Muktamar Pemilihan: Ahmad Awang beri cabaran sengit kepada Hadi

Muktamar Pemilihan: Ahmad Awang beri cabaran sengit kepada Hadi
Muktamar Pemilihan: Ahmad Awang beri cabaran sengit kepada Hadi

Muktamar Pemilihan: Ahmad Awang beri cabaran sengit kepada Hadi

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

17925_10202691712573406_4837199656452607577_n“Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.
Sementara itu, ustaz Ahmad Awang dalam satu emel kepada Suarapakatandaily mengesahkan beliau telah menghantar sendiri borang pencalonan ke Pejabat Agung PAS hari ini.

“Saya telah menghantar sendiri penerimaan percalonan jawatan pada hari ini (Khamis), 14 Mei 2015 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.00 pagi tadi,” katanya.

Untitled

TRX – 1MDB: Mengapakah tanah kuota Melayu dijual?

TRX – 1MDB: Mengapakah tanah kuota Melayu dijual?
 
TRX – 1MDB: Mengapakah tanah kuota Melayu dijual?

TRX – 1MDB: Mengapakah tanah kuota Melayu dijual?

Belum pun reda kontroversi penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Lembaga Tabung Haji dengan harga tinggi, seorang pemimpin PAS mempersoalkan siapakah bertanggungjawab menjual tanah yang sudah diperuntukkan kepada Bumiputera pada zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi itu.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar, kanan) turut membangkitkan harga sebenar tanah TRX di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, yang sebelum ini dimiliki Pelaburan Hartanah Berhad, PHBB (dahulu dikenali Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad).

“Mengapa dan siapa yang ‘mengarah’ dan ‘memastikan’ agenda menjual ‘trophy asset’ milik PHBB seperti ini, dijual juga akhirnya kepada 1MDB?” soal bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

“Dikatakan tanah yang diperuntukkan kepada PHBB itu berlaku pada era Tun Abdullah Badawi dengan tujuan untuk membangunkan tanah tersebut, supaya daripada segi agihan kekayaan negara, masih ada lagi ruang dan peluang Bumiputera memiliki saham dalam hartanah yang ‘prime’ seperti bakal diterbitkan PHBB dalam pelaburan dan saham dan portfolio seperti REIT atau Real Estate Investment Trust yang komplian-syariah.”

Media melaporkan sebelum ini, 1MDB hanya membayar RM64 sekaki persegi ketika membeli 30 hektar tanah di tengah-tengah pusat bandar raya daripada Putrajaya, kira-kira empat tahun lalu.
Dzulkefly mempersoalkan pampasan atau gantian tanah yang diberikan Putrajaya kepada PHBB.

“Kalau tidak silap saya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada membangkitkan perkara ini, tetapi isunya mati di tengah jalan sehingga kini, atau ‘aborted’ begitu sahaja. Apakah beliau tidak diizinkan membangkitkan perkara ini?

“Saya berikan peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjawab dan membuat penerangan terlebih dahulu, sebelum menyatakan pandangan dan kritikan saya,” katanya.

Minggu lalu, ketika hangat kontroversi pembelian 1.56 ekar tanah TRX oleh Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta, Khairy yang juga menteri belia dan sukan membangkitkan perkara sama.
“Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan mesyarakat Bumiputera?” soal Khairy dalam satu kenyataan mewakili Pemuda Umno.

TRX, pada mulanya dikenali Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, diumumkan pertama kali pada 2010.
Pada 2012, Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB mewujudkan jawatankuasa kerja khas untuk menyelia TRX agar disiapkan dalam tempoh 15 tahun.
Tiga tahun kemudian, pada 2015, sayap hartanah 1MDB, 1MDB Real Estate, akhirnya mengumumkan usaha sama membangunkan Lifestyle Quarter di TRX, selepas berjaya mendapatkan usaha sama bersama gergasi pembinaan Australia, Lend Lease.

Lend Lease, seperti diumumkan rundingannya pada Mac tahun ini, memiliki 60% pegangan saham, manakala bakinya dimiliki 1MDB Real Estate.

Meskipun tanpa sebarang butiran perjanjian kewangan bersama Land Lease yang dikeluarkan, sama ada Land Lease menyuntik dana ke dalam usaha sama itu, harga sekaki persegi dibayar untuk tanah dan sumbangan 1MDB Real Estate.

Sehingga butiran itu didedahkan, sukar melihat ia sebagai perjanjian yang baik untuk 1MDB.

Walaupun TRX seharusnya dibangunkan sebagai hab kewangan, pembangunan yang dapat dilihat kini adalah pusat membeli belah, hotel dan menara kediaman.

Tarikh dijangka siap bagi fasa ini adalah di antara 2017 dan 2018. Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk suku tersebut adalah RM8 bilion, sejumlah kecil daripada keseluruhan RM40 bilion anggaran GDV bagi keseluruhan projek TRX.

Pembangunan stesen Mass Rapid Transit (MRT) terbesar negara juga dijangka siap pada 2017.

TRX seharusnya mempunyai 25 bangunan dengan 3,800 kawasan unit kediaman, dan Najib sebelum ini mendakwa 250 syarikat terbaik dunia akan membuka rangkaian mereka di daerah kewangan tersebut.

1MDB mengumumkan hari ini penjualan tapak Signature Tower di TRX kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia, pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Tanah untuk pembinaan Signature Tower itu pada asalnya ditolak Tabung Haji walaupun ditawarkan harga RM578 juta.
Keputusan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar pada harga RM188.5 juta mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga memaksa dana bakal haji itu mengumumkan akan menjual semula tanah itu secepat mungkin.

Mursyidul Am, Presiden PAS sokong Najib, PAS diheret sokong BN?

Mursyidul Am, Presiden PAS sokong Najib, PAS diheret sokong BN?
Mursyidul Am, Presiden PAS sokong Najib, PAS diheret sokong BN?

Mursyidul Am, Presiden PAS sokong Najib, PAS diheret sokong BN?

Selepas Presiden PAS Hadi Awang menyokong penuh Najib dan membela PM yang diserang bertubi-tubi oleh Dr Mahathir itu, seorang lagi tokoh penting yang sebelum ini rapat dengan Umno menyatakan sokongan padu kepada Najib.

Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din adalah pemimpin tertinggi PAS terbaharu yang menolak cadangan menggantikan PM. Dipetik Berita Harian, Haron berkata Najib perlu diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Tegas beliau, Najib perlu dikekalkan berdasarkan mandat yang diberikan kepadanya dalam pilihan raya lalu.

“Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu,” Haron dilaporkan berkata.

Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata.

“Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab.
“Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu,” katanya.

Bahayakan survival PAS

Bukan sahaja ahli PAS tetapi ahli Umno pun akan menggeleng kepala dengan sikap Haron yang ingin tunggu dan lihat ini. Sebahagian ahli Umno percaya Najib terlibat dalam perkara yang didakwa Mahathir; salah urus dana, kronisme atau kontroversi pembunuhan Altantuya.

Cuma bagi mereka, Najib tidak akan disiasat selagi mana beliau adalah PM yang boleh mengarahkan agensi di bawahnya. Oleh itu, Haron dilihat terlalu naif apabila ingin menunggu bukti siasatan dan pendakwaan mahkamah terlebih dahulu sebelum mahu menggesa Najib melepaskan jawatan.

Apa yang dilakukan Haron dan Hadi ini amat merbahaya kepada survival politik PAS. Najib dikecam rakyat kerana melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Rakyat semakin faham apa tujuan GST yang dikutip apabila 1MDB berhutang RM42 bilion. Dan rakyat marah bila Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat kesayangan Najib itu.

Oleh itu, apakah ertinya pemimpin tertinggi PAS menyokong Najib? Persepsi rakyat mudah. Mereka akan menganggap pemimpin itu mungkin mendapat imbuhan daripada Umno. Kesilapan fatal seperti ini tidak akan dibuat oleh pemimpin PAS terdahulu seperti Fadzil Noor atau Nik Aziz Nik Mat.

Terdapat banyak polisi Umno BN yang menguntungkan rakyat dan boleh disokong, bukannya seorang PM yang terbelit dengan skandal penyelewengan serta pembunuhan.

Harus menyeleweng dana

Sokongan presiden dan mursyidul am ini boleh sahaja disalah anggap oleh ahli bawahan PAS sebagai fatwa yang mensucikan Najib. Ahli PAS selepas ini mungkin menganggap menyelewengkan dana adalah ‘harus’ dalam Islam demi mengekalkan kepimpinan politik Melayu.

Perihal mengkritik atau meminta pemimpin BN meletak jawatan telah pun dimuktamadkan pada era Fadzil dan Nik Aziz sebagai dibenarkan dalam politik Islam. Pemimpin yang menyeleweng dan rasuah tidak layak mentadbir negara.

Tidak perlu menunggu pihak polis, SPRM atau mahkamah membuktikan kesalahan. Sebaliknya, tindakan menyokong Najib oleh Hadi dan Haron akan membuat ahli PAS menganggap Fadzil dan Nik Aziz berdosa kerana mengecam Dr Mahthir dan Pak Lah suatu ketika dahulu.

Bagi pemerhati politik, tindakan Hadi dan Haron ini seolah-olah memutar kembali ingatan terhadap kerajaan perpaduan BN – PAS, 1972 – 1978. Ucapan-ucapan yang mahukan Najib kekal pasti ada muslihat disebaliknya. Sama ada terdapat perjanjian dengan Najib atau persetujuan secara longgar. Sekiranya Najib lenyap dari kepimpinan politik BN maka semuanya akan terbatal.

Rundingan secara senyap

Mungkinkah kedua-dua pemimpin ini telah pun merangka satu persetujuan bersama Najib? Sama ada dalam isu Hudud atau perjanjian menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya. Siapa tahu?

Jika pemimpin PAS itu melakukan rundingan secara senyap dan membuat perjanjian bersama Najib maka kedua-dua mereka tidak layak memimpin parti. PAS sebagai parti berlandaskan Islam perlu telus dan tidak boleh merahsiakan sebarang perkara daripada ahlinya.

Sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan sewajarnya mereka mengambil peluang mengkritik Najib bagi menaikkan imej PAS di mata masyarakat.

Oleh itu, Hadi dan Haron jika ingin terus menyokong Najib maka lebih baik mereka melepaskan jawatan masing-masing. Tradisi PAS mudah, mana-mana pemimpin yang menyokong Umno – BN akhirnya akan ditolak dan dilupakan oleh ahli.

Hadi dan Haron tidak mungkin mahu mengulangi sejarah Asri Muda, Nakhaie Ahmad dan banyak lagi yang tidak dikenang di hari tua mereka kerana mendampingi Umno.

Bagi perwakilan yang mahu mengundi dalam Muktamar Pemilihan pada Jun ini wajarlah mereka berfikir sepuluh kali sebelum memilih semula Hadi dan kliknya pada jawatan penting parti demi mengekalkan perjuangan PAS di landasan sebenar.

Sokong Najib: Ahli PAS menilai pemikiran presiden

Sokong Najib: Ahli PAS menilai pemikiran presiden
Sokong Najib: Ahli PAS menilai pemikiran presiden

Sokong Najib: Ahli PAS menilai pemikiran presiden

Kemelut yang melanda PM Najib Razak memberi peluang kepada ahli PAS menilai keupayaan pemimpin utama mereka menghadapi isu tersebut menjelang Muktamar Pemilihan Jun depan.

Pada 12 Mei lalu, Presiden PAS Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada Najib yang diasak oleh Dr Mahathir agar meletak jawatan. Hadi dalam kenyataan yang disiar portal berita MStar menyokong Najib meneruskan pentadbirannya.

Beliau mengecam kaedah Dr Mahathir mengugut PM dan menyifatkan cara tersebut tidak berdemokrasi. Bagi Hadi pemimpin yang menang dalam pilihan raya adalah sah memegang jawatan sehingga ke akhir penggal pemerintahan.

Berbeza dengan Hadi, Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu ketika ditanya wartawan soalan sama, berkata Najib tidak wajar meletak jawatan hanya kerana didesak Dr Mahathir tetapi Najib perlu mempertimbangkan ketidak puasan hati rakyat yang mewajarkan Najib membubarkan parlimen serta memanggil pilihan raya awal untuk mendapatkan mandat baharu ke atasnya.

Aliran politik

Di sini ahli PAS boleh menilai dua aliran politik yang berbeza. Pertama, aliran tidak demokratik yang diamalkan oleh Hadi dan kedua, aliran pemikiran politik rasional Mat Sabu.

hadi-awang-pas-mesra-najib-razak-umno-bnAliran politik Hadi merujuk kepada kitab-kitab fatwa lama abad ke 8 atau ke 12. Imam-imam besar ketika itu menentang sebarang unsur paksaan ke atas khalifah turun takhta selagi mana khalifah adalah muslim dan mengamalkan hukum Islam.

Dapat difahami mengapakah fatwa sedemikian dikeluarkan kerana sistem politik ketika itu adalah raja – rakyat. Raja tidak boleh ditukar kecuali dengan pemberontakan dan peperangan saudara. 
Ribuan akan terbunuh dan mengikut kaedah syarak menumpahkan darah adalah haram. Maka ulama memfatwakan harus mentaati pemerintah walaupun zalim selagi mana pemerintah melaksanakan Islam sebagai agama rasmi.

Pada abad ke 21, tentulah fatwa tersebut hanya boleh dijadikan bahan rujukan sahaja. Kaedah moden dalam pemerintahan membenarkan seseorang ketua kerajaan dijatuhkan dengan cara memangkah kertas undi. Tiada pertumpahan darah, tiada peperangan dan proses menukar ketua kerajaan itu memakan masa tidak lebih daripada sehari serta diiktiraf perlembagaan.

Dalam situasi Najib, maka tidak salah satu pilihan raya mengejut dipanggil dan rakyat boleh mengundi menyokong atau menjatuhkannya. Pilihan raya mengejut adalah amalan rasmi di Eropah apabila kerajaan menghadapi penentangan rakyat akibat dasar-dasar yang tidak popular.
Di sini dilihat kematangan Mat Sabu sebagai ahli politik. Beliau menyindir Najib agar segera memulangkan kuasa kepada rakyat. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya maka rakyat boleh melantik ketua kerajaan yang baharu.

Di Itali pada awal 2000 misalnya , pernah berlaku pilihan raya umum dua kali dalam setahun akibat dasar yang tidak popular dan penarikan sokongan parti-parti kecil dalam kerajaan memerintah. Negara itu tidak pula terjerumus ke kancah huru hara dan ketua kerajaannya tidak berkeras untuk bertahan seperti Najib.

Membuta tuli

Manakala hujah Hadi dalam keseluruhan isu memperlihatkan kedangkalan pemahaman politik demokrasi. Hadi bukan sahaja tidak menunjukkan beliau saingan politik yang ampuh kepada Najib malah membela membuta tuli kepimpinan Najib yang tidak popular di mata rakyat lewat skandal 1MBD dan cukai GST.

Hujah Hadi mempertahankan Najib tidak ubahnya seperti pembatu stor mempertahankan pengurus jualan yang dimarah pelanggan kerana perkhidmatan yang tidak efisien.
Jelas Hadi tidak boleh diharapkan oleh ahli PAS untuk membawa parti itu ke puncak kuasa. Pemikiran politiknya tidak seperti seorang ketua.

Mempertahankan saingan politik hanya dibenar dalam politik Islam sekiranya negara diserang musuh atau oleh golongan kufar yang mahu melemahkan Islam.

Selain itu, amat tidak bijak seorang ulama dan tokoh politik Islam mempertahankan pemimpin sekular. Apatah lagi yang terpalit dengan dakwaan skandal pembunuhan Altantuya, Scorpene, 1MDB dan mendera rakyat dengan GST.