MP MACHANG NI TIDAK HABIS HABIS BERMAIN POLITIK DI PARLIMEN!

5 SUSPEK ZARA QAIRINA TIBA DI MAHKAMAH‼️MENGAKU TAK BERSALAH!! PEGUAM BU...

WHO IS THE MASTER! DS RAFIZI'S EXPOSURE! KJ IS AMONG THE NAMES MENTIONED!

WAYTA HANYA ALAT HATI BUSUK MAHATHIR

Impak gabungan baru pembangkang

FITNAH DEMI FITNAH DI SEBARKAN ISU TARIF & CUKAI! JAWAPAN MENTERI!

KITA DAH JELASKAN. TAPI TAK BERMAKNA FITNAH ITU TAK BERJALAN


 

PUNCA DIA TAK PAHAM BAHASA INHGERIS. TI DIA SALAH SANGKA BUKAN BUKAN AKHIRNYA DIA KUGA KENA.KIOK


 


UMNO PATUT TENDANG MUSIBAT INI


 𝙾𝚕𝚎𝚑 𝙰𝚣𝚊𝚖 𝙳𝚊𝚝𝚘 𝙼𝚘𝚑𝚍 ®

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di Mahkamah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat ini.





Akhirnya, “api dalam sekam” yang sering menyala dengan retorik berlebihan kini perlu menjawab di hadapan undang-undang. Beginilah sepatutnya — rule of law tidak mengenal siapa, tiada lagi ruang “double standard.”


Ironinya, sosok yang digambarkan sebagai “pemimpin muda harapan bangsa” ini lebih kerap muncul sebagai penceramah retorik daripada pencetus solusi. Gagah melaungkan kononnya memperjuangkan rakyat, tetapi isinya sering sekadar slogan kosong yang membakar perasaan tanpa memberi sebarang hala tuju. Musang berbulu domba? Tidak… lebih tepat musang berbulu retorik — wajah-wajah tali barut Perikatan Nasional (PN).


Malaysia sebenarnya memerlukan pemimpin muda yang datang dengan dasar, polisi dan idea segar — bukannya pemimpin yang menjadikan podium ceramah sebagai “pentas drama mingguan.” Politik perkauman, provokasi murahan, dan gaya konfrontasi mungkin menghiburkan segelintir penyokong fanatik, tetapi ia langsung tidak membantu membina negara bangsa yang inklusif, stabil dan berdaya saing.


Jika benar ingin dihormati sebagai seorang pemimpin, belajarlah menjadi penyatu. Kerana sejarah tidak akan mengingati siapa paling lantang menjerit di pentas politik, tetapi siapa yang benar-benar menyumbang kepada kestabilan dan masa depan negara.


Dan sekiranya jalan yang dipilih terus menyalakan api retorik, maka biarlah undang-undang yang menjadi hakim. Keadilan tidak pernah kenal darjat, gelaran, atau jawatan. Yang salah tetap salah, dan yang benar akan tetap terbela...!!!


𝙰𝚣𝚊𝚖 𝙳𝚊𝚝𝚘 𝙼𝚘𝚑𝚍 ®

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐥𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤-𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢


✅ #AzamDatoMohd

✅ #WavesOfDemocracyNation

✅ #AkmalSaleh

✅ #InclusiveLeadership

✅ #JusticeForAll

✅ #MalaysiaMADANI

✅ #PemimpinMuda

✅ #PerpaduanSejagat

✅ #PoliticalIntegrity

✅ #RetorikKosong

✅ #RuleOfLaw

✅ #UndangUndang

_______________________________

📌 𝐖𝐚𝐭𝐜𝐡 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥®

🔗 https://www.facebook.com/share/19VcCGott7

_______________________________

📌 𝐍𝐞𝐰𝐬 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥®

🔗 https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2025/08/1262546/akmal-salleh-be-charged-under-section-505b-penal-code-penang-friday

_______________________________

📌 𝐖𝐚𝐭𝐜𝐡 𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥®

🔗 https://youtu.be/-twpPOHcB1s

_______________________________

📌 𝐌𝐲 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥® 

🔗 https://whatsapp.com/channel/0029Vb9ywnL7tkj9kMkPf43p

_______________________________

📌 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥® 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥

🔗 https://whatsapp.com/channel/0029Vb5bKzBGzzKLx3CC502L

_______________________________

📌 𝐍𝐎 𝐑𝐈𝐁𝐀 - 𝐖𝐚𝐫 𝐨𝐧 𝐚𝐥-𝐑𝐢𝐛𝐚!®

🔗 https://whatsapp.com/channel/0029VajPB8m7T8bOWvowfi2f

_______________________________ 

📌 𝐖𝐚𝐯𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐜𝐫𝐚𝐜𝐲 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧® 

🔗 https://whatsapp.com/channel/0029VaicPHs8kyyLEKYRqT2e

_______________________________

📌 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐓𝐨𝐩𝐢𝐜𝐬® 

🔗 https://chat.whatsapp.com/E2uIODOOb4d7cIjhJiiNfZ

_______________________________ 

🛑 𝐉𝐎𝐈𝐍 — 𝐅𝐎𝐋𝐋𝐎𝐖 — 𝐋𝐈𝐊𝐄 & 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄...!!!👆



MELAYU TERTINDAS

 


AWAT PULAK DIN ?

 


Saya mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham, Ketua Armada BERSATU, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan.





Sebagai pemimpin sayap ARMADA yang mewakili anak-anak muda, beliau berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin ARMADA di bawah akta tersebut.


Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.


Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.


Saya mendoakan agar Saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli ARMADA BERSATU terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani.


TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

Presiden BERSATU


19 Ogos 2025



SIDANG MEDIA PEGUAM KELUARGA ZARA

 


5REMAJA MENGAKU TIDAK BERSALAH

 


DOK BUAT QAMAI PULAK


 

PENJELASAN RAFIZI RAMLI ISU TUDUHAN TERKAIT KJ DAN ISMAIL SABRI



 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝




Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian.


Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. 


Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa.


Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti.


Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar.


Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.


Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan.


Kedua-dua tuduhan ini tidak benar.


Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. 


Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain.


Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian.


Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.



PANDAI BETUL YA JADI PAKAR BEDAH


 

REMAJA DIBAWAH KE MAHKAMAH


 

EHHH NI BUKAN BUDAK AKMAL YANG TAK CERDIK TU KAH ?

 


JANJI JANJI SANUSI YANG MEMPERBODOHKAN MELAYU

 


ORANG MACAM DIA NI PATUT TANGKAP SAJA


 

PAKAR BEDAH TIKTOK BAKAL DITAHAN


 

BILA ORANG BODO MAIN TIK TOK


 

BANK EGARA BERGERAK KE ARAH MATAWANG DIGITAL


 

NI KAH WAJAH CIKGU BI YANG BUAT BERITA PALESU?


 

BUKA MULUT MUHONG... SANUSI NAK BUAT KETAPI LAJU KANTOI


 

JADI YB TAPI PEKAK BADAK



 Peruntukan untuk Mitra RM100 juta untuk tahun ini 60 peratus sudah diluluskan. Demikian menurut PM sebagai menjawab wakil berkelubung hijau ini yang menerima maklumat peruntukan MITRA tahun ini belum diperolehi. 





Kata PM kelulusan itu bukan menerusi Ngo India sahaja tetapi menerusi agensi kerajaan.


Wakil berkelubung hijau ini tak dengar molek² penjelasan wakil Tambun.l, mungkin pekak.  Trims.



JANGAN DIAM KES FARIS.


 

SIAPA BULI SIAPA? PAS tunggang teruk

Norman Raduan





PAS tunggang teruk kes Zara 

PEMBANGKANG MUDAH SUNGGUH BODOHKAN RAKYAT 


Bila dlm siasatan, marah kenapa lambat. Bila inkues dlm masa terdekat persoalkan pula kenapa awal. Kenapa takut nanti dah tahu kebenaran tak boleh tunggang cerita ini lagi???


Apa itu inkues? Inkues dlm kes Zara Qairina adalah langkah penting bagi memastikan kes tersebut disiasat sepenuhnya di bawah peruntukan undang2, demi keadilan dan kepastian fakta. 


la bertujuan menyingkap kebenaran di sebalik kematian tragisnya secara telus dan bebas sesuatau yg diperjuangkan oleh keluarga dan masyarakat. Ia terbuka utk didengar oleh rakyat.


Di Parlimen MP Hulu Terengganu, bising kenapa pihak berkuasa lambat tapi Kota Bharu pula persoalkan kenapa terburu buru buat inkues tersebut. Mcm2 jenis gila dkt dunia ini.


Bila PDRM dlm siasatan bising, mulalah terpengaruh dgn ramai yg ‘terpaling tau’ di luar sana. Bila polis beri penerangan pertikaikan pula polis. Tak percaya.. jadi kamu nak percaya si penglipurlara kononnya Zara dimasukkan dlm washing machine???


Guru itu bila ditangkap mudah sahaja katanya saja saja buat utk content TT? Videonya jutaan rakyat Malaysia terpengaruh. Bayangkan berapan byk dosa wanita ini perlu tanggung?


Dalam marah kpd pembuli netizen yg terpengaruh dgn berita di medsos, perjuangan menentang buli ini tanpa sedar kita pulak jadi pembuli kpd Guru, Pelajar & mereka yg tak bersalah, akhirnya pejuang anti buli sendiri jadi pembuli.


Bila polis beri jawapan kenapa tidak dilakukan post mortem… mulalah netizen bergaduh sesama sendiri.. salah siapa IO atau ibu Zara? Kan sendiri terasa malu.


Sebab itu Islam ajar kita Tabayyun. Skg yg buat mcm fitnah, yg hentam Menteri Fadhlina… tiada rasa bersalah dlm diri? Kalau rasa Islam pasti akn berasa bersalah kerana terlajak tahu hingga fitnah org lain.


Mulai hari ini bersabar sikit hingga awal bulan depan bila kes di bawa ke mahkamah. Jgn buat dosa kering… suruh Menteri turun… yg tak buat kerja tapi makan gaji buta elok je nak mati dlm perjuangan pollitik.



KERJA KAMBUS TAHI






Mainan pembangkang untuk mengenakan kerajaan dengan dakwaan TH telah membelanjakan RM 20 juta untuk tujuan penjenamaan semula TH dengan memberikan projek itu kepada syarikat bukan bumiputera terkena ke atas belakang nya balik apabila menteri agama mendedahkan semasa TH dikuasai pembangkang dari Mac 2021 hingga November 2022 telah memberikan tander kepada 23 buah syarikat bukan bumiputera dengan nilai projek RM55 juta.


Perkara ini dinyatajelaskan oleh Kelab Penyokong Kerajan bagi Menteri Agama dalam satu sidang akhbar sebagai mempertahan dan menyokong Menteri Agama yang mendedahkan perkara  itu senasa menngulung RMK13  bagi pihak kementeriannya.


Seorang wakil pembangkang (luoa nama dan jenis) mendakwa TH memyerahkan kepada syarikat bukan bumiputera dan membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk penjenaman semula TH. Dakwaan itu berniat jahat dan fitnah.


Jelas yang jahat dan khianat disini bukan Kerajan tetapi pembangkang yang bersikap cuba kambus najis sendiri setelah merasa terkena air kencing kerajaan. Trims.



DR PAKAR TIK TOK DITAHAN

 LAGI DITAHAN 


Seorang lagi ditahan… menyamar seorang pakar. Selepas Guru Bahasa Inggeris yang huru harakan negara… ini seorang Dr kononnya pakar. Cari lagi siapa…


Jika bersalah RM 500k…





MALAYSIA AIX-TEKNOLOGI BARU

 

Satu lagi berita baik untuk Malaysia. PMX lancarkan AIX MCMC-MMU. 


Apa tu AIX? AIX atau AI Transformation Centre akan menampilkan 13 makmal canggih yang berfungsi sebagai hab inovasi, kerjasama kerajaan-industri-akademia, pembangunan PKS serta pemerkasaan luar bandar.




PERANGAI YB OAS YANG BRRBELIT

 




YB SHAREZAN JOHAN


Saya membaca dengan penuh kecewa status yang disiarkan oleh Yang Berhomat Mohd Hafez Sabri, ADUN Manjoi dan Ketua Pemuda PAS Perak merengkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, yang memainkan sentimen agama dalam isu penggantungan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, daripada Dewan Rakyat selama 2 hari semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Na’im Mokhtar, semalam. 


Mengenai isu ini, saya sendiri berada dalam Dewan Rakyat ketika insiden ini berlaku. Saya saksi hidup mengenai apa yang terjadi. Masa itu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa sedang bertikam lidah dengan Menteri Agama, dan disebabkan masa yang kian suntuk maka Timbalan Speaker, Yang Berhormat Alice telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(2) untuk tidak membenarkan mana-mana Ahli Dewan untuk bertanyakan soalan lagi. 


Walaupun dengan arahan ini, YB Pengkalan Chepa masih tidak mengendahkan YB Timbalan Speaker dan terus bertengkar dengan YB Menteri walaupun amaran telah diberikan. Maka, YB Timbalan Speaker minta supaya YB Pengkalan Chepa ‘rehat sekejap’ (diarah keluar) jika bangun sekali lagi. Tetapi YB Pengkalan Chepa masih degil dan akhirnya beliau diarah untuk rehat diluar selama setengah jam. 


Tetapi walaupun dengan keputusan ini dan amaran YB Alice Lau sekali lagi, YB Pengkalan Chepa masih berucap tanpa kebenaran. Akhirnya, beliau digantung selama dua hari. 


Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan parti mahupun agama YB Alice. Tetapi, seperti biasa, pemimpin PAS seperti YB Mohd Hafez Sabri hanya tahu memainkan sentimen kaum dan agama. Isu tentang ketidakpatuhan arahan Pengerusi Dewan Rakyat walaupun berkali-kali amaran diberikan telah dikaitkan dengan anutan agama YB Alice itu sendiri. 


Kami Ahli Dewan semua mahu mendengar penjelasan daripada YB Menteri Agama mengenai perkara-perkara berkaitan agensi agama di peringkat Persekutuan yang telah dibangkitkan dalam perbahasan. Tindakan YB Datuk Ahmad Marzuk ini mengganggu urusan Dewan, sebenarnya.


Adakah kenyataan YB Mohd Hafez ini bertujuan untuk mengalih perhatian daripada hipokrasi mereka tentang isu ini? Untuk rekod, telah didedahkan bahawa semasa mereka berkuasa, 23 syarikat bukan bumiputera telah diberikan kontrak oleh Tabung Haji, tetapi kini dijadikan ini isu pula di zaman Kerajaan MADANI.


Sepatutnya seorang wakil rakyat muda bawa politik baru yang lebih segar dan matang, tetapi malang sungguh politik PAS masih di takuk lama yang sama. Pemimpin muda tetapi masih meneruskan politik perkauman yang sempit.




Mereka berbeza tetapi sama

Andrian Lim



 Mereka berbeza tetapi sama





1. Mendiang Teoh Beng Hock

Jantina Lelaki. Kaum Cina. Agama Buddha. Lahir Melaka.


2. Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Jantina Lelaki. Kaum Melayu. Agama Islam. Lahir Kedah.


3. Allahyarham Zara Qairina Mahathir

Jantina Perempuan. Kaum Pribumi. Agama Islam. Lahir Sabah.


Mereka berbeza jantina, kaum, agama dan tempat lahir. Tetapi mereka telah ditunggang habis-habisan oleh segelintir pihak yang membina mahligai di atas pusara orang mati.



BAGI JOB KAT CINA TAK SALAH.. TAPI FITNAH SALAH DAN DOSA.

Jamzuri Ardani






 Dia gini. Bagi job pada syarikat milik non muslim tak berdosa pun. Tiada satu pun nas yang melarangnya. 


Tapi berbohong kata TH belanja RM20 juta untuk rebranding tu jelas berdosa.  Nas yang menyebut tentang larangan berbohong cukup banyak. 


Islam ni bukan sekadar nama parti. Bukan sekadar tulis dalam perlembagaan parti. Semua tu Allah tak suruh pun. Apa yang Allah suruh ialah berkata benar. Jaga kerukunan hidup bermasyarakat. Jangan sebar kebencian dan prasangka.




DIA TANYA MMANG KENA LA


 

KENYATAAN MEDIA 19 OGOS 2025



PENJELASAN LANJUT BERHUBUNG KEPUTUSAN UNTUK MENUDUH SUSPEK-SUSPEK YANG TERLIBAT DALAM KES BULI

ZARA QAIRINA




TAK GUNANYA PAS. PEGANG APA SAJA AKAN MELINGKUP


 

SIMPAN BUAT PA CIKGU NI.


 

RAKYAT MALAYSIA MUDAH KENA TIPU


Man Toba


 “Kes Zara Qairina ni clear beb – KDN terus buka inkues, pastu kes buli pulak confirm naik mahkamah. Itu fakta, bukan auta.





Yang jadi busuk, geng fitnah dalam sosmed. Ada yang spin cerita budak kena masuk mesin basuh, ada yang tambah 3R, ada pulak yang buat plot twist tuduh mak dia sendiri. Apa benda semua ni? Nak cari views murah, sanggup hina keluarga mangsa.


Weh, beza gila weh – kerajaan bawa kes ke mahkamah, diorang bawak cerita ke TikTok. Langit dengan bumi bezanya.


So geng, kita jangan termakan drama fitnah. Ingat – keadilan untuk Zara tu tengah jalan ikut proses undang-undang, bukan ikut mulut longkang kat media sosial.



TU DIA AIHHHH....