ADUN KERDAU DIKHABARKAN KEMBALI KRITIKAL

Edisi Pahang: ADUN Kerdau, YB Zaharuddin Abu Kassim Kembali Kritikal Dan Kini Dirawat Di IJN!

KUANTAN, 22 Mei [10.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto), dilaporkan kini kembali berada dalam keadaan kritikal. Beliau kini difahamkan tidak sedar dan berada dalam keadaan koma. Malah, jantung dan paru-paru beliau juga dikatakan berada dalam keadaan lemah dan perlu menerima rawatan rapi sekarang. Beliau sebelum ini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sebelum ini melaporkan bahawa ADUN terbabit kian pulih. Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Aziz Mohd Yusof pada hari yang sama menolak spekulasi mengenai keadaan beliau yang sedang dirawat selepas menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Rakyat diseluruh negara kini tertumpu ke kawasan terbabit, kerana jika kesihatan dan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku maka kemungkinan besar satu lagi pilihanraya kecil akan dapat disaksikan dalam masa terdekat ini. Apapun, kita berharap agar beliau akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.
sumber: Malaysiakini dan Pahang Daily

GAS UNTUK SAMMY