Bila seseorang yang kita kenali, pernah bekerja di satu bumbung, pernah bergaul, bergurau senda, bercerita, bersembang dan berdebat, apabila dia ditimpa musibah, sakit atau kehilangan orang disayangi, hidup merempak atau meringkuk dalam penjara tentu ia menyentuh perasaan kita.
Naluri kemanusiaan kita koyak mengenang musibah itu.
Tetapi sebagai manusia apa yang boleh kita kakukan melainkan menumpahkan empati sambil berdoa diberikan kekuatan. Setakat itu sahaja.
Saya merunjuk hal ini kepada apa yang menimpa diri seorang warga emas yang terpaksa meringkuk dalam penjara gara-gara menghantar satu posting memfitnah dengan membuat satu naratif tidak benar berhubung persidangan raja-raja Melayu baru baru ini..
Lelaki warga emas itu didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM30,000 tetapi kerana tidak membayarnya menyebabka dia diperintah menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Mungkin penjara pilihannya daripada membuang RM30,000. Saya tidak fikir dia tidak mampu membayarnya memandangkan kehidupannya sebelum ini agak mewah. Atau masakan tidak ada mana mana entiti sedia melunas denda itu?
Mungkin lelaki itu sengaja memilih penjara untuk bersuluk di sepanjang Ramadhan ini, mencari damai dan ketenangan di situ. Mudah mudahan dia akan menemui lailatu qada di sana.
Namun seperti saya katakan kerana dia adalah kenalan kita, pernah berkawan, naluri peri kemanusiaan kita tidak tegal untuk membayangkan bagaimana dia menghabiskan tempoh enam bulan itu dakam penjara.
Apa lagi beberapa hari saja lagi umat Islam akan muka berpuasa. Sungguh kita tidak sampai hati membayangkan apa yang akan dilalui selama tempoh itu.
Warga emas itu bukan sebarangan insan sebenarnya. Dia bukan warga emas seperti mana kita bayangkan yang cetek ilmu dan mudah terperangkap dengan sesuatu dorongan atas suatu kepentingan. Saya sangat mengenalinya.
Dia bukan penjual jagong atau tujang jahit wanita. Dia seorang profesional, bekas wartawan di sebuah agensi kerajaan, dan juga pernah berkhidmat dengan seorang Menteri Besar. Dengan latar belakang dan pengalaman itu tidak terfikir kita macam mana dia sangup melakukan sesuatu yang boleh membawanya dengan mudah ia ke penjara.
Dengan mengambil iktibar apa yang berlaku ke atas lelaki ini, boleh dianggap segala macam fitnah, naratif memburukkan kerajaan bukan dilakukan oleh orang sembarang, mereka yang berbuat demikian yang berilmu juga memiliki profesyen yang pro.
Maksudnya mereka yang profesional dan bukan si buta huruf dan tidak tahu undang undang. Apabila mereka sedia melakukannya bermakna mereka sedia menanggung risiko yang menanti. Dari sisi ini elok kelau mereka dikenakan hukuman lebih berat kerana mereka bukan terkhulaf tetapi sengaja dan ada niat.
Apapun marilah kita mengambil teladan dan iktibar daripada apa yang berlaku ke atas lelaki berkenaan. Perbezaan politik dan kelainan sokongan kepada mana mana tokoh tidak ada masalah. Teruskan hak asasi manusia membenarkan. Bela dan sokonglah perjuangan mana mana individu yang kita ingin sokong mengikut lunas undang undang dan demokrasi.
Cuma dalam apa juga tindak tanduk kita jangan ikut emosi, apa lagi kalau mengikut telunjuk seseorang untuk kepentinganya kemudian menjadikan kita sebagai mangsa. Seharusnya lelaki warga emas berkenaan dibela oleh tuannya.
Kita jangan jadi hamba kepada manusia, atau kepada sistem dan juga hamba kepada diri kita yang berasa yang hebat, sebaliknya jadilah hamba kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Selamat berpuasa dalam penjara. Trims.
No comments:
Post a Comment