semua pemimpin-pemimpin lain membisu dan play safe.

 

RAJA-RAJA MELAYU TITAH TOLAK SALAH GUNA KUASA – ANWAR


KERAJAAN PN LEMAH, RAKYAT PULA YANG SALAH?


RAKYAT MAHU PERUBAHAN: KAJIAN IDE

SIAPA SEBENARNYA GILA KUASA?

APA MAKNANYA BILA RAJA-RAJA TOLAK NASIHAT PERDANA MENTERI?

Muhyiddin Perdana Menteri Gila!! - Ezam Md Noor

SAYU - AZAN MENGIRINGI JURURAWAT UTK BERTUGAS DI SABAH TANGANI COVID19

MENGAPA PERSOAL NAJIB SOKONG ANWAR? ADAKAH ANWAR AKAN LANGGAR PRINSIP?

Perdamaian nasional tapi bersyarat, Umno main politik makam tertinggi

 

Perdamaian nasional tapi bersyarat, Umno main politik makam tertinggi

Pembangkang sokong usul baik, demi bantu rakyat dan frontliners COVID-19

 

10 Things about: Fahmi Fadzil, engineer-performer-activist turned  politician | Malaysia | Malay Mail

Sebarang usul yang baik termasuk peruntukan elaun petugas barisan hadapan COVID-19 sudah tentu akan disokong oleh pembangkang, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

 Beliau berkata sokongan pembangkang terhadap usul yang baik boleh dibuktikan menerusi sokongan yang diberikan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang yang berkaitan COVID-19.

 Baginya, pembangkang memainkan peranan besar dalam memastikan setiap usul dan peruntukan menepati keperluan semasa rakyat ketika ini.

 "Kita perlu teliti tugas atau pun fungsi pihak pembangkang dalam Parlimen untuk proses semak dan imbang.

 "Sekiranya tidak ada langsung pembangkang, maka sesuatu yang dibawa ke perhatian Parlimen tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan untuk diteliti dengan lebih mendalam.

 "Contohnya, isu yang dibangkitkan ketika ini adalah peruntukan elaun 'frontliners', benda-benda seperti ini perlu diteliti oleh pihak kerajaan," katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

 Fahmi juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang membuat keputusan untuk menolak permohonan darurat bagi membolehkan Belanjawan 2021 dibahaskan di sidang Parlimen pada bulan November ini.

 "Bila sesuatu usul itu dibahas di Parlimen, ia memberi lebih banyak peluang untuk suara didengari.

 "Kalau berlaku darurat...Nauzubillah, tidak ada sidang Parlimen, tidak ada peluang mendengar dalam Dewan Rakyat tentang pro dan kontra.

 "Tetapi alhamdulillah Duli Tuanku bertitah tidak perlu darurat, jadi sidang Parlimen boleh diteruskan," katanya.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR bersetuju dengan titah Agong yang meminta ahli-ahli politik supaya memberhentikan segala 'politicking' buat masa ini yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

 "Isu pokok pada masa ini bukan untuk menukar kerajaan, sebaliknya, usaha-usaha untuk berdepan pandemik COVID-19," katanya.