Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?

Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?

Gaji penjawat awam
Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Jikalau anda semua, tidak terlepas berita mengenai berita baru-baru ini yang mana kerajaan Malaysia ada menanggung makan PATI (Pendatang Tanpa Izin) dalam tahanan sebanyak RM35.00 sehari. Indahnya hidup mereka di atas bumi Malaysia ini. Buktinya DI SINI & juga KLIK SINI)
Bagaimana pula dengan belanja makan kakitangan awam aka rakyat Malaysia yang sah, apatah lagi kakitangan swasta yang lain? 
Apa perbezaan dahulu kos sara hidup dahulu dengan sekarang sehinggakan sehingga Tokoh Ekonomi seperti Allahyarham Dato’ Salleh Majid pernah mengatakan :
“Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi taraf makin menurun”
Gaji Kakitangan Awam 2014
Anda boleh ikuti laporan berita yang sangat menarik bertajuk : Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid
Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Melihatkan kos sara hidup yang melambung tinggi terutamanya kenaikan harga minyak, tarif elektrik & tol pada tahun 2014 ini sekaligus mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu memperjuangkan gaji minimum penjawat awam naik ke paras sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan…

Cadangan Cuepacs Untuk Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Analisa Cuepacs :

  • Kos sara hidup yang meningkat antara 8-10% sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar
  • Sedangkan, kenaikan gaji kakitangan awam hanya sekitar 2.0- 2.5 % sahaja
  • Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah
  • Kerajaan mesti menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.
Cuepacs juga mungkin boleh mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk segerakan keluar Pekeliling SST, seperti yang dijanjikan bagi mengantikan SSM dengan SST.
Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Pada pandangan Berita Semasa, cadangan dan tuntutan Cuepacs perlu diambil perhatian pihak kerajaan daripada sekarang. Dalam pada masa yang sama Cuepacs perlu lebih menumpukan elaun rumah, ITKA dan cola. Elaun RUMAH pun sudah berada terlalu di takuk lama, tiada perubahan.
Ini antara rekod yang sempat Berita Semasa kongsikan di sini :
  1. Januari 2005 : Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan SPM) naik daripada RM135.00 kepada RM180.00
  2. Januari 2006 : Elaun Batuan Saraan Hidup (COLA) diperkenalkan antara RM50 hingga RM150.00
  3. Januari 2007 : Elaun Khidmat Awam (EKA) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma) naik daripada RM115.00 kepada RM160.00
  4. Januari 2007 : COLA naik 100% kepada RM100 hingga RM300.00
  5. 2008 – Tiada apa-apa elaun kakitangan awam naik
  6. 2009 – Tiada apa-apa elaun kakitangan awam naik
  7. 2010 – Senyap tanpa apa-apa berita
  8. 2011 - Senyap tanpa apa-apa berita
  9. 2012- COLA kawasan B dan C naik sebanyak RM50.00. RM100 jadi RM150. RM200 jadi RM250. Yang kawasan A kekal RM300.00
  10. 2013 – Senyap tanpa apa-apa berita
  11. 2014 - Senyap tanpa apa-apa berita. Mungkin Ada?
Apa respon balas kakitangan awam mengenai tuntutan terbaru Cuepacs untuk anda semua yang mana gaji minimum penjawat awam naik RM1,200 sebulan. Setuju atau tidak? Atau anda ada cadangan lain?

LAGU REMIX FEAT NAJIB


SPRM perlu siasat 30 pegawai kastam terlibat rasuah -Shamsul

SPRM perlu siasat 30 pegawai kastam terlibat rasuah -Shamsul

KUALA LUMPUR 13 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat tindakan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang memberikan maklumat kepada sindiket penyeludupan warga asing di negara ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tata tertib sahaja tidak memadai kerana kes itu melibatkan kegiatan rasuah, malah suatu pengkhianatan dan ancaman kepada negara.

“SPRM tidak boleh mendiamkan diri kerana isu ini tentunya memberi kesan kepada keselamatan dan memudaratkan negara,” ujarnya menambah penjualan maklumat kepada sindiket seumpama itu boleh berlaku dalam agensi kerajaan yang lain.
Pada 10 Januari lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 30 kakitangan dan pegawai kanan JKDM didapati bersalah kerana membocorkan rahsia kepada sindiket penyeludupan warga asing sepanjang tahun lalu, walaupun Unit Siasatan Khas ditubuhkan untuk mengelakkan kejadian tersebut.

Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili, mereka yang didapati bersalah dikenakan tindakan seperti dipindakan ke cawangan di Johor, Selangor, Kelantan dan Pahang.
November lalu, beberapa pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) disiasat atas tuduhan menerima sogokan daripada sindiket yang menyeludup warga asing menggunakan dokumen palsu.

Menurut Timbalan Menteri dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, setiap pegawai Imigresen yang ditangkap November lalu disogok sekurang-kurangnya RM10,000 bagi setiap warga asing.

Mengulas lanjut, Shamsul turut mengaitkan kes jenayah membabitkan warga asing seperti kes pembunuhan pegawai Ambank oleh pengawal keselamatan warga Indonesia, Ardi Hamza beberapa bulan lalu.
Dalam kes itu, penjenayah berkenaan memperolehi kad pengenalan melalui sindiket pemalsuan MyKad.
Susulan daripada itu, pada November lalu, seramai 20 warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut ditahan kerana memiliki MyKad palsu.

Justeru, Shamsul meminta siasatan menyeluruh dilakukan SPRM termasuk menubuhkan sebuah pasukan khas yang turut membabitkan pasukan polis. Manakala satu kertas putih juga perlu dibentangkan daripada hasil laporan berkenaan ke parlimen.

“SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana ini satu perkara yang cukup serius. Kemungkinan sendikit ini didalangi pegawai kastam sendiri kerana jumlah mereka yang terlibat terlalu besar,” ujarnya mengaitkan sendikit jenayah dengan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya tahun lalu.

Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan

Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan

Menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.
Anwar hari rayaSungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.
Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian dirumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.
Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN