BANTUAN UNTUK SABAHAN



Dr Maszlee Malik


Saya sedikit emosi apabila menerima gambar-gambar ini sebentar tadi.

Ya saudara semua, ini adalah gambar bantuan hasil dari kutipan sumbangan yang telah kita lancarkan pada minggu lalu. Saya difahamkan oleh rakan kongsi kita iaitu pasukan

Semporna Heroes

di sana telah mula menyalurkan pek-pek makanan ke kampung-kampung yang memerlukan.

Hasil sebahagian kutipan kita, lebih dari 1000 pek beras 10kg telah berjaya dibeli untuk dibahagikan kepada lebih dari 1000 rumah yang memerlukan.

Sebak saya membaca laporan ini. Lebih dari 1000 penerima bantuan!

Terima kasih kepada semua yang telah bangun dan menyahut seruan sumbangan ketika saya dan pasukan

Rejuvenasi Pendidikan

memulakan kempen ini dahulu.

Terima kasih kepada pasukan Semporna Heroes yang telah bertungkus lumus membuat kerja logistik membeli barangan dan menyampaikan bantuan walau terpaksa memakai PPE.

Semoga Tuhan merahmati semua usaha kita.

Semoga COVID-19 segera menghilang dari bumi Sabah.

#kitajagasabah

YB Dr Maszlee Malik

26 Oktober 2020

 

No comments: