ABU MAYAT PUN HANGPA KECOH NAK MAMPOIH..ATAU SAJA NAK JADIKAN ISU POLITIK



Penjelasan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kerana memberikan pencerahan..Menyatakan Kebenaran.. Bukan hanya Abu, Hatta Chin Peng pun boleh Pulang ke Malaysia jika dia mahu mengikut Perjanjian Damai.. Begitulah melibatkan Tokoh seperti Rashid Maidin dan Shamseah fakeh..

Mungkin ada beberapa perkara kita berbeza pandangan dengan Ts Rahim Noor, Tapi dalam isu melibatkan Komunis, dia adalah orang yang terlibat secara langsung sejak zaman Tunku Abd Rahman, Sehingga zaman Tun Mahathir berunding dengan Pihak Komunia...terutama melibatkan tentang Rundingan Damai Hadyaai 1989 yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989...

Itu Sebab aku tak suka Pemimpin PH terikut ikut dengan lakonan Ashabiyah Pembangkang dalam Isu Chin Peng.. Kadang nampak seolah olah Pemimpin PH takut.. Kalau aku jadi menteri, Aku takda masalah pun Abu Chin Peng dibawa balik.. Takda sebarang unsur Komunis dibenarkan melainkan ritual agama melibatkan ahli Keluarga terdekat depa.. Chin Peng juga Rakyat Malaysia..

Samalah melibatkan isu Kemanusiaan, Kita benarkan Jenazah Ibrahim Libya dan pengikutnya diuruskan, Hatta Mereka itu dikatakan tidak dimandikan, Dikebumikan sebagai Syuhada walaupun jelas mereka juga membunuh dan memerangi Anggota Polis, sesama muslim....Dalam Kes Al Maunah pulak..Jenazah Ketua Al Maunah dan pengikutnya dibenarkan dikebumikan walaupun mereka dituduh diatas tuduhan memerangi YDP Agong, Mengangkat senjata membunuh Anggota Polis..

Teruskan Berkata Benar.. Jangan biarkan Rakyat Malaysia terus dibodohkan dengan permainan sentimen kaum dan Agama kelompok Ashabiyah.. Tokoh Komunis itu tidak menjual Negara dan Kedaulatan negara kita seperti Pemimpin UMNO yang jadi rakan taawwun PAS hari ini..

Ipohmali

No comments: