KECEWA

 


Aku hari ni sangat kecewa dengan 𝗠𝗕 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, YAB Amirudin Shari. Dia selesaikan kes saman 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 di luar mahkamah. Kenapa? Sebab nak 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗶𝗸?


Maaf, itu sebenarnya 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Hasilnya bertebaran komen walaun 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗷𝗶 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 kata 𝗔𝗺𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵. Kenapa burukkan nama sendiri???


Memang kita semua tahu Sanusi 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳 sebab dia 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Tapi walaun kan 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶! Dan tak semua rakyat tahu cerita yang sebenarnya.


Tindakan Amir sebenarnya 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛 yang beriya mempertahankan dan menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Akhirnya Sanusi 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀.


Tolonglah wahai pemimpin PH yang lain. 𝗖𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Orang macam Sanusi tu 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗹 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗮𝗳𝗸𝗮𝗻. Takkan tak reti lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERSAMA NAZRI AZIZ DALAM ISU UCAPAN TERHADAP TRUMP


 

PELABURAN MASUK DALAM NEGARA

 






Dewan Ulama PAS Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri


1. Saya membaca teguran Dewan Ulamak PAS Pusat terhadap ucapan YAB Perdana Menteri tentang maksud ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: "diwajibkan ke atas kamu berpuasa SEBAGAIMANA diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu". 


2. Huraian oleh YAB PM terhadap maksud ayat "sebagaimana" sudah menepati apa maksud al-Quran sebagaimana dihurai oleh para Alim Ulama Islam iaitu "persamaan" dari sudut konsep puasa yang diwajibkan pada umat terdahulu tetapi berbeza pada cara dan perlakuan ibadah. 


Kata Tantawi dalam Tafsir al-Wasit: 

عبادة الصوم كانت مكتوبة ومفروضة على الأمم السابقة ، ولكن بكيفية لا يعلمها إلا الله 

"Ibadah puasa adalah dikenakan dan diwajibkan atas umat-umat terdahulu tetapi dengan cara yang tidak diketahui melainkan oleh Allah".


3. Para ulamak tafsir sepakat bahawa persamaan puasa dengan umat terdahulu ialah pada persamaan kewajipan berpuasa atau pada persamaan konsep puasa iaitu meninggalkan makan dan minum tetapi para ulamak berbeza pendapat adakah ia juga persamaan pada masa dan cara atau tidak? 


Begitu juga ulama berbeza pendapat adakah umat terdahulu itu merangkumi agama "samawi" sahaja kerana Arab Jahiliyyah yang menyembah berhala juga berpuasa Asyura sebagaimana Hadis Sahih daripada Aisyah (r.ah) katanya: 


كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية

"Dulunya hari Asyura merupakan hari yang orang-orang Qurasiy berpuasa di zaman Jahiliyyah"

(Hadis riwayat Bukhari no 4504 dan Muslim no 1125)


4. Sebaliknya DUPP perlu ditegur kerana membuat tafsiran baru tersendiri yang menyempitkan maksud apabila menyatakan: "maksud "umat yang terdahulu berpuasa" dalam ayat Al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam." 


Hal ini kerana para ulama ketika mentafsirkan ayat di atas telah menyebut tentang puasa orang kristian yang direka oleh paderi-paderi kristian dan tentunya ia bukannya atas dasar ketauhidan. Begitu juga puasa Asyura orang Arab Jahiliyyah tentunya bukan atas dasar ketauhidan. Justeru, yang disepakati oleh ulama ialah pada "persamaan" dengan umat terdahulu ialah pada hukum kewajipan dan pada konsep berpuasa iaitu meninggalkan makan minum. Adapun lain pada itu menjadi khilaf ulama.


5. Saya menasihatkan Dewan Ulamak PAS Pusat agar tidak mencari titik-titik berbeza dengan YAB PM kerana perbezaan parti dan pegangan politik untuk diangkat menjadi polemik. Sewajarnya kita mengangkat titik-titik kebersamaan untuk digerakkan bagi memperkasakan lagi Islam dalam negara.


Sekian

Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Penasihat Agama kepada YAB Timbalan Perdana Menteri

Rabu 26 Februari 2025 / 27 Sya'ban 1446



VENDING MECHINE


 

DALAM DUN BISING. DALAM PARLIMEN SEKOQ PUN TAK JAWAB


 

KISAH PAK LONG PENGSAN


 

BAGI SI TONGKOI NI LIBAT TEMPAT DIA


 

TENGOK WALAUN AKAN PUSING BALIK.



 

NI PATUT TANGKAP DAH


 

MAKAN TUAN


 

KENALI WAD DI HOSPITAL SEKELILING ANDA.

 




       ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

BAGI PELUANG NANTI NANTI BUAT LAGI.... HANGPA BODOW.. MACAM DIA DOK KATA.. MANA ADA DEPA SEDAR BAB MACAM NI. MAINAN NARATIF.

 

Pak Ya Siam






Hari ini telah dibuat penghakiman persetujuan berkenaan saman YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari berkaitan satu ceramah saya di Kedah untuk diselesaikan di luar mahkamah.


Kutuk PMX bukan main, tapi janji PN mereka tak dikotakan : Paling memalu...

Tuduh hari bersidang makin kurang, Amirudin sekolahkan Azmin Ali

 






Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disekolah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas mendakwa jumlah hari persidangan Dun semakin berkurang.

Azmin mempersoal mengapa jumlah persidangan tahun lalu hanya 22 hari.


Amirudin membalas jawapan itu, mengatakan jumlah persidangan di bawah kepimpinannya lebih banyak berbanding jumlah hari bersidang sewaktu Azmin Ali menjadi Menteri Besar.



“Saya kemukakan bukti bahawa jumlah hari persidangan semasa saya menjadi Menteri Besar Selangor adalah jauh lebih banyak berbanding sewaktu Hulu Kelang jadi Menteri Besar.

“Buktinya tahun 2022 dan 2024 jumlah hari persidangan ialah 22 hari sedangkan semasa tahun 2016 hanya selama 17 hari dan 2018, 16 hari,” katanya di Facebook.

Amirudin berkata, persidangan Dewan Negeri Selangor tahun lalu mencatatkan bilangan hari persidangan tertinggi di antara semua negeri berdasarkan Skor Keterbukaan Awam oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).



PM Anwar Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Timor Leste Di Vietnam

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa mesra ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

HANOI, 25 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan kedua-dua pemimpin itu di sini malam ini.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu diadakan sempena persidangan Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua yang dianjurkan kerajaan Vietnam, esok.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar menjelaskan pertemuannya dengan Ramos-Horta membincangkan pembangunan infrastruktur, industri halal, pendidikan tinggi, hingga perdagangan antara kedua-dua negara dan terus berusaha meningkatkan peluang ekonomi dan kemakmuran bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan lebih 200 syarikat Malaysia yang beroperasi di Timor Leste dan kerjasama dalam bidang TVET serta biasiswa pendidikan, masa depan hubungan ini ternyata semakin cerah dan penuh harapan.

“Sementalahan, penerbangan terus ke Dili yang bakal diluncurkan kelak akan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara, memudahkan perniagaan, pelancongan, dan pendidikan,” ujarnya.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama selaku Pengerusi ASEAN 2025 dengan turut disertai delegasi serantau antaranya dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Laos dan Brunei Darussalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bercakap kepada media Malaysia, Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata, ucaptama Perdana Menteri pada forum itu akan menekankan usaha untuk memperkukuh kumpulan serantau itu dalam menangani beberapa isu utama.

“Ucaptama Perdana Menteri secara umum akan mengetengahkan usaha untuk memperkukuh ASEAN dalam menghadapi persaingan kuasa besar, memajukan agenda ekonomi digital ASEAN, memacu inisiatif hijau, serta mengutamakan pembangunan mampan bagi menjamin masa depan negara anggota ASEAN,” katanya.

Terdahulu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Anwar mengadakan kunjungan serupa ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di sini menandakan simbolik permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kunjungan hormat itu diadakan kira-kira sejam sejurus ketibaan Anwar di sini jam 7.10 malam waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Vietnam sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.

Pada pertemuam itu, Anwar dan Lam meluangkan masa kira-kira 30 minit membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dengan Vietnam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Lam sebelum ini mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada November tahun lepas, kunjungan pertama beliau sejak dipilih sebagai ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos 2024.




Dengar apa kata Lokman adam pasal PM9

TERKINI! Rakyat tak lupa Langkah Sheraton | TPM janji respon Saddiq | Um...

Syahir sedar Presiden Pas tak dapat sokongan PN jadi perdana menteri




Kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman yang tidak menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri adalah isyarat bahawa Presiden Pas itu tidak mendapat sokongan Perikatan Nasional (PN) untuk mengetuai jawatan ketua negara.



Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, tidak logik jika Pas memilih ketua parti Bersatu untuk menjadi PM, sedangkan ketua parti Pas seorang Ahli Parlimen dan tokoh ulama terkenal.

“Maka, apabila Syahir tidak menamakan Presiden Pas sebagai calon PM, dia sedar bahawa Presiden Pas tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen dari parti koalisi lain (PN) walaupun Pas mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen.


“Ini adalah isyarat bahawa keretakan sedang berlaku di dalam PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama Faiz berkata, kenyataan Syahir bahawa teknokrat boleh diangkat sebagai calon PM sangat mengecewakan kerana perdana menteri adalah orang politik dan sesebuah kerajaan dibentuk atas kuasa politik.


Oleh itu kata beliau, tokoh politik utama atau ketua parti sangat penting untuk dicalonkan sebagai PM bagi menjamin kestabilan sesebuah kerajaan.


Sebagai contoh katanya, pelantikan PM9 yang bukan ketua parti telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan seterusnya kerajaaan tidak berfungsi dengan baik.

Adapun PM8 ketika menjadi PM, politik juga tidak stabil kerana mendapat kuasa secara haram tidak mengikut amalan demokrasi tulen.

“Berbalik kepada calon PM berdasarkan merit peribadi, ketokohan dan kebijaksanaan Anwar Ibrahim telah terbukti dengan kemantapan ekonomi negara dan pengiktirafan kuasa luar kepada Malaysia hari ini.

“Justeru, tidak ragu Almarhum Fadzil Noor (mantan Presiden Pas) berani mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai PM,” ujarnya.





 

Wibawa PM Anwar Angkat Martabat Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025 Di WEF



 

Menurut Trinth, ASEAN di bawah kepengerusian Anwar mesti menunjukkan nilainya sebagai kuasa pengantara, mempengaruhi dialog dan menggalakkan kerjasama dengan rakan luar untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 25 Feb – Kehadiran buat julung kali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kali terakhir menjejakkan kaki 27 tahun lalu telah menunjukkan kewibawaan yang luar biasa dalam mengangkat martabat Malaysia pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Menggalas tugas selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri tidak hanya mewakili Malaysia, tetapi juga seluruh rantau Asia Tenggara, menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, geopolitik, penekanan terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dan isu ketamadunan sejagat.

Di pentas antarabangsa itu, Anwar memperkenalkan visi Malaysia yang lebih inklusif dan progresif, dengan menekankan kepentingan pembangunan berterusan melalui kemampanan dan keadilan sosial.

Pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan ASEAN kekal tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar sebaliknya mahu semua pihak menggembeleng usaha menggerakkan dunia ke arah kestabilan dan keamanan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, Anwar mengajak para pemimpin dunia untuk memperkukuh jaringan perdagangan, melabur dalam infrastruktur hijau serta memperkasa sektor digital termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam memacu ekonomi global yang lebih lestari.

Kepentingan ASEAN sebagai blok yang kukuh dalam menyuarakan kepentingan negara-negara membangun apabila lebih banyak blok ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU), BRICS dan G20 turut melihat blok serantau itu sebagai komponen penting dalam ekosistem ekonomi global.

Wawasan Anwar termasuk mengangkat kerangka Ekonomi MADANI semasa forum eksklusif bersama bos WEF, Prof Karl Scwab berjaya memanfaatkan kedudukan Malaysia untuk mempromosikan ASEAN sebagai pusat ekonomi yang dinamik dan relevan di persada dunia.

Menggalas tugas selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hanya mewakili Malaysia, tetapi juga seluruh rantau Asia Tenggara, menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tanpa meninggalkan pendekatan diplomatik sebagai elemen penting persefahaman dalam setiap pidatonya, Anwar bukan sahaja memperkukuh imej Malaysia di mata dunia, tetapi juga menggariskan hala tuju yang jelas untuk ASEAN dalam menghadapi pelbagai krisis global yang sedang berlaku.

Kewibawaan beliau di WEF mencerminkan kemampuan Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan yang lebih stabil dan makmur untuk rantau Asia Tenggara dan dunia.

Malah Anwar dilihat lebih bersedia menangani isu-isu global ketika sepentas dengan tokoh-tokoh dunia seperti Utusan Khas PBB ke Myanmar, Julie Bishop semasa sesi plenari bertajuk “ASEAN: Even Stronger Together” sekali gus menyerlahkan gagasan Malaysia dasarwarsa kini.

Anwar menekankan peranan ASEAN sebagai blok yang kukuh dalam menyuarakan kepentingan negara-negara membangun apabila lebih banyak blok ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU), BRICS dan G20 turut melihat blok serantau itu sebagai komponen penting dalam ekosistem ekonomi global. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini ditambah lagi kenyataan Pengarah Institut Kajian Dasar Luar dan Strategik Vietnam, Trinh Minh Manh yang melihat Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN merupakan peluang penting untuk memperkukuh relevansi dan kepusatan blok serantau itu dalam dunia yang semakin kompetitif dan multipolar.

Malah katanya, kepimpinan Malaysia bukan sahaja penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau tetapi juga bagi memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.

Beliau menekankan bahawa keupayaan ASEAN untuk kekal berkecuali sambil mengadakan libat urus dengan kuasa besar secara konstruktif adalah penting bagi kestabilan serantau.

Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto jelas mencerminkan peranan kedua-dua negara bagi mendepani cabaran gelopitik global dalam menyusun kerangka ASEAN dan serantau. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN mesti menunjukkan nilainya sebagai kuasa pengantara, mempengaruhi dialog dan menggalakkan kerjasama dengan rakan luar untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Menurut Trinh, satu keutamaan Malaysia adalah memastikan ASEAN kekal relevan dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan dalam dasar luar Amerika Syarikat, yang mungkin kurang memberi tumpuan kepada multilateralisme berbanding sebelumnya.

Dengan tampuk pemerintahan Amerika Syarikat beralih kepada Donald Trump, ASEAN sewajarnya mengadaptasi sebarang bentuk perubahan dasar dan polisi bagi menjamin peranannya kekal relevan dalam percaturan geopolitik global.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu memastikan Kepengerusian ASEAN 2025 digalas dengan penuh iltizam membawa kesemua 10 buah negara makmur, aman dan terangkum saat Anwar terus menerajui blok serantau itu hingga penghujung tahun ini.



'Ini cara nak bantu Melayu', PM usik MP Muar, Anwar boleh tumbang dengan...







Antara paparan Sekilas Fakta 25 Februari 2025: 1) 'Kalau betul nak tolong orang Melayu miskin, ini caranya' - PM 2) PM usik Syed Saddiq di Dewan Rakyat 3) Terlalu sensitif bincang isu naib canselor UKM di Dewan Rakyat - menteri 4) Jika Anwar terus 'ketimbang' dia tumbang PRU16 - sindir Annuar 5) Puad Zarkashi: Mujur Latheefa cuma sembilan bulan di SPRM 6) Siasatan rasuah bekas pegawai PM ke-9 masih di peringat awal 7) Aset anak saya RM1.2 bilion? Angka ini tak betul - Dr Mahathir 8) 'Demi perpaduan, kalau kami tuntut tutup sekolah Cina kalian setuju?'















PADU BETUL!! - PMX BALUN SHAHIDAN MP PN | AKTA URA - Tolak Sebab Menteri...

MP KETEREH MEMALUKAN DIRI SENDIRI TIADA SOALAN TAPI CUBA TUNJUK HEBAT!

Turunkan Lebih 18 Ribu Kandungan Jelik Bukti MCMC Komited Lindungi Rakyat

 


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, daripada statistik berkenaan, sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sejumlah 18,192 kandungan bersifat jelik termasuk iklan di platform media sosial sejak tahun 2022 sehingga 15 Januari lalu.

Ini merupakan satu lagi langkah proaktif agensi berkenaan dalam membanteras kandungan serta paparan tidak bermoral dalam usaha melindungi rakyat di platform media sosial.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil daripada statistik berkenaan, sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

Katanya, dalam tempoh sama, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian disekat, manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet.

“Kerajaan komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998 [Akta 588].

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289],” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar).

Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam menangani isu ini pada ketika era digitalisasi kian menular di hampir setiap kehidupan harian rakyat.



KALAU JADI WLAUN....JAWABNYA DOK DALAM LA....SAPA PUN TAK BANTU HANG



 


   JANGAN JADI WALAUN  BODO...NAYA JA       HANG KENA


Kalau nak sokong Pas pastikan jadi MP atau MB, baru selamat.



Penyokong tegar Pas atau digelar walaun dinasihatkan jika hendak menyokong parti itu pastikan mereka adalah orang penting atau wakil rakyat.



Pengarah Biro Komunikasi AMANAH Perlis, Muhammad Yahaya berkata, jika tidak, bersedia untuk tanggung sendiri segala risiko jika kantoi membuat fitnah kerana Pas tidak akan “back-up”.

“Kalau nk sokong Pas, kena usaha smpai jadi MP. Kalau setakat jadi walaun biasa, bersedialah untuk tanggung sendiri apa risikonya.


“Ampa tengok. Dalam kes Ahli Parlimen (Kepala Batas, Siti Mastura disaman) RM800,000, Pas boleh keluar fatwa wajib isi tabung jihad bantu Mastura bayar kepada DAP.



“Tapi dalam kes pak cik ni, ada Pas edar tabung jihad? Ada? Tak ada pun.



“Atau.. ada tak mana-mana pemimpin Pas yang tampil untuk menghulurkan sumbangan peribadi untuk menyelamatkan pak cik ni dari meringkuk dalam penjara. ada tak? Tak ada pun,” katanya.



Beliau mengulas kes penyokong tegar Pas yang dimasukkan ke penjara selepas didapati bersalah memuat naik kandungan palsu berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.

Lelaki warga emas berusia 67 tahun itu dipenjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 yang dikenakan terhadapnya.

Lelaki itu ditahan kelmarin sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula semalam.








PM Anwar Adakan Pertemuan, Bersarapan Bersama PM Vietnam

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh dalam sesi sarapan, di Hanoi, pada 26 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

HANOI, 26 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh dalam sesi sarapan, di sini, hari ini.

Turut serta pada pertemuan pagi itu, yang diadakan di sebuah hotel tempatan adalah delegasi dari kedua-dua negara.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri memaklumkan, ini adalah lawatan kerja pertama beliau ke Vietnam sejak Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN 2025.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh dalam sesi sarapan, di Hanoi, pada 26 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beberapa foto pertemuan kedua-dua pemimpin itu turut dikongsikan di media sosial sebagai tanda betapa eratnya persahabatan antara kedua-dua negara.

Anwar tiba di Hanoi malam tadi dan dijadualkan menyampaikan ucaptama di Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, hari ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh dalam sesi sarapan, di Hanoi, pada 26 Februari 2025. Foto Bernama

Forum bertajuk ‘Building a United, Inclusive, and Resilient ASEAN Amidst Global Transformation’ dianjurkan Kementerian Luar Vietnam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi malam tadi, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di sini dan Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta di hotel penginapan bagi tetamu asing.



Jadi pilihan utama pelabur Eropah, AS, tak sangka sebesar ini potensi pelaburan diraih Malaysia


 

Malaysia kekal menjadi salah satu destinasi pilihan utama bagi pelabur-pelabur Eropah dan Amerika Syarikat (AS) walaupun negara telah menyertai BRICS.

Menurut Bernama, setakat Disember 2024, sejumlah 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion telah dikenalpasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.



Syarikat-syarikat terkemuka antarabangsa seperti Intel, Amazon Web Services, Oracle, Google dan Plexus terus memberikan komitmen untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai salah satu destinasi utama bagi lebih 600 syarikat AS.


“Meskipun Malaysia kini secara rasmi menyertai BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) sebagai negara rakan kongsi pada 1 Januari, 2025, ia tetap mengekalkan hubungan kukuh dengan rakan dagang tradisionalnya.


“Hubungan terus berkembang dengan AS dan Eropah, memastikan Malaysia dapat memanfaatkan peluang ekonomi dari kedua-dua pihak tanpa mengabaikan penglibatan dalam blok BRICS yang sedang berkembang,” katanya seperti dilapor Bernama.


Abdul Khalib ingin tahu apakah impak negara-negara luar seperti Eropah dan Amerika Syarikat terhadap sektor pelaburan dan perdagangan negara sekiranya Malaysia menjadi anggota BRICS.

Menurut MITI, penglibatan Malaysia dalam BRICS turut membuka akses pasaran lebih luas terutamanya dengan negara-negara yang tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia, antaranya Rusia, Brazil, Afrika Selatan dan India.


Pada 2024, jumlah perdagangan dengan AS mencatatkan RM325 bilion, meningkat 30 peratus berbanding RM250 bilion pada tahun 2023, manakala perdagangan Malaysia dengan negara-negara Eropah pula mencatatkan RM263 bilion, naik empat peratus berbanding tahun sebelumnya.