Kisah benar yang perlu anda baca.Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen*



Kisah benar yang perlu anda baca

MP Pembangkang yang bangang memang 🐷🐷🐷🐷.. 😤😤

*Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen*

Kejadian ini berlaku pada malam Selasa 26 November 2019 di dalam Dewan Rakyat jam kira-kira 9.30 malam.Ketika itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat (KPWKM) YB Hannah Yeoh (PH Segambut) baru sahaja menggulung anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM2,259,671,400 dan RM213,703,100 untuk perbelanjaan pembangunan Kementerian KPWKM di peringkat jawatankuasa.

2.Dengan tidak semena-mena seperti dirancang ahi-ahli parlimen Barisan Nasional datang mencurah-curah masuk ke dalam Dewan Rakyat sebaik sahaja sebelum Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon memanggil pengundian untuk meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian KPWKM tersebut.

3. Saya yang berada di dalam Dewan mula cemas.YB Tebrau yang duduk di sebelah kiri saya juga cemas.Begitu juga YB Putatan di sebelah kanan saya kekihatan cemas.Kami berpandangan sesama sendiri.Saya lihat YB Bukit Bendera dan YB Jelutong yang duduk sebaris dengan kami mulai gelisah.Kami tak senang duduk.Saya berdiri cuba mengira berapa jumlah ahli parlimen PH yang ada, berapa BN dan berapa PAS.PAS ada tiga orang ahli parlimennya ketika itu.

4.Ketua Pembangkang dari BN bangun dan minta undian dijalankan secara belah bagi.Hampir semua MP BN bangun untuk menunjukkan mereka ada lebih daripada 15 orang untuk menuntut pengundian secara belah bagi.Saya mula gementar.Saya rasa Kerajaan PH akan kalah malam itu.Dalam saat yang genting itu Speaker Tan Sri Mohd Arif masuk.Beliau segera menggantikan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid (YB Batu Pahat) untuk membolehkan Ahli Parlimen Batu Pahat mengundi.Saya kasihan tegok Datuk Rashid, dengan berjubah dan bersongkok dia segera mengambil tempatnya sebagai ahli parlimen untuk selamatkan Kerajaan PH daripada tewas pengundian pada malam yang mencemaskan itu.

5.Tetapi akhirnya niat jahat, mala fide 25 orang MP BN (23 Umno, 1 MCA dan 1MIC) kalah juga.

6.Saya mulanya mengharap dalam hati 3 orang MP PAS yang ada di dalam Dewan yang sering bercakap nilai-nilai murni- membantu orang miskin, orang kurang upaya OKU, golongan asnaf, warga tua akan menyokong Kerajaan PH pada malam itu untuk meluluskan anggaran belanjawan Kementerian yang menjaga kebajikan orang miskin, kanak-kanak, orang tua, OKU, wanita ibu tunggal yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah.Tetapi ternyata tidak.Saya amat kecewa. 3 ahli parlimen PAS itu mengundi menentang belanjawan untuk menolong orang miskin, orang daif, wanita, kanak-kanak.Jika kita bercakap soal dosa dan pahala, adakah tindakan ahli-ahli parlimen PAS yang bersubahat dengan Umno, MCA dan MIC untuk menggagalkan belanjawan tersebut merupakan satu jihad yang mendapat pahala?

7.Saya lihat persekongkolan Umno, PAS, MCA dan MIC pada malam 26 November itu yang menyerang secara ambush untuk menggagalkan anggaran belanjawan Kerajaan PH untuk kementerian yang menjaga kebajikan masyarakat,kebajikan kanak-kanak, Wanita, OKU dan Golongan Orang tua adalah tidak beretika, politik yang bangkerap dan tidak bermoral.

8.Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PH bukan dengan cara seragan hendap yang memalukan itu.Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.Apa jadi kalau Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak lulus? Dari mana Kerajaan yang ada sekarang hendak cari RM2,473,374,500 untuk bantu rakyat yang amat memerlukan.Ini yang gagal difikirkan baik-baik oleh 25 ahli parlimen BN dan sekutunya 3 ahli parlimen PAS.Bagi saya dua parti politik ini yang bergabung atas nama Muafakat Nasional adalah tidak layak menggunakan istilah itu.Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka pada malam itu mendekati perbuatan anti-nasional.

*Hassan Abdul Karim*
Ahli Parlimen Pasir Gudang
29 November 2019.


BERUBAH SEBELUM DIUBAH... SLOGAN UNTUK PH



Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan.
Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:-
⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable),
⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan,
⁃ 46% tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable).
⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh,
⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan,
⁃ 44% tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak.
⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul,
⁃ 24% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul dan,
⁃ 50% tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek yang betul atau tidak.
Kajian juga mendapati, mereka yang berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah terdiri 81% Melayu, 78% India dan 63% Cina.
Kajian atau kaji selidik ini diketuai oleh tiga orang pensyarah dari sebuah universiti awam tempatan, UIA, iaitu:
(1) Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education.
(2) Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences dan,
(3) Assistant Professor Dr Margarita Peredaryenko (Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences.
Kaji selidik ini dijalankan antara 5 September hingga 10 Oktober 2019 lalu dengan membabitkab 1,992 responden.
Berdasarkan apa yang selalu kita dengar, lihat dan perhati di sekeliling sekarang ini, hasil kajian ini ternampak sangat munasabah dan berpijak di bumi nyata.
Dalam erti kata kain, inilah keadaan yang sedang berlaku di negara kita.
Apa yang harus dilakukan oleh PH?
Tidak lain, PH harus mengambil positif hasil kajian ini dan mesti segera berubah jika ingin terus kekal sebagai kerajaan.
PH harus menyemak kembali janji-janji manifesto mereka dan bandingkan dengan perlakuan mereka sendiri sebagai kerajaan sejak 18 bulan lalu.
Berubah sebelum rebah – slogan BN dahulu adalah sesuai sekali menjadi pegangan kerajaan PH sekarang ini.
Harus diingat, kesatuan rakyat berubah menolak BN dalam PRU14 lalu adalah kerana mereka yakin PH mampu menjadi kerajaan yang lebih baik berdasarkan janji-janji manifesto yang diungkapkan.
Selain itu, ada juga tanggapan, selain menteri-menteri yang tidak meyakinkan, masalah utama PH sekarang ialah Tun Mahathir Mohamad yang nampak keberatan untuk berubah sesuai dengan aspirasi reformasi Malaysia Baru, sebaliknya lebih cenderung berundur merindui zaman PM4 dahulu.
Ia antara lain, walaupun rakyat diyakinkan sebelum PRU14 dahulu beliau hanya mahu jadi Perdana Menteri untuk dua tahun saja, malangnya setelah kuasa dalam genggaman, sehingga sekarang tarikh peralihan kuasa masih lagi dalam kekaburan.
Dalam hal ini, Tun Mahathir tiada pilihan lain melainkan segera berubah, bukan saja berkaitan kerajaan dan pentadbiran, malah juga mengubah dirinya.
Jika enggan dan tidak mengambil iktibar daripada Najib Razak dahulu yang enggan berubah, maka rebahlah jawapannya. (ShahbudinHusin 29/11/2019)

USAHA PEMBANGKANG AKHIR GAGAL

F


Timbalan Menteri dari Dap dan kerajaan PH disaman kerana pertahankan tulisan jawi, Alhamdulillah, kita menang 

GEORGE TOWN: : Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan *parti Gerakan* supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lepas, *Gerakan* telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan *Maszlee Malik*, Timbalannya *Teo Nie Ching* dan *kerajaan Persekutuan* sebagai responden.

Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.

Mak ketika dihubungi di sini hari ini berkata jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

-- BERNAMA

Alhamdulillah, ketegasan kerajaan PH mempertahankan tulisan jawi sampai ke mahkamah wajar dipuji.  Tahniah menteri termasuk timbalannya dari *Dap* yg sering dituduh parti yg anti melayu Islam, tetapi terbukti mempertahankan tulisan jawi.

Najib meroyan lagi.


Oleh: Mohamad Affendi Abas.

Bagi menghentikan kritikan orang ramai terhadap MCA, Najib telah menggunakan teknik 'DIVERT AND SPIN' .

Mula-mula Najib 'divert' isu dari MCA kepada Anwar Ibrahim. Najib katakan eh Anwar Ibrahim & DAP (nampak tak dia cuba heret DAP bersama) pun rasmikan bendera bucu 5. Apa kes?

Lepas tu dia SPIN. Najib katakan, janganlah salahkan MCA lagi. Benda ni berlaku tanpa ada kaitan politik la tu kiranya. Masa zaman BN pun ada. Dia tunjuk pula gambar Nazri Aziz. Kenapa Nazri Aziz? Sebab Nazri Aziz sokong #AnwarPM8.

Jadi Najib cuba mencipta persepsi Anwar > DAP > Nazri Aziz mereka ni pun tak kenal bendera Malaysia. Maka buat apa nak kutuk-kutuk MCA je. Kutuklah mereka sekali.

Najib, penyokong tegar bolehlah masuk perangkap kau. Tapi bukan orang yang bijak.

Tak mustahil Anwar tak perasan bendera kat belakang dia tu. Bukan dia focus pun pada latar pentas tu. Itu kerja penganjur la bodoh. Buat apa kau kaitkan Anwar yang hadir?

MCA disalahkan dalam MABA kerana bertindak sebagai penganjur utama. Kau faham ke tak faham?

Dan mereka juga yang lantik kontraktor. Adakah tetamu yang rasmikan majlis patut disalahkan? Sejak bila kerja tetamu kena pantau kelancaran majlis? Tertinggal otak kat Sandakan macam #TeamNgokNgek juga ke? Kihkih.

Cuba kau tengok. Kesalahan BN ini dah bermula seawal 2011 lagi. Ada je masalahnya. Bendera bucu 5. Nampak sangat guna kontraktor yang sama. Kroni kah? Bukannya perkara baru!

Tetapi dengan Malaysia Baru, setahun lebih je kita dah boleh clarify dan betulkan masalah ini. Inilah bezanya dengan BN. Tunggulah Anwar sebagai Perdana Menteri 8 nanti. Terbungkam terus kau Najib. Itu yang gelabah semacam je tu. Kihkih.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156530426650952

#AnwarPM8
#NajibLuJanganLangsi

~SR

Rakyat sambut baik cadangan pembinaan LRT Bayan Lepas




Majoriti penduduk Pulau Pinang menyokong pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringat (LRT) Bayan Lepas. 
Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow seramai 22,6788 responden atau 97.7% yang menyertai sesi penyertaan awam menyokong pelaksanaan projek tersebut. 
“Jadi, jumlah responden yang diterima ini adalah ‘pengukuran’ sokongan terhadap cadangan projek LRT (Bayan Lepas),” ujarnya seperti dipetik Buletin Mutiara. 
Sesi pemeriksaan awam melibatkan 23,218 responden itu dijalankan selama tiga bulan dan berakhir pada 19 November lalu. 
Daripada jumlah tersebut, hanya 540 responden yang menyatakan bantahan. 
Sesi pemeriksaan awam berhubung projek itu dijalankan sebagai menepati sebahagian syarat yang dikemukan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 
Tujuan sesi pemeriksaan awam diadakan adalah bagi membolehkan pemegang taruh (stakeholder) dan orang ramai memberi pandangan terhadap cadangan pelaksanaan projek.
Seterusnya pihak pemohon iaitu kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan dalam borang maklum balas yang diterima.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan memberikan keterangan dan penjeleasan sewajarnya berhubung sebarang isu yang berbangkit berkenaan projek berkenaan menerusi rakan pelaksana projek, SRS Consourtium. 
“Antara isu-isu yang dibangkit termasuklah lokasi jajaran, jarak stesen dan isu kesesakan lalu lintas semasa pelaksanaan projek… itulah pertimbangan lazim yang dikemukakan (oleh responden).
“Tidak semestinya mereka (responden) yang membantah ini tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan ini, sebaliknya mereka mempunyai pertimbangan tertentu seperti yang dinyatakan (dalam borang maklum balas),” jelasnya.
Projek LRT Bayan Lepas adalah antara projek yang dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) merangkumi jajaran keseluruhan 29.9 kilometer membabitkan 27 stesen.
Jajaran itu akan melalui Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum berakhir di tapak cadangan tebus guna projek PSR. – Roketkini.com

Gaji penjawat awam: Tok Mat patut kritik Kelantan, bukan kerajaan Persekutuan


Tidak seperti kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak perlu meminjam satu sen pun daripada sesiapa untuk membayar gaji penjawat awam. 

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kemampuan kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam dibuktikan dengan penarafan kredit berdaulat Malaysia yang kekal tinggi pada paras A3 dan A- dengan unjuran stabil.

“Saya ingin tegaskan kerajaan mempunyai sumber mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan gaji dan tidak perlu meminjam untuk berbuat demikian.

“Kerajaan juga sedang menepati sasaran merendahkan defisit fiskalnya daripada 3.7 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, kepada 3.4 peratus untuk tahun ini.

“Segala pinjaman kerajaan adalah untuk membiayai defisit fiskal dan perbelanjaan pembangunan, seperti yang biasa dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.

“Perbelanjaan mengurus seperti pembayaran gaji langsung tidak dibiayai melalui pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kononnya kerajaan Persekutuan meminjam untuk membayar gaji penjawat awam. 

“Dakwaan beliau jauh meleset. Bagi suku ketiga 2019, emolumen kerajaan Persekutuan berjumlah RM19.9 bilion.
“Sebagai perbandingan, pendapatan kerajaan dalam suku sama berjumlah RM68.8 bilion, bermakna pendapatan kerajaan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tanggungan emolumen,” katanya.

Malah, kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, situasi tersebut berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan yang terpaksa meminjam untuk memenuhi tanggungjawab kewangan termasuk membayar gaji penjawat awam. 

“Ini termasuk membayar gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri sehingga penghujung 2019.

“Pada 2018, kerajaan Persekutuan juga mendahulukan wang sejumlah RM91.5 juta kepada kerajaan negeri itu bagi tujuan sama demi kesejahteraan penduduk Kelantan.

“Dengan ini, jelas sekali kritikan Mohamad jauh tersasar dan sepatutnya dialihkan ke arah kerajaan Kelantan, bukannya kerajaan Persekutuan,” katanya.

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SEKAT AJAR TULISAN JAWI

PERMOHONAN SALLEH KERUAK MASUK PKR MASIH DIPERTIMBANG

Tidak susah pun nak faham berkenaan isu Abu Mayat Chin Peng.



Oleh: Zam Perang Terus.

Tidak susah pun nak faham berkenaan isu Abu Mayat Chin Peng. 

Sebenarnya kerajaan PH tidak pernah benarkan Abu Mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Melainkan ianya dibawa pulang secara sembunyi-sembunyi. Kalau kita perhatikan pihak yang mendesak untuk Abu Mayat Chin Peng dibawa pulang adalah MCA(Rakan Muafakat Nasional PAS & UMNO). Kemungkinan dalang yang membawa masuk secara sembunyi itu adalah MCA. 

Anuar Musa selaku SU Agung UMNO sendiri menyatakan bahawa tidak salah untuk bawa masuk abu mayat tersebut. Lihat saja kenyataan beckup MCA.

Tiba-tiba PAS yang tidak tahu hujung pangkalnya terus membuat kenyataan sinis kepada kerajaan PH kononnya ada unsur untuk bawa agenda komunisme. Pas sudah lupa bahawa Kerajaan BN dulu lah yang membuat hubungan kerjasama dengan parti Komunis. 

Jadi sekarang ini PAS berkawan dengan parti yg bekerjsama dengan parti komunis.. boleh tak aku nk kata PAS sedang mengiktiraf kerjasama tersebut..?


BIJAK TAK UNDI BN



Oleh: mohamad Sabri Sapri

Tahniah peneroka Felda kerana tidak mengundi BN..  Dgn kecekapan kerajaan PH,  peneroka boleh tersenyum gembira... 

*Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100% - Majalah Labur*

Mesti terkejut kan baca tajuk di atas? Saham FGV bukan dah ke laut ke? Oh ya, dulunya ia dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings, sebelum ditukar ke nama sekarang iaitu FGV Holdings.

Kalau diikutkan:

Harga saham FGV Holdings 14 Disember 2018: RM0.64

Harga saham FGV Holdings 26 November 2019: RM1.31

Kenaikan: +RM0.67 atau +104.69%

Sumber: 
Bursa Marketplace
*Apa Punca Kenaikan Harga Saham FGV Holdings?*
Mesti nak tahu apakah puncanya harga saham FGV Holdings ini naik secara mendadak?

1. Perlantikan Pengurusan Baru

Kredit Gambar: FB FGV Holdings Berhad
Selepas kejatuhan harga saham ke paras terendah pada Disember 2018, FGV Holdings telah membuat rombakan terhadap pihak pengurusan syarikat. Datuk Haris Fadzilah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Januari 2019.

Turut dilantik 3 ahli lembaga pengarah yang baru, iaitu Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid, Mazri Abdul Rahim dan Dr Christina Ooi Su Siang.

Dengan adanya pihak pengurusan yang baru, perlahan-lahan FGV Holdings membuat turnaround.

2. Kerugian Berkurang

Sumber: MalaysiaStockBiz
Kalau dilihat kepada laporan di atas, FGV Holdings telah mencatatkan kerugian lebih daripada RM1 bilion bagi tahun berakhir 2018.

Syarikat masih rugi, namun syarikat telah berjaya mengurangkan kerugian, dan mungkin akan mencatatkan keuntungan pula bagi tahun berakhir 2019.

3. Harga Minyak Kelapa Sawit Mentah Meningkat

Sumber: Trading View
Dalam masa setahun kebelakangan ini, harga minyak kelapa sawit mentah telah meningkat sebanyak 38%. Bila harga naik, keuntungan FGV Holdings pun meningkat sama.

4. Eksport Turut Meningkat

Sumber: Malaysian Palm Oil Council (MPOC)
Harga pun semakin meningkat, jumlah eksport pun meningkat naik juga. Memang berganda-ganda kenaikan yang dikecapi negara, lebih-lebih lagi FGV Holdings.

OK ke tak OK pulangan sebanyak 100% setahun dengan pelaburan saham FGV Holdings ni?

Nak Saham Naik Lebih 100% Sehari Juga Tak Mustahil
Ini bukan scam ya, tapi inilah yang berlaku kepada harga saham Solarvest yang baru diapungkan semalam.

Harga Tawaran IPO: RM0.35

Harga Penutupan Hari Pertama: RM0.755

Kenaikan Sehari: +RM0.405 atau 115.71%

ABU MAYAT PUN HANGPA KECOH NAK MAMPOIH..ATAU SAJA NAK JADIKAN ISU POLITIK



Penjelasan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kerana memberikan pencerahan..Menyatakan Kebenaran.. Bukan hanya Abu, Hatta Chin Peng pun boleh Pulang ke Malaysia jika dia mahu mengikut Perjanjian Damai.. Begitulah melibatkan Tokoh seperti Rashid Maidin dan Shamseah fakeh..

Mungkin ada beberapa perkara kita berbeza pandangan dengan Ts Rahim Noor, Tapi dalam isu melibatkan Komunis, dia adalah orang yang terlibat secara langsung sejak zaman Tunku Abd Rahman, Sehingga zaman Tun Mahathir berunding dengan Pihak Komunia...terutama melibatkan tentang Rundingan Damai Hadyaai 1989 yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989...

Itu Sebab aku tak suka Pemimpin PH terikut ikut dengan lakonan Ashabiyah Pembangkang dalam Isu Chin Peng.. Kadang nampak seolah olah Pemimpin PH takut.. Kalau aku jadi menteri, Aku takda masalah pun Abu Chin Peng dibawa balik.. Takda sebarang unsur Komunis dibenarkan melainkan ritual agama melibatkan ahli Keluarga terdekat depa.. Chin Peng juga Rakyat Malaysia..

Samalah melibatkan isu Kemanusiaan, Kita benarkan Jenazah Ibrahim Libya dan pengikutnya diuruskan, Hatta Mereka itu dikatakan tidak dimandikan, Dikebumikan sebagai Syuhada walaupun jelas mereka juga membunuh dan memerangi Anggota Polis, sesama muslim....Dalam Kes Al Maunah pulak..Jenazah Ketua Al Maunah dan pengikutnya dibenarkan dikebumikan walaupun mereka dituduh diatas tuduhan memerangi YDP Agong, Mengangkat senjata membunuh Anggota Polis..

Teruskan Berkata Benar.. Jangan biarkan Rakyat Malaysia terus dibodohkan dengan permainan sentimen kaum dan Agama kelompok Ashabiyah.. Tokoh Komunis itu tidak menjual Negara dan Kedaulatan negara kita seperti Pemimpin UMNO yang jadi rakan taawwun PAS hari ini..

Ipohmali

KENAPA PERLUNYA PENGERUSI TETAP DAN TIMBALANNYA YANG BARU



Oleh: Taufiq Halim

1) Setelah dibincang dan ditelaah panjang, akhirnya Keputusan sebulat suara di buat dalam *Mesyuarat Rasmi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat* bertarikh pada 24 November 2019 yang dihadiri lebih 40 ahli majlis pimpinan.

Ahli Majlis Pimpinan yang tidak hadir *PASTI TIDAK AKAN FAHAM KENAPA DUA JAWATAN INI DIGUGURKAN*


2) Terdapat percanggahan jelas dari sudut *Peraturan Tetap AMK* :-


*Perkara 5.1* : Semua anggota parti yang tidak akan mencapai usia tiga puluh lima (35) pada 31 Disember tahun berkenaan adalah menjadi anggota Angkatan Muda.


*Perkara 5.3* : Hanya Anggota Angkatan Muda Keadilan boleh dipilih atau dilantik 

untuk memegang
jawatan-jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan.

2) Menurut dua peraturan diatas ini jelas *HANYA ANGGOTA AMK YANG TIDAK MELEPASI HAD UMUR* boleh memegang jawatan dalam AMK. 


Majlis Pimpinan AMK bersetuju bahawa terdapat khilaf kepada keputusan tersebut.


Maka *Perkara 15.1 Peraturan Tetap AMK* diguna pakai : Jika berbangkit sebarang perselisihan terhadap tafsiran 

Peraturan Angkatan Muda ini, maka tafsiran yang diberikan 
oleh Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan adalah 
muktamad.

3) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi secara jelas telah pun melebihi had umur ketika dipilih pada kongres tahun 2018.


*Pengerusi Tetap*

Muhamad Mizan Adli Mohd Noor, 831003-14-xxxx

*Timbalan Pengerusi Tetap*

Mohd Ramly Bin Ahmad, 800513-01-xxxx

4) BENAR!!! Tradisi AMK sebelum ini memilih mereka yang lebih umur sebagai Pengerusi dan Timbalan. Dalam hal ini setelah diteliti dan dibahas panjang, Majlis Pimpinan AMK sepakat bahawa tradisi itu terdapat khilaf yang besar terhadap peraturan.


5) Apakah lagi alasan untuk melucutkan kedua-dua jawatan diatas :-


Pada Kongres AMK 2018, jumlah perwakilan yang sah di dalam dewan adalah *270 Perwakilan*.


Tetapi..... Jumlah undi yang diterima oleh Sdr. Mizan dan calon lawannya Sdr. Azlan, jika ditambah menjadikan jumlah undi sebanyak *400 undi*


*BUKANKAH ITU BERMAKSUD JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG SERIUS?*


Maka sebagai konklusinya, satu pemilihan baru pengerusi tetap dan timbalan pengerusi perlu dibuat pada *Kongres 6 Disember nanti mengikut lunas dan peraturan yang SAH.*


Ayuh hadir ke Kongres AMK untuk memilih siapakah pengerusi dan timbalan pengerusi tetap yang baru.


*JUMPA DISANA!!!*





TAHNIAH HANNAH YEOH MENDEDAHKAN WAJAH INSAN YANG MEMBANTAH PERUNTUKAN OKU,ORANG TUA...



Tahniah Hannah Yeoh hari ini mendedahkan wajah Pengkhianat yang Membantah Peruntukan Belanjawan Bagi Kementerian Pembagunan Wanita, keluarga dan Masyarakat... Seperti apa yang aku sebut semalam , nak berpolitik pun berpada pada lah..

Dalam banyak banyak usul dan Kementerian, Depa bantah Kementerian yang paling cemerlang dan perform.. Zaman Pakatan Rakyat Harapan dulu jadi pembangkang, usul yg dibuat Undi belah bagi hanya melibatkan Kepentingan Rakyat seperti isu melibatkan KPDNK, GST dan Akta Berita Tidak Benar.. Yg Heran masa tu PAS berkecuali walaupun melibatkan Kepentingan Rakyat..

Hannah Yeoh mendedahkan senarai Pengkhianat dengan dimulakan dengan nama Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah dari PAS..Pendedahan Hannah Yeoh itu tepat dengan mula menamakan ahli Parlimen PAS sendiri diketuai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dungun dan SIK..

Aku tak kisah lah ahli parlimen UMNO dan MCA yang nak berpolitik.. Yang peliknya Ahli Parlimen wanita dari PAS yang sepatutnya Menyokong kuat usul ini tetapi mengundi untuk menolak Usul ini..  Inilah Perempuan paling tak guna pernah aku tengok dikalangan ahli Parlimen Wanita..

Sudah lah Kelantan adalah tempat paling tinggi jumlah wanita dan kanak kanak yang miskin.. Wanita bermasalah yang ditinggal Suami..Ramai Ibu Tunggal..Patutlah Rakyat dan wanita Kelantan paling bermasalah..Ramai yg terlibat dengan Dadah dan gejala Sosial..Sebab ada Ahli Parlimen yang takda otak macam Siti Zailah..

Sedangkan Peruntukan ini penting melibatkan orang miskin, OKU,Kanak kanak dan yang penting melibatkan wanita.. Sepatutnya dia faham dan ada naluri keibuan biarpun mungkin takda ciri kewanitaan..Tapi demi nafsu dan dendam yg diwarisi dari Presidennya, depa mengundi menolak usul ini.. Depa sangup ikut saja apa pun skrip UMNO hatta MCA tanpa mampu berfikir..

Sebelum ini aku dah tulis bagaimana Ahli parlimen Rantau Panjang ni dalam soalan dia cuba memainkan sentimen kaum dan Agama.. apalagi dengan Soalan Fitnah..

Lagi baik Muslimah seperti Hannah Yeoh berbanding Siti Zailah.. Jangan hanya berpakaian Muslimah, bertudung, berjubah tetapi mempunyai hati yang jahat macam Siti Zailah.. Biar muka tak cantik tapi berhati mulia, Jangan kan dah lah kita tak berapa cantik.. Perangai buruk pulak.. :)

Ipohmali


MENTERI YANG PERLU “DITERBANGKAN” JAWATAN KABINETNYA



Hasil laporan PAC mengenai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan projek kereta terbangnya nampaknya sungguh mengejutkan.

Pertama, berkaitan pengunaan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan dalam projek itu, walhal sebelum itu diumumkan ia adalah inisiatif swasta.

Kedua, pengumuman projek kereta terbang itu juga dibuat tanpa pengetahuan atau dimaklumkan kepada kabinet.

Apa sudah jadi ni?

Kenapa seorang menteri berani buat begini?

Tidakkah ini suatu perbuatan menipu kerajaan dan rakyat?

Sudahlah begitu, kereta terbang yang cuba diperkenalkan itu pula bukanlah kereta terbang dalam erti kata sebenar, tetapi hanya dron yang diambil daripada China.

Tidakkah pelik, China mencipta dron tersebut, tetapi Malaysia mengambilnya untuk dijadikan kononnya sebuah kereta terbang?

China yang lebih maju pun belum ada kereta terbang, tetapi Menteri Pembangunan Usahawan yang separuh masak terlebih berangan-angan kononnya kereta terbang boleh memendekkan perjalanan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hanya memakan masa selama dua jam.

Sebelum kerajaan PH lebih dicemuh dengan perangai beliau yang memalukan ini, eloklah jawatan menterinya “diterbangkan” dengan segera.

Lihatnya di media sosial, semua orang mencemuh dan menempelaknya dengan projek kereta terbang itu yang dianggap tidak praktikal serta tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Lagi pun sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan sepatutnya buatlah banyak usaha untuk membantu dan mengembangkan usahawan dalam pelbagai bidang, bukan sibuk dengan kereta terbangnya itu.

Lagi pun Tun Mahathir Mohamad mahu bangunkan projek kereta ketiga negara, mengapa dia pula kecoh dengan kereta terbangnya?

Adakah beliau mahu sabotaj usaha kereta ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri?(ShahbudinHusin 28/11/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...