Friday, January 31, 2020

APAKAH MELALUI PERLAKSANAAN SEMULA PPSMI, MAHATHIR MAHU MELINGKUPKAN PH



Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu.
Rata-rata pelbagai kelompok masyarakat menzahirkan rasa tidak setuju dengan pengembalian dasar yang pernah dilaksanakan pada 2002, tetapi kemudian dibatalkan kepada 2011.
Beberapa persatuan, NGO, kelompok masyarakat, pemimpin politik, individu ternama, ibu bapa dan lain-lainnya telah tampil bersuara menyatakan rasa tidak setuju mereka dengan keputusan Tun Mahathir itu.
Semuanya boleh dilihat dalam pelbagai medium media sosial di mana sehingga ini belum nampak ada yang menyokong keputusan Tun Mahathir itu.
Mereka melihat Tun Mahathir terburu-buru dalam keputusan terbaru ini, walhal beliau baru tidak sampai sebulan memangku jawatan Menteri Pendidikan.
Dipersoalkan apakah Tun Mahathir tidak sedar kemampuan guru-guru dalam penguasaan bahasa Inggeris dan jika mereka perlu menjalani latihan kemahiran, tidakkah ia akan memakan masa serta menelan kos yang tinggi?
Selain pengembalian dasar ini mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ia juga pasti menyebabkan murid-murid luar bandar terus ketinggalan dan menjadi mangsa dalam peperiksaaan.
Akhirnya, walaupun Tun Mahathir adalah Melayu, tetapi murid-murid Melayu juga yang jadi mangsa di sebalik dasar ini.
Dalam hal ini, apa agaknya pendirian Muhyiddin Yassin sekarang terhadap keputusan Tun Mahathir ini kerana PPSMI dibatalkan pada 2011 adalah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.
Apakah beliau menyokong keputusan Tun Mahathir sekarang ini atau kekal dengan pendirian 2011 ketika membatalkan PPSMI itu?
Alasan Tun Mahathir bahawa subjek Sains dan Matematik memang sampai kepada kita dalam Bahasa Inggeris dan mengajarnya dalam bahasa tersebut tidak akan menimbulkan kekeliruan, tidaklah boleh diterima sama sekali sebagai logik yang munasabah.
Isunya bukan berkaitan ilmu itu sampai dalam bahasa apa, tetapi apakah bahasa penguasaan murid yang mahu menerimanya?
Jika begitu, mengapa Jepun dan Korea boleh maju dan terkedepan dalam kedua-dua bidang itu, sedangkan mereka belajar Sains dan Matematik bukan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa ibunda masing-masing?
Bukankah ini menunjukkan belajar ilmu dalam bahasa ibunda itu lebih penting?
Ternampak di sini bahawa Tun Mahathir hanya mahu memenuhi egonya saja dalam mengembalikan semula dasar PPSMI ini, sambil ingin memberitahu umum bahawa oleh kerana kuasa adalah dalam tangannya, beliau berhak mengembalikan semula dasar yang sudah dibatalkan itu.
Persoalannya, bukankah Tun Mahathir hanya pemangku Menteri Pendidikan saja?
Apakah ini bermakna beliau akan memangku jawatan tersebut selama-lamanya seolah-olah portfolio rasminya, selain Perdana Menteri?
Lupakah beliau bahawa manifesto PH tidak membenarkan Perdana Menteri memegang portfolio mana-mana kementerian?
Dari aspek politik pula, selain keputusan Tun Mahathir ini akan menyebabkan PH tidak popular di hati rakyat, ia juga bakal mengakibatkan kerajaan kehilangan banyak sokongan, terutama di luar bandar.
Di sebalik banyak isu dan kemelut lain masih tidak selesai, khususnya banyak janji manifesto belum ditunaikan, apakah tujuan Tun Mahathir mengembalikan PPSMI yang tidak popular di hati rakyat ini, selain ia juga pernah dibantah keras oleh pembangkang yang kini sudah bersamanya dalam kerajaan?
Apakah Tun Mahathir mahu melingkupkan PH sebelum beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar Ibrahim? (ShahbudinHusin 31/01/2020)

KENYATAAN MEDIA AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA 31 Januari 2020



PPSMI TIDAK KELIRUKAN RAKYAT, TAPI KELIRUKAN MURID”

Akademi Sains Islam Malaysia ingin melahirkan rasa terkejut dan kecewa yang amat sangat terhadap kenyataan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia tentang perlaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pada satu sesi mesyuarat tertutup dengan pegawai-pegawai KPM pada hari khamis 30 Januari 2020.

Mengapa sekarang setelah melantik dirinya Menteri Pelajaran, YAB Tun masih berdegil untuk melaksanakan semula PPSMI walaupun PPSMI 2003-2009 (-2012) telah gagal?

Kami menolak alasan “sains dan matematik datang dari luar ...... melalui medium Bahasa Inggeris” yang didakwa oleh YAB Tun untuk melaksanakan semula PPSMI. 
Sains dan matematik telah diajar dalam Bahasa Melayu sejak tahun 70-an dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Kami juga menolak alasan YAB Tun PPSMI “tidak akan mengelirukan rakyat” tetapi sebaliknya kami yakin PPSMI akan mengelirukan murid dalam memahami sains dan matenatik.

Kami juga menolak dengan tegas pandangan YAB Tun bahawa “mereka yang belajar Sains dalam Bahasa Melayu sukar untuk mendapatkan pekerjaan di tempat Bahasa Inggeris digunakan”. 
Menurut Laporan Bank Negara Malaysia 2018, pengangguran graduan bukan kerana kemahiran Bahasa Inggeris tetapi kerana jumlah graduan jauh melebihi jumlah pekerjaan yang ditawarkan oleh kedua-dua industri dan kerajaan.

Sepatutnya adalah tugas YAB Tun untuk mencipta lebih banyak pekerjaan untuk para graduan dan belia yang menganggur dengan mengurangkan penganbilan pekerja asing dan mewajibkan sekua projek mega mengambil lebih banyak pekerja Majaysia.

Kami ingin mengingatkan YAB Tun bahawa  tindakannya memaksa KPM menjalankan PPSMI pada 2003-2012 telah merosakkan masa depan hampir 3 juta murid. 

Kegagalan PPSMI 2003-2009 (-2012) telah terbukti dalam ujian antarabangsa TIMSS dan PISA.

Prestasi murid Malaysia dalam TIMSS berada di atas purata Dunia pada 1999 dan 2003, tetapi ia telah menjunam hampir 100 mata ke bawah purata Dunia pada 2007, 2011 dan 2015.  

Prestasi pada 2015 naik sedikit kerana PPSMI sudah dimansuhkan pada 2012. 

Malaysua berhenti masuk TIMSS dan beralih kepada PISA sejak 2009. 

Prestasi PISA pada 2009, 2012, 2015 dan 2018 masih di bawah purata Dunia walaupun Malaysia memilih murid-murid DLP BI untuk menduduki ujian PISA.

Prestasi murid-murid PPSMI dan DLP BI dalam BI dan sains dan matematik tidak meningkat tetapi menjunam di bawah purata Dunia.

Prestasi mereka dalam TIMSS dan PISA jauh di bawah berbanding dengan prestasi pelajar Vietnam yang belajar dalam bahasa Vietnam, yang jauh lebih tinggi.

Kami hairan mengapa Tun ingin mengulang PPSMI yang terbukti gagal dalam ujian antarababgsa TIMSS dan PISA?

Akademi Sains Islam menggesa YAB Tun segera menarik balik dasar pengulangan semula PPSMI ini demi masa depan anak-anak kita.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia


DALAM POLITIK SEMUA BOLEH BERLAKU



Hamsina Hamzah




Tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik.
Mungkinkah ada benarnya kata-kata tersebut apabila melihat foto ini (bawah).

Antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999 sewaktu dijatuhi hukuman penjara utk kes fitnah (1).

 "Semasa saya memegang jawatan dalam negara, saya pernah menyebut perlunya reformasi perundangan. perlunya kebebasan institusi kehakiman diperkukuhkan.

"Ramai orang kaya dan berada yang mempunyai kedudukan tidak menyukai kenyataan saya. sementara sebahagian rakyat membaca kenyataan saya dengan perasaan sangsi. sekarang mereka tidak sangsi lagi dengan kenyataan saya.

Saya tidak katakan semuanya.. tetapi orang melayu berkata, "Sekor kerbau membawa lumpur..semuanya terpalit." Tindak tanduk segelintir manusia yang merosakkan nama baik institusi kehakiman.
Cuma saya terlebih dulu menjadi mangsa utntuk menyakinkan rakyat tentang apa yang saya katakan.

Sedikit pun tidak saya sesali..mungkin ini lah sedikit pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menyakinkan rakyat betapa mendesaknya negara perlukan reformasi. lebih-lebih lagi polis, jabatan peguam dan institusi kehakiman.

Saya dihukum dengan "with judgement  that stinks to high heawen". Alangkah aibnya penghakiman ini.
Tafsiran rasuah yang tak masuk akal. Meloyakan bila memikirkan di Malaysia ini dimana pemimpin-pemimpin melesapkan ratusan juta dan billion ringgit wang kerajaan diguna kan untuk menyelamatkan sanak saudara dan kroni.
Merrka telah menjadikan tamak haloba dan kebejatan perilaku sebagai hak mereka. kebal dari sebarang hukum, Saya di hukum.

Tapi rakyat tahu  bahawa hukuman adalah mengikut skrip yg direka oleh konspirator. bukan mahkamah. tetapi para konspirator yg memenjarakan saya.Tetapi ingatlah bahawa manusia terdiri dari jasad dan roh.'Jasad saya boleh dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka'.
Tetapi ada manusia yg badannya merdeka tetapi  jiwanya terpenjara. dipenjara oleh pangkat dan kedudukan. bahkan jiwa mereka boleh di jual beli.."

- Anwar Ibrahim.


PDRM, JANGAN PILIH KASIH

Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan 'Sehingga dilaporkan empat orang rakyat Malaysia telah Novel coronavirus dipercayai berpunca daripada bawaan pelancong China. Jangan lagi. Keluarga telah akan dijangkiti virus bertindak segera menyaman Kerajaan Malaysia yang gagal melindungi keselamatan dan nyawa rakyatnya. Inilah kerajaan paling buruk dalam sejarah 63 tahun Malaysia merdeka kerana gagal meredakan ketak an ama.. bak ang boleh au Kerajaan PH ini ibarat zombie yang mahu meratah darah dari tengkuk rakyat. tetap saman. Saman sampai Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib Majlis Kerja Tertinggi UMNO ADUN Slim, Perak "Jangan halang mereka"- Kerajaan tiada rancangan'








GONG XI FA CAI....



Sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).

"Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali

fuyyoooo...lagi ada mari....



zu rahman



Fffuyyyyyo...lagi ada mari weehh!
bertabahlah ryt klate.ujian demi ujian utk ryt klte terus berfikir ttang masa depan dbawah pntadbiran pas.asalkn lobai bgaya,kenyang dn selamat!.....bas utk rakyat mano??

Imej mungkin mengandungi: bas, luaran dan teks


ANWAR PM8, HADI BUNGKUS DI MARANG?

PPSMI KEMBALI?



SHAHBUDIN HUSSEIN


Asyik-Asyik ubah dasar dan berapa banyak kos diperlukan untuk melatih guru-guru, terutamanya di luar bandar untuk mahir Bahasa Inggeris.

Selain itu, dengan kembali kepada dasar PM4 dahulu, berapa banyak lagi PH akan kehilangan undi Melayu...

1. Gagal kerana fasiliti perlu lengkap dahulu baru jalan.
2. Kalau guru mengajar sains , tapi sepatah haram tak gunakan bahasa Inggeris , gagal, Ini telah berlaku.Guru perlu kuasai Bahasa Inggeris.
3. Pilih kasih suruh guru tak boleh gunakan Bahasa Inggeris, mengajar bahasa Inggeris dan suara keluar macam katak, gagal


PATUT TERDIAM . RUPANYA SEMUA PENYEBAR BERITA PALSU KORONAVIRUS TELAH DITAHAN.TAKUT JUGA RUPANYA...MACAMANA NAK BERJIHAD?

BEBALVIRUS BINGUNGKAN PEMIKIRAN RAKYAT?

USUL UNDI PERCAYA KEPADA MAHATHIR TINDAKAN NODAI KONSENSUS PERALIHAN KUASA




Sama ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri benar-benar akan berlaku atau cuma sekadar spekulasi, tetapi itulah yang menjadi perbualan hangat di arena politik negara kebelakangan ini.
Dikatakan usul tersebut akan dibentangkan dalam sesi Parlimen pada Mac ini dengan tujuan memberi mandat kepada Tun Mahathir Mohamad terus duduk di kerusi empuk Perdana Menteri dengan pendapatan lebih RM100 ribu sebulan sehingga habis penggal atau sampai tahun 2023.
Sehingga ini tidak dipastikan siapa yang akan membawa usul itu, namun beberapa pihak yang rapat dengan Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan tersebut.
Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan setakat ini adalah antara yang paling awal menyatakan sokongan terhadap usul percaya kepada Perdana Menteri itu.
Perlukah usul percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Parlimen?
Untuk makluman, PH berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan BN pada PRU14 lalu adalah melalui gabungan sokongan PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta Warisan.
Berdasarkan kedudukan terkini, termasuk penghijrahan 13 Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu, PH sekarang memiliki 139 sokongan Ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 Ahli Parlimen.
Dalam erti kata lain, kedudukan PH sebagai kerajaan dan keberadaan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah stabil dan tidak tergugat sama sekali.
Lalu, untuk apa usul undi percaya mahu dibentangkan?
Usul undi percaya itu, jika menjadi kenyataan, tidak lain hanyalah ilham daripada cetusan hati yang tamak, dengki, dan iri hati golongan pengampu Tun Mahathir semata-mata.
Mereka tamak kerana tidak puas-puas mahu menggondol nikmat daripada kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sambil dengki dan iri hati kepada Anwar Ibrahim yang sudah pun dinamakan sebagai pengganti.
Mereka ternampak semakin bimbang dan mulai sesak nafas dengan tempoh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar yang hampir tiba, seolah-olah merasakan dunia akan kiamat selepas Malaysia memperolehi Perdana Menteri baru nanti.
Maka, usul undi percaya itu adalah usaha terbaru mereka untuk melanjutkan tempoh Tun Mahathir sehingga habis penggal setelah pelbagai desakan serta hasutan agar Anwar mengemukakan usul undi tidak percaya sepertinya tidak mungkin menjadi kenyataan dan telah membuahkan kekecewaan.
Bagi Anwar, tiada keperluan sama sekali untuk beliau mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Tun Mahathir kerana janji konsensus mengenai peralihan kuasa kepadanya sudah pun dipersetujui sebelum PRU14 lagi.
Menjelang dua tahun Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei ini, Anwar hanya perlu sedikit bersabar menanti peralihan kuasa dilaksanakan dengan aman, tertib serta mengikut janji yang sudah dipersetujui itu.
Dalam aspek lain, hendaklah juga disedari bahawa berikutan konsensus peralihan kuasa sudah pun dimuktamadkan dalam PH, membawa usul undi percaya dengan tujuan melanjutkan tempoh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal adalah jelas suatu cubaan mencabuli serta mengengkari perjanjian itu.
Dalam perjanjian peralihan kuasa itu, telah dinyatakan bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong.
Secara tidak langsung perjanjian itu bermaksud Tun Mahathir bukanlah Perdana Menteri sehingga habis penggal, tetapi cuma untuk sebahagian penggal dan mesti melakukan serah kuasa kepada Anwar sebelum tibanya PRU15.
Termasuk Tun Mahathir dan pengampu-pengampunya, susahkah mahu memahami konsensus perjanjian itu?
Bagaimanapun, untuk mengelakkan kemungkinan usul percaya itu daripada menjadi kenyataan dan merisikokan PH jadi berantakan akhirnya, tanggungjawab kini terletak di tangan Majlis Presiden untuk setidak-tidaknya sebelum Mac ini, mesti menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa dengan segera.
Hanya setelah adanya tarikh khusus peralihan kuasa saja yang dapat mengelakkan usul undi percaya itu daripada dibawa oleh sesiapa di Parlimen Mac ini. (ShahbudinHusin 31/01/2020)




VIDEO SAIFUDDIN NASUTIOAN:'Tak tahu berapa nak keluar, tapi 10k masuk PKR tiap minggu'



14 WARGA CHINA DARI WUHAN DIHANTAR PULANG

KAH..KAH..KAH....ULAMAK?



Ibrahim Mat Isa


Tunjuk isyarat "FUCK YOU" dengan dua belah tangan pun boleh diiktiraf sebagai ulamak. Patutlah anak buah di bawah kaki maki hamun belaka-laka... Ermmmm..

KAH..KAH..KAH....ULAMAK?



Ibrahim Mat Isa


Tunjuk isyarat "FUCK YOU" dengan dua belah tangan pun boleh diiktiraf sebagai ulamak. Patutlah anak buah di bawah kaki maki hamun belaka-laka... Ermmmm..

WHO ISYTIHAR KORONAVIRUS KECEMASAN GLOBAL

JIKA BERMARUAH, ZURAIDA AKAN KELUAR TANPA PERLU DITUNJUKKAN JALANNYA.



Apa pun isi jawapan Zuraida Kamaruddin terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya ke Ibu Pejabat PKR, tidak dinafikan beliau paling mungkin berdepan dengan hukum pemecatan.

Harus diakui kesalahan disiplin yang dilakukannya, khususnya mendedahkan perbualan dengan Anwar Ibrahim secara terbuka untuk tujuan memburuk-burukkan Presiden PKR itu, adalah perbuatan salah laku serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa jua yang faham hukum berorganisasi.

Memburuk-burukkan ketua parti sendiri biasanya hanya dilakukan oleh seseorang yang sudah tiada hati lagi dengan parti yang sedang dianggotainya.

Ia sama ada dilakukan oleh seseorang yang memang mahu dipecat atau hanya menunggu masa untuk keluar parti.

Dalam kes Zuraida, beliau juga sepatutnya begitu dan tidak munasabah setelah memburukkan parti dan presiden sendiri, tetapi masih mahu kekal dalam di situ lagi.

Mengimbas kedudukan Zuraida, walaupun ketika proses menentukan calon Perdana Menteri sebelum PRU14, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Tun Mahathir Mohamad bagi jawatan itu, tetapi setelah PH menjadi kerajaan dan dilantik sebagai menteri, Pengerusi Bersatu itulah merupakan pemimpin yang disanjung-sanjungnya.

Malah, beliau kemudian secara terbuka menyokong agar Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Zuraida seolah-olah lupa beliau menjadi menteri adalah tiket PKR, selain melalui PKR jugalah beliau menjadi Ahli Parlimen.

Dalam konteks itu, oleh kerana Anwar adalah Presiden PKR, Zuraida seharusnya ada rasa hormat terhadap beliau, lebih-lebih kedudukan Presiden PKR itu sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui secara muafakat dan konsensus dalam PH.

Tetapi, Zuraida bukan saja langsung tidak hormat kepada Anwar sebagai Presiden PKR, malah berusaha menidakkan ketua parti yang dianggotainya untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Sebaliknya, yang disokong dan mahu dikekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri adalah pemimpin daripada parti yang bukan dianggotainya.

Tidakkah ini pelik dan menyanggah konsensus PH kerana tidak pernah disebut sama sekali Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?

Lebih daripada itu, ini juga memperlihatkan Zuraida sememangnya tidak layak lagi berada dalam PKR yang diketuai oleh Anwar.

Oleh itu, apabila menerima surat tunjuk sebab yang memungkinkannya dipecat, Zuraida tidak patut sama sekali mengumpulkan penyokong yang memperlihatkan keinginan terus kekal dalam PKR, bahkan menjawabnya pun tidak perlu lagi sebenarnya.

Langkah terpuji yang patut diambilnya ialah segera keluar PKR dan mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.

Surat tunjuk sebab yang diterimanya seharusnya merupakan peluang terbaik untuknya meninggalkan PKR.

Selama ini, walaupun menjadi menteri atas tiket PKR, Zuraida tidak seperti mewakili parti itu, bahkan PKR bagai sudah jadi musuh baginya.

Keluar PKR lebih menjadikan dirinya bermaruah dan ada sedikit harga untuk dihormati.

Lagi pun, bukankah sebelum ini beliau ada mengatakan sedia dan tak kisah dipecat daripada PKR atas tindakannya bertalu-talu mengkritik Anwar dan parti?

Jadi, nak tunggu apa lagi? (ShahbudinHusin 29/01/2020)

SIAPAKAH HANTU RAYA ITU



Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 20/01/2020
(1 - 22)

1. Lagu 'Masih Kah Kau Ingat' nyanyian Kumpulan Kopratasa di satu ketika dahulu mengingatkan kita kisah seorang DURJANA yang saya gelar 'Hantu Raya'.

2. Sebenarnya dek sebab perangai buruk dan jijik beliaulah yang menggerakkan saya mula menulis.

3. Dari lebih 100 artikel, tidak kurang 18 artikel yang saya tujukan kepada beliau.

4. Bertajuk 'Sudah Sampai Masanya Hantu Raya Ini DiTangkap Dan Di Lokap' adalah antara tulisan yang telah diviralkan pada penghujung tahun 2017.

5. Pada usia 48 tahun, Dzulkifli Ahmad yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang telah dilantik sebagai
KP SPRM yang baru.

6. Pelantikan beliau oleh Najib Tun Razak yang berkuatkuasa mulai 1hb Ogos 2016 adalah bagi menggantikan Abu Kassim Mohamed yang 'dipeti sejukkan' atau 'cold storage' ke satu jawatan baru yang diwujudkan khas, 'Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-Undang di UITM'

7. 5 hari, iaitu pada 14hb Mei 2018 ekoran kekalahan UMNO-BN pada Pilihanraya Umum yang berlangsung pada 9hb Mei 2018, Dzulkifli meletakan jawatan sebagai KP SPRM yang sepatutnya berakhir pada 1hb Ogos 2021.

8. Mengikut rekod beliau merupakan KP SPRM yang paling TIDAK BERMARUAH dan BANGSAT jika dibandingkan dengan mereka yang pernah menerajui agensi tersebut.

9. Pada 20hb September 2017, dengan sombong, biadap dan tanpa merasa salah, SECARA TERBUKA beliau telah mempersoalkan keputusan Kerajaan menubuhkan Jabatan Integeriti Urus Tadbir Negara atau JITN.

10. Sepatutnya beliau berbincang SECARA TERTUTUP dengan Menteri yang bertanggung jawab; perbuatan tersebut telah MELANGGAR Peraturan 19 Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib (1993).

11. Seksyen 498 Kanun Keseksaan - MENGGODA wanita yang sudah berkahwin (bersuami) adalah salah.

12. Walau pun akhirnya mereka bernikah juga namun perbuatan SUMBANG HARAM yang dilakukan dengan Hazleen Hatta yang pada masa itu maseh bersuami adalah satu kesalahan undang-undang; hukumannya ialah 2 tahun penjara.

13. Bagi menutup kecurangan yang dilakukan, beliau PERLU BERLAKON sebagai seorang yang boleh dicontohi dengan berkhutbah dan dipercayai dengan membaca sajak dan sebagainya.

14. Beliau bernasib baik kerana Kerajaan UMNO-BN bukan sahaja tidak menggambil tindakan malah beberapa orang Menteri ketika itu termasuk Zahid Hamidi dan Salleh Said Keruak yang sanggup membela beliau.

15. Sehingga sekarang tidak dipastikan siapakah yang membiayai kos penerbangan, penginapan dan lain-lain beliau ke Bali, Hong Kong dan mungkin ke negara lain bersama Hazleen dan pegawai-pegawai SPRM yang dikudakan; SPRM kini perlu siasat secara menyeluruh.

16. Apabila salah seorang pegawai SPRM ditangkap berkhalwat dengan seorang janda yang kebetulan bertugas di pejabat beliau, tidak ada sebarang tindakan pun diambil; yang hairannye mengapa pegawai-pegawai lain khususnya Azam Baki TIDAK BERTINDAK dan BERSUARA, hanya setakat membiarkan sahaja 'Hantu Raya' ini berkeliaran seolah-olah negara ini dia yang punya.

17. Itulah keadaan SPRM ketika beliau menerajuinya.

18. Kini rahsia sebenar kehebatan beliau TERBONGKAR apabila SPRM di bawah pimpinan Latheefa Koya melondehkan kepada rakyat jelata beberapa perbualan telefon di antara beliau dan Najib.

19. Perbuatan KEJI beliau apabila beliau SANGGUP MEMBOCORKAN RAHSIA SIASATAN salah laku Najib Tun Razak berhubung dengan kes penipuan 1MDB.

20. Ekoran TINDAKAN JAHAT itulah menyebabkan Abu Kassim Mohamed dikucilkan sebagai KP SPRM dan tempatnya diambil alih oleh 'Hantu Raya' ini.

21. MEMBOCORKAN RAHSIA KERAJAAN oleh Penjawat Awam adalah satu kesalahan yang tidak boleh dipandang ringan.

22. SEMOGA HUKUMAN SETIMPAL DIJADIKAN CONTOH AGAR IA TIDAK AKAN DILAKUKAN OLEH PENJAWAT-PENJAWAT AWAM LAIN.

Wassalam
Terima Kasih

PENGGUMUMAN.


Sejak semalam talian terganggu...kini hampir kembali pulih. Banyak

TETAPKAN TARIKH, PERGOLAKAN DALAMAN PH PASTI KEMBALI TENANG.



Beberapa perkembangan dalam PKR kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak tentang peluang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, meskipun ia merupakan ketetapan serta konsensus PH.

Antara perkembangan tidak berapa baik itu ialah pergeseran berterusan antara Anwar dengan timbalannya, Azmin Ali; surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin kepada Zuraida Kamaruddin yang memungkinkannya dipecat daripada PKR serta saman Saifuddin Nasution Ismail terhadap Zuraida.

Mereka bimbang pergeseran itu akhirnya akan menyebabkan PKR berpecah, seterusnya bukan saja akan melambatkan proses peralihan kuasa, bahkan mungkin menggagalkannya sama sekali.

Benarkah begitu?

Harus difahami, sebagaimana yang disebut oleh Saifudin sendiri, peralihan kuasa adalah ketetapan PH dan ia tiada kena mengena dengan masalah yang dihadapi oleh PKR.

Bermakna, selagi PH berpegang kepada ketetapan tersebut dan tiada perubahan dilakukan, proses peralihan kuasa adalah janji yang mesti ditunaikan.

Lebih daripada itu, janji peralihan kuasa kepada Anwar juga adalah sebahagian daripada janji dalam manifesto PH dalam PRU14 yang lalu.

Lagi pula, jika diteliti, pergolakan yang berlaku dalam PKR adalah sesuatu yang sengaja dirancang untuk melambatkan, atau tidak mustahil, untuk menafikan terus janji peralihan kuasa kepada Anwar.

Ia sebahagiannya kerana janji peralihan kuasa itu tidak menetapkan tarikh yang khusus bila ia mesti dilakukan, walaupun Tun Mahathir Mohamad berkali-kali mengatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja.

Berikutan ketiadaan tarikh itu, cakap Tun Mahathir sering berubah-ubah dengan terakhir mengatakan penyerahan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Apec 2020 pada November nanti.

Blog ini sudah banyak kali menulis bahawa jika Azmin Ali tidak dilantik oleh Tun Mahathir sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan kekal sebagai Menteri Besar Selangor, apa yang terjadi dalam PKR hari ini pasti tidak akan berlaku.

Pergeseran itu bermula kerana Tun Mahathir, di sebalik sudah terikat dengan janji penyerahan kuasa kepada Anwar dan mulutnya sendiri sering basah dengan kata-kata akan menunaikan janji tersebut, tetapi dari semasa ke semasa beliau masih cuba menonjol-nonjolkan Azmin untuk tujuan mewujudkan persaingan kepada Anwar dalam PKR.

Mahu tidak mahu, sejujurnya harus diakui bahawa Tun Mahathirlah pencetus kepada pergeseran yang berlaku dalam PKR sekarang ini.

Pergeseran itu bukan disebabkan kelemahan Anwar sebagai Presiden PKR atau ketidakmampuannya memimpin parti, tetapi kerana ada pimpinan dalam parti itu sendiri yang mudah lupa diri, tidak mencermin kepada asas perjuangan reformasi serta mula terbuai dengan jawatan dan kemewahan yang digula-gulakan oleh Tun Mahathir.

Maka, hanya ada satu cara mudah untuk menangani semua pergeseran dalam PKR sekarang ini – kembali kepada janji peralihan kuasa dan Majlis Presiden mesti segera menetapkan tarikh khusus untuk Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Apabila sudah terang dan jelas bila Anwar akan mengambil alih kuasa, atau lebih khusus setelah tiada lagi kelibat Tun Mahathir di kerusi Perdana Menteri, PKR dengan sendirinya akan aman damai, tenang dan bersatu semula.

Ini kerana tiada lagi kiblat lain dalam PKR dan Anwar akan diterima oleh ahli ahli dan pimpinan parti itu tanpa banyak hal.

Kalau tak percaya, cubalah lakukannya?

Lebih penting daripada itu, segera menetapkan tarikh peralihan kuasa juga adalah resipi terbaik untuk memastikan PH terus stabil dan berpotensi mengekalkan kemenangan dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 30/01/2020)

Blog Archive

My Blog List

Followers